4 MENTALITI ORANG KITA - PART 2

4 MENTALITI ORANG KITA - PART 2


Salam guys,


Ni sambungan entri entri lama. Ada baca? Kalau belum baca sila pi kotak search atas ni then search mesti ada punya sebab saya tak delete lagi entri tu. Sekali lagi saya ingatkan saya tiada niat nak perli sesiapa cuma ni adalah apa yang saya lihat dan alami (mungkin saya sendiri yang buat). Jangan pulak tetiba ada orang keluar entri cakap saya nak provoke lah, cari pasal lah dan macam-macam lagi. Kalau terasa sila simpan dalam peti ok....


1. Aku Buat Takpe Jangan Ko Buat


Yang ni biasanya terjadi masa sekolah-sekolah lah dan mungkin jugak dalam perjalanan kehidupan sekarang. Saya masih ingat dulu masa kat sekolah. Semua kene nak ikut cakap senior. Senior maki junior takpe tapi bila junior maki senior tengoklah memang malam tu penuh senior kat bilik. Sekarang pun ada jugak jadi, bila kita tegur orang selamba je boleh tapi cuba orang tegur kita melenting macam tak dapat gaji tiga bulan. Sepatutnya kita kenalah adil sikit. Kalau kita boleh bahan orang sampai orang tu sakit hati kitapun patut boleh terima kalau orang tu bahan kita balik. Adil kan...


2. Ko Jalan Dululah Kalau OK Aku follow


Korang rasa ni berkaitan dengan apa? Saya ingat dulu masa aktif dalam MLM. Ingat nak ajak kawan-kawan join tapi alasan diorang ialah diorang nak tengok hasil dulu baru nak ikut. Haha, samalah macam blogging masa awal-awal nak buat blog dulu saya ajak kawan-kawan saya buat blog then bagilah kata-kata perangsang sikit yang boleh earn duit. Semua tak percaya cakap saya buat cerita tahyul. Tapi bila saya dah dapat first check tahun 2009 dari Nuffnang dia dah mula nak percaya 'cerita tahyul' tu. Selepas Redmummy punya cerita tersebar serata alam lagi bertambah orang datang jumpa saya nak suruh ajar buat blog.


3. Usaha Sikit Tapi nak Pulangan Besar


Yang ni memang ramai lah orang kita macam ni. Berniaga buka modal kecil tapi nak untung juta-juta. Bila rugi sikit merungut macam rugi juta-juta. Sayapun tak faham kenapa kita hanya fikir untung sahaja. kalau berniaga asyik untung je tak mau rugi habis lah BSKL. Donald Trump pun pernah rugi tau. tak payah pergi jauh dalam blogging pun ramai blogger yang tak faham konsep. Tempek nuffnang satu hari dah nak untung ribu-ribu. Memang takkan dapat punya. Lepas tu update entri sebulan sekali, blogwalking sehari 5 blog tak dapat Buffered earning nak sedih. Dalam blogging effort nak kena lebih baru hasil lebih. Sebab tu lah perlunya investment dalam berblog.


4. Buat Sebab Terpengaruh Bukan Sebab Minat


Yang ni saya sendiri pun pernah alami. Orang buat saya pun nak buat tapi at last hangat tahi ayam je. Saya bagi contoh sekarang ialah zaman orang main camera. Disebabkan ramai orang ada DSLR kita pun nak beli juga tapi pergi kursus tak mau. Gambar main tangkap je tanpa fikir cara tangkap gambar tu perlukan seni. Camerapun beli tak mau kalah Nikon D3100 tu pun sebab nampak iklan kat TV. Lama-lama bila tengok gambar yang ditangkap tak jadi maka kamera D3100 'masuk muzium' jelah jawabnya.


Sorry eyh kalau ada yang terasa niat saya nak share je dan benda ni actually ada kena mengena dengan saya. Ni adalah sebahagian dari hidup kita so apa yang kita perlu buat ialah perubahan sebab setiap hari patutnya kita menjadi lebih baik dari hari sebelumnya.


p/s :


Terasa best bila dapat sampul surat HSBC.hak3...

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :


- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...


Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails