BANYAK BENDA DALAM KEHIDUPAN INI YANG SUBJEKTIF TERUTAMA PADA LELAKI

BANYAK BENDA DALAM KEHIDUPAN INI YANG SUBJEKTIF TERUTAMA PADA LELAKI

Tutup cerita pasal screening sebab lama lagi.Ok sekarang kita masuk balik pada topik sebenar.Korang perasan tak dalam hidup ni tak semestinya apa yang kita suka itu sama dengan apa yang orang lain suka.Sebagai contoh saya suka warna merah tapi aiensepet suka warna pink.Benda simple macam tu pun akan berbeza walaupun pasangan suami isteri.Bak kata orang lamo rambut sama hitam hati lain2.Tapi zaman sekarang pepatah ni dah tak boleh guna sebab rambut dah ada macam2 warna (melainkan uban).Contoh2 perkara yang kita boleh anggap subjektif (selain soalan SPM,Diploma dan lain2 peperiksaan) :

KACAK 

benda ni memang selalu terjadi.Kadang2 bila kita jalan2 kat shopping kompleks tetiba nampak awek cun dengan boyfriend die.Perkara yang akan terkeluar dari mulut kita ialah :

"Mak aiyh awek cun,balak muka pecah banglo"

Nampak tak?Kita akan mempertikaikan pilihan awek tu sedangkan pada mata awek tu kita ni tak hensem macam mana dia pandang boyfriend dia.Lepas tu mulalah nak kacau awek orang dan buat muka tak malu ngorat awek tu.huh!Annoying.Cuba kalau saya tanya Jennifer Love Hewitt cantik ke tak?Maka ramai akan menjawab :

"Dia dah tua lah Bean..."

Saya tanya lain maka jawapan yang lain akan keluar.Saya tanya cantik ke tak?tetiba jawapan yang keluar dah tua.Ya bagi saya dia memang dah tua tapi dia cantik.Tapi yang penting saya kacak...hak3...

ROMANTIK

Ha!Yang ni jangan buat main dengan Bean Moreno sebab saya Pria Romantik.Bila kita tanya perempuan apa yang dia pandang untuk mengatakan seorang lelaki itu romantik.Ada yang kata diorang akan anggap lelaki itu romantik kalau lelaki itu cakap ayat yang jiwang2 tapi ada jugak yang menyampah dengan mat jiwang.Ada pulak yang cakap dia romantik kalau dia bagi bunga pada saya tapi ada jugak perempuan yang tak suka lelaki bagi bunga sebab dia alegik.Jadi keromantikan seseorang lelaki itu subjektif dan tak boleh dilihat dan ditanya pada seorang wanita sebab banyak pandangan yang berbeza.

MACHO

Siapa kata Norman Hakim Macho?Siapa kata Bill Cosby Macho?uiks salah nama ni.Machopun boleh dikategorikan pada banyak benda.Ada perempuan cakap lelaki badan sasa macam saya ni macho (ooops).Ada perempuan cakap lelaki yang cakap smooth itu macho dan ada juga yang cakap lelaki yang wangi itu macho.Macam2 pandangan so terlalu subjektif.Memang pendapat kita takkan sama dengan orang lain.

Kesimpulannya,kita jangan suka sangat memperlekehkan pilihan orang.Tak semestinya apa yang kita suka orang lain suka dan apa yang kita minat orang lainpun akan minat.Jangan pulak kita ikut citarasa orang lain just sebab nak kasi dia puas hati.Sila jadi diri sendiri sebab itu lagi baik.Dalam blogging juga macam tuh.Kadang2 kita cakap blog itu best tapi sebenarnya ramai yang tak suka pada blog tu.So terima jelah hakikat.

p/s :

* Sila hormati pendapat dan citarasa orang lain.Jangan ikut sedap tekak sendiri je

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails