SELAMAT DATANG RAMADHAN

PERSONAL : SELAMAT DATANG RAMADHAN

Salam ramadhan dan selamat pagi pada semua.Wah dah lama tak menulis dan ini membuatkan saya betul2 kekok.Ni adalah satu sebab di mana entri saya akan menjadi sedikit kureng.Sorry lah beb saya dah seminggu sakit sampai event Sony pun saya tak dapat attend memang nak bangun pun tak larat.Yang peliknya ialah waktu siang saya ok je bila time malam je badan saya akan menjadi panas secara tiba2.Ntah apahal ka jadi macam ni.Tapi nak buat macam mana kan itu semua ketentuan dan saya tak boleh nak lawan.Lagipun orang kata sakit tu boleh menghapuskan dosa2 kecil,so jangan merungut bila sakit ye.

Saya bukan takde idea nak update blog ni.Idea memang berlambak just nak duduk depan komputer then nak menulis tu ada masalah sikit.Sebab saya akan tiba2 jadi mengantuk dan menjadi malas nak menaip.Ni tengah melawan la ni.Esok ada invitation berbuka puasa dengan Nuffnang tapi mungkin tak dapat pergi sebab jauh sangatlah.Walaupun saya memang nak sangat makan kat The Appartment tu tapi keadaan tak mengizinkan.

Semalam dah start solat terawih dan semalam ada satu jiran saya meninggal dunia so sebelum solat terawih tu ada buat solat jenazah.Wah best meninggal dalam bulan puasa mesti kurang sikit seksaan kubur.Meninggal 1 Ramadhan pulak tu.Orang cakap kalau meninggal bulan Ramadhan dosa kita terampun semua.Ye ke?Ntah tak tau betul ke tak?Oklah korang jangan lupa pergi solat terawih sebab banyak kelebihan dia.Sayapun dah tanam niat kalau boleh saya nak pergi semua malam.

Oklah nak sambung kerja.Petang sikit saya akan tulis lagi kalau larat.

p/s :
  • Kan saya dah cakap mesti entri ntah apa2 je saya tulis...hak3 saja je nak warm up.Dah lama tak meulis.Sorry ye.
  • Fadhilat solat terawikh malam kedua - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails