Showing posts with label Products. Show all posts
Showing posts with label Products. Show all posts

TIPS : MAHU BLOG JADI POPULAR???

TIPS : MAHU BLOG JADI POPULAR???

Berkenaan dengan tajuk entri ni semua orang nak terasa dihargai ataupun ingin popular.Kalau la ada dalam ABPBH(Anugerah Bintang Popular Berita Harian) ada kategori blog paling popular mesti ramai blogger yang akan update blog diorang selalu.hak2 ini bukan perli ye cuma realiti.Popular itu adalah subjektif kalau kita nak cerita.Sebab popular dalam blogging boleh dibahagikan kepada dua.Adakah popular disebabkan ramainya follower ataupun popular sebab banyaknya reader dan traffic.Pening tak dengan statement saya ni.Korang fikirla sendiri apa bezanya sebab memang ada bezanya sebab itu saya kata ia adalah subjektif(bukan jawapan peperiksaan ye).

3 Cara untuk popularkan blog :

1- Content/Keyword kene best
Wah yang ni bagi saya memang penting sebab andai kata(saya ulang andai kata) hari tu blogger lain tak blogwalk ataupun mungkin sistem gengblogger rosak tak boleh nak ping entri maka apa yang dapat membantu kita ialah keyword SEO.Sebab tu kalau boleh buat je entri untuk contest mana2 blog ataupun contest Nuffnang.Walaupun tak menang tapi sekurang2nya kita dapat tulis entri n dapat keyword.Sebab tu saya try macam2 contohnya macam youthsays, blogadvertisingstore ataupun buat contest nuffnang.tak percaya biar saya tunjukkan :


3 entri yang saya submit untuk contest nuffnang memberikan saya traffic yang agak tinggi untuk bulan ini.Harap2 la menang salah satu.So sekarang korang percaya tak?Saya tak paksa just nak share je.

2- Blogwalking ataupun berjalan ke blog lain
Ini pun salah satu cara untuk korang popularkan blog korang ataupun dapat visitor.Cari blog baru then tinggalkan jejak.Dalam berblogging ni kita tak boleh sombong sebenarnya.Sombong terjun lombongla.Kita tak boleh assume yang kita ni terlalu otai walaupun kita dal blogging lama.Itu bukan concept blogging sebab tujuan sebenar blogging adalah untuk berkongsi tak kira la emosi ataupun knowledge.Jadi lerpas ni tolong jangan sakitkan telinga saya dengan mendengar perkataan "dia tu otai bean"...tak mungkin saya akan hiraukan perkataan tersebut.Bukti...


Traffik2 di atas datangnya dari blog2 lain.Kemungkinan tuan blog yang masuk ataupun follower2 dia yang tertarik dengan nama blog saya(chewah perasan betul...hak2).Ataupun apa yang saya tulis dalam chatbox diorang(mungkinla sayapun tak tau).Saya suka comment dan juga tulis kat chatbox.Mungkin ada blogger yang baru sampai kat blog diorang klik link saya untuk cari traffik or info(macam saya jugak).So thanks kat blogger2 yang blogwalk ye.

3- Interaksi dengan Visitor
Ini terbahagi kepada dua.Satu chat box dan kedua comment.Contohnya macam ni ...

 Kalau yang masuk blog kita tu blogger jugak diorangpun akan tinggalkan URL kat chatbox(tulah fungsinyapun) jadi janganla terlalu perasan sibuk sampai tak sempat nak masuk balik blog orang yang tinggalkan jejak.Ingat baik dibalas baik jahat masuk jail ok...Jangan lupa kalau ada komen kat entri tu tolong la jawab barula orang yang komen tu rasa dihargai.Saya baru perasan kalau orang komen boleh buat notification ke email.hak2 apa punya blogger la saya ni.Yela sayapun masih belajar la bukan nya bagus sangatpun.

p/s :

* Kalau korang nak blog korang cepat up dengan cara yakuza cuba korang jadi Aduka Taruna mesti hits blog >1000 sehari.
* Masih lagi mencari jalan untuk menaikkan hits blog ni biasala manusia tak pernah cukup.
* Ingat traffik penting untuk nuffnang.

GCB BURGER DARI MCDONALD

FOOD : GCB BURGER DARI MCDONALD

Hye selamat malam.Dah dinner ke blom?Saya baru lepas dinner dengan aiensepet dan dia masak lagi untuk saya.Yelah sejak jadi suri rumah ni hari2 dia masak.Saya just pergi kedai beli barang then tunggu sampai makanan terhidang depan mata.Tapi ni sementara je sebab esok dia ada interview so kalau dia dapat kerja memanglah saya susah nak dapat makan makanan dari air tangan dia.

Oklah malam ni nak cerita pasal burger baru dari McDonalds.Korang dah rasa GCB burger?Saya dah cuba dan memang sedap beb.Memang tangkap leleh lepas tgk iklan dia.Saya pulak memang senang terpengaruh dengan iklan.Sebelum tu saya bagi korang tengok iklan MCDonald GCB burger dulu :


Amacam tergoda tak tengok gambar nih?Pergh sekali tengok memang macam Prosperity Burger taoi sebenarnya lain.Persamaannya ialah GCB burger dan Prosperity burger hanya ada pada period (bukan datang bulan ye) yang tertentu.Puas tak?Bak kata orang kalau nak wangi kawanlah dengan tokey minyak wangi.Uiks ada kena mengena ke?Silap2 bak kata pepatah tak dapat anak ibunyapun jadilah...hak3...Ok sekarang saya nak tunjuk yang real pulak :


still dalam kotak

Kasi bukak sikit je


Lepas tengok apa perasaan korang?Ada terasa macam nak pecut gi McD tak?Dia punya chicken grill mak aiyh memang leleh beb ditambah pulak dengan sos dia memang nangis beb.So apa lagi gi try memang tak menyesal yang korang akan rasa ialah tak puas sebab sedap dan saiz dia tak mengenyangkan.

p/s :
* Esok macam nak pergi makan lagi pulak.Doakan saya berjaya...hak3..

BELI ONLINE DENGAN VSHUB ANDA BUKAN DAPAT SATU TAPI DUA

Selamat tengahari ye semua,Bean Moreno masih ada mood sedikit untuk menulis dan itu adalah lebih baik dari tiada langsung dan tak menulis langsung bak kata orang 'Mood Ke Laut'.Sebelum ni asyik buat review iklan je (ala biasalah dah takde idea so Youtube akan menjadi sasaran).Hari ni saya nak share something pasal beli barang online.Saya tau ramai kaki2 shopping suka cari barang online dan saya dah jumpa cara untuk beli barang 'oversea' yang murah dan mudah.Korang boleh beli dari portal2 terkenal macam Amazon dengan mudah dan yang penting lebih murah dari pasaran Malaysia.

Korang pernah dengar pasal vsHub tak?vsHub ni adalah hub yang boleh korang gunakan untuk ber'shopping' secara online.Macam yang korang tau kalau kita tengok harga2 barang2 'branded' kat butik memang agak mahal.So bila kita berjalan2 untuk 'window shopping' dan masuk butik mungkin tiba2 perut kita akan tiba2 sakit lepas tengok harga.Untuk lari dari masalah sakit perut bila melihat harga barang tu kat butik apa kata kita gunakan vsHub.Kenapa vsHub :

1) BOLEH BELI BARANG DENGAN HARGA KAT US
2) BANYAK PILIHAN BARANGAN BRANDED
3) TAK PERLU BERATUR UNTUK BAYAR SEBAB BARANG AKAN DIHANTAR TERUS KE RUMAH

Jadi kepada korang yang sememangnya 'shopaholic' dan nak jimat duit cubalah shopping guna vsHub ni.Memang berbaloi2 mak cakap nyah (hak3...Sejak bila gua jadi pondan ni?).Korang jangan risau sebab pendaftaran membership adalah percuma dan korang boleh daftar dulu even tak tau nak beli apa lagi.Manalah tau masa depan korang nak beli something sebab kat amazon laptop pun ada jual bukan takat tu teddy bearpun ada tau.So just register kat [sini].Korang boleh shopping barang2 branded US dan juga barang2 Japan.

Ooops saya terlupa nak bagitau ye.Kalau korang beli dengan vsHub korang bukan dapat barang yang korang nak je.Tapi korang juga akan dapat satu alamat rumah kat US walaupun korang takde nationality US dan juga takde passport.hak3...So apa lagi registerlah untuk dapat alamat di US seperti saya :


Jadi dengan rasminya saya dah ada alamat di US dan boleh ber'party' dengan Paris Hilton.Kalau korang nak jadi macam saya dan ada alamat di US disamping shopping online jom REGISTER sekarang sebelum dia letak 'fee' baik cepat ye.Dengan vsHub korang bukan dapat satu tapi dua benda!!!

p/s :

* Nak beli barang2 sila pastikan apa yang ada di US sahaja jangan pulak order barang dari Ivory Coast ye ataupun South Africa.
* Nak tau lebih lanjut silalah masuk web vsHub.

BAGUSNYA NUFFNANG...I LIKE!!!

Wah sungguh sejukla plak hari ni.Otakpun tepu bila sejuk2 ni.Tadi punya banyak idea tapi tetiba plak jadi "kong"(bukan mod GB ok).hak3...Tapi apa yang bestnya arini dapat dua email dari Nuffnang.Apa email tu eyh.


First email macam ni :


Klik untuk tumbesaran sempurna

Wah baru hantar semalam dah dapat invitation.Cepat betul nuffnang buat keje eyh.Maknanya dapat pergi launching then dapat tengok wayang ngan dak2 "Project Alpha" seasoan 2.Best2...Owh,cerita pasal tengok movie saya still tunggu lagi satu invitation nak tengok wayang.

Email yang kedua ialah email ni :

Klik untuk tumbesaran sempurna

So kene tunggula check dia sampai.Tapi ada lagi check pending yang baru lepas cashout.Bab ni memang lembab skit.Takleh nak marah sebab itu prosedur dia.Jadi kene redha jela dengan keadaannya.Berapa nilai tak perlu tau sebab saya bukan nak tunjukkan kehebatan just nak tunjuk yang Nuffnang bukan SCAM.


Selain dari tu saya terkejut tengok akaun Mylook saya.Wah tetiba ada $4.40.haha.So kita tengok sampai mana Mylook ni boleh blah ke tak...Kita tengok lagi satu minggu.Kalau nak try klik je link eyh.Daftar percuma.Cepat rebut peluang selagi belum tepu.Bukan susah.Search sekali dapat $0.22.


Klik untuk tumbesaran sempurna

p/s :
- Tengah layan Senja Permai & tunggu wife balik.
- So mari berusaha untuk berjaya.Takkan nak tengok orang yang sama je menangkan.

PROJECT ALPHA 2 : I JUST LOVE GOOD SMELLING PEOPLE


Hello,alamak tajuk in English la.Saya dah lama tak tulis dalam English takut broken.So alang2 dah pecah rabak bahasa saya biar saya keruhkan lagi untuk entri kali ni."I Just Love Good Smelling People" maksudnya ialah saya suka orang yang berbau wangi.Hak3 ada ke manusia ynag nak berbau sampah?Ooops baru saya teringat ada satu golongan yang memang suka bau busuk.Golongan tersebut adalah golongan PUNK!hak3...


Kita semua nak invironment yang steady kan.Yang mana peace dan menyenangkan.Tapi kadang2 keadaan office kita memang dah best tapi tetiba ada something yang tak best distract concentration kita masa nak bekerja.Salah satunya bau badan office mate kita.Wah...sakit otak & sakit hidung kita.Nak sound takut terasa kan tapi setiap hari buat dek jek.Terasa macam nak belikan penyembur lipas suruh dia pakai kat armpit dia tuh.Tak de civic betul orang yang macam ni...Kalau mamak tu takpela ni kat office.pergh...


Apalah salahnya gaji ribu2 pergi beli deodorant yang harga dia tak sampaipun RM20.Banyak jenama yang kita boleh pilih.Macam saya,saya pakai Adidas dan Nivea(bukan Nvdia eyh itu jenama graphic crad).Tak payah la beli yang mahal2pun kalau diri tu kedekut.Contoh kalau Adidas punya seodorant kat Guardian baru RM15(rasanya sebab saya ada satu itupun dah lama beli).Dahla tak pakai deodorant perfume pun tak nak beli.Ces memang kedekut betulah.Kalau korang tak mampu nak beli Perry Ellis original pergi jela Uptown banyak perfume RM15 so cost korang untuk berbau wangi dan segar tak lebihpun RM50.



Jadi kepada sesiapa sahaja yang terasa tolonglah ambil tindakan segera sebab kehdairan korang di persada seni ni akan menyebabkan orang tidak selesa kerana bau badan yang teruk(bad smell).Tak salah invest RM50 untuk badan,Ni tak invest juta2 kat bank or oil & gas tapi kat badan RM50 pun susah.ces!Lagipun sekarang musim panas so sendiri mau ingat la kawan.Jadi kesimpulannya "I JUST LOVE GOOD SMELLING PEOPLE" sebab my smell also good ma!!!


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

THE GARDEN : JENJALAN SAMBIL SHOPPING


Hah entri terakhir untuk malam hari Jumaat & bukan malam Jumaat tau.Kalau malam Jumaat saya dah pergi bunuh setan dah.hak2.Tadi saya baru balik jenjalan ngan wife kat The Garden.Wah terasa macam orang kaya kan.Sebelum tuh saya mintak maaf eyh sebab tulis entri berbaurkan personal kan.Tak salahkan selebrity macam saya(selebriti ke???) cerita pasal personal.hak2.

Malangnya entri kali ni mungkin personal tapi berbeza sebab tiada cerita pasal dalam kelambu ye.Walaupun saya baru di"sound" oleh seorang otai(otai ke???) di komen blog tapi bak kata entri lepas saya just PERSETANKAN!!!Hari ni saya pergi ke The garden merangkap Mid Valley(yela sebelah2 je).Sedang saya makan kat Nandos dengan wife saya terdengar nama saya dipanggil.Owh terasa seperti artis tau.Rupa2nya terjumpa Cik Yann di Nandos.Untuk pengetahuan korang dialah yang mengajar saya untuk order makanan di Nandos.Malu sih...

Lepas makan saya memang dah nekad dah nak tukar style rambut,Lantas saya pergi ke QQ Cut untuk potong rambut.Dia tanya saya nak potong macam mana & saya dengan selamba je cakap potong ikut style jepun boleh tak?Dengan gaya lembut dia ketawa.ces ko melunturkan semangatku untuk menjadi Serizawa dan inilah hasilnya :



Pada waktu yang sama wife saya pergi nak trim rambut dia kat saloon,tapi malangnya saloon tu penuh.So dia tunggu saya sampai siap then saya teman dia cari saloon lain n then jumpa saloon lain.Tapi hasilnya wife saya tak berpuas hati dengan service Saloon Jantzent.Ces bayar RM78 untuk potong rambut+wash senior tapi ntah la wife saya je yang tau sebab saya tak potong rambut kat situ.

Dengan mood yang tak menentu wife saya ajak window shopping(bukan windows 7 ye) tetiba satu perkataan terkeluar."Bang jom b belanja abang beli minyak wangi..".Korang jangan anggap badan saya busuk ye seperti lirik lagu Rossa tu.Saya wangi dengan wangian Hugo Boss.Kalau tak pakai perfume pun badan saya berbau wangian haruman syurga.Mungkin sebab dia nak tenangkan hati dia dia tabur zakat kat saya.Jadi kami ke :

THE PERFUME SHOP

Setelah mencuba beberapa perfume sampaikan orang yang jaga kedai tu meluat jadi kami ambil keputusan untuk beli yang ni :

Cuba Teka apa di dalam...(tapi ini bukan kontes tau.Tiada hadiah akan diberikan...5,4,3,2,1   tet!!!

Di dalam beg itu ada :


Satu botol Perry Ellis & satu botol Chevignon.Korang pernanh dengar tak???Kalau tak pernah dengar saya mintak maaf.Kitorang memang suka cari something yang lain skit dari orang lain.Tapi jangan ingat ini perfume Uptown yang dijual RM15 sebotol.Owh tidak...hak2...Harga dia biarlah rahsia.Tapi apa yang best ada 15% -25% discount beb kat The Perfume Shop.Tak tau la memang ada discount ataupun cashier tu terpegun dengan rambut baru saya yang seakan2 Rain ni.hak2.Oklah cukup sampai di sini.Hope korang enjoy entri ni ye...

p/s :
- Tengah tunggu Mc Delivery tapi bapak nak dekat sejam tak sampai2 lagi ni.Siot korang ingat aku dah makan Nandos aku kenyang.
- Esok ada paintball harap saya bersedia.AUS mari kita bergabung meletup macam hari tuh.hahaha

HAPPY BIRTHDAY... PART 2







Hm dah kuliah subuh hari ni tamat.So harap korang manfaatkan.Korang mesti tau kan apa akibatnya kalau Bean Moreno cuti dari bekerja.Owh pandai pastinya korang akan tengok banyak entri akan muncul.hak2.Okalah entri ni saya yang ni nak ucap hai jadi jugak tapi untuk "kangtau" saya.Kangtau ni lebih kurang macam group la maksud dia.Hari ni ngam2 dah tiga tahun dah.Wah comel beb!!!Maknanya Nuffnang dah 3 tahun dah arini dan saya hanya terlambat sedikit je untuk cukupkan umur berblogging sekali dengan nuffnang.

Kalau nak cakap benefit dari ikut Nuffnang,tak payah la tanya.terlalu banyak.Bulan ni je berapa ratus saya menang.itu tak masuk modem broadband yang saya menang,barang2 lain, dan yang best nya dapat gi event.Dari event tu lah saya jumpa sifu2 saya.Best ke tak???Nak lagi best!!!Saya join Nuffnang dan dapat kenal ramai blogger.So boleh buat aktiviti sendiri lagi tau,Jangan Main2...


Semalam masa saya tengah syok ajar cousin saya buat nuffnang account saya dikejutkan dengan satu comment yang menyakitkan hati.Disebabkan terlalu marah dan tak mahu perasaan marah tu dibawa ke ranjang jadi saya ambil keputusan untuk delete comment tu.Dan saya tak dapat buktikan kat entri kali ni.Saya ingatkan mel je yang kene kecam tapi saya yang tak popular ni pun kene jugak.Mak aih punya la dengki.Cakap saya budak barula,ilmu tak cukup nak ajar orang la.Tapi tak kisah la sebab orang yang hantar comment tuh boleh saya kategorikan sebagai "No Balls".PENAKUT sebab berselindung dengan nana ANON.Kalau berani tunjuk la avatar bak kata Mel.Tak pun kalau pemalu kasi URL la.boleh saya gi tgk blog yang hebat sangat katanya tuh.


Kalau budak anon ni nak tau sangat dah bape lama saya blogging.Meh sini abang cite ye.Saya start blogging 2006.Time tu adsense tgh meletup2 Nuffnang pun takde lagi beb.Tapi blog tu saya tak update sebab itu pasal insurans dan url diepun saya dah tak ingat.Ok first personal blog saya korang boleh check sini.Siap ada nama betul lagi tau.Saya start blogging dalam bahasa English kat dalam blog ni.Saya update sampai 2009.Tapi disebabkan ketamakan saya up kan suterablogger lak sampai sekarang.So puas hati sekarang.Saya taknak la emo2 sebab hari ni Maulidur Rasul.Tapi jangan provoke orang beb.Saya tak nak cerita sejarah blogging saya sebab takut timbulnya riak OK!!


Dahla malas nak emo2 sangat pagi2 mulia ni.Anyway :


"Happy Birthday Nuffnang!!!"


p/s :
- Harap2 dapatla barang satu or dua buffered campaign.hak2...Dah lama diorang tak tabur untung kat blog saya ni.Tak dapat advertorial dapat buffered pun ok.
- Anyway Nuffnang memang best!!!
- Saya ajar orang bukan untuk tunjuk hebat tapi uuntuk perkongsian ilmu wahai sedara sedari.

TUTORIAL : NAK BUKAK FB GAK

Entri ni ditulis atas pujuk rayu wife saya yang cantik dan comel tuh.Sebenarnya saya nak tulis entri ni semalam tapi tak sempat.Tapi sebelum baca saya harap korang buang rasa ego tapi moto ego jangan buang rugi.Sebab entri ni boleh mengundang sedikit rasa riak anda.hak2..

Banyak gak la orang tanya saya macam mana nak bukak Facebook kat office kalau dah kene block.Wah sebelum ni saya tak tau(uiks pelik IT support tak tau bypass) hak2 saje je bikin gempak.Saya tau tapi bukan cara ni la kan cara lain.Cara unblock Facebook ada banyak.So ini adalah salah satu yang simple je.Budak kecil pun boleh buat.So kalau sapa yang dah tau tu tolong jangan riak dan merendah2kan orang yang tak tau eyh.Sebab kita bukannya tau semua pasal kehidupan saya nipun just sharing ilmu yang baru saya belajar.

Masih nak tau.Oklah saya ajar tapi make sure jangan bagitau saya ajar kalau kantoi eyh.Bak kata pepatah cina "Anak Ikan makan Anak Ikan,Pandai Makan Pandai Simpan...".

First step ialah pastikan korang boleh masuk ke google.Sebab untuk korang berjaya menyelinap masuk ke FB perlukan google.Taipkan youtube f_proxy pada search bar korang macam ni :

(klik untuk pemandangan lebih jelas)

Step kedua pilih web yang kedua.Youtube Proxy.Tgk gambarajah ye...

(Sudah jelas jangan klik)

Bila keluar je page ni klik proceed anyway :

(Klik kalau korang tak dapat baca)

Bila ABypass dah keluar taipkan laman web apa yang dah kene block.Saya tau yang penting FB kene bukak betul tak???hak2 itu motivation pekerja kan...


Then korang tgkla sendiri apa yang jadi.So seperti mana yang saya cakapla kan.Kalau korang nak buat pastikan tempat clear ok.Jangan jadi bijak buat depan boss.Pastu petik nama blog saya yang tak popular ni.Habis CIA semua ambush rumah saya.Kalau Eyriqazz terjah nak gak at least dapat traffik.

p/s :
- Tolong gunakan bende ni untuk kebaikan.Tak elok buat jahat tau dosa.Saya ajar untuk blogger supaya boleh ping blog kat gengblogger.Sebab kalau tak leh bukak FB tak leh ping.Yang ni saya tak tau samada boleh tak ping GB tanpa FB.Sila beri tunjuk ajar...

- Kelajuan internet akan menjadi perlahan sedikit akibat penggunaan benda ni so berwaspadalah.
- Saya budak baru belajar.Kongsi untuk tambah ilmu.Kalau dah tau jangan berlagak OK!!!

TOLONG KENGKAWAN VOTE GAMBO NI

Wah mesti korang pelik kan.Bean Moreno ni takde keje ke asyik2 update je.Ok meh sini saya cerita skit.Saya akan update limit dia 3 entri satu hari dan kalau terlebih tu mungkin sebab nak tolong orang.Contonya macam entri ni.Semalam ada member telefon saya mintak tolong vote die untuk pertandingan dapat pelamin sponsor.

Member saya ni akan bernikah pada bulan 5 ni so sebagai tanda saya seorang kawan yang tak pernah lupa kawan.Saya nak tolong dia menang pelamin tuh.Dia ni memang kawan baik saya masa kat poli.Disebabkan saya ada blog(yang tak berapa popular ni) jadi saya buatla apa yang saya rasa boleh tolong kawan2.Contohnya macam haritu saya ada buat review blogshop kawan saya qizkids.Tak rugipun kalau kita tolong kawan2.Diapun ada tolong saya masa hari saya nak kahwin.Jadi untuk balas jasa besar dia saya tolong dia untuk promote gambar dia.Korang tengok gambar dia ngan tunang dia ni...


Nama mamat ni Izuan tapi saya panggil dia Jepun je.Kenapa panggil dia Jepun?Korang tengokla muka dia ada muka melayu ke???Takde sikitpun.Mungkin sama spesis dengan wife saya.Dua2 ni adalah kawan saya sebenarnya.Dah dekat 5 tahun kitorang kenal.So Jepun entri ni adalah hadiah untuk ko masa kahwin(jangan takut ada lagi masa hari ko nikah...aku akan kasi ko surprise...hak2).

So saya harap kepada semua blogger dan reader votelah diorang.Ni kira sedekah dunia maya orang panggil.Jangan pulak anggap diorang ni peminta sedekah eyh...saya tendang karang.Kalau nak vote klik sini.Kasi la diorang menang pelamin sponsor tuh.Tak rugipun tolong orang.Vote dengan tekan like this kat pic tu yek..Thanx...

p/s :
- Update lagey...mungkin ini antara apa yang bermain di reader blog ni.hak2...
- To Jepun :- Hope ko menang yek...
- VOTE ye jangan tak VOTE
- Petang ni nak dating ngan Melromeo...hak2(saya bukan gay OK!!!)

PINK @ THE GARDEN

Selamat hari Jumaat dan selamat pulang dari solat Jumaat ye.Entri ni memang saya buat untuk melalut panjang2.Huhu...Mesti ramai yang tanya kenapa tak sambung undang2 penulis lagi.Owh bukan tak nak sambung tapi saya nak simpan sampai jadi pekasam.hak2..Bukanla,semalam ter"miss" plak tapi jangan takut saya akan sambung balik ye.


Ni cerita pasal semalam.Saya dan wife pergi berjalan2 untuk mengambil mood shooping sementara menunggu gaji yang akan keluar.Gaki bulan ini tinggal ngam2 sahaja untuk kehidupan yang kami kene tempuh lagi 9 hari di bulan Februari.Biasala makan gaji pastuh gaji belom naik plak tuh.huh!Tunggula kedai saya bukak nanti mungkin baru saya dapat merasa apa itu "Financial Freedom".Jadi doakanlah kedai saya berjaya nanti ye.

Kalau korang pernah gi The Garden mesti korang tau yang kat tengah2 antara Garden ngan Midevalley ada satu air pancut(oops jgn fikir bukan2 ye..) jadi saya duduk kat situ bersama wife sambil menikmati kopi berjenama saya iaitu "Cofee Bean".Saya dah tak beli StarBucks sebab Sendra kata HARAM.hak2..Romantik tak saya bila duduk di depan air pancut dengan memakai baju pink :


Perjalanan kami tidak terhenti di sini.Owh tidak sama sekali sebab saya keluar bersama wanita dan sudah tentula tidak akan pulang selagi tak bawak balik sesuatu.Saya pun shopwalking (lebih kurang macam blogwalking la bezanya tak dapat traffik je) dan macam2 yang saya dapat lihat untuk dijadikan target begitu jugaklah wife saya.Contohnya...

 
Ini adalah handbeg "Coach" agak2 berapa harga dia???


 Ini adalah gambar kamera.Pergh cute tapi harga dia korang pun dah nampakkan...

Benda2 ni saya akan beli bila target saya cukup.Bila itu persoalan yang hanya Allah sahaja tahu.Oklah ni babak terakhir dalam ekspedisi motivasi saya di The Garden.Saya menemani wife saya ke Esarli(buruk beno namanya..hak2).

Maka dengan pembayaran ke atas kasut dua pasang pengembaraan motivasi kami tamat dan kami terus balik kerana ada tetamu untuk dilayan di rumah.Tapi sebenarnya alasan untuk balik adalah lapar dan juga kaki yang lenguh.Mungkin juga kerana saya kecewa pulang ke rumah dengan tangan kosong.Huh!!!

p/s :
- Saje je pegi tempat orang kaya2 nak feel lifestyle sebagai seorang yang banyak duit.
- Walaupun kamera cute tu memang best tapi saya tetap tidak akan melupakan hajat untuk beli D90.TUNGGU...

QISKIDZ

Hye saya baru lepas solat Jumaat.Khutbah arini pasal budaya songsang.Jangan risau entri kalau ni xde kene mengena dengan khutbah tadi saje je nak kasi tau manala tau korang xpegi tadi.Entri kali ni saya buat untuk promote blog kawan saya.Tetiba bukak pc tadi die PM Facebook saya :

 

Jadi kepada semua sekarang saya nak promote business blog kawan saya iaitu QISKIDZ.



Ini adalah interface blog dia.tapi bila kita scroll ke bawah kita akan nampak satu gambar yang sungguh cute.


Ni gambar anak tokey kedai merangkap model diorang.Qiz nanti mintak abah duit lebih skit sebab jadi model.Tapi pelik la apahal anak dia cute tapi bapak dia tak hensem(hak2 acah je.kang kene pukul aku).Contoh pakaian yang ada macam ni :


Kat atas ni contoh je.ada banyak lagi barang kat dalam blog die.Kalau sape-sape berminat pegi terjahla blog die and pilih nak beli apa untuk anak korang.So jemputlah ke QISKIDZ.

p/s :
- Kerm ko dah kaya kasi aku royalti skit ha!!!(hak2 aku main2 jela.tapi kalau nak kasi itu rejeki kata orang jawa)

Social Netwoking Dari Google



 Hm,malam2 buta ni saya nak share skit pasal SN baru yang telah dilancarkan semalam.Mesti korang tak pernah dengar punya(dengan nada yang agak sombong...hakhak).Nama SN ni "Google Buzz".Wah google dah kuar SN sendiri terkejut jugak dengar sebab apa yang saya tau diorang nak beli Facebook dan rundingan damai tu tak tau apa jadi.Tapi mungkin Facebook tak nak jual that's why la diorang buat sendiri.Biasala untung dah juta-juta tak kan nak kasi kat orang kan..

 Oklah pada korang yang still tak tau apa bende ni boleh try masuk kat page die www.google.com/buzz senang kan.Apa lagi yang best???Ok kalau facebook kite kene login guna mailkan tapi dengan "Buzz" lagi senang kalau kita ada akaun gmail.Blogger yang guna blogspot tapi kalau dia cakap dia takde gmail,memang la penipu tahap sivagi.

Interface dia macam ni :
Lepas login die akan masuk kat mailbox

 Lepas korang dah klik tu maka keluar la benda ni :

Dia lebih kurang je macam facebook yang membezakan Buzz ngan Facebook ialah game dan application (bagusla kalau tak saya akan lalai dengan mainan duniawi ini...hakhak).So cuba je la sebab bende nipun free je.Kalau ada niat nak lupakan cita-cita jadi peladang ke,penternak ikan ke ataupun nak pencen jadi Mafia bolehla try benda ni.

Kesimpulannya...
P/S :
- Sekarang saya tengah ketagih nak tengok cite Senja Permai.Ntah kenapa tetiba berubah angin.
- Walau apa-apapun Nuffnang tetap the best

BIG NAMES SMALL SERVICE


It's OK for us if we feel tired after work.But it's NOT OK if we feel tired waiting for our meal to be delivered.Ok let think as an adult that have feeling inside our soul.If somebody ordered a meal and ask to deliver it to their house thats mean he is really2 :

1- LAZY or should i say TIRED after working 8 hours in the office
2- Really HUNGRY...IDIOT!!!

WHY i am so ANGRY with it.For your info as i am writing this entry the meal that i oredered since 6.50PM still havent reach my home yet.So i decided to order PizzaHut after this without canceling my order so that they know how HUNGRY i am right.Another things that really make me ANGRY :

CUSTOMER SERVICE PROMISES
- I called up more than 3 times but the anwer is still the same...
"Please wait sir our rider is on the way"
(Maybe on The way from Muar MocD i think.Damn IT)

CUSTOMER SERVICE BLAMING US
- They said that we cancle our order
"We thought that you wanna cancel the order"
(What da hack...We were waiting for our meal)

And lastly we received this :
(You save our day maaannnn!!)

(My Feveret - Royal Masala)
PizzaHut Delivery only took less than 30 minutes.That's what we call delivery expert.So What do you want to say about that?Remember customer always right.
 
To MocDelivery sorry we didn't open our door and our heart to receive what you deliver.Next time please respect the customer rights.We order because we need it and because we were HUNGRY!!!please understand the concept.

 p/s :
- Do you think what did i have done to the MocDelivery was a right thing???
- What will you do if you're in my situation???
- Sorry i use cheap camera not NIKON ...like deydeq

-= NuFFiE Vs InNItY =-

Hye there just got back from bowling tournament in Ole2 Plaza in Shah Alam.I don't want to be Mr Mama today so i decided to join the tournament together with CikHel.Many things happened this morning before i reached Ole2.My china phone is now showing the symptom of "china sickness".So i didn't have any phones at the moment(statement that can make me win the Blackberry...haha).So Celcom please give me the phone i am not kidding.YES i don't have phone right now now now...I have to win the contest.

So i open my bloglist to do blog walk.As usual i will go to Kak Ina KL blog because it can make my hungy feeling chop off...haha.Then i read her new entry about Nuffie and Innity.To readers that don't know what is Innity let me tell you.It is another brand of blog advetisement company same as nuffnang.If you don't know nuffnang better you close your blog...(haha just kidding).I don't know what is the different between these two big ads giant.But all that i heard many blogger changed to Innity now.WHY???Ask them la i am not Innity members even my heart is jumping and have intention to change(hope nuffie didn't read this statement).

According to most of the blogger that have use Innity,they earn a lot of money.Wow!!!Is it just want to change my mind or is it real.I DON'T KNOW...If you want to know just try it(i dont want nuffi to rub out my gliteratti status OK!!!).So to fullfil my gogo attitude i try to surf the Innity site...(just visit ok no further action even got a bit intention...ahaha).But after looking at the requirement i think i will back off because...Just read the requirement here.

For me i think i am qualified for most of the requirement but there are 2 things that made me back off :

Websites must have a minimum of 15,000 Pageviews per month on average
Wah 15000 meh...it's a lot man...(for me not for nara or ynaa...ahaha)

Websites must have a minimum of 3,000 Unique Visitors per month.
3000 meh...Owh no!!!!Maybe another 5 month can lol...

So after reading this requirement i think i am not interested in innity(actually not qualified...huhu). So better stick to the nuffie because actually i earned a lot from them.So please give me more ads and also dont forget expensive advertorial OK...ahaha(am i qualified for that???).I think it's no point to go to Innity because i don't know either they got free screening and event like nuffnang or not.


Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails