MACAM MANA NAK CARI KERJA


TIPS : MACAM MANA NAK CARI KERJA



Selamat tengahari semua.Dah lunch dah?Bean Moreno macam biasa memang lunch lambat ataupun tak lunch langsung.Malas pulak nak makan.Petang ni gaji barulah boleh bawak aiensepet makan best2.Itupun kalau dia balik awal sebab hari ni die pergi Port Dickson sebab tempat kerja dia buat outing.Tadi saya pulak dapat task baru untuk pergi outstation ke PD dan Melaka.

Oklah saja je bukak topik ni sebab takde idea sebenarnya dan disamping tu nak share macam mana or channel mana yang best untuk kita gunakan supaya senang dapat kerja.Simple je banyak medium yang kita boleh gunakan untuk cari kerja.Antaranya :

* Kawan-kawan
* Surat khabar (sila jangan tengok segment 'condolences' ye)
* Internet

Hari ni saya tak nak share cara yang pertama & kedua sebab bagi saya kedua2nya harapan memang tipis.Yelah kalau kita just mengharap pada kawan2 memang payah sebab utama dia bukan itu company dia & diapun bekerja kat situ.So kadang2 kita pergi interview (open interview) peluang 50/50 itupun susah nak cakap.Lagi satu tengok surat khabar.Yang ni poun bagi saya agak mengarut sebab jawatan yang ditawarkan banyak yang lawak2 macam Kelindan Lori,Pengawal Istana (yang ni tipu), Pegawai Keselamatan dan macam2 lagi.Bayangkan kita belajar penat2 tetiba je jawatan tu pulak yang kita nak apply.So tak praktikal.

Ok bagi saya,gunakan internet lebih mudah,FREE dan tepat.Sekarang kat Malaysia ada banyak 'portal' untuk kita cari kerja macam Jobstreet,Jenjobs, Monster, dan macam2 lah.Ketiga2 contoh kat atas tu memang antara 'portal' yang memang top dan digunakan oleh ramai pencari kerja terutama sekali budak2 'fresh graduate'.Kalau korang tanya saya,'portal' mana yang bagus saya akan cakap Jobstreet sebab dia established tapi kalau korang tanya portal mana yang memudahkan korang untuk dapat kerja saya akan suggest Jenjobs.

Korang mesti pelik kenapa saya cakap Jenjobs kan padahal Jobstreet lagi terkenal macam tu jugak Monster siap bagi hadiah lagi.Sebenarnya kita kena fikir untuk dapatkan sesuatu kerja tu kita kena lalui 'interview'.Betul ke tak?Bila kita pergi 'interview' mesti kita berharap kita dapat kerja tu kan.Tak tau lah kalau korang memang jenis nak pergi 'interview' saje2 je.Bila kita guna Jobstreet maka kita akan bersaing dengan beratus orang.Sekali kita apply jawatan tu sure dah ada beratus orang.So bila pergi interview memanglah kita akan down sebab yang pergi interview 200 orang tapi jawatan 3 (dah macam government).Tapi Jenjobs tak ramai orang guna sebab semua tertumpu kat Jobstreet.Ini bermakna peluang tu tinggi.

Sebab kedua ialah kemudahan yang disediakan.Jobstreet jarang hantar reminder & jawatan yang ditawarkan tak semestinya ikut apa yang kita nak.Tapi berlainan dengan jenjobs sebab jenjobs akan hantar notifikasi samada kita nak ke tak nak kerja tu melalui telefon bimbit.Kalau kita nak just taip YES then hantar semula kat diorang.Siap 'motivation' lagi.Yang lagi best bila dapat 'interview' diorang akan call dan confirmkan.Nak lagi best!Diorang akan hantar peta untuk senangkan kita pergi 'interview'.Amacam best tak?

Apa lagi kalau korang nak kerjatry la guna Jenjobs sebab mudah dan berkesan.Oklah nak sambung balik kerja.Hope info ni berguna untuk korang yang mana memang mencari kerja ataupun yang asyik kasi alasan susah nak dapat kerja lepas belajar.Korang boleh pilih nak kerja kat syarikat besar or kecil terpulang pada selera masing2.

p/s :

* Saya dah guna Jenjob dan berjaya dapat kerja
* Sekarang ni takde alasan untuk kita tanam anggur sebab banyak cara untuk kita gunakan.

HORMAT ITU PENTING WALAUPUN KEPADA BUDAK-BUDAK


CULTURE : HORMAT ITU PENTING WALAUPUN KEPADA BUDAK-BUDAK


Hye selamat tengahari ye semua.Pergh dah 4 hari tak update blog ni.Bukan apa hari tu tetiba mood untuk 'modify template' blog ni datang.Saya dah jumpa satu template just kena edit je (tak mau la nampak default sangat).Tiba2 tengah mood memuncak dan tengah ubah2 coding monitor bertukar menjadi hijau.Memang keadaan macam ni bikin potong mood je.Kepada korang yang rajjin kalau nak tukar template boleh la cari kat [sini] ataupun kat [sini].Tapi sila make sure yang template lama di'backup' dulu ye.Kalau tak pasti kacau.

Oklah hari ni nak cerita pasal HORMAT.Bukan apa sekranag perkataan ni dah takde dalam kamus hidup seorang manusia.Semua yang hidup hanya fikir tentang diri sendiri dan pasal orang lain tolak tepi.Kalau umur tu baru 7 or 8 tahun mungkin boleh 'consider' lagi lah kan.Tapi ada yang umur 40 an pun 'still' tak tau nak fahami apa itu HORMAT dalam hidup.Apa yang dia fikir nak orang lain je hormat dia tapi bab nak hormat orang lain tu memang dia buang dalam tong sampah je.

Ada pulak yang masih tau apa itu HORMAT tapi dia akan HORMAT orang tu kalau orang tu berguna pada dia ataupun boleh bagi kesenangan pada dia.Contohnya dia cuma akan tunduk dan 'respect' ataupun 'give a bow' bak kata Torres bila orang tu boleh tolong dia settlekan kerja harian dia.Orang yang takde apa2 dia anggap loser dan memang akan dipandang sebelah mata.Itu kira ok lah nak jugak pandang walaupun sebelah mata lagi teruk kalau dua2 belah mata dia tutup lepas tu main langgar je orang lain.Senang2 nak maki,senang2 nak sepak terajang.Orang macam ni rasanya patut ambil Pendidikan Moral sebab belajar Pendidikan Islam pun still tak dapat hidayah.

Itu satu bab,ada pulak yang akan HORMAT seseorang tu bila orang yang nak dihormat tu (apahal panjang sangat aku explain ni?) lebih hebat ataupun lebih berpangkat.Mak aiyh elok2 sikit dengan orang macam ni.Sebab dia akan bawa kipas ke mana2 dia pergi.Then bila dia dah dapat apa yang dia nak dan jadi lebih bagus dari orang yang nak dikipas maka dia akan buat dek je dan mulalah 'show off' sampai hari2 nak kena tukar spender baru.

Kenapa saya timbulkan persoalan ni?Simple je kalau kita baca surat khabar memang banyak kes2 Hilang Hormat berlaku (ni tak termasuk hilang kehormatan ye,itu kes lain).Anak tak hormat mak bapak,isteri tak hormat suami, dan macam2 lagilah.Then bila sifat hormat ni hilang maka ada je kes2 pelik contohnya anak baling batu bata kat kereta bapak,isteri pukul suami pakai penyapu,dan ramai pulak yang akan berangan nak jadi Chan Ho Nam.So saya rasa kalau kita 'behave' dengan perbuatan kita maka kita akan tau yang sifat hormat tu memang penting.

p/s :

- Misi untuk modi template tinggal lagi 45 % tinggal nak buat header baru & tukar background.

- Kadang2 bila kita fikir balik,kenapa orang tak respect kita?Mungkin dulu kitapun tak respect orang lain terutama sekali Mak bapak kita.Betul tak?

PORTUGAL DAN BRAZIL SERI

WORLDCUP 2010 : PORTUGAL DAN BRAZIL SERI

Hye selamat malam guys.Malam ni apahal rmai tak tido lagi?Owh lupa pulak esok sabtu plakkan.

Saya baru balik dari tgk bola.Brazil lwn Portugal. Result yang dh boleh diramal sbb dua2 team memang dh layak round kedua.So utk korang yang tak tengok result match ialah 0-0 dan banyak aksi lakonan dr player.Oklah nak lyn Tokyo Drift.

p/s :
*1* First tume update blog pkai hp.
*2* xboleh update pjg2 sbb 512 character je

MACAM MANA DARI BLOGSPOT NAK PAKAI DOMAIN SENDIRI


TIPS - MACAM MANA DARI BLOGSPOT NAK TUKAR DOMAIN SENDIRI

Yeay!Saya dah kat Teluk Intan dah ni.Kenapa saya suka hati?Sebab bila tengok schedule yang ada nama Teluk Intan maka bermakna itu adalah hentian outlet terakhir yang perlu saya lalui.So esok boleh la saya main 'kawin-kawin' dengan aiensepet (ooops ni hal orang dewasa ye.kanak2 bawah 21 sila abaikan).Malam ni mungkin akan pergi ambil gambar sekeliling Teluk Intan sebab blog lagi satu dah bersawang.

Oklah kita sambung topik kat atas.Saya ada dapat dua 'Formspring' dari cik annon yang baik.Yelah biasa annon boleh kita spesifikasi sebagai penjahat siber sebab asyik kondem blog orang je kan.Tapi kali ni annon ni bertindak sebagai pemberi pahala kepada Bean Moreno.Kenapa?Sebab dia tanya ilmu so bila saya sebarkan ilmu saya dapat pahala (sembahyang cukup tak bean?).

Sekarang saya reveal apa yang patut korang buat selaku pengguna blogspot tapi nak berdomainkan dot com.Bukan nak tunjuk pandai lah kan.But juts share sebab saya ada ternampak satu kesalahan yang dilakukan blogger bila tukar domain sendiri.

1) SILA PILIH DOMIAN YANG SENANG ORANG INGAT

Yang ni memang selalu orang bikin silap dan mungkin tak perasan.Biasanya kalau nak pilih domain biar ringkas dan unik.Bila ringkas dan unik maka orang akan senang ingat.Bila orang senang ingat maka diorang akan datang.saya bagi contoh eyh...

Buayasarawak.com
Bujangsenang.com

Pada hakikatnya memanglah sama panjang perkataan nya.Tapi 'wording' dia yang membezakan domain tu bakal berkuasa di maya.Sebab buaya sarawak tu susah nak sebut.Kalau bujang senang orang dah memang awal2 lagi ingat lagi satu nama tu memang top dan lagend.So itu dah boleh membuatkan nama blog korang naik.Korang nampak tak perbezaan.

2) BELI DOMAIN

Apa?FREE!!korang ni nak benda free je eyh.Masuk tandas pun RM1 tau kat Low Yatt.Alah kalau korang memang minat apa salahnya invest sikit.Tak percaya tanya Matjoe berbaloi tak invest kat dot com.Setahun RM29.90.Kalau tak silap harga dah naik sikit dah.Korang boleh dapatkan domain yang available kat netkl.com ataupun datakl.com.Kalau tanya yang mana bagus saya tak boleh nak bagi pandangan sebab saya guna Godaddy dan setakat ni Godaddy tak mengecewakan saya.

3) SETTING BLOGAPOT

Yang ni agak penting ye sebab kalau korang salah setting maka domain korang akan terbengkalai.So pastikan setting betul.Setting dia lebih kurang macam ni :

1- Login blogspot
2- Setting
3- Switch to Custom Domain
4- Kat ruang Your Domain : www.bujangsenag.com (ni contoh jelah)
5- Jangan lupa 'tick' "Redirect {domain}.com to www.{domain}.com"



6- Tunggu untuk domian tu bergerak cargas

Oklah saya rasa itu je yang penting.So selamat mencuba eyh.Saya nak pergi melepak dulu....

p/s :
- Mungkin saya akan export blog ni ke wordpress tapi mungkin dalam dua bulan lagi.
- Ingat nak cover buat gambar cun2 since cc ni just ada paint je maka terimalah ye...

ENTRI JUMAAT : SIFAT2 MAZMUMAH DALAM BLOGGING


Selamat pagi guys!Assalamualaikum dan harap2 korang semua sejahtera hendaknya (fulamak dah macam Dr Izzi Hj Ali beb).Sekejap je dah hari Jumaat kan.Kita pejam pastu celik tau2 kita dah tua dah.Dari dulu takde kedut sekarang dah berkedeut muka (kecualikan saya sebab saya muda remaja.hoho).Saya sekarang kat Sitiawan.Mungkin petang ni akan terus shhot ke Teluk Intan.

Macam biasa memang saya susah nak tulis tips blogging pada hari Jumaat melainkan saya tak makan kismis doa then terlupa itu adalah hari Jumaat.Tadi saja je search2 pasal keagamaan (walaupun sekarang tengah pakai seluar pendek.tapi still tutup aurat ye).So terus taip kat google pasal Sifat Mazmumah.Apa itu sifat mazmumah?Kalau dalam bahasa Melayu ia bermaksud sifat2 tercela.Atau bahasa kasar buruk perangai.hoho...

Apa yang saya baca di MyFynas Sifat-sifat Mazmumah ni adalah lawan kepada sifat-sifat Mahmudah.Ada 10 sifat-sifat mazmumah yang kita kena tau dan cuba untuk elakkan iaitu :

1) GELOJOH KETIKA MAKAN
2) BANYAK BERCAKAP
3) SUKA MARAH-MARAH
4) HASAD DENGKI
5) KEDEKUT DAN BAKHIL
6) BERMEGAH-MEGAH     
7) CINTAKAN DUNIA
8) EGO/SOMBONG
9) BANGGA DIRI
10) GEMARKAN PUJIAN

Mesti korang pelik apahal saya yang terejal ni tetiba bagi kuliah subuhkan.Kenapa?Saya tak boleh nak kasi nasihat eyh?hak3.Takde lah saya timbulkan isu ni sebab saya nak kaitkan semua sifat2 di atas dalam dunia blogging kita sekarang.Banyak di antara kita yang dah tersasar jauh bila kita blogging dan memanggil2 semua sifat2 ni duduk sebalah kita ketika kita blogging.Korang perasan tak?Saya pun tak boleh nak cakap sifat2 ni takde pada saya (yelah sayapun ciptaan ma).

Kalau korang perasan bila kita menulis kadang2 kita tak perasan apa yang kita tulis.Benda ni selalunya ada dalam penulisan mungkin secara sengaja ataupun tak sengaja.Ada jugak di antara kita yang sengaja tulis perkara di atas tapi bila orang cuba betulkan kita coverline cakap itu adalah cara kita saiko readers...What for?Kan senang kalau kita salah then ada orang betulkan kita admit je salah kita then cakap kita akan baiki.Ni seboleh2 nak tunjuk EGO sebesar Titanic.

Ada pulak di antara kita yang suka mendengki dengan pencapaian orang lain.Perlukah macam tu?Sebagai contohnyalah kan dulu kita lebih hebat tapi bila ada orang cantas kita,kita rasa tak senang dan cari jalan macam mana nak jatuhkan orang tu.Yang ni tengah berlaku sekarang (siapa makan keju dia terasa masam ok).Kan bagus kalau dia lebih bagus dari kita kita tanya dia apa yang dia buat sampai dia jadi macam tu.So kita dapat ilmu dia dapat pahala sebab kembangkan ilmu.

Ada pulak yang bila kita mintak ajar je punyalah kedekut.Ilmu simpan dalam sepender je takpun dia anggap dia lah yang mencipta 'blogsphere' ni.Tak boleh lah macam tu.Kita hebat macam manapun ilmu tu tetap bukan milik kita.So tak salah kalau kita share dan maju bersama.Tak perlulah nak bezakan yang dia 'newbie' kita ni 'otai'.Tak ke mana pun benda tu.Dan bila diri tu dah terasa bapak hebat,mulalah mengharapkan pujian dari orang lain.Itu pasal wujudnya perkataan blog sampah.Siapa yang start.Tepuk dada tanya diri sendiri.

Bila dah jadinya benda2 kat atas tadi so kita akan generate perasaan marah dan akan jadi pemarah.Then mulalah nak maki2 orang lain.Rasa tak puas hati mula menguasai hati dan serang balas akan terjadi.Bila dah mula berbalas statement kita tak perasan yang kita akan menjebakkan (betul ke bahasa saya?) semua orang yang membaca.So kat situ tak pasal2 orang lain dapat dosa kering.

Saya rasa cukup lah saya cerita benda ni sebab dah terlalu panjang sangat dah.Saya bukanlah baik sangat ataupun terlampau sempurna sebab saya ada jugak sifat2 ni secara tak sengaja.Sebab tulah muncul entri ni.Tolonglah jangan buat entri pasal Saya cuba tunjuk baik pulak dalam blog korang sebab saya just share je apa yang saya perasan.Buang lah sikap2 tu masa blogging dan mungkin kita akan maju sama2.Selagi kita still ada sifat2 ni maka selagi tulah akan wujud klasifikasi 'otai' & 'newbie' dalam dunia blog.Wassalam...

p/s :
*1* Alamak tercecah lantai pulak lah entri kali ni.
*2* Saya just mengingatkan diri sendiri sebenarnya dan dalam dunia blog ni tiada siapa yang terbagus!

ILMIAH : PENTINGNYA KITA TAU PASAL PRESENTATION SEMASA TENGAH STUDY


Selamat pagi ye  semua.Saya still di Ipoh dan mungkin petang ni lepas siap2 semua saya akan ke Sitiawan.Sekejap je rasanya dah hari Rabu.Semalam saya pergi layan bola kat mapley tapi match England memang agak mengecewakan.Penuh dengan star tapi dengan Slovakia pun 1-0 je.Baik ko panggil pemain Norwich City je Capello sebab gaya permainan lebih kurang sama je.Masing2 nak tunjuk individual skills.Ko ingai ko main guli ke?

Oklah entry ni saya nak jadi kan 'straight to the point' & tak cecah lantai sebab masa tak cukup.Main topik ialah 'Presentation'.Korang rasa penting ke kita tau teknik nak present?Kalau korang perasan masa kita belajar kat University dan college mesti kene present apa yang kita belajar.Terutama sekali untuk 'Final Project'.Betul ke tak?Tapi adakah kita ambil benda tu penting atau setakat present untuk dapat markah je?Sila jawab ye.

Dulu saya cukup benci dengan 'presentation2' ni.Bagi saya memang leceh & menyusahkan.Dalam hati mesti terdetik "Apa kejadahnya nak kena present semua ni bagai.Buat project hantar dahlah..."Tapi tanpa saya sedari 'presentation' di college tu adalah satu latihan untuk kita pergi ke alam pekerjaan.Ia akan jadi penting bila korang apply & dapat kerja Exec ke atas.Untuk jawatan cleaner ataupun tukang cat memang korang boleh abaikan pasal 'presentation' ni sebab tak 'related'.hak3...

Bila saya dah naik dan rasa pangkat atas sikit (exec ni) baru saya tau pentingnya 'presentation' sebab kalau kita tak tau apa teknik2 sebenar dan macam mana nak 'present' dengan betul mungkin akan mengundang gelak besar dari orang yang tengok kita 'present' dan kegagalan buat 'presentation' akan menyebabkan orang2 bawahan kita hilang kehormatan (ooops hormat) pada kita as a leader.So kepada korang yang still study tu sila jangan ambil ringan pasal 'presentation' ni.Jangan asyik mengharap 'team member' je yang 'present' untuk korang sebab nanti bila tiba masa memang korang akan merasa jugak.Kalau tak masa belajar tu masa kerja.

p/s :

*1* Korang rasa presentation itu penting tak?
*2* Pagi ni ada presentation module outlet pulak...
*3* Yeay saya dah 28 tahun!!!
*4* Kalau korang kerja sendiri & ada company besar2pun kena tau jugak buat presentation....

SELAMAT HARI LAHIR BEAN MORENO


Selamat malam semua.Amacam sihat?Saya sekarang kat Ipoh kat hotel Ipoh City.Ada mana2 blogger Ipoh yang nak melepak dengan saya? (perasan femes..hak3).'Connection internet' kat sini pun boleh tahan menguji kesabaran saya ni.kalau keadaan ni berlarutan saya akan jadi separa gila.Rasanya lebih bagus lepak kat hotel yang nampak macam setinggan kat Gerik dari lepak kat sini.

Hari ni adalah harijadi Bean Moreno yang ke 17 (perasan sweet 17 sekejap).Takde lah hari ni saya dah 28 lapan tahun so bermakna saya dah 28 tahun hidup.Ni adalah harijadi saya yang memang tak best sebab saya berjauhan dari orang2 yang penting dalam hidup saya.Kalau tak mesti mama dah belanja saya makan Pizzahut (kenapa ko tak pilih entri aku hah!hak3).Terasa birthday kali ni macam kosong sebab saya masih lagi di hotel dan menaip entri ni.Mungkin sat lagi ada 'abang' yang akan ambil saya dan bawak saya jalan2 tangkap gambar guna 'Nikun DSLR' saya ni

Walaupun takde tiupan lilin dan ucapan harijadi dari mulut ke mulut ada something yang buat saya sedikit gembira dan boleh mengesat airmata dengan 'blanket' hotel ni (alamak apahal gua meraih simpati ni).Petang tadi aiensepet sms saya n bagitau bertalu2 ucapan harijadi yang saya dapat kat facebook.Sampai2 je kat hotel & on laptop terus saya buka Facebook (sebelum2 ni terus buka suterablogger nak tgk komen.huhu).Sayapun terkejut tengok komen2 kat facebook.Semua ada.Family,aiensepet,kawan lelaki,kawan perempuan,tunang orang dan juga bini orang.hoho...

Jadi terima kasih kepada semua yang ingat harijadi Bean Moreno dan korang telah membuatkan hari saya -'translate you make my day'.Oklah perut dah mula menunjukkan tanda2 'clubbing'.DJ Tiestopun rasanya dah bersedia kat dalam perut so saya rasa baik daya keluar pergi makan sebelum kebulur.

p/s :

*1* Kadang2 bila kita jauh dari orang2 penting baru kita akan terasa bila dia takde depan mata.
*2* Thanks kat semua yang wish besday saya ye.

CULTURE : BLOG DICIPTA BUKAN UNTUK BERGADUH TETAPI BERKONGSI

Selamat malam akhirnya setelah berjalan kaki sejauh lebih dari 5 KM (ye ke Bean jangan gebang boleh?).Akhirnya Bean Moreno dapat cari 'Cyber Cafe' dan update blog.Fuh memang letih sebab biasanya saya 'online' kat hotel je senang boleh baring2 sambil pakai 'underware' dan 'online' (apa buruk sangat perangai).Dahlah tadi mencari Maybank sikit punya susah.Ooops terlupa pulak saya nak bagitau yang sekarang ni saya kat Taiping sebab esok nak ushar line outlet Taiping.Apa ada kat Taiping?Ntah sayapun tak tau sebab first time datang sini yang penting susah nak 'online'.

Oklah 'straight to the point' eyh.Kalau kita tengok sejak kebelakangan ni memang banyak kes yang melibatkan blogger.Kadang2 saya jadi pelik kenapa blog itu wujud kat dunia maya ni.Oklah saya tanya korang yang bijak bistari.Apakah binatang berkeris di kaki?hak3 takdelah.Cuba korang fikir balik apa tujuan kita bikin & up kan satu blog tu?Korang rasa kalau saya bagi jawapan untuk berkongsi adakah jawapan tu akan menjadi lebih poyo dari 'tagline' blog ni iaitu kekacakan mengatasi segala rintangan?hoho...

'Seriously' saya bukan di pihak mana2 dan saya tak kata pun dua2 salah (mana ko tau yang bergaduh tu dua orang beb!).Sejak hari isnin saya baca pasal blogger berbalas tembakan di dalam blog kat dalam blog Kak Jie.Tadi ternampak Melz pulak update pasal isu ni.Wo!!!Dah macam jadi serius dong!Sebelum2 ni saya just baca je dan tak mau ambil port sebab takut menyinggung perasaan orang (walaupun menyinggung perasaan orang itu BEST!).Saya jadi pelik sebab terus terang saya cakap blog yang diorang mention tu merupakan blog yang saya suka baca satu ketika dulu.Tapi lepas jadi hal yang macam ni saya terfikir mana perginya tatasusila kita.

Apa kata kalau kita ternampak kesalahan orang lain then kita tak suka jadi gunakan ketajaman minda kita untuk tegur kesilapan orang tu.Jangan terus nak maki hamun & 'bahasakan' orang tu kow2.Macam saya pernah cerita dulukan.Sayapun ada juga tak puas hati dengan satu blogger ni & saya ada buat entri untuk dia tapi takdelah saya hentam teruk2 just perli2 je.Saya takde pun cakap saya tak suka blog dia just saya tak suka 'attitude' dia.Apa yang tak best nya sekarang bila ada blogger tak puas hati dengan blogger tu mulalah kasi link terang2.Bagi saya kan kalau betul2 lah saya memang dah tak suka ngan blogger tu saya memang dah takkan masuk blog dia lagi dah.Buat apa kasi traffik percuma & buat amal jariah padahal dalam hati tak ikhlas.Ni siap kasi link maka akan bertambahla traffik mamat tu (uiks mana ko tau mamat?).

Sebelum saya habiskan entri cecah lantai dan bebelan mak bedah ni saya korang semua fikir satu benda.Kalau kita tak suka & cakap orang yang buang sampah merata2 itu BODOH,jadi kita janganlah buang sampah merata2 sebab orang lain pulak akan kata kita BODOH.Understand?!So kalau tak suka angkat kaki lambung sudah brother!Just dont get bother...

p/s :
*1* Misi selesai sebab dah dapat update blog.
*2* Hati akan jadi gelap kalau kita asyik gilap dia pakai kiwi kasut!


WORLDCUP 2010 : SPAIN AKHIRNYA MENANG & LAGU LAWAK

Hye selamat pagi guys.Amacam sihat?Saya cam biasalah lepas solat subuh tak tidur dan terus menaip untuk korang.Saya masih tak boleh nak ping entry kat Gengblogger.Ces apahal ntah!Bikin hati panas je.Sejak kebelakangan ni banyak je pertanyaan formspring masuk.Sorrylah 'tak dapek den nak nolong ' sebab Bean Moreno memang sibuk.So nak sebarkan dakyah blogging ni agak sukar sebab kena tangkap penjahat.Nanti bila saya dah sampai KL saya akan reply ye.


Akhirnya Spain berjaya membuktikan yang mereka adalah satu team yang hebat selepas menang dengan Honduras 2-0.Saya tak dapat nak bagi support sebab mata dah terlalu kuyu.Spain akan jadi kuat kalau first eleven Bosque letak David Villa dengan Fernando Torres kat depan.Dalam Game ni meraka bergandingan di depan dan menghasilkan 2 gol dan kedua2nya datang dari Villa (ingat lagi tak Euro 2008).Walaupun Villa bikin hal sebab tak score untuk penalti tapi oklah janji menang.
Dengan kemenangan ni bermakna peluang Spain semakin cerah dengan Syarat Spain kena menang dengan Chile.Kalau ikutkan kekuatan memang Spain boleh buat cuma diorang tak boleh jadikan Jabulani sebagai alasan.Jangan jadi macam England yang penuh dengan star tapi bagi alasan player injured dan bola Jabulani tu terlalu ringan.Sebagai star itu bukan alasan ok.Kan tak pasal2 kena ejek dengan supporter sendiri.Padan Muka!

Oklah untuk mendatangkan keceriaan kat muka korang yang sememangnya malas pagi2 ni jom kita layan video clip tenda biru tapi bukan dari penyanyi asal dia.Dia kira lagu yang paling femes or video klip yang memang kitorang suka tengok masa kat poli dulu.Agak2 tension nak study je mesti kitorang buka lagu ni nak tarik mood.So bagi yang dah layan jangan la pulak korang cakap Bean Moreno ni ketinggalan zaman ye seba lagu ni pun memang dah lama :




 





 

p/s:

*1* Saya ada banyak gambar2 pelancongan saya jelajah Perak.Nanti saya update kat Bean Moreno ye.
*2* Semalam saya buat kerja gila pergi tangkap gambar kat Istana Sultan Perak malam2 buta.Ntah apa la jadi kat gambar tu.
*3* Selamat Hari jadi kepada Alisya iaitu anak Eyriqazz pada hari ini.
*4* Gambar credit to Providingnews.

TIPS : ALAMAK!!! PICASSA AKU DAH FULL


Selamat pagi guys,rajin betul Bean Moreno pagi2 dah up satu entry (fulamak puji diri sendiri marah pulak Sendra kat aku nanti).Kat hotel takde surau sebab ni hotel Cina so nak solat saya kena mengembara ke alam lain (berjalan kaki) untuk ke masjid.Memamng jauh la tapi saya anggap tu senaman pagi walaupun Bean Moreno memang seorang yang kurang bersenam (sebab tu badan 'tough').Hari ni saya di Gerik tapi selepas saya 'settle' tugas kat sini dan tangkap ramai penjenayah saya akan berhijrah ke Kuala Kangsar pulak.

Oklah just a 'short update on blogging tips'.Apa yang korang tau pasal picture storage (yang ni just untuk pengguna blogspot ye, wordpress sila abaikan).Selama ni macam mana korang letak gambar2 dalam blog?Apa!tak pernah letak gambar?Patutlah blog korang bosan.UTakdela just kidding.Utuk pengetahuan korang gambar tu adalah satu 'element' yang perlu ada dalam blog sebab itu daya penarik.Lagi banyak gambar ia akan melambatkan 'process' orang untuk bertapa kat blog korang.

Biasanya 'blogspot user' akan store gambar kat dalam storage yang google sediakan iaitu picassa kan.Senang just klik2 je gambar korang dah terpampang kat draft entry.Korang rasa sampai bila2 ke korang dapat 'store' kat Picassa.Kita selalu terlepas pandang satu benda.Kita main store je kat dalam blog gambar2 tu tanpa fikir storage tu ada 'limit' dia.Memanglah kita guna blogspot tak payah nak risau pasal bandwidth sebab tu semua urusan google.Kita guna blogspot pun diorang dah kira ok sebab dapat 'revenue'.

Benda ni saya alami sendiri.Mungkin kalau korang baru je start blogging sebulan dua korang takkan rasa apa2.Yelah paling banyakpun dua gambar satu entry (melainkan korang buat photoblog kan).Tapi kalau korang dah bertahun2 blogging korang akan alami satu situasi di mana tiba2 je korang tak boleh nak upload gambar pergi blog korang yang hebat tu.So korang akan buntu.Ok meh sini Bean Moreno cerita sikit.Simple je sebenarnya apa kata lepas baca entri ni korang ubah sikit cara blogging iaitu guna picture storage luar.Sebagai contoh saya bagi dua je :

PHOTOBUCKET :


Ni salah satu photo storage yang korang boleh guna.Ruangan yang dia provide pun agak besar.Biasanya yang guna photobucket ni adalah kalangan photographer dan store gambar2 kahwin client dia untuk buat promo bisnes diorang.Yang best siap ada stats viewer beb.So korang boleh tau yang gambar korang tu berkualiti ataupun tak.Kalau gambar yang korang ambil dari blog lain tu jangan pulak nak berlagak kalau dapat view lebih ye.

SHAREAPIC :

                                                      
Konsep dia sama je macam photobucket just kelebihan dia kita boleh earn duit sikitlah kalau ada viewer.Korang kalau dengar duit je laju eyh.Ok kiraan dia 1000 view bersamaan 20 sen.So kalau korang korang rasa gambar korang akan banyak viewer sialah register kat shareapic.Dan macam biasalah kalau korang just amibil gambar dari blog orang lain sila jangan berlagak kalau dapat earning bamyak ye.

Harus diingatkan bahawa kedua2 service ini adalah FREE dan ada limit jugak.Kalau korang nak yang unlimited silalah buat server sendiri ye.Boleh simoan sampai mati.Oklah Bean Moreno nak siap2 pergi sarapan.Nanti saya update lagi.

p/s :
*1* Adus rindunya kat aiensepet padahal baru sehari tak jumpa
*2* Jom Blogger Gerik sarap sesama!!!
*3* Saya dah guna kedua2 service ni untuk Photoblog Bean Moreno.Memang best...

WORLDCUP 2010 : KEJUTAN PORTUGAL & APA AKAN JADI PADA SPAIN

Hye selamat malam semua.Saya sekarang ada kat Kuala Kangsar dan tengah online guna laptop company.Punyalah lama nak tunggu partner saya guna sebab dia layan 'Mafia Wars'.Ni barulah dapat guna.Esok saya ada briefing untuk outlet Kuala Kangsar dan lepas tu akan terus ke Taiping petang esok.Memang masa untuk jalan2 cari pasal.

Korang mesti layan Worldcup kan sebab sekarang tengah musim orang pakai jersey bola.Susah nak tengok orang pakai baju Padini dah sebab semua nak jadi penyokong fanatik.Silap2 kalau office tak kena pakai casual semua dah pakai jersey bola.Macam yang kita tau Worldcup kali ni memang banyak kejutan.Kebanyakan team hebat2 menang tipis dan banyak jugak yang bakal tempah tiket kapal terbang awal contohnya macam France.Mungkin England juga akan terima padah yang sama.

Hari ni satu lagi kejutan dan rekod baru tercipta bila Portugal belasah North Korea 7-0 dan dua gol datang dari Tiago (kalau tak silap dulu main Chelsea).Memang kow diorang bantai.Tak bagi 'chance' langsung dan yang kelakarnya bila kepten Portugal iaitu pelakon terbaik Cristiano Ronaldo dapat 'score' satu gol murah.Dia sendiripun tak percaya yang dia score agaknya.Hajat di hati nak tengok Spain main tapi mata dah kuyu badan pun dah agak sangap.So saya rasa better saya tidur takut esok tersenggok2 kat 'conference room'.

p/s :

*1* Harap2 Spain menang besar malam ni lawan Honduras.Kalau seri jugak baik suruh je Benitez jadi coach sebab situasi dia tetap sama je.
*2* Entri tanpa gambar sebab MALAS!!!
*3* Apahal Gengblogger tak boleh PING nih!!!

TRIP : AKHIRNYA BEAN MORENO JEJAK TANAH GERIK



Salam dan selamat malam,Yeay akhirnya saya dapat update jugak dan tak perlu takut sebab kat hotel ni ada wireless.Untuk pengetahuan korang Bean Moreno sekarang berada di Gerik,sebuah pekan kecil yang memang kecil (memanglah takkan besar pulakkan).Saya dah agak sugul sebab bila sampai je kat depan hotel memang bajet kemudahan dia agak cipan.Tapi lepas buat payment dan masuk bilik pergh lengkap beb siap ada LCD ngan Astro (yang penting bukan BYond).

Untuk orang yang duduk Perak (terutama anakperak) mungkin diorang dah pernah datang.Tapi buat budak town macam Bean Moreno ni pengalaman pertama berada di pekan Gerik.Apa yang bagusnya The Store dia agak besar.hoho...Untuk yang nak tau apa saya buat kat sini.Bean Moreno pergi Gerik bukan untuk bercuti ye tapi atas urusan kerja.Kalau pergi untuk bercuti dah tentu aiensepet ada sekali.Dan yang best nya The Store hantar team 1Malaysia untuk pergi outlet Gerik.Saya bersama seorang Chinese dan Indian.

Oklah tu je yang saya nak bagi tau.Nanti gambar2 perjalanan dan aktiviti saya kat sini saya akan update kat Beanmoreno.com ye.hoho...Bye nak pergi makan lepas layan bola.

p/s :
*1* Pekan Gerik lebih kurang macam Pekan Sabak Bernam.Teringat zaman2 study dulu kat poli.
*2* Perut dah lapar dah.
*3* Paraguay main baek seyh kalau lawan Englandpun belum tentu England boleh makan.
*4* Blogger Gerik mai lah lepas sekali...hohoh

DOAKAN SAYA SELAMAT PERGI DAN SELAMAT BALIK

Hye still lagi dalam mood Ahad.Bean Moreno baru bangun dan perut terasa sangat lapar.Jap lagi lepas mandi nak pergi beli makanan lah.Hari ni bengang gila sebab saya tak boleh nak ping entry kat Gengblogger.Ntah apahal ntah.Dari pagi tadi asyik2 sangkut je so saya dah putus asa.So tak payah pinglah buat sakit hati je.

Sebenarnya saya tengah berisap2 nak berangkat ke Perak sebab ada 'spotcheck outlet' seminggu.So kesianlah kat aiensepet sebab dia akan tinggal sorang2.Tapi takpe saya dah hantar 'babysitter' untuk jaga dia.Dah lama tak 'travel' ni.Saya harap korang doakan keselamatan perjalanan saya ye.Saya jugak tak akan update blog selama seminggu tetapi kalau ada 'cybercafe' ke 'wireless' free ke mungkin saya akan update.


p/s :
*1* Saya bukan Anak Perak tapi pembaca senyap (silent reader) blog anakperak.com

PANDANGAN MATA & HATI BEAN MORENO : KEGANASAN YAHUDI, SELAMAT HARI BAPA, VIDEO PORNO ARIEL PETERPAN, WORLDCUP 2010





Salam & selamat pagi semua.Hari ni hari ahad kan so semua cuti.Jadi saya menaip entri ni tanpa rasa sakit hati jika takde orang baca sebab saya faham hari ahad memang kebanyakan orang nak bangun lambat.Yelah cuti pulakkan. Hari saya rehatkan otak dari belajar benda2 baru.Yelah kat tempat baru ni memang 'totally different' dari kerja sebelum ni. Lebih kepada 'application'. Setakat ni saya dah belajar sedikit pasal 'Oracle'.Memang pecah otak tapi bagi saya seronok sebab dari dulu memang saya nak sangat belajar 'coding Oracle'.

Semalam saya ada cerita pasal Lady Gaga kan.Mintak maaf ye saya terletak salah Vclip tapi saya dah betulkan.Nasib baik Hakim remind saya kalau tak sampai kiamatpun saya takkan rasa vclip tu kontroversi.Saya minat lagu dia je dan tak terikut trend Gaga ni.Sebab saya tau yang dia ni memang seboleh2 masukkan unsur Freemason dalam video clip & lagu2 dia.Memang terlalu banyak 'satanic' dalam apa yang dia buat.Sebab tu saya keluarkan entry semalam supaya kita sedar dan tak tertipu.

Oklah kita sambung terus 'main topic' sebelum saya melalut dan cerita benda lain. Nanti tak pasal2 tajuk lain tetiba keluar TIPS BLOGGING pulak. hak3...Sekarang saya na cerita pasal 3 benda yang saya nampak sepanjang minggu ni :

1) KEGANASAN ISRAEL

Ni adalah perbincangan utama seluruh dunia.Tapi dari dulu sampai sekarang walau apapun kita buat tetap tak boleh nak ubah.Macam2 cara kita buatpun diorang tetap dengan perangai diorang yang macam tu.Apa yang korang nampak bila terjadi benda2 bangsat yang dilakukan oleh Israel dan kenapa kita still tak boleh nak bawa diorang ke muka pengadilan.bagi saya ada 2 sebab utama :

* NEGARA ISLAM SENDIRI TAK BERSATU (TERUTAMA NEGARA ARAB)
* PBB ISRAEL YANG 'CONTROL'

Dua sebab nilah yang membuatkan ISLAM Gaza terus diseksa.Perbezaan ideologi negara ISLAM membuatkan ISLAM itu ditindas.Kenapa saya cakap macam tu.Di negara arab sendiri ada banyak kabilah dan banyak pegangan.'Way of Life' pun berlainan padahal tetap ISLAM.Bila benda ni terjadi maka pergaduhan akan berlaku.So macam mana nak tolong negara Palestin sedangkan negara sendiri bergolak.Kita pun nampak yang ada jugak negara arab yang menyokong Israel.SO...Kesimpulannya kalau kita negara ISLAM bergabung dan bersatu mesti Israel takut.

"haibar haibar ya ya hud!!! daulah daulah Islamiah!!!ya hud laknattullah!!!Allahuakbar!!!"

2) SELAMAT HARI BAPA

Sebeleum apa2 saya nak ucapkan selamat hari bapa kat semua bapa2 di dunia terutama sekali papa saya Hussin bin Abdullah.Memang betul syurga di bawah tapak kaki ibu tapi bapa adalah tunjang keluarga.Yelah kalau bapa tak bekerja keras mana nak datangnya 'hasil'kan.Ingat senang ke nak jaga Bean Moreno?Susah beb sebab dulu saya memang degil.Belajar dah la tak pandai tau menghabiskan duit je.hoho...Tapi walau sedegil2 saya papa saya tetap kasi duit bila saya nak.hak3...Sekarang baru saya sedar bahawa kita kena hargai bapa kita selagi dia masih ada.Kalau tak dulu asyik nak ikut kepala otak terejak saya je.Orang buat semua saya nak ikut.So harap korang hargai Bapa korang ye...

"SELAMAT HARI BAPA KEPADA HUSSIN BIN ABDULLAH SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI"


3) VIDEO PORNO ARIEL PETER PAN

Ni pun satu berita gempar dari seberang.Saya tak amik port sangat tapi bila saya ping kat gengblogger & blogged.my kebanyakan blogger buka isu ni.Hot sangat ke Ariel tu?siap Luna Maya pun boleh cair.Memang siapa yang buat isu ni last week mungkin (saya cakap mungkin ye) traffik melimpah2 kan.Silap2 boleh lebih banyak dari buat 'review movie' (owh sedih mendengar perkataan movie) ataupun cerita pasal Worldcup 2010.Ni kes memang pelik.Korang pernah dengar tak peribahasa "baling batu pada cermin jangan sampai nampak tangan yang membaling" (betul ke peribahasa ni saya main pajak je.Kalau salah tolong betulkan eyh).Maksudnya nak buat jahat janganlah tunjuk kat orang.

Banyaklah saya tengok artis2 ni menunjukkan kebodohan diorang (termasuk artis Malaysia).Dah tau nak 'sedap2' boleh pulak pergi rakam2.Nak buat apa ntah.Lepas tu kalau dah rakam pandai jaga takpe ni siap simpan dalam komputer.Lepas tu bila tersebar bagi alasan macam2.ces!Dah tau nak buat benda salah tu simpan sendiri dah la.Tak payah nak heboh2 kat satu dunia yang korang dah buat SEKS!Korang dah buat dosa pastu sarit orang lain dapat 'dosa kering' pulak.


4) WORLDCUP 2010 SOUTH AFRICA

Yang ni pun satu hal.Sepanjang saya tengok 'match Worldcup 2010' kebanyakan pasukan yang ada nama dan 'player' bintang semua bikin hal.Main ntah apa2 ntah.Macam hari tu ingat nak la bagi 'support' kat Spain (walaupun dari rumah je) tapi bila tengok corak permianan diorang pergh memang nak je saya suruh diorang main futsal dulu.Walaupun diorang ada pemain yang memang best kat midfield tetap tak dapat buat try.Saya taulah ramai yang merungut pasal Adidas Jabulani tapi korang kata korang STAR jadi itu bukan masalah rasanya.'Try to adapt' lah.

Bukan takat Spain,Germany pun sama jugaklah dan tak terkecuali England & France yang samar2 je dapat pergi 'knock off'.Boleh dikatakan makcik2 pun hafal lah nama player diorang.Tapi Worldcup kali ni korang buat Mak Timah jual goreng pisang tu kecewa beb.Corak permainan langsung tak boleh blah dan tak boleh dianggap berstatus bintang.


Apa2pun ni just pendapat Bean Moreno ye.Mungkin sama ataupun 'totally different' dari pendapat dan pandangan korang.Itu pasallah dalam blogging ada ruangan komen dan ia dicipta bukan untuk mengutuk tapi komen entri dengan pendapat korang tersendiri.Chow...


ENTRI SANTAI HARI SABTU : LADY GAGA MEMANG PELIK & KONTROVERSI

Selamat tengahari,wah sangat penat sebab tadi banyak kerja.Apa!Sabtu pun kene kerja?Yelah nak dapat pekerja Q pulak kan.Sekejeap je dah dua minggu saya kerja kat tempat baru.Tak rasa langsung mungkin sebab banyak kerja ataupun best kerja kat situ.hoho (marah boss lama gua...).Piala Dunia kali ni memang menghidangkan kita dengan keputusan yang pelik2.Team kuat2pun kalau tak seri kalah.Takpun first game belasah team tu cukup2 second game kalah!




Biasalah hari Sabtu hari santai2 dan saya memang malas nak update berat2.Biasa hari Sabtu saya memang akan tulis pasal artis or muzik (sorry takde niat nak lawan Beautifulnara ye).Sebelum tu saya nak tanya,korang pernah tak dengar lagu Lady Gaga - Alejandro.Rasanya ni kira lagu baru lah jugak sebab saya terdengar lagu ni minggu lepas.Itupun awal pagi masa si Nadia FlyFM buat suara pelik dia kat radio.Dari 'last week' sampai ke hari ni saya still tak faham apa maksud lagu ni.

Nak tau kenapa saya cakap pelik.Sebab Lady Gaga Lirik dia memang agak mengelirukan dan macam2 perkataan yang kalau kita salah sebut boleh buat kita terpesong.Tak taulah mungkin sebab dia ni salah sorang penyebar Freemason (ni orang cakaplah saya dengar2 je).Bahaya beb!Sebelum ni pun banyak kontroversi pasal minah ni masa lagu Bad Romance tengah meletup.Disebabkan video clip Alejandro ni Lady Gaga kena kritik dengan Katy Perry (yang ni memang saya minat).Katy Perry 'sound' Lady Gaga kalau nak 'famous' janganlah disebabkan kontroversi video klip biar muzik yang tentukan ke'famous'an artis tu.

Sampai sekarang saya layan video Aljandro tapi saya tak nampak apa2 pun lagi.Apa yang kontroversinya pun saya tak tau.Kalau nak ikutkan kan kontroversi lagu 'I kissed the girl' lagi kontroversi rasanya.Tapi kalau korang nak tengok layanlah video clip Lady Gaga - Alejandro :






Amacam nampak tak apa2 yang boleh jadi kontroversi.Tapi lagi kontroversi kalau ada artis yang mengamuk tak tentu pasal cakap orang nak rampas boyfriend dia padahal dia pun rampas husband orang kan.oooops...So kalau korang ada nampak something suspicious kat video clip ni silalah kongsi eyh.Kalau korang nak download lagu ni pun boleh :

ALEJANDRO - LADY GAGA -> DOWNLOAD HERE

p/s :
*1* Korang dah join ke belum contest Ipad tu.Cepat2 masa dah time ni.Jom Register.Siapa nak bagi Ipad Free kan.
*2* Nak pegi cari goreng pisanlah petang ni.
*3* Tengah nak amik tau pasal Freemasonary sebab takut ada benda yang kita tak sedar

CULTURE : TANDA2 SESEORANG TU TENGAH JK (JIWA KACAU)

Morning guys!Pergh dah dua hari tak update blog so rasa pelik hari ni bukak blogspot then update.Semalam check email pun sama tetap kecewa sebab saya ada hantar comment untuk cerita Back Up Plan tapi tak dapat tapi member lain semua dapat padahal saya hantara awal rasanya.Tapi takpelah no hal.Hati masih kecewa sebab Spian boleh kalah pulak lawan dengan Swiss.Apa cer ni weh!?Ada 'striker' mahal pun Swiss tak boleh makan.Tapi mungkin jugak sebab diorang still tak biasa dengan bola malang Jabulani.hak3...

Oklah nak cite pasal jiwa kacau hari ni.Yelah JK lah sebab Spain kalah then tak dapat tiket pulak tuh.Ces!Jiwa kacau tak semestinya ada pada orang putus cinta beb!korang kena betulkan 'mind set' korang.Orang yang 'stress' kerja pun kadang2 jiwa kacau gak.Student universit macam Cik Epal & Lolly (cis mention yang hot2 je) yang dapat banyak assignment pun kadang2 JK.Tak caye boleh PM diorang tanya sendiri.Macam mana korang nak tau diorang ni JK sebab kadang2 diorang tak tunjukpun.Cuba korang tengok :

1) CARA PEMANDUAN KERETA

Orang yang jiwa kacau dia akan bawa kereta cara berlainan dengan cara biasa dia bawa kereta.Sebagai contoh kalau diorang biasanya bawa kereta 'slow n steady' tapi bila jiwa kacau diorang akan anggap kereta kancil yamg diorang bawa tu kelajuan dia sama macam F1.Berdesup beb walaupun cuma 850 'standard' dan ekzos pun tak 'modify'.Ada jugak yang biasa memang bawa laju tapi bila jiwa kacau je dia akan bawa slow.Bila kita tanya diorang akan jawab "Biar lambar asal selamat" tapi dengan gaya marah.hak3...

2) JENIS2 LAGU YANG DIDENGAR

Ok ni memang sempoi je.Biasanya kalau kita naik kereta dengan dia dia memang suka dengar lagu hip hop.P Diddy lah,TI la paling cikaipun dia dengar lagu Joe Flizzow (yang kurang best tu).Tapi bila satu time tu tetiba je kita tukar stesen SinarFM keluar pulak lagu BPR - Aku Hanya Serangga (padahal tak suka dengar rock kapak) dan dia suruh kita jangan tukar stesen lain.Itu maknanya tngah jiwa kacau lah tu.So layankan jelah jangan ngada2 nak lawan.Buruk padahnya.Ataupun kalau biasanya dia layan lagu Mas Idayu Sengol-sengolan tetiba satu hari tu dia masukkan cd semua lagu Metallica & Chemical Romance silalah lah faham yang dia tu sedang ada kekacawan dalam diri.

3) CARA PEMAKANAN

Selalu kalau keluar makan dengan dia mesti makan roti canai.Pagi roti canai,lunch roti canai tengok bolapun roti canai (maksudnya makan sikitlah) tetiba satu hari tu korang keluar makan ngan dia,dia ajak pergi Popeye.Yang lebih pelik kalau kita tak nak dia cakap dia nak belanja asalkan ikut dia.Itu tandanya ada 'something' lah tu.Biasanya tanda2 ni kat gurl.Bila gaduh dengan boyfriend mesti berat badan naik berkilo2.

Mungkin tu jelah yang saya dapat kongsi.Fadhilah Kamsah pun tak kaji pasal ni tau.hak3...Tapi kan sekarang ni ada satu golongan yang takkan jiwa kacau.Saya dengar tadi semua pekerja Oprah dihadiahkan satu Ipad dan USD10,000 sempena ulangtahun Majalah The Oprah.Pergh memang best la diorangkan.Itu kalau jiwa kacau jugak siku je kepala diorang.Korangpun kalau nak ipad senang je just register vshub then sebarkan.Refferal terbanyak akan dapat Ipad.Apa lagi bukan susah pun tak salah kita cubakan.Kata nak barang FREE kene kerja lah!Apa lagi jom register then promote.Nak baca Review Ipad sila ke sini.

p/s :

*1* Yang penting kalau jiwa kacau jangan jadi pondan ye...
*2* Jangan lupa register ye.


SEDIH TAPI FIKIRAN MESTI POSITIF


Selamat malam semua.Mata ni dah kelip2 macam lampu raya dah tapi hati still nak menaip jugak.Ni tengah menaip sambil layan Upin & Ipin episod baru (kadang2 kena tengok kartun untuk hiburkan hati kan).Lagipun Upin & Ipin dah boleh dikira sebagai satu simbol negara sebab satu asia kenal dengan kembar botak ni.Bangga seyh...

Sedih la pulak rasa hari ni.Nak tau kenapa Bean Moreno sedih?Ada dua sebab iaitu yang pertama sebab saya tak dapat tiket Toy Story 3.Saya betul2 berharap nak tengok cerita tu.Tunggu2 email confirmation yang biasa saya dapat tapi tak dapat2 jugak sampai hari ni.Apahal ntah padahal saya rasa saya hantar antara 50 terawal tau.Kenapa saya nak sangat tiket tu?Actually aiensepet suka tengok cite tuh dan 13 hb hari tu Annerversary kitorang yang pertama.Ingat nak lah bawak dia jenjalan tengok wayang tapi tak dapat pulak.Mungkin Nuffies dah bosan kot asyik2 bila redeem tiket nama Suterablogger je yang redeem.hak3.

Yang kedua tadi dapat email dari Nuffnang pasal Big Fish Moment at Pizzahut.Baca punya baca tapi permalink saya takde.Menambahkan kekecewaan di hati ni dan rasa macam nak terjun rumah flat 3 tingkat ni.hoho... Saya sebenarnya berharap tapi mungkin tak cukup bagus kot so kena cuba lagi tapi saya rasa saya dah nampak apa yang kurang.Lepas ni saya nak beli monitor baru tehn akan edit gambar2 guna kehebatan photoshop.

Oklah cukuplah update untuk malam ni.Orang kata kalau takde rezeki jangan mengeluh tapi fikir kenapa sebab tak dapat dan cube berfikiran positif.So saya rasa banyak lagi kelemahan yang saya ada dalam blogging ni dan kena ubah.Oklah nak tido.

*1* Kak Tash dah ada kat rumah tengoklah esok kalau sempat saya nak gi tengok dia.
*2* Cuba dan cuba lagi !!!

WORLDCUP 2010 : 2 BENDA YANG DIANGGAP ANNOYING SEMASA WORLDCUP


Selamat pagi semua (bangun!!!).Hari ni datang awal sikit sebab nak update Suterablogger.Semalam saya just update Bean Moreno.com je sebab tak sempat.Banyak sangat gambar yang perlu dikecilkan dan diupload atas permintaan (cececeh sape ntah yang mintak).Macam yang kita tau kan sekarang ni musim World Cup 2010 kat Africa Selatan.Saya salah seorang peminat bola sepak (walaupun main terkangkang tapi boleh la).Bila saya baca surat khabar pasal World Cup maka terbacalah banyak komplen2.

So saya listkan 2 daripada komplen yan hangat diperkatakan masa Worldcup kali ni :

1) BOLA ADIDAS JABULANI



Ni isu yang tengah hot sekarang ni kat Africa walaupun baru first game.Kehadiran bola ni memang merungsingkan pemain dan juga jurulatih.Even penjaga gol terhebat dunia macam Cassilas pun takut dengan bola ni walaupun bola ni sebenarnya tak boleh gigit orang.Menurut diorang bola ni terlalu ringan dan mudah melayang bila disepak.Ia juga senang melantun bila terkena permukaan tanah dan menyebabkan penjaga gol susah nak bajet bola tersebut dan akan menyebabkan gol2 mudah dan memalukan.Tak percaya korang boleh tanya penjaga gol England iaitu Robert Green kenapa dia tak boleh tangkap bola tu (tapi England memang takde gol keeper best2pun memang akan buat 'worst plunder' pun.hak3).Mungkin bola ni jugak akan menyebabkan Ronaldo gagal ambil or lakukan 'free kick' yang cun (padan muka dia).

2) VUVUZELLA




Menatang ni ialah trompet kecil yang dibawa penyokong masa tengok World Cup kat Africa Selatan (kat Malaysia tak de ye).Vuvuzella ni adalah trompet kecill yang akan menghasilkan bunyi serombong kapal yang kuat.Ramai player yang komplen diorang tak boleh tumpu perhatian masa bermain dan susah nak berkomunikasi antara player bila bunyi vuvuzella kedengaran.Tapi ada betul jugak alasan tu takkan diorang nak kena menjerit sekuat hati kat padangkan.Tadi saya dengar kat Flyfm ada pendengar cakap mereka terpaksa mutekan TV semata2 tak nak dengar bunyi Vuvuzella.Tapi kalau 'mute' kan tv apa kah 'feel'nya tengok bola.Rugilah pasak HD kat astro.

So tu je yang dapat saya sharekan untuk hari ni.Nak tau lebih sila baca surat khabar bahagian belakang sekali ye.Kalau korang asyik2 baca politik memang takkan tau.hak3...Oklah nak sambung buat kerja memandangkan masa dan time.

p/s :
*1* Teringin nak tengok bola dalam HD.Kenapalah saya tak menang Astro Byond hari tu.

*2* Malam ni match best2 so kalau boleh nak tengok match Spain.

CULTURE : PERANGAI MANUSIA DI HENTIAN R&R


Hye selamat tengah hari.Hari ni update lambat sikit lah kan sebab tadi bertimbun kerja2 yang kena saya buat dan belajar.Al maklumlah budak badu belajar ambil galah tolong jolokkan.huhu.Semalam tak dapat nak update sebab terlalul penat dan saya nak mintak maaf pada Puan Aina sebab tak dapat nak attend wedding dia.Saya ada last minit familiy problem yang mana sepupu saya terjatuh pokok (sila jangan ketawa sebab ini serius).Nanti bila kita lepak saya kasi present yang saya nak bagi eyh.

Ok hari sabtu hari tu saya pergi Port Dickson sebab ada family gath kat rumah makcik (Kepada sepupu sepapat semua kalau nak upload gambar gi FB sila tunggu saya update Bean Moreno.com ye).Dah lama family saya tak gather2 together (ke saya je yang tak tau).Korang takkan nampak situsi tajuk di atas kalau kampung korang setakat satu kawasan,kampung sebelah mahupun kampung baru.Bila kita balik kampung (terutama sekali yang jauh) maka bila penat or perut dah bunyikan lagu RnB kita mesti nak singgah RnR.

Ok masa saya berhenti untuk isi perut kat RnR Seremban maka terlihatlah pelbagai ragam kota raya manusia kat sana.Sayapun tak tau apa puncanya.Adakah manusia semakin kaya dah ada banyak kereta ataupun tempat duduk kat RnR tu memang sikit.Tak kiralah apa sahaja yang berlaku ada tiga golongan yang wujud atau ragam2 manusia kat tempat makan iaitu :

1) BELI TEMPAT LAIN MAKAN TEMPAT LAIN

Saya tengok ada beberapa table yang diduduki oleh orang yang bukan beli makanan kat kedai RnR tapi diorang beli makanan kat KFC dan Sha Lala.Pergh dah tau beli makanan kat situ makan jelah kat tempat beli.Ni lagi memenuhkan ruang angkasa.Pastu buat muka tak bersalah tengok orang cari tempat.Terasa macam nak sound direct tapi apakan daya badan dia lebih besar.hak3...

2) BUAT MACAM LEPAK KAT KEDAI MAMAK

Yang ni satu hal.Beli makanan tapi dah habis siap boleh lepak borak2 kat table dia.Dah macam makan kat kedai mamak ataupun Chicken Heart Buffet tau.Macam haram.Pastu siap boleh hisap rokok berbatang2 dan muka buat dek je.Busuk punya orang.hoho...

3) BUAT MACAM TABLE TU DIA BELI

Hak3...Ni lagi satu kes di mana dia fikir table RnR tu bapak dia punya or dia ada share kat RnR tuh.Table khas untuk 4 orang dia bolot sorang.Bila orang tanya dia cakap ada orang tapi bila saya dah dapat tempat duduk dan bangun dia etatp duduk sorang je.Mungkin tak belajar pendidikan moral dulu atau tak pergi PLKN.Ces!

Oklah tu je nak update.Malam karang kalau tak kena 'Special Project' saya update TIPS ok.Hope korang support blog ni ye.

p/s :
*1* Jangan amalakan perangai buruk di atas walaupun bapak kita CEO Berjaya Holding ye.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails