JOM BAYAR SAMAN PDRM ADA 50% DISKAUN

JOM BAYAR SAMAN PDRM ADA 50% DISKAUN




Salam guys,

Tau tak pasal tajuk entry ni?Saya baru tau itu pun sebab terbuka Utusan Online tadi.Pagi yang tak tau ni kiranya info baru dan korang patut belanja saya McD tapi bagi yang tau korang memang peka tehadap perkembangan alam sekitar.Satu faktor yang menyebabkan ramai rakyat tak tau isu ni ialah Surat Khabar banyak tulis pasal kemalangan dan jugak kematian.hak3...

Ok bagi yang belum baca article pasal ni saya bagi chance korang baca.Jom layan dulu sebelum baca apa yang saya nak bebelkan :

PUTRAJAYA 1 Dis. - Tawaran diskaun bagi semua saman trafik yang bermula hari ini adalah bagi meringankan beban rakyat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira rintihan daripada orang ramai berhubung perkara itu dan ia juga selaras dengan saranan pucuk pimpinan “Rakyat Didahulukan”.Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook miliknya, menyebut semua saman yang dikeluarkan pada atau sebelum semalam, kadar munasabah akan diberikan secara automasi melalui semua kaedah bayaran iaitu kaunter PDRM, pejabat pos dan Internet.


Ni adalah sedikit petikan dari Utusan Online.Ada lagi sebenarnya tapi kalau korang nak baca lebih sila surf net ye.Sebab saya bukan reporter FREE.Saya blogger dan hanya berkongsi pendapat je.Lepas saya baca article ni terus saya pi Facebook PDRM untuk sahkan maka :



Maka apa yang saya baca kat surat khabar itu benar sama sekali.Saya jenis tak percaya sangat dengan berita surat khabar so kena cari source lain untuk tau kesahihannya.


Komen Bean Moreno :


* Macam ni barulah ada bukti kalau nak kata Rakyat Diutamakan.Ni tak asyik-asyik harga barang naik benda lain tak nak turun.


* 50% itu adalah amount yang banyak sila jangan cakap kenapa korang punya pengurangan sikit kalau saman korang cuma RM30 sahaja.hak3...Nak lagi best mansuhkan je saman-saman tu barulah dapat tolong rakyat (wah bagi betis nak peha)


* Kerajaan dah tolong kurangkan so tinggal kita je  jalankan tanggungjawab.Jom pi bayar saman (ingatan untuk diri sendiri).


p/s :


* Saya punya total saman RM2000 lebih kalau seoaruh harga tetap kena bayar banyak..Macam mana nak cari duit ni?


* Korang dah settle saman ke blom?
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails