Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

INFO HARI AHAD

INFO HARI AHAD

Salam Ahad guys,

Pagi ni saje buat entri lagha untuk dikongsikan.Mana tau korang just nak release tension or nak isi masa lapang dengan membaca so boleh baca entri kat sini.Macam yang korang tau hari ni ada beberapa event penting dan juga beberapa perkara yang berlaku.So saya nak share apa yang akan berlaku hari ni.

1. Main Badminton GPlusMy

Hari ni ada satu invitation main badminton kat PJ yang dianjurkan oleh Nuffnang untuk GPlusMY so sesiapa yang suka main badminton  boleh lah join.Saya rasa macam nak pergi tapi kena beli raket dulu lah sebab dah lama tak main badminton.

2. Anugerah Juara Lagu (AJL)

Macam yang korang tau malam ni Anugerah Juara Lagu.Actually saya agak kureng sikit tengok anugerah-anugerah ni tapi disebabkan ramai yang dah tulis psala ni maka rasanya terasa macam nak tengok sebab ramai artis best-best macam Faizal Tahir, Meet Uncle Hussein, Kumpulan A.P.I, Aizat dan ramai lagi.So jangan lupa bukak TV3 malam ni ye.Korang rasa siapa dapat Anugerah Juara Lagu? Kalau saya rasanya Faizal Tahir dengan Lagu Hanyut.

3. Piala FA England 

Malam ni ada match best.Pertembungan 2 musuh tradisi dalam BPL tapi dalam perlawanan Piala FA antara Man U dengan Liverpool.Perlawanan malam ni agak berbeza sebab Liverpool turun dengan Coach baru!Welcome back King Kenny (Kenny Daglish).Harap-harap kehadiran King Kenny menggantikan si tua Hodgson boleh ubah keadaan.

4. Blogger dalam Kerabat Haji Dollah

Terkejut bila baca entri cousin saya Terompah Caring pagi tadi.Keluarga kami dah mengalami pertambahan bilangan blogger.hak3...Adakah saya yang pengaruh?Owh mintak maaf ye saya tak pernah pengaruh sesiapa.So dengan pertambahan bilangan blogger ni harap-harap macam-macam idea akan muncul.Selamat Berblog! 

5. Blog Aggregator Ada Masalah

Yang ni agak buat saya sakit otak...Pagi tadi ingat nak ping blog tetiba semua blog aggregator down mungkin Kon sibuk kot.Boleh dikatakan ketiga-tiga blog aggregator macam Gengblogger, Selangorbloggers, dan Johoreanbloggers tak boleh nak bukak.Harap-harap masalah settle dan tak lama macam dulu.So korang boleh lah ping entry korang via facebook ye sebab banyak page yang available.

p/s :

* Saya bukan obses tapi saya buat disebabkan minat!Berblog merupakan minat saya dan saya akan menulis bukan untuk traffik...

APA ITU MAINE COON ?

APA ITU MAINE COON ?

Salam Ahad guys,

Pelik tak tajuk kali ni?Bagi saya memang peliklah sebab saya tak pernah tau dan tak pernah dengar.Mungkin ada antara korang yang tau so itu ilmu yang korang lebih dari saya.hak3...Actually saja tengok keyword yang masuk kat blog ni ikut Nuffnang Analytic.Maka saya tertarik nak tau pasal keyword Maine Coon ni masuk padahal saya tak pernah tulis pun.Kalau saya pernah tulis dah tentu saya saya apa kejadahnya Maine Coon ni.

Walaupun keyword Lana Nordin tu tak payah tanya.Setiap hari memang dia jelah keyword yang paling tinggi.Dah macam blog ni personal blog Lana Nordin dah.hak3...


Apa itu Maine Coon?
Kalau tak silap hasil kajian saya melalui sesi temuramah dengan uncle Google dan juga Grandfather Wikipedia saya dapati ia merupakan sejenis kacukan kucing yang mempunyai sifat fizikal khusus.Maine Coon ni merupakan kacukan tertua yang terdapat kat Amerika Utara.


Kenapa Maine Coon?
Nama dia Maine Coon sebab jenis kucing ni berasal dari negeri Maine di Amerika.So disebabkan asal dia dari Maine dia digelar Maine coon takkan nak letak Ketereh Coon pulak.Coon pulak sebab bentuk dia yang agak besar dan elbih kurang macam Rakun jadi dia dipanggil coon.




Actually Maine Coon ni bersaiz besar sikit dan bulu dia lebih kurang macam kucing parsi.Ia agak sedikit pelik tapi bagi saya comel cuma saya tak boleh duduk dekat dengan kucing sebab ada resdung yang teramat kuat dan menyebab saya agak sensitif terhadap bulu-buluan ni.


Jadi penggemar-penggemar kucing kalau nak bela kucing ni korang mungkin boleh try usha kat blog ni FancyCoon.Itupun kalau ada lagi sebab jenis kucing ni memang susah nak dapat.


p/s :


* Tetiba teringat kat kucing yang dah lama menghilangkan diri dan lari bersama pakwenya...


"Hitam Kalau ko nak Frieskis balik..kalau tak ko pi makan sampah..."

GENGBLOGGER KEMBALI MENGGEGAR ARENA BLOG AGGREGATOR

GENGBLOGGER KEMBALI MENGGEGAR ARENA BLOG AGGREGATOR



Salam dan selamat malam guys,

Mungkin ramai yang still tak tahu bahawa blog aggregator yang dulu famous digunakan oleh blogger-blogger dah online semula.Apa lagi kalau bukan GengBlogger.Siapa yang tak tau GengBlogger memang famous dan ramai juga blogger-blogger yang top macam Cik Lolly, Ben Ashaari dan ramai lagi lahir dari GengBlogger.


Kalau tak silap last time kong tutup kejap Gengblogger ni sebab ada malware attack dan mungkin jugak dia busy so tak boleh nak fokus untuk maintain blog aggregator ni.Lepas Gengblogger senyap tetiba meletup pulak satu lagi projek kong iaitu OZbloggers.Ni pun konsep sama jugak.


So kepada yang dah tau jangan lupa diri dan yang baru tau apa itu Gengblogger silalah berkunjung ke portal GengBlogger.Even dulu tutup sebab Malware tapi komuniti Gengblogger ni tetap aktif dengan event diorang dan mintak maaf saya tak dapat nak join event sebab masa yang tak begitu sesuai.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails