Showing posts with label Miera Liyana. Show all posts
Showing posts with label Miera Liyana. Show all posts

PERLUKAH KAU MENJATUHKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI

PERLUKAH KAU MENJATUHKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI

Salam guys,

Sorrylah tajuk entri ni agak macam kasar sikit.  Takde niat nak sound sesiapa mahupun menunding jari atas apa yang terjadi cuma peringatan untuk diri sendiri supaya lebih berhati-hati.  Sebelum saya masuk lebih dalam saya nak mintak maaf kalau penulisan entri ni akan menyebabkan sebahagian besar dari kita menggelupur dan diselubungi sifat marah.  Jangan marah nanti kena jual.  Entri ni saya tujukan pada golongan blogger sebenarnya.

Perasan tak satu benda yang memang semakin lama blogsphere kita semakin kotor.  Ni tolaklah pasal isu klik-klik Nuffnang (macam nak selamatkan diri nampak) sebab tu isu lapuk.  Kita tolak juga isu autoblogwalking.  Apa yang saya perasan ialah ramai antara kita yang menggunakan kelemahan orang lain untuk kepentingan peribadi. Ada beberapa situasi yang saya perasan dah lama.  Meh kita tengok apa isu itu...

1.  Kes Berpakaian Miera Liyana

Ni memang hangat bila Miera Liyana cuba menampilkan kelainan dalam berpakaian (konon nak jadi ET).  Bagi saya ya memang dia salah sebab tak jaga sensitiviti Rakyat Malaysia yang berpegang pada budaya timur atau 1Malaysia.  Itu kesalahan dia tapi sedar tak kita yang ramai antara kita tulis pasal kesilapan dia berpakaian kononnya nak sound dia salah tapi kenapa perlu letak gambar dia siap tunjuk 'angle' lagi.  Readers memang suka dan korang dapat traffik tapi adakah korang fikir itu mengaibkan pihak dia?  Kita letak diri kita sebagai mak bapak dia. Apa perasaan kita?  Kalau yepun kita boleh je tulis entri teguran tanpa letak gambar.  Memanglah gambar itu satu bukti dari wujudnya fitnah tapi itu AIB beb...

2. Kes Video Seks Ketua Pembangkang

Ni satu lagi kes yang tengah hot sekarang.  Bukak lah tv mana-mana memang perkara yang takkan lupa pemberita sebut ialah kes video ni siap tayang kat TV.  Maka ramai blogger yang cuba menangguk di air yang keruh.  Tulis review pasal kes ni dengan satu niat iaitu sedut traffik SERP.  Ni teknik SEO keji lah bagi saya.  Ya memang korang pandai tapi tak eloklah korang gunakan isu ni untuk kepentingan blog korang.  Andai katalah video tu bukan dia.  Adakah korang nak mintak maaf pada dia secara terbuka atas  kesalahan korang sebarkan video tu.  Potong jari lah wey. Kalau video tu adalah dia adakah korang nak tanggung dosa atas dasar memalukan dia?  Sila jawab sendiri. Kalau kita just tulis then bagi komen kita pasal video tu tanpa letak video mungkin satu kesalahan kecil ni siap letak video tu wah besar kuasa kita nak hukum orang.

Alamak terpanjang pulak entri ni.  Saya tak emosi sebab saya bukanlah penyokong PKR mahupun Barisan Nasional.  Saya cuma rakyat Malaysia yang nak hidup aman tanpa peperangan seperti Libya.  Sekali lagi maafkan saya kalau apa yang saya tulis ni membuatkan korang panas.

p/s :

* Cuba kita letakkan diri kita sebagai ahli keluarga yang terlibat.  Apa perasaan kita?

Duit boleh gelapkan hati dan bila hati gelap kita lupa maksud HUKUM.

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

3 BENDA YANG AKAN TERJADI BILA SESEBUAH NEGARA ITU BERTAMBAH MAJU

3 BENDA YANG AKAN TERJADI BILA SESEBUAH NEGARA ITU BERTAMBAH MAJU

Salam guys,

Semua rakyat dalam sebuah negara tak mungkin nak tengok negara tanah tumpah dia mundur dan hidup dalam huru-hara.  Bagi saya,  kita patut bersyukur bila dapat duduk dalam negara yang maju dan aman macam kat Malaysia ni (tak taulah orang lain yang sibuk nak buat demonstrasi jalanan).  Tapi dapat tak korang bayangkan benda-benda negatif yang akan terjadi bila negara itu semakin maju.

1. Pemikiran Terlalu Terbuka

Ya, mempunyai pemikiran terbuka itu bagus sebab kita dapat jadikan diri kita untuk lebih memahami serta menghargai setiap pandangan dan pendapat orang lain.  Tapi masalahnya sekarang ramai yang berfikiran TERLALU terbuka sampai nak bercium pun dah takkira tempat.  Ikut dan je macam tempat yang diorang bikin 'projek' tu ada dinding.  Tepi jalan pun dah tak kira.  Adakah disebabkan diorang yang bikin 'projek' tu terlampau open minded ataupun orang sekeliling yang buat tak faham.  Kadang-kadang terfikir kalau budak-budak sekarang dah macam ni andai katalah hayat dunia masih panjang,  macam mana agaknya budak-budak zaman 2020.  Mesti dengan selamba bikin 'projek mega' dekat balkoni rumah je.

2. Baju Makin Singkat

Ni bukan nak kutuk siapa-siapa.  Ni realiti kehiduoan yang kita akan hadapi start dari hari ni.  Semakin maju negara semakin kurang cotton.  Bila cotton makin kurang maka kain makin singkat.  Korang sendiripun tau kes Miera Liyana.  Wah bagi saya dia memang cute dan gambar terbaru dia pergh kalau lelaki kata tak hot maybe ada something wrong dengan 'chota' dan hormon dia.haha...  Tak perlulah saya paste gambar tersebut sebab korang boleh tengok dengan search Google image ataupun masuk blog-blog hiburan.  Adakah semua benda ni disebabkan nafsu si pemakai yang inginkan angin lebih ataupun designer baju yang tak sensitif dengan kesensitifan masyarakat majmuk.  Maaf memang boleh diberi tapi cara pemakaian itu boleh mempengaruhi budak-budak lain.So...

3. Nyawa Jadi Tak Penting

Yang ni dah banyak berlaku dah.  Dulu susah kita nak jumpa kes bunuh-bunuh ni yang paling hebat pun bunuh diri.  Dulu jenayah yang paling beratpun jual dadah.  Cuba kita tengok sekarang takat pecahkan kepala orang itu belum cukup samseng lagi korang kena bunuh orang baru korang samseng.  Bunuh orang dah jadi macam biasa dah dan nyawa itu takde harga sekarang as long as kita dapat mewah.  Diorang dah anggap manusia ni macam kucing yang ada 9 nyawa.  Adakah ni disebabkan ada pihak tertentu yang tak buat kerja ataupun pengaruh cerita young & dangerous.

So benda-benda ni semua adalah lumrah bila satu negara menuju dan mengejar kepada kemajuan.  Kemajuan teknologi akan mendorong kepada kemunduran minda yang mana kita sendiri tak sedar. Apa-apapun kita je yang mampu ubah benda ni untuk perjalan kehidupan akan datang.

p/s :

* Bila dunia makin maju maka ilmuan akan berkurangan dan artis bertambah ramai.

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi


Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails