Showing posts with label Anak Perak. Show all posts
Showing posts with label Anak Perak. Show all posts

WALAU STRESS DI TEMPAT KERJA TAPI HATI TETAP GIRANG


Hari ni ada rasa sikit rajin la nak update blog sebab banyak masa terluang bila diarahkan supaya menyiapkan laptop company lagi satu.Punyalah susah nak cari driver dia dan disebabkan kat website Twinheadpun dah takde driver untuk model ni saya terpaksa merayap ke forum2 untuk download.Website2 yang ada semua bagi perkhidmatan yang tak ikhlas sebab nak download kena bayar (yelah Bean,mana ada barang free sekarang).Yang best akhirnya saya dapat siapkan configuration untuk router TP-Link yang sengal tuh.

Saya masih stress di tempat kerja sebab email still tak boleh guna dan yang membuatkan kepala rasa macam nak pecah semua orang dalam office bertanyakan soalan yang sama.Soalan yang saya memang tak dapat nak jawab sebab MYNIC tu bukan company saya.Tapi apa yang membuatkan saya sikit gembira ialah bila ada orang bagitau something yang saya rasa berharga lah dalam diri saya.

Saya masih tak faham apa maksud mamat kacak si AnakPerak ni.So saya buat dek je sampai datang pulak lagi satu komen.
Bila dapat je komen ni saya tanpa rasa was2 mesti ada something yang Nuffnang buat kejutan untuk penulis cap ayam macam saya ni.So dengan sepantas kilat saya bukak twitter Nuffnang.Maka keputusannya ini :


Terasa kembang sedikit punggung dan menyebabkan spender saya koyak (tipu jer).Kalau tak silap entri ni saya tulis 24 April.Kalau nak baca boleh baca kat sini.Memang terharu beb.Ada jugak something yang saya buat dihargai.Terasa best je.Nampak sangat Nuffnang ambil berat kat saya.hak3...Saya tulis bukan nak bodek ye.Kalau itu dikira bodek dah tentu buffered bersepah2 kat suterablogger.

Lagi satu yang buat saya happy bila saya received email ni :


Kalau korang dah biasa dapat email ni mesti korang tau kan pasal apa.Saya kalau dapat je email HSBC memang happy dan takde fikir negatif sebab saya takde kredit card HSBC mahupun hutang kereta dengan HSBC.Dan bila dapat email ni memang saya tersenyum sebab itu payment dari Nuffnang.Dalam email tu ada attachment tapi saya malas nak upload.hak3...

Jadi kesimpulan yang kita boleh dapat dari entri ni ialah,usaha kena keras sikit sebab kalau tak usaha macam mana nak dapat hasil dan jangan fokus pada DUIT nanti susah hati.Tak lupa jugak ye Thanks a lot to Nuffnang sebab appreciate hasil tulisan saya.Siapa kata Nuffnang tipu jangan percaya sebab Nuffnang tak pernah tipu blogger cuma payment sampai lambat sikit je.Nuffnang akan hargai korang kalau korang setia dengan Nuffnang.So fikirlah sendiri.

p/s :
- Manalah tau Nuffnang nak kasi advertorial ke...Kasilah eyh....yang murah2 pun takpe saya terima...hak3 (ada nampak cam desperate tak?)
- Tunggu bila check sampai saya publish

BLOGGER HELP BLOGGER : TERIMA KASIH ANAK PERAK



Salam guys,Saya menaip entri di kala waktu staff2 lain pergi lunch sebab waktu lunch saya ialah pada pukul 1.30 petang.Agak lewat dari manusia normal biasa sebab saya adalah robot yang ditugaskan untuk memberi keceriaan kepada orang lain.Hari ni hosting untuk kolej problem diebabkan MYNIC DNS pointing bermasalah.Walau macam mana pun saya tetap gembira sebab terdapat perubahan dalam blog ni.Tadi saya ada mengadu yang tulisan entri saya amat kecil dan telah ditegur oleh Eyriqazz yang mengatakan dia juling mata membaca entri saya (mungkin pengaruh Fatimah Juling kot.hak3).


Komen Eyriqazz untuk saya.Takpe bro nanti saya belikan spec kat focus point.hak3...

Tapi ada seorang blogger yang saya rasa baik hati dan hebat telah men"settle"kan masalah saiz tulisan blog ni.Nak tau siapa?Dia adalah Anak Perak.Anak Perak atau Helmi.Saya mula2 jumpa mamat Anak Perak ni masa SamSung Corby kat Sunway Lagoon.Then sekarang ni bila event je mesti ada muka dia.Saya baru mintak tolong tak sampai 10 minit dia dah reply balik.


email terpaksa dirahsiakan atas nasihat doktor

Dan akhirnya


Benda yang saya godeh2 selama dua hari dia kasi settle 20 minit je.Memang hebat mamat ni kalau nak dibangdingkan dengan Bean Moreno.So apa2 pun terima kasih banyak2 Helmi sebab tolong saya.Nanti bila2 kita lepak saya belanja makan McD.Dalam hidup ni tak semua benda kita tau so kita perlukan orang lain untuk tolong kita.Kita tak boleh nak sombong dan bangga diri.Mungkin kita hebat bab buat duit online tapi bab CSS kita lemah.Mungkin kita ada duit beli kereta tapi bila rosak kita kena panggil Mekanik untuk repair.So manusia memerlukan antara satu dengan yang lain.Jangan terlalu riak dengan kehebatan kita sebab itu kurniaan Allah ye.

p/s :
- Helmi ko rasa entri aku ni boleh tak masuk contest ko tuh.Kalau boleh kasi aku menang terus eyh...hak3...aku promote ko ni...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails