Showing posts with label Fakta Pasal Blogger. Show all posts
Showing posts with label Fakta Pasal Blogger. Show all posts

3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 2)

3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 2)



Selamat hari Ahad,

Ok ni kira sambungan entri part 1.Sila jangan anggap enrti ni saya wujudkan untuk jatuhkan sesiapa tapi sila anggap ia sebagai satu perkongsian yang mana kesalahan atau fakta yang saya kemukakan dalam entri ni merupakan kesalahan yang saya sendiri buat so saya tak nak korang jadi macam saya (ini kisah lampau ok!).Yelah manusia mana yang cukup sempurna untuk jalankan kehidupan dalam dunia pasti ada sedikit silap yang mana orang boleh nampak.

1. Ramai Blogger yang Menyamakan Blogging Dengan Myspace/Friendster

Kenapa saya cakap macam ni...Kalau korang perasan benda ni dari dulu sampai sekarang memang tak boleh ubah rasanya.Kita blogwalk banyak blog kalau 10 mesti ada 5 blog yang still anggap blog itu Myspace.Betul ke tak?Diorang suka sangat letak widget-widget yang sebenarnya tak perlu macam Music Autoplay, Template yang Fancy-fancy dan macam-macam lagi widget yang tak perlu.Korang tau tak dengan letak benda tu korang akan menyeksa batin readers.Yelah terutama sekali pada blogger yang hobi dia blogwalking.So tolonglah ye fikirkan perasaan orang lain ketika berblog.

2. Menulis Entry Jangkamasa Pendek

Ok benda ni memang ramai akan buat tak kira sengaja ataupun tidak.Ramai yang nak traffik dan akan kecewa bila traffik sikit tapi apa yang korang buat semasa menulis entri?Tulis short term entri yang mana readers akan baca sekali seumur hidup.Contoh entri yang boleh dikatakan long term ialah tutorial,tips,review (tak kiralah product,blog,music or tempat peranginan).Ni tak, suka publish entri yang pakai buang.Siapa kata entri personal tak boleh diulang-ulang?Saya bagi contoh...Andai kata korang pergi berjalan-jalan ke satu tempat makan.Janganla dalam entri tu korang asyik cerita apa aktiviti korang,berapa orang pergi, tapi selitkan jugak dengan  apa menariknya tempat tu.Korang kena ingat dengan teknik ni mungkin korang akan dikejar advertiser.

3. Suka Jadi Reporter Tanpa Gaji

Ayat ni saya amik dari Lizarazak.Reporter tanpa gaji bermaksud korang suka CTRL+A , CTRL+C, CTRL+V.Apa je berita dalam surat khabar korang ikut sebijik-sebijik ayat suratkhabar.Bukan tak boleh...Tapi beragak jugaklahkan kalau tiap-tiap entri korang semua article suratkhabar itu maknanya korang ada masalah dengan blogging.Lebih baik korang apply kerja kat Sin Chew Dailly.Korang jangan ingat bila korang buat article suratkhabar korang akan dapat traffik best dengan alasan SEO.Kalau macam tu korang silap sebab korang bayangkan kalau 200 orang cover cerita yang sama dan takde keunikan dalam article maka mana datangnya SEO bro?

Ni actually apa yang kebanyakkan blogger buat termasuk saya.Cuba kita ubah sama-sama so kita akan faham apa itu blogging.Saya tak tuju entri ni pada sesiapa cuma mengingatkan diri saya sendiri.

p/s :

* Dah lama tak tulis tips sebab takde masa nak buat research la...

3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 1)

FAKTA PASAL BLOGGER (PART 1)

Salam guys,

Dah dua hari tak update blog ni.Haripun actually malas nak update sebab still penat.Saya pun tak tau even penat akal masih berpusing 180 kuasa kuda dan memaksa jari menaip.Chewah siap bermadah-madah bagai.Adakah Bean Moreno dilanda cinta?OOOoops...

Dalam dua tahun saya up kan blog ni macam-macam yang dah saya alami dan saya nampak dalam blogsphere Malaysia.Lagi beberapa hari genap 2 tahun usia blog ni(tak termasuk blog-blog yang dah bungkus).Mesti ada yang tanya kenapa blog lama bungkus?Jawapannya simple sebab dulu buat blog tnapa ilmu dan tiada guru.Main 'bo' je dengan harapan boleh dapat Alexa ranking bawah 100K.hak3...

Entri kali ni saya nak share beberapa fact yang ada dalam blogsphere atau senang cakap sikap-sikap yang pasti ada dalam diri seorang blogger termasuk blogger picisan benci Israel macam saya.hak3...Tapi sebelum tu saya mintak maaf kalau entri kali ni ada yang menyinggung perasaan blogger-blogger lain.Saya takde niat nak perli ataupun sound just nak share benda yang saya sendiri buat dulu.So 3 Fakta Pasal Blogger yang korang mesti pernah jumpa :

1. Kebanyakan Blogger Menulis Sebab Traffik Bukan Minat

Ok yang ni masa dulu-dulu saya sendiri pun terjebak dengan penyakit ni.Memang susah nak lari sebab mind set setiap blogger ialah tulis nak traffik.Melz jenuh brainwash saya tapi saya buat dek je sebab masa tu kepuasan saya berblogging ialah bila dapat traffik juta-juta (tipu je ye traffik saya tak lebih 1.5K).So bila berblog hanya tumpu pada traffik otak kita akan tepi dengan perkataan traffik dan akan produce satu entri yang menampakkan niat suci murni kita itu.hoho...Penulisan jika dibayangi traffik memang akan jadi ntah hape-hape.Serius saya cakap dan bila korang baca sekali lagi korang mesti rasa nak delete je entri tu.hak3...

2. Budaya Kumpul Follower

Ya memang betul follower tu faktor psikologi dalam berblog.Tapi harus diingatkan psikologi ye dan psikologi ni selalunya hanya membawa kepada alam fantasi Repunzel.Kenapa?Simple je korang dok sibuk masuk blog orang then follow pastu ajak orang follow balik.Adakah dengan budaya follow memfollow ni korang dapat benefit.Ces!Jangan mimpilah weyh.Budaya ni akan bagi mood blogging korang jatuh ke laut beb.Banyak blog saya blogwalk dan saya tengok follower ratus juta tapi traffik dan pageview tak sampai 200.Owh please lah korang kena ingat bila korang dah tekan button follow tu tugas korang ialah membaca entri diorang.

3. Ikut Style Blogging Blogger Lain

Yang ni sayapun pernah buat.Bila tengok entry orang ni best so kita tiru style diorang konon nya dapat curi readers diorang.Owh tolong lah takkan jadi beb.Dalam blogging korang kena tau Unique Content will Attract Readers.Itu Keyword yang patut kita tau.Selagi kita tak faham maka kita akan down beb.Percayalah cakap saya.Kita takkan boleh berjaya dengan meniru tau.

Alamak masa tak cukup.So saya buat ni dulu mungkin minggu depan saya sambung ye.Itupun kalau saya ingat.hehe...Kalau saya tak ingat sila tweet ataupun tulis kat Wall Facebook ye.hoho...

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails