MAHARAJA LAWAK | ADAKAH AKAN MENJANJIKAN KELAINAN

MAHARAJA LAWAK | ADAKAH AKAN MENJANJIKAN KELAINAN

Salam guys,

Selamat malam Sabtu,  esok dah ahad.  Bagi yang layan Raja Lawak kat Astro Prima setiap Jumaat mesti tau yang lepas ni akan ada satu program realiti yang lebih kurang sama macam ni.  Dalam banyak-banyak Raja Lawak siapa yang korang minat?Ok sebelum tu kita ushar iklan Maharaja Lawak :





Maharaja Lawak ni bakal bermula pada 1 April. Dalam rancangan ni kebanyakan peserta Raja Lawak yang lepas akan berentap kembali untuk merebut gelaran Raja Lawak.  Ok kalau pandangan peribadi saya peserta solo yang paling best dari Raja Lawak 1 hingga Raja Lawak 4 ialah Alex dan kalau nak ikut berkumpulan mungkin Sepah yang terbaik.  Tapi kalau Jozan bergabung memang saya rasa yang lain akan tapau.  So kita tunggu dan lihat siapa yang terbaik.  Nak tau jangan lupa saksikan Maharaja Lawak di Astro Warna pukul 10 PM bermula 1 April.

p/s :

* Korang rasa siapa termantop!
* Tapi apasal nak kena buat 1 April adakah sebab April Fool?


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

3 GAME PC YANG PERNAH BUAT BEAN MORENO ADDICT

3 GAME PC YANG PERNAH BUAT BEAN MORENO ADDICT

Salam guys,

Hari ni just nak share dengan korang antara game yang pernah buat saya addict sampai lupa nak belajar.  Korang pun mesti ada kan game yang korang suka main sampai khayal dan lupa nak buat kerja.  Tapi game ni saya dah tak main sebab sekarang ni sibuk dengan blog je mana ada masa nak install game ye tak...

1. Golden Axe



Game ni memang old school gila.  kalau tak silap game ni saya start main time tu still pakai disket dan intel pentium masih belum wujud dalam dunia.  Game ni adalah satu game adventure yang sangat best.  Korang boleh pilih 3 character iaitu dwarf, Barbarian dan satu awek (yang penting awek ni seksi).  Dalam perjalanan korang akan berlawan dengan macam-macam makhluk pelik.  Graphic sangat simple (yelah zaman 486 mana ada graphic card).  Yang penting saya tak khatam lagi game ni hak3...

2. Championship Manager


Pernah main game ni?  Game ni melatih diri kita supaya alert dan manage something dengan betul.  Bukan senang nak jadi manager satu club bola.  Kita selalu tegok bola EPL pastu kutuk manager bila kalah try lah main game ni tengok korang boleh tak menang setiap game.  Belum pernah dalam sejarah bola sepak satu team menang 38 game.  So sebelum korang kutuk manager baik try main game ni.  Game ni kalau korang main memang takkan habis dan gian akan datang bila korang menang cup.  Masa saya study game nilah oenyebab saya tak dapat 3 pointer masa sem 3.

3. Lamboghini - American Challenge


Mesti korang gelak tengok game ni.  Yes memang old school gila dan untuk pengetahuan korang game ni wujud sebelum Need For Speed tau.  Graphic memang nampak cam bodoh-bodoh je tapi bila dah main mak aiyh syok gila.  Game ni pun saya belum khatam lagi sebab masa time ni saya form 4 then mama tak bagi saya main takut tak belajar.

Amacam korang pernah tak main game yang saya main?  Bagi kanak-kanak yang lahir zaman millenium confirm diorang tak pernah main pun.  Diorang just layan game PS3 je.  Tapi kalau ikutkan game dulu lebih seronok even gambar hodoh.

p/s :

Terasa nak khatamkan game Golden Axe.  Nanti nak download semula.

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

KATY PERRY - ET (KISSED ME)

KATY PERRY - ET (KISSED ME)


Salam guys,

Seronok bila update entry sambil makan kisses.  Boleh buat dari idea kering tetiba je dapat idea untuk menulis.  Malam ni nak ajak korang dengar single terbaru Katy Perry.  Lagu ni sesuai untuk Nancy Lieder sebab dia je manusia yang boleh berinteraksi dengan Alien.  Ok jom layan sat :



KATY PERRY - ET [DOWNLOAD HERE]

Komen Bean Moreno :

* Dah lama tak dengar lagu-lagu gedik Katy Perry sebab sebelum ni banyak lagu dia yang berunsur motivation macam lagu Firework.

* Lagu ni kalau kita dengar sekali memang tak dapat tau apa yang dia nak sampaikan tapi bila dengar banyak kali lagu ni sebenarnya totally pasal sex and make love.  So budak-budak yang belum dapat kunci kebebasan sila dengar Mirwana ye.

* Saya rasa bila Official video lagu ni keluar mesti memberahikan haha...

p/s :

Pakaian artis hollywood artis Malaysia dah ikut jangan lirik lagu pun lepas ni berunsur seks dah le...

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

3 BENDA YANG AKAN TERJADI BILA SESEBUAH NEGARA ITU BERTAMBAH MAJU

3 BENDA YANG AKAN TERJADI BILA SESEBUAH NEGARA ITU BERTAMBAH MAJU

Salam guys,

Semua rakyat dalam sebuah negara tak mungkin nak tengok negara tanah tumpah dia mundur dan hidup dalam huru-hara.  Bagi saya,  kita patut bersyukur bila dapat duduk dalam negara yang maju dan aman macam kat Malaysia ni (tak taulah orang lain yang sibuk nak buat demonstrasi jalanan).  Tapi dapat tak korang bayangkan benda-benda negatif yang akan terjadi bila negara itu semakin maju.

1. Pemikiran Terlalu Terbuka

Ya, mempunyai pemikiran terbuka itu bagus sebab kita dapat jadikan diri kita untuk lebih memahami serta menghargai setiap pandangan dan pendapat orang lain.  Tapi masalahnya sekarang ramai yang berfikiran TERLALU terbuka sampai nak bercium pun dah takkira tempat.  Ikut dan je macam tempat yang diorang bikin 'projek' tu ada dinding.  Tepi jalan pun dah tak kira.  Adakah disebabkan diorang yang bikin 'projek' tu terlampau open minded ataupun orang sekeliling yang buat tak faham.  Kadang-kadang terfikir kalau budak-budak sekarang dah macam ni andai katalah hayat dunia masih panjang,  macam mana agaknya budak-budak zaman 2020.  Mesti dengan selamba bikin 'projek mega' dekat balkoni rumah je.

2. Baju Makin Singkat

Ni bukan nak kutuk siapa-siapa.  Ni realiti kehiduoan yang kita akan hadapi start dari hari ni.  Semakin maju negara semakin kurang cotton.  Bila cotton makin kurang maka kain makin singkat.  Korang sendiripun tau kes Miera Liyana.  Wah bagi saya dia memang cute dan gambar terbaru dia pergh kalau lelaki kata tak hot maybe ada something wrong dengan 'chota' dan hormon dia.haha...  Tak perlulah saya paste gambar tersebut sebab korang boleh tengok dengan search Google image ataupun masuk blog-blog hiburan.  Adakah semua benda ni disebabkan nafsu si pemakai yang inginkan angin lebih ataupun designer baju yang tak sensitif dengan kesensitifan masyarakat majmuk.  Maaf memang boleh diberi tapi cara pemakaian itu boleh mempengaruhi budak-budak lain.So...

3. Nyawa Jadi Tak Penting

Yang ni dah banyak berlaku dah.  Dulu susah kita nak jumpa kes bunuh-bunuh ni yang paling hebat pun bunuh diri.  Dulu jenayah yang paling beratpun jual dadah.  Cuba kita tengok sekarang takat pecahkan kepala orang itu belum cukup samseng lagi korang kena bunuh orang baru korang samseng.  Bunuh orang dah jadi macam biasa dah dan nyawa itu takde harga sekarang as long as kita dapat mewah.  Diorang dah anggap manusia ni macam kucing yang ada 9 nyawa.  Adakah ni disebabkan ada pihak tertentu yang tak buat kerja ataupun pengaruh cerita young & dangerous.

So benda-benda ni semua adalah lumrah bila satu negara menuju dan mengejar kepada kemajuan.  Kemajuan teknologi akan mendorong kepada kemunduran minda yang mana kita sendiri tak sedar. Apa-apapun kita je yang mampu ubah benda ni untuk perjalan kehidupan akan datang.

p/s :

* Bila dunia makin maju maka ilmuan akan berkurangan dan artis bertambah ramai.

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi


NANCY LIEDER DAN KAITANNYA DENGAN DOOMSDAY 2012

NANCY LIEDER DAN KAITANNYA DENGAN DOOMSDAY 2012



Salam guys,

Hm, sorry saya sebenarnya bukan nak cerita pasal pasal Hari Kiamat.  Saya tak layak untuk ceritakan atau meramal bila tarikh sebenar Kiamat berlaku.  Dulu kita pernah dikejutkan dengan angka 2012 di mana ia diramalkan oleh Kaum Maya sebagai hari penghabisan yang mana Bumi akan hancur dilanggar planet Nibiru.

Korang kenal tak gambar siapa kat atas tu?  Ini bukan pelakon perempuan James Bond (Gadis Bond) dan dia juga bukanlah penyanyi lagu genre country sehebat Taylor Swift.  Nama auntie ni ialah Nancy Lieder dan dia ialah pengasas Zetatalk (ni bukan web chatting dengan Zeta Jones ye).  Dia kata dia boleh berhubung dengan makhluk asing iaitu ET dari bintang Zetareticuli sebab dia ada pasang implan pada otak dia (mungkin dia ni jenis manusia yang mempunyai wayar putus).

Auntie ni cakap dia diamanahkan supaya bagitau manusia yang Bumi akan berlaga dengan Planet X pada Mei 2003, tapi malangnya amanah itu tak berlaku mungkin implan dia rosak masa tu.  Kemudian teori auntie ni telah diambil oleh seorang lagi manusia yang nak jadi tuhan iaitu Mark Hazlewood.  Dia buat satu teori yang lebih kurang sama tapi entahlah kita manusia bukannya tuhan.

Teori-teori macam ni sebenarnya hanya rekaan dan tekaan semata-mata.  Kalau kita percaya pada tuhan maka serahkan jelah pada Tuhan.  Tak perlu kita nak buat teori yang mana boleh menggangu emosi manusia lain.  Ok kalau korang nak tau teori auntie ni boleh usha video ni. Tapi satu nasihat saya dengar boleh percaya jangan sebab dipun manusia macam kita juga :




p/s :

Jangan pulak ada orang yang jual tanah, bagi harta sebab percaya dengan teori 2012 macam cerita Berkat Selamat!


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

HEADER BARU SUTERABLOGGER YANG SEMPOI... TERIMA KASIH BRO JEJAI

HEADER BARU SUTERABLOGGER YANG SEMPOI... TERIMA KASIH BRO JEJAI

Salam guys,

19 Mac saya dikejutkan dengan satu DM daripada Bro Jejai meminta saya beri saiz header :

Actually saya memang nak design satu header baru untuk blog ni sebab header lama tu saya buat saja-saja je.  Tapi malangnya takde masa untuk buat design photoshop (alasan terbesar ialah malas).  Bila saya send je email pada Jejai maka dia send satu header yang agak menarik (bagi sayalah bagi korang kalau tak menarik itu masalah korang.hak3).  Design yang sempoi je tapi bagi saya ada masudnya :




Anyway thank to Bro Jejai sebab buatkan header ni dan kalau ada free time boleh la agaknya bikin satu template untuk blog ni.hak3...  Nilah yang dipanggil 'Kuasa Blogging' sebab dari blog kita bukan saja dapat belajar ilmu blogging tapi dapat belajar apa itu persahabatan.


p/s :


* Hari tu design gambar ni pulak header... Lepas ni kalau boleh design template  kot (just joking).
* Kamek sukak design kitak nanti kamek samak kitak naik bilon mau kak?Jangan Lupak buang Tom sekalik (eyh betul ke apa aku tulis ni. Kang tak pasal-pasal maksud lain pulak).



Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

JOHAN & ZIZAN TETAP TERBAEK

JOHAN & ZIZAN TETAP TERBAEK



Salam guys,

Macam yang kita tau Raja Lawak 5 dah settle.  Pemenang dia pun kita dah tau.  SO still belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah pada Man sebab muncul Juara Raja Lawak 5 dan berjaya jadi OKB (yelah dapat RM 100K).  Selama ni saya tak pernah miss tengok Raja Lawak tapi time final saya tak dapat tengok sebab terpaksa buat 'amal jariah' untuk The Store.

Entry kali ni saya tak nak cerita pasal Gelanggang Raja Lawak 5 Akhir sebab saya sendiripun tak tengok lagi so tak boleh nak review.  Nanti bila saya dah dapat tengok semua persembahan saya akan buat review.  Bagi saya dalam banyak-banyak pelawak sekarang (baru) Johan dan Zizan adalah yang terbaek! Jom kita layan video ni dulu :








Bagi saya dalam banyak-banyak pelawak baru diorang ni memang best sebab gaya memang spontan.  Kita tengok pun kita rasa selasa.  Apa yang membezakan diorang dengan pelawak-pelawak lain ialah Johan & Zizan banyak keluarkan idea-idea baru yang memang lawak selain lawak diorang yang santai dan kita faham.  Tapi tak taulah pulak apa akan jadi kalau diorang buat lawak separate.  Anyway good luck kat Johan & Zizan untuk program terbaru Astro iaitu Maharaja Lawak yang akan menghimpunkan semua finalist Raja Lawak dari musim 1 sampai musim 4.  Kita tengok siapa akan jadi Maharaja Lawak nanti.


p/s :


* Still ingat dulu masa sekolah ada satu cikgu tu suka buat lawak tapi kitorang tak gelak pun.  Alasan dia kalau lawak yang dibuat tu orang faham itu lawak lapuk. So maknanya lawak dia tu lawak educated...



Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

KEGUNAAN FACEBBOK DI ZAMAN INI.ADAKAH IA MEMBANTU ATAU MEMUSNAHKAN?

KEGUNAAN FACEBBOK DI ZAMAN INI.ADAKAH IA MEMBANTU ATAU MEMUSNAHKAN?








Salam guys,

Korang rasa apa social media yang tengah hot kat pasaran (uiks boleh beli ke?) sekarang ni?Saya rasa tak perlu saya terangkan apa itu social media lagi kan sebab most of civilized human tau Apakah itu Social Media.Jangan tanya saya sebab kalau tanya saya apa social media yang hot sekarang saya akan cakap Twitter sebab saya lebih aktif ber'tweet' kalau nak dibandingkan dengan bermuka-muka ooops sorry bermuka-buku.Tapi kalau saya open poll sekarang dah tentu 75% akan cakap facebook lebih popular.Ya itu diakui kalau tak takkan Mark Zuckerberg boleh jadi kaya kan.

Kalau kita tengok betul-betul ramai yang cakap Facebook boleh merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.Yang ni memang tak dapat nak tidakkan fakta ni.Kalau kita dah lama tak jumpa kawan kita contohnya kita sekolah kat Melaka then sekolah tu berasrama.Tamat je form 5 masing-masing buat hal masing-masing.Mungkin yang memang kawan baik tidur sekatil adalah contact tapi budak yang kena buli kat sekolah dulu memang akan terpinggir.hak3...So dengan Facebook ni yang jauh kita dekatkan yang rapat kita sempit-sempitkan.Ni bab kebaikan,kita tengok contra nya pulak.Kalau kita perasan ramai yang salah guna Facebook ni.Bila tak suka je terus bikin satu profile SAYA BENCI SPENDER!.Ni contoh jelah takkan nak pajak nama pulak kat sini.Tak pasal-pasal kena saman.Zaman sekarang ni kalau tak puas hati kat somebody memang Facebook lah tempat untuk kumpul orang yang senafsu dengan kita.So bila dah kumpul ramai geng mulalah mengumpat cara cyber.


Yang kedua ialah dengan facebook ramai orang yang berniaga dapat lebih untung.Kenapa?Sebab diorang buat promosi percuma tanpa perlu bayar pada Mark Zuckerberg.Yelah kalau nak promot kat blog kene labur RM10 sebulan untuk iklan kecik.Dengan Facebook bikin profile tak sampai 5 minit upload gambar tak sampai 20 minit (itupun kalau internet pantas) dah boleh start berniaga.Kiranya boleh membantu peniagalah.So kalau untuk memang boleh cakap untung besarlah sebab modal hanya untuk bayar broadband je.Itupun kalau guna broadband tapi kalau curi line jiran sebelah...Faham-faham sendirilah.Tapi yang menjadikan cara ni dibenci ialah bila guna taktik tag gambar.pergh meluat pulak rasa.Kalau tag nak jual barang yang berkaitan takpelah ni tag gambar gstring kat profile lelaki.Apa ko ingat gay ke?Tu yang menjadi lemah tiada privacy sebab peniaga tak bertanggungjawab akan buat seolah-olah tiada apa berlaku.


Dengan facebook jugak kita senang nak share apa yang kita fikir.Senang cakap sharing is caring.Contoh bila kita sedih kita akan tulis status jiwang-jiwang.Sila kita buntu nak tanya pendapat just tulis status yang seakan-akan otak tidak berfungsi supaya orang komen status tu.Ye memang bagus berkongsi ni.Sebab dalam hidup tak semua kita tahu dan tak semua orang bagus.Tapi yang jadi tak bestnya bila kita tulis status yang kononnya kita hebat.Yang ni saya sendiripun buat.Contohnya Liverpool kalah.So kita kutuk coach dia gila-gila.Kutuk ahli politik padahal kita sendiri tak faham aliran politik dan belajarpun tak tinggi.So what's the point kalau kita tulis status yang ntah apa-apa...


Dahla rasanya cukup tiga point actually ada banyak lagi dalam kepala otak ni just malas nak menaip je sebab takde mood.  Actually penggunaan Facebook ni bergantung pada kebijaksanaan user jugak.  Kebodohan function facebook begantung pada kebodohan user sebenarnya.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails