KAU KU SERU (GATH) - PART 1

Hye korang readers2 & bloggers2.Hari ni saya tak berkesempatan untuk menulis entri banyak2.Semalam saya kepenatan main paintball & hari ni penat mengangkut barang sebab mama saya berpindah ke rumah baru.Sangat letih sehinggakan boleh menyebabkan saya terbaring dan tertidur ataupun boleh la dikatakan ia lebih penat dari acara membunuh anak setan.Ooops Bean cerita dalam kelambu jangan tulis.hak2...

Saya masih kebingungan untuk menulis entri pasal semalam sebab masih tak dapat gambar2 yang sepatutnya saya dapat.Cuma baru dapat gambar dari Aus je.Itupun gambar saya yang kacak ni ada 3 keping je.APA!!!3 KEPING JE!!!Penat je saya set rambut baru kat QQ Cut tau.Nasib baik tak set rambut Serizawa kalau tak memang rugi.hak2...Tapi saya dah janji ngan korang kan.So apa yang boleh saya tulis saya akan tulis.Terutama sekali tentang gosip hangat yang sedang melanda dunia per"blog"an ini.Nara tolong highlightkan gosip ni eyh.hak2

Sepatutnya gath tu start pukul 10 pagi tapi sebabkan saya adalah khadam yang sangat diperlukan di kolej (kire boleh dikatakan hot jugak la kan) jadi saya kene kerja halfday semalam.Jadi saya tiba ditempat kejadian agak lambat.Satu kejadian lucu yang tejadi sebelum saya main paintball ialah masa saya nak cari jalan masuk ke tempat paintball.Saya tak perasan yang tangga ke pintu masuk adalah dekat je dengan tempat parking kete saya.Jadi saya jalan jauh2 sampai ke hujung.Dah sampai ke hujung saya ternampak sekumpulan remaja(chewah ayat berita) turun ikut bukit.Ces penat je berjalan.Apahal takde signboard.


Saya sampai je kat depan mata diorang saya disambut dengan penuh keceriaan dan muka sorang2 memang menunggu untuk bahan saya seperti gath lepas.Tapi kali owwwh tidak saya dah prepare ilmu hitam untuk mematahkan ayat2 diorang yang berbaur komedi itu.hak2...Oklah nanti saya akan update lagey pasal gath ni eyh..Sebab belum dapat gambar sepenuhnya.Badanpun masih sakit2 dan penat.Saya kasi hint2 je skit eyh...


p/s :
- Sedang memikirkan widget untuk blog wife saya.Nantikan kemunculannya ye...
- Aus sedang melakukan perubahan drastik untuk blognya demi untuk eny tersayang.TUNGGU!!!

ENTRI PENAT UNTUK SEORANG PEJUANG PAINTBALL

Hah!!!Saya terasa kepenatan yang teramat sangat ni.First time main paintball dengan keazaman yang tinggi.Rasa tak puas plak pegang senapang tadi.Seperti yang dijangkakan ramai yang datang.Walaupun saya sampai lambat sangat tapi masih sempat pegang senapang tuh.Kira tak membazir la duit tuh.Yang penting dapat headshot 2 kali.wah!!!

Gath tadi lebih kurang >40 orang datang termasuk dari group BTF(Blogger Tegar Family).Boleh tahan hebat gak la diorang.Yang datang kebanyakannya semua saya kenal.Thanx eyh sebab datang chewah macam saya plak yang organize.Thanx to Melz sebab invite blogger kerdil  cam saya ni.Tapi agak kecewa sebab Cik Lolly & Cik Epal tak datang sebab tujuan asalnya saya nak tembak cik epal.hak2.

Sorryla tak dapat nak buat entri yang berkualiti untuk korang malam ni sebab mata terlalu layu.Badan terlampau lemau dan lembik setelah bermain paintball dengan bersungguh2.Saya saja je update just nak bagitau yang gath tadi best.Rugi sapa yang tak pegi.Igt senang ke nak dapat diskaun main paintball semurah tadi.Yang penting banyak benda lawak tadi jadi & ada jugak episod cerita drama Korea yang dilakonkan oleh pelakon Keo Dong Aus dan Song Hye Eny.hak2..Oklah nanti saya akan update lagi pasal gath tadi.So doa2 la saya ada kelapangan dan dapat gambo2 tadi sepantas kilat...Bye...

TIPS : SEORANG BLOGGER PERLU ADA - PART 1



Wah...Selamat pagi semua!!!Mood hari agak hepi sebab ado la...Sedikit lambat untuk upadate sebab perlu menjadi khadam di kolej.Perut plak boleh bikin hal pepagi ni.Tapi thanx to reader yang masuk blog ni even saya tak update pun lagi.Datangla untuk support k.Seperti mana yang kita tau ari ni ada event.Mereka dah kol saya tadi tanya datang ke tak..Tapi seperti biasa ini Bean Moreno la...Kalau cakap datang saya pasti datang cuma bezanya lambat atau cepat je.hak2.Harap2 tidak terlepas untuk berjumpa blogger2 lain di tempat paintball.Tunggu ye untuk melihat rambut saya yang di"set" khas untuk event ni.hak2

Oklah tak nak memalut dengan lebih serius.Saya teringat masa saya masih di gelanggang silat dulu(ni cite dulu la),Guru saya ada berpesan satu benda yang memang saya apply sampai sekarang dan memberi kesan yang best dalam kehidupan saya.Nak tau apa pesan mahaguru saya dulu.

"Pis walaupun ko terkeluar dari gelanggang ni tolong igt satu benda...Apa2 yang ko buat tolong taat,sabar,sungguh,& Yakin"



Benda ni dah lama saya apply dalam hidup.Memang berkesan beb.Dalam bloggingpun sama cuba korang applykan 4 perkara tu.Bila korang dah dapat buat 4 yang pertama maka akan dapat satu lagi extra iaitu IKHLAS.IKHLAS memang susah nak dapat & kalau korang dapat IKHLAS setan pun akan takut ngan korang.Macam mana korang nak apply 4 perkara ni dalam blogging.Meh sini abang ajar eyh :

1) TAAT 
Korang buat blog,ada rules dia.So korang just follow the rules.Dan salah satu dari rules untuk maju ialah update entri.So taat la dengan update entri selalu.Bila korang tulis entri yang berguna kompem reader akan datang.Tak kisah la tulis riwayat hidup ke tutor ke apa2 jelah janji update.Jangan la korang asyik2 tulis entri yang kondem orang lain.kutuk blogger2 lain,maki hamun...memangla orang pun menyampah nak baca.

2) SABAR
Dalam blogging kita kene sabar.Kita jangan fikir dengan satu bulan berblogging kita dah boleh femes or eran nuffnang banyak.Owh kalau macam tu dah ramai kakitangan kerajaan berhenti kerja jadi blogger.hak2..Terus terang saya cakap saya boleh cash out setelah 6 bulan jalankan suterablogger.Tapi sekarang dah stable skit.Ingat berblogging bukan macam Hai-o.Even Hai-O pun kene kerja keras cari rezeki.Ingat yang kita blogging ni untuk share thought dan pendapat.Sekarang dah banyak dah yang nak amik jalan singkat.Contohya macam budaya "I Follow You,You Follow Me Back".Bukan tak boleh,tapi tak elok sebab kita nak orang follow kita bukannya semudah yang disangkakan.Kalau kita tulis merapu then nak orang follow untuk apa?Tak guna orang follow tapi tak baca entri kita.Korang nak benda macam ni terjadi?So fikirkan lah ye

3) SUNGGUH
Ok dalam apa2 pun kita kene bersungguh2.Dalam blogging kalau kita tak sungguh2 tak oayah mimpila kita boleh dapat earn macam KakRed or Kenny Sia.Memang la korang takkan jadi macam Kenny Sia tapi SIA-SIA je.Contohnya korang kene update konsisten.Jangan minggu ni update ari2 next week satu apapun tak buat.Tak boleh la macam tuh.Jangan terlalu ikut otai yang berkata tak payah update pun boleh dapat visitor BANYAK.Karut itu semua.Cuba bayangkan korang adalah penulis akhbar.Kalau korang publish surat khabar berita tak update sama je.Asyik2 berita muka depan UMNO menag pilhan raya selama sebulan.Korang rasa laku tak surat khabar korang.hak2 bungkus la.Macam tu jugak dengan blogger.

4) YAKIN 
Bila korang dah buat semua di atas korang just perlu yakin dengan apa yang korang buat.Kalau korang enjoy baca entri korang tak mustahil orang lainpun akan suka.Just ignore apa kata orang yang penting korang dah buat apa yang patut.Diorang nak kata korang newbie macam sampah ke,korang budak baru tapi entri cikai ke itu PERSETANKAN.Sebab belum tentu diorang hebat.Confident & be Yourself ok!!!

p/s :
- Sayapun blogger newbie je & masih lagi cari2 apa yang patut itu pasal saya blogwalk k.
- Kalau korang rasa apa yang saya cakap ni salah sila kemukakan hujah anda ok...
- Sapa2 yang terasa dengan teguran saya ni.Saya mintak maaf banyak2 sebab saya just berkongsi je eyh.Takde niat nak menyinggung sape2.
- Selepas saya post entri ni mungkin saya akan pergi bersuka ria bersama blogger2 lain.

THE GARDEN : JENJALAN SAMBIL SHOPPING


Hah entri terakhir untuk malam hari Jumaat & bukan malam Jumaat tau.Kalau malam Jumaat saya dah pergi bunuh setan dah.hak2.Tadi saya baru balik jenjalan ngan wife kat The Garden.Wah terasa macam orang kaya kan.Sebelum tuh saya mintak maaf eyh sebab tulis entri berbaurkan personal kan.Tak salahkan selebrity macam saya(selebriti ke???) cerita pasal personal.hak2.

Malangnya entri kali ni mungkin personal tapi berbeza sebab tiada cerita pasal dalam kelambu ye.Walaupun saya baru di"sound" oleh seorang otai(otai ke???) di komen blog tapi bak kata entri lepas saya just PERSETANKAN!!!Hari ni saya pergi ke The garden merangkap Mid Valley(yela sebelah2 je).Sedang saya makan kat Nandos dengan wife saya terdengar nama saya dipanggil.Owh terasa seperti artis tau.Rupa2nya terjumpa Cik Yann di Nandos.Untuk pengetahuan korang dialah yang mengajar saya untuk order makanan di Nandos.Malu sih...

Lepas makan saya memang dah nekad dah nak tukar style rambut,Lantas saya pergi ke QQ Cut untuk potong rambut.Dia tanya saya nak potong macam mana & saya dengan selamba je cakap potong ikut style jepun boleh tak?Dengan gaya lembut dia ketawa.ces ko melunturkan semangatku untuk menjadi Serizawa dan inilah hasilnya :



Pada waktu yang sama wife saya pergi nak trim rambut dia kat saloon,tapi malangnya saloon tu penuh.So dia tunggu saya sampai siap then saya teman dia cari saloon lain n then jumpa saloon lain.Tapi hasilnya wife saya tak berpuas hati dengan service Saloon Jantzent.Ces bayar RM78 untuk potong rambut+wash senior tapi ntah la wife saya je yang tau sebab saya tak potong rambut kat situ.

Dengan mood yang tak menentu wife saya ajak window shopping(bukan windows 7 ye) tetiba satu perkataan terkeluar."Bang jom b belanja abang beli minyak wangi..".Korang jangan anggap badan saya busuk ye seperti lirik lagu Rossa tu.Saya wangi dengan wangian Hugo Boss.Kalau tak pakai perfume pun badan saya berbau wangian haruman syurga.Mungkin sebab dia nak tenangkan hati dia dia tabur zakat kat saya.Jadi kami ke :

THE PERFUME SHOP

Setelah mencuba beberapa perfume sampaikan orang yang jaga kedai tu meluat jadi kami ambil keputusan untuk beli yang ni :

Cuba Teka apa di dalam...(tapi ini bukan kontes tau.Tiada hadiah akan diberikan...5,4,3,2,1   tet!!!

Di dalam beg itu ada :


Satu botol Perry Ellis & satu botol Chevignon.Korang pernanh dengar tak???Kalau tak pernah dengar saya mintak maaf.Kitorang memang suka cari something yang lain skit dari orang lain.Tapi jangan ingat ini perfume Uptown yang dijual RM15 sebotol.Owh tidak...hak2...Harga dia biarlah rahsia.Tapi apa yang best ada 15% -25% discount beb kat The Perfume Shop.Tak tau la memang ada discount ataupun cashier tu terpegun dengan rambut baru saya yang seakan2 Rain ni.hak2.Oklah cukup sampai di sini.Hope korang enjoy entri ni ye...

p/s :
- Tengah tunggu Mc Delivery tapi bapak nak dekat sejam tak sampai2 lagi ni.Siot korang ingat aku dah makan Nandos aku kenyang.
- Esok ada paintball harap saya bersedia.AUS mari kita bergabung meletup macam hari tuh.hahaha

HAPPY BIRTHDAY... PART 2







Hm dah kuliah subuh hari ni tamat.So harap korang manfaatkan.Korang mesti tau kan apa akibatnya kalau Bean Moreno cuti dari bekerja.Owh pandai pastinya korang akan tengok banyak entri akan muncul.hak2.Okalah entri ni saya yang ni nak ucap hai jadi jugak tapi untuk "kangtau" saya.Kangtau ni lebih kurang macam group la maksud dia.Hari ni ngam2 dah tiga tahun dah.Wah comel beb!!!Maknanya Nuffnang dah 3 tahun dah arini dan saya hanya terlambat sedikit je untuk cukupkan umur berblogging sekali dengan nuffnang.

Kalau nak cakap benefit dari ikut Nuffnang,tak payah la tanya.terlalu banyak.Bulan ni je berapa ratus saya menang.itu tak masuk modem broadband yang saya menang,barang2 lain, dan yang best nya dapat gi event.Dari event tu lah saya jumpa sifu2 saya.Best ke tak???Nak lagi best!!!Saya join Nuffnang dan dapat kenal ramai blogger.So boleh buat aktiviti sendiri lagi tau,Jangan Main2...


Semalam masa saya tengah syok ajar cousin saya buat nuffnang account saya dikejutkan dengan satu comment yang menyakitkan hati.Disebabkan terlalu marah dan tak mahu perasaan marah tu dibawa ke ranjang jadi saya ambil keputusan untuk delete comment tu.Dan saya tak dapat buktikan kat entri kali ni.Saya ingatkan mel je yang kene kecam tapi saya yang tak popular ni pun kene jugak.Mak aih punya la dengki.Cakap saya budak barula,ilmu tak cukup nak ajar orang la.Tapi tak kisah la sebab orang yang hantar comment tuh boleh saya kategorikan sebagai "No Balls".PENAKUT sebab berselindung dengan nana ANON.Kalau berani tunjuk la avatar bak kata Mel.Tak pun kalau pemalu kasi URL la.boleh saya gi tgk blog yang hebat sangat katanya tuh.


Kalau budak anon ni nak tau sangat dah bape lama saya blogging.Meh sini abang cite ye.Saya start blogging 2006.Time tu adsense tgh meletup2 Nuffnang pun takde lagi beb.Tapi blog tu saya tak update sebab itu pasal insurans dan url diepun saya dah tak ingat.Ok first personal blog saya korang boleh check sini.Siap ada nama betul lagi tau.Saya start blogging dalam bahasa English kat dalam blog ni.Saya update sampai 2009.Tapi disebabkan ketamakan saya up kan suterablogger lak sampai sekarang.So puas hati sekarang.Saya taknak la emo2 sebab hari ni Maulidur Rasul.Tapi jangan provoke orang beb.Saya tak nak cerita sejarah blogging saya sebab takut timbulnya riak OK!!


Dahla malas nak emo2 sangat pagi2 mulia ni.Anyway :


"Happy Birthday Nuffnang!!!"


p/s :
- Harap2 dapatla barang satu or dua buffered campaign.hak2...Dah lama diorang tak tabur untung kat blog saya ni.Tak dapat advertorial dapat buffered pun ok.
- Anyway Nuffnang memang best!!!
- Saya ajar orang bukan untuk tunjuk hebat tapi uuntuk perkongsian ilmu wahai sedara sedari.

SELAMAT HARI JADI.. PART 1


Kalau korang tengok gambar kat atas ni mesti korang dah tau apa saya akan tulis betul x?Ya betul hari ni adalah Maulidur Rasul.Hari jadi Junjungan Besar "Rasullullah" atau Nabi Muhammad.Tapi sedihnya tak semua di antara kita yang tau hari ni adalah bufday ataupun hari kelahiran Nabi Muhammad.Semua buat dek je.Mentang2 cuti solat subuh pun tak buat.Sedangkan yang wajibpun kita tak buat apatah lagi sunnah betul tak???Tapi ada satu sunnah Baginda yang sememangnya ramai orang nak sangat buat."Poligami".Ces!!!Kita sering lupa tentang ajaran Rasulullah dan hari kebesaran Baginda tapi dok sibuk sambut Valentine Day(hari tanpa spender!!!).Kita lupa hari jadi Rasulullah tapi sibuk dok ingat hari jadi Britney Spears or Lady Gaga.Tak nak buat ajaran & sunnah Nabi Muhammad tapi sibuk nak ikut gaya hidup Hollywood.Tapi cakap nak syafaat.Mak aih bukan main senang bercakap.

Ok saya nak dedahkan skit apa itu Sunnah Rasullulah sebagai peringatan untuk saya dan korang semua :

1)TAHAJJUD - KERANA KEMULIAAN SESEORANG MUKMIN BERGANTUNG PADA TAHAJUDNYA
2)MEMBACA ALQURAN SEBELUM TERBIT MATAHARI
3)JANGAN TINGGALKAN MASJID TERUTAMANYA SEMASA WAKTU SUBUH
4)JAGA SOLAT DHUHA
5)JAGA SEDEKAH SETIAP HARI
6)JAGA WUDHU TERUS KERANA ALLAH SAYANGKAN ORANG YANG BERWUDHU
7)AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP SAAT

Kat atas ni merupakan sebahagian daripada sunah Rasulullah semasa hidup baginda.Kebanyakan mudah tapi kita yang susah nak buat.Saya sendiripun kadang2 terlepas ataupu tak buat.At least kalau kita tak dapat nak buat semua dapat maintain 2 or 3 pun kira bagus la.Ni kita asyik sibuk je nak maintain traffik maintain yang ni tak nak pun.hak2.So renung2kan & selamat beramal.

p/s :
- Saya bukan nak poyo n tunjuk baik ye.Entri ni peringatan kat kita supaya ingat apa sepatutnya yang kita buat.
- Saypun bukannya seorang yang teramatlah baik.Tapi saya sentiasa mencari perubahan hidup dan cuba berubah dari kurang baik kepada yang lebih baik.

CULTURE : PERSETANKAN KATA ORANG







Entri ni mungkin akan jadi simple kalau saya tak melalut seperti biasa.So doa2kan jela yek...Tajuk entri nampak macam emo MCR betul tak?Tapi saya bukan jenis yang begitu saya happy go "Lucky Laki".Kita selalnya senang terpengaruh dengan corak pemikiran orang lain.Kadang2 kita nak buat lain tapi bila orang lain cakap sesuatu yang bertentangan dengan apa yang sepatutnya kita berubah.pernah tak korang satu hari masa breakfast or makan korang kononnya nak makan nasi ayam tetiba bila orang tu cakap nasai kandar kat situ best korang terus tukar niat.?

Sebenarnya saya bukak topik ni bukan apa.Saya tengok ramai awek2 kat luar sana yang senang terpengaruh dengan cakap orang & persekitaran.Kenapa saya cakap macam ni.Saya pernah tengok ramai kawan2 gurl(bukan gegurl ok) saya yang asal dari kampung.Kat kampung bertudung litup,tutup aurat, cakap sopan, dan memang best la perangai bak kata orang Wanita 1Malaysia Terakhir la.Tapi bila diorang datang kat KL terus jadi lain.Sampai KL terus bukak tudung,pakai skirt,hisap rokok pegi clubbing.Huh!Apa nak jadi la.

Dulu masa saya study UiTM saya ada syok kat minah ni.Memang cun bapak(yela awek2 saya semuanya TOP2) siap pakai tudung lagi.Saya walaupun ada unsur2 syaitanirrajim time tu saya nak gak ada satu awek yang steady pastuh baik so boleh saya akan berubah jadi baik.Tapi yang tak bestnye bila awek ni dah bergaul ngan gurl lain.Terus berubah "Totally Spies".Bila kawan2 racun gi club,terus ikut bukak tudung,pkai skirt pendek,mak aih...Kalau dah jadi cam ni memang la mamat yang mempunyai perwatakan Serizawa macam saya ni terus reject.


Pastuh pasal BF or GF.Bila korang dah best pakai tudung tetiba BF korang suruh bukak tudung semata2 nak tunjuk kat memember yang dia ada awek ranggi.Patut ke korang ikut?hak2 ini kerja gila beb.Apa kejadahnya semua ni?Alasan sebab sayang.Tak patut langsung.Korang berubah ACCORDING TO HIM!!!Kalau korang disuruh berubah dari jahat ke baik itu satu langkah baik tapi kalau korang disuruh berubah dari baik ke jahat...Come On La Girls!!!

p/s :
- Semua yang saya tulis kat entri ni adalah kisah benar yang tiada di TV3
- Alamak xmenjadi jugak entri pendekku.Ces!!!Orang cakap saya suka melalut dalam entri...PERSETANKAN!!!
- Sapa2 terasa saya mintak maaf sebab saya tak reveal nama yek...
- Adakah korang sanggup dikatakan poser??atau berubah tapi tak ikhlas...so fikir2kan lah ye...
- Layan la lagu ni best :




TRIBUTE TO MY SIFOOOOOO!!!TUNJUK AJARKU SIFU!!!



Adus hari ni satu lagi masalah timbul ketika saya bersemangat untuk terbitkan entri berkualiti tinggi.Terlalu lembap pergerakan internet berkuasa siput babi ni.ces!!!merangkak tapi memikirkan hati dan perasaan saya yang terlalu ghairah untuk berblog.

Actually hari ni saya agar blur sebab lapar.Esok cuti.Yeay!!!So saya decide nak tulis something pasal sifu blog saya.Ni tanda penghargaan atas jasa mereka mendidik saya selama saya berblogging.Saya tak kisah la kalau ada orang nak cakap saya bodek or belajar dari orang yang baru tapi yang penting diorang ajar saya so saya kene la hargai ilmu diorang.Tak semua orang akan berjaya tanpa tunjuk ajar ok.Tolong jangan riak serta takbur dengan ilmu sebab itu sifat2 tercela.

First sekali Sifu blog saya adalah :


Mamat ni sempoi je.Nampak cam tin kosong kan tapi korang cuba la korek2 skit ilmu dari dia.Mintak sikit kasi banyak.Tak caya korang try la.Kalau kat johor orang cakap tak lokek ilmu la.Favicon blog ni pun dia yang tolong buatkan.Wah bestnye...hak2 Thanx Mel.Saya first time jumpa dia masa gath yang saya n Cikhel buat awal bulan ni kat The Mines.Syok wo borak ngan dia.So terpulang pada korang la nak korek ilmu dari dia macam mana.Jangan korek idung dia dah le ye...hak2

Sifu Yang Ke - 2 :


Mamat ni dah banyak kali jumpa.First time nampak dia kat event digi tapi kitorang start melawak sesama sendiri masa gath jugak.Orangnya sempoi dan ilmu kalau dalam taekwondo tali pinggang merah.memang KOW!!!Nak tau teknik bodek Nuffnang,inilah orang nya.Traffik pulak kawe tak payah kabo la kan memang KOW!!!Tapi sorry bro saya dah cuba nak besarkan font tapi nian di hati tak dapekla...hak2..Tapi yang malangnya kat mamat ni HP Corby dia hilang...Kalau tau baik bagi team saya menang hari tu bang.hak2...

Sifu Ke -3 :


Mamat yang ni plak korangpun mesti kenal.Traffik 13k sehari bapak KOW!!!First time borak ngan dia time Astro Beyond Event kat Modesto's.Tak sombong and rileks tapi tak se"cool" saya la kan.Sebab saya adalah pantulan Serizawa tu yang cool.hak2.Selalu communicate ngan dia kat FB n YM.Ini memang orang kuat Nuffnang.OOOPs...

Sifu ke - 4 :


Dulu saya pernah down sebab traffik terlalu rendah.Saya suka masuk blog dia untuk bagi semangat dan motivate diri saya dalam blogging.Banyak kasi saya motivation dan jugak hari2 kasi saya lapar bila masuk blog dia.Ces!!hak2 dia juga yang byk kasi nasihat supaya jangan buat something stupid dalam berblog.hak2..Saya ngan dia dah lama kenal tapi baru jumpa kat alam nyata masa Astro Beyond.Memang friendly tak caya tanyalah blogger lain.

Sifu ke -5 :


Ni salah satu sifu saya masa saya tulis entri dalam english.One of the chinese blogger yang tak kedekut ilmu.Cute & cun.Sapa kata dia tak cun korang pandai2 la jawab ngan Timothy.Sapa Timothy check sendiri kat blog nuffnang.Dia banyak tau pasal Nuffnang yela awek Timothy plakkan.So saya banyakla tanya dia pasal camne nak dapat visitor & taktik2 dalam Nuffnang.First time jumpa kat Corby.Sebab dia satu team ngan saya.

Mungkin ni je kot sifu yang banyak kasi saya ilmu pasal blogging.Dan kalau ada improvement kat suterablogger kat diorang nilah saya curi , refer pastu apply.Anyway thanx to all of them sebab sanggunp share macam2 ngan saya sepanjang saya blogging.

p/s :
- Kalau korang nak ilmu kat orang yang berilmu korang kene la break the ice ngan diorang jangan break dance ok!!diorang ni bukan HipHop.
- Entri ni di"publish" bukan sebab nak bodek diorang just sekadar sharing & tanda time kasih kat diorang sebab sanggup turun ilmu kat saya yang sememangnya kerdil dalam blogging dan kerdil tubuh badan ni.
- Jangan memalu or takut ngan diorang sebab diorang nipun makan nasi jugak ye tak makan batu or besi.Just contact je diorang kalau nak belajar jangan ngorat dah le...
- Credit kat deydeq,Aus & Nicole sebab saya cilok gambar kat blog diorang...

BEAN MORENO TERIMA PADAH





Hari yang memenatkan kepada seorang IT support apabila dikerah seperti mat bangla yang tugasnya memindahkan barang2.Huh!Terasa macam diploma yang saya ada sekarang tak mencukupi untuk bergelar seorang boss.hak2...Selepas siap membaiki sebuah komputer kat lab yang dijangkiti H1N1 saya disuruh memindahkan barang2 dari blok sebelah ke blok yang sekarang ni.pergh...Mana perginya title IT support aku ni???hak2 tapi takpela benda dah settle.

Hari ini penulis blog Bean Moreno(sapo pulak ni) menerima padah apabila terlampau sibuk dengan tugasnya.Ini adalah musibah yang melanda apabila dia mengabaikan tanggungjawab ke atas blognya.Mesti korang tak baca kan muka depan SinChew Jit Poh.Kalau korang bacapun tak faham kan.hak2 samala kita...Korang tgk apa dah jadi dengan blog saya ni :


Saya tunjuk benda ni nak kasi korang sedar.Kalau korang nak serius blogging tolongla jangan abaikan tanggungjawab.Dah kasi ngandung tolongla bertanggungjawab ye.Jangan nak buang tepi jalan.Dosa...hak2..Hari ni saya terpaksa tolak berfikir sgt pasal blog sampaikan traffic jadi teruk sebegini.Tanpa membuang masa saya post satu entri pada pukul 12.Sebab kalau ikut schedule pukul 10.Tapi selepas saya post satu entry killer traffik mulai sesak di Jambatan Pulau Pinang menghala ke Bayan Lepas(betul ke arah ni).Pastu saya tambah skit ngan acara blogwalking skit so bertambah lagi traffik ke blog yang tak popular ni.

Jadi kesimpulannya post entri dan blogwalking itu amat penting dalam blogging.Ini adalah hasil analisis saya ke atas blog saya.Kalau ada otai cakap tak payah update blogpun boleh buat traffik naik itu adalah disebabkan blog diorang tu  dah gile popular dikalangan reader2.So kita yang tak otai ni buat jela cara tak otai.Betul tak??Tapi kan saya tgk blog redmummy & beautifulnara hari2 update.Kadang2 sampai sehari tiga empat entri.Korang nampakkan blog yang gile popular macam tuh pun update tiap2 hari ni kan blog cap ayam cam kita.Jadi kepimpinan melalui tauladan bukan kepimpinan melalui percakapan je yang takde bukti ok...

p/s :
- Entri ni takde tuju kat sapa2pun just peringatan je
 Sapa2 yang terasa saya mintak maaf sebab takde niat tersembunyi.Just sharing...
- Mungkin ada blogger yang dapat traffik banyak tanpa update tapi teknik SEO kene GEMPAKla beb.Terpulang pada individu.Entri ni just nak bagitau kalau kita nak serius or tak je OK!!!

TUTORIAL : NAK BUKAK FB GAK

Entri ni ditulis atas pujuk rayu wife saya yang cantik dan comel tuh.Sebenarnya saya nak tulis entri ni semalam tapi tak sempat.Tapi sebelum baca saya harap korang buang rasa ego tapi moto ego jangan buang rugi.Sebab entri ni boleh mengundang sedikit rasa riak anda.hak2..

Banyak gak la orang tanya saya macam mana nak bukak Facebook kat office kalau dah kene block.Wah sebelum ni saya tak tau(uiks pelik IT support tak tau bypass) hak2 saje je bikin gempak.Saya tau tapi bukan cara ni la kan cara lain.Cara unblock Facebook ada banyak.So ini adalah salah satu yang simple je.Budak kecil pun boleh buat.So kalau sapa yang dah tau tu tolong jangan riak dan merendah2kan orang yang tak tau eyh.Sebab kita bukannya tau semua pasal kehidupan saya nipun just sharing ilmu yang baru saya belajar.

Masih nak tau.Oklah saya ajar tapi make sure jangan bagitau saya ajar kalau kantoi eyh.Bak kata pepatah cina "Anak Ikan makan Anak Ikan,Pandai Makan Pandai Simpan...".

First step ialah pastikan korang boleh masuk ke google.Sebab untuk korang berjaya menyelinap masuk ke FB perlukan google.Taipkan youtube f_proxy pada search bar korang macam ni :

(klik untuk pemandangan lebih jelas)

Step kedua pilih web yang kedua.Youtube Proxy.Tgk gambarajah ye...

(Sudah jelas jangan klik)

Bila keluar je page ni klik proceed anyway :

(Klik kalau korang tak dapat baca)

Bila ABypass dah keluar taipkan laman web apa yang dah kene block.Saya tau yang penting FB kene bukak betul tak???hak2 itu motivation pekerja kan...


Then korang tgkla sendiri apa yang jadi.So seperti mana yang saya cakapla kan.Kalau korang nak buat pastikan tempat clear ok.Jangan jadi bijak buat depan boss.Pastu petik nama blog saya yang tak popular ni.Habis CIA semua ambush rumah saya.Kalau Eyriqazz terjah nak gak at least dapat traffik.

p/s :
- Tolong gunakan bende ni untuk kebaikan.Tak elok buat jahat tau dosa.Saya ajar untuk blogger supaya boleh ping blog kat gengblogger.Sebab kalau tak leh bukak FB tak leh ping.Yang ni saya tak tau samada boleh tak ping GB tanpa FB.Sila beri tunjuk ajar...

- Kelajuan internet akan menjadi perlahan sedikit akibat penggunaan benda ni so berwaspadalah.
- Saya budak baru belajar.Kongsi untuk tambah ilmu.Kalau dah tau jangan berlagak OK!!!

PUBLIC & PERSONAL BLOG


Morning eyh semua.Hari ni macam agak bosan sebab saya sakit perut di pagi hari.hak2.Disebabkan Kesakitan perut yang saya alami lebih kurang macam PMS (oops isu senstitif yek) jadi kadar menge"post" entri pada hari ini akan menjadi sedikit slow.Bukan sebab tiada idea tapi memang sakit.Baru saya tau perasaan atau dapat merasai kesakitannya bila PMS.hak2...

Hm Hari ni saya nak bincang dan tanya pendapat korang berkenaan personal & public blog.Mungkin Mel dah pernah tulis kat blog dia.So saya ambil idea and bangkitkan isu ni tapi dengan cara saya.Ye la Mel mungkin suka lagu hiphop itu pasal dia miahaha tapi saya suka lagu dangdut so lain yek..hak2.Sebelum tuh meh saya tulis perbezaan antara dua jenis blog ni :


PERSONAL BLOG :

Selalunya owner blog ni akan share apa yang diorang suka buat.Apa diorang makan & mungkin diorang gaduh ngan BF or BFF diorangpun akan di ceritakan dalam blog jenis ni.Kebanyakan blogger memang suka tulis entri yang personal.Ye la blog diorang,itu hak diorang la jangan la sesuka hati je nak kondemkan.Tak salah tulis riwayat hidup dalam blog.Saya suka baca blog personal ni sebab saya boleh dapat idea dan tau perwatakan manusia dan mungkin kalau monyet pun ada blog saya akan baca.hak2..Tapi ini tidak bermakna yang saya adalah ahli mesyuarat tingkap ye tuan2 dan puan2.Contoh personal blog yang memang meletup2 sekarang ni macam blog HanisZulaikha & Redmummy.Tapi korang kena ingat bahawa ada sebab yang membuatkan blog diorang tu meletup2 walaupun diorang buat personal blog.Nak tau gi buat research or tanya diorang personal.

PUBLIC BLOG :

Blog type ni memang kow punya.Sekali Boom mesti meletup tahap dewa.Tak dinafikan lagi.Tapi content pun kene la powerkan.Kalau setakat niat nak buat public blog tapi tulisan ngarut ntah apa2 sape nak baca.Nak buat blog ni pun bukan senang macam yang korang fikirkan.Ada teknik2 yang kita kena gunakan.Tapi sekali korang kuar ngan entri kababooom (sory amy aku curi nama team ko) mesti orang "bookmark"kan blog korang.Dan kalau dah kababooom traffik korang xmungkin <1000 mesti lebih punya.Content blog kategori public ni selalunya cerita benda yang umum contohnya macam artis,kereta,investment dan macam2 lagi bende or niche yang umum.Takpun sekarang kalau korang nak buat public blog yang memang akan jadikan korang hot dan banduan tulis pasal politik,hak2...Antara blog yang memang top dalam kategori perlumbaan ni macam Beautifulnara,Sensasi Artis, takpun Malaysiakini.

Tu je kot apa yang boleh saya tulis tentang topik ni.Kalau korang ada idea yang bernas yang lain dari apa yang saya tulis sila "utara"kan atau "selatan"kan.Saya pun nak share pandangan apa yang korang tau.Sebab tak semestinya apa yang saya tau korang tau n apa yang korang tak tau saya tak tau(uiks macam sama je bunyi nye...hak2).

p/s :
- Kalau ditanya genre blog saya ni saya akan cakap blog ni dalam kategory "Meet Me Half Way" sebab ia adalah separuh2.hak2...Tapi saya bukan Shemale ok...
- Korang rasa apa yang korang fikir untuk bezakan antara dua jenis blog nih???

FUN DAY MONDAY

Adakah title entri ni betul2 atapun cuma nak sedapkan hati je?Hak2 ini adalah satu tajuk yang tulus ikhlas di hari raya dari saya.Memang ni first time saya rasa best pada hari Isnin.Walaupun dihimpit beberapa masalah yang boleh tahan besarnya tapi saya cuma anggapkan ia tidak menjejaskan rutin harian saya.huh!

Korang mesti pelik kenapa hari ni saya tak update blog sekerap biasa.Owh sayapun pekerja yang makan gaji setaip bulan dan akan kekeringan di tengah bulan.Jadi saya kene bekerjala.Kalau asyik update blog je kerja satupun tak siap.Last week bolehla update je sebab cuti panjang.Baru je hantar design header kat cikhel dah dia dah approved.Mak aih dah macam hantar design bangunan kan.Nasib baik cikhel bukan jenis yang fussy dan harap cik hel berpuas hati dengan design tuh.Nak tengok gi masuk blog dia.Disamping boleh memuji hasil kerja saya korang juga akan dapat pahala sebab tolong upkan traffik cikhel.

Bukan nak menunjuk bakat or apa2 kan just nak puaskan hati sendiri dan berlatih main photoshop.Saya suka bila tengok orang yang dekat dengan saya gembira.Best gile siot!!!Hilang segala tekanan bila dapat buat orang lain happy.Wah tak sabar la nak tunggu acara tembak menembak sabtu ni.Sayapun tak dapat feed back dari korang lagi.Sape nak folow gath kali ni boleh la email saya no phone ye.takpun masuk fb fanpage "SUTERABLOGGER" then tinggalkan komen.Hah!!apa suterablogger dah ada fanpage.wow saya sendiripun kagum.Saya sendiripun masih teruja.Ntah apa mimpi saya pergi buat fanpage ni.Popular sangat ke blog saya.Tapi takde hal saya masih percaya pada "Law Of Attraction".

p/s :
- Tengah tunggu wife saya balik dari kerja pukul 7.30
- Harap cikhel suke eyh ngan design tuh.Comel tak???
- Ni nak fikir design untuk ausmelankolik plak.Sian blog dia takde header.
- Nak tido jap boleh???

NUFFNANG I LIKE!!!





Selamat pagi semua!!!Ces dah macam cikgu sekolah plak.Saya bekerja hari ini dengan hati yang girang(ni bukan cobaan ni betul2).Walapun agak sugul(bukan sugus ye) sedikit kerana Liverpool hanya mampu seri semalam tetapi aku kene pasrah sebab coach dia memang dah biol skang.Ini bukan entri emo ok,just nak cerita je.Sebelum tu Thanx tu followers,readers & blogger yang masuk blog ni and kasi sokongan ye.

Dengan mood yang girang saya akan tulis satu entri gumbira hari ni.hak2...Sedang saya memikirkan entri untuk masuk kontes Eyriqazz,satu juga memikirkan satu kontes untuk blog ni(popular ke blog ko sampai nak buat kontes bro???).Tapi seperti biasa saya nak share skit traffic saya last week.Anda mahu lihat ke tak???Wah ramai betul yang melonjat kegirangan untuk melihat traffik saya.Ni bukan nak show off tapi satu peringatan pada diri sendiri supaya berusaha keras lagi bukan sahaja di "rumah" tetapi juga di blog.Nah tengokla traffik saya yang tak berapa nak gempak last week :


Bagi otai2 blogging traffik kat atas ni dah macam biasa je.takde apa pun yang boleh dibanggakan.Itu kalau korang otai la kan.Saya tak otai so saya nak share ngan orang yang tak otai macam saya.Seperti yang korang tengok la kan minggu lepas saya berjaya meng"konsisten"kan traffic saya >100 unique sehari.Masih jauh ketinggalan kalau nak one by one ngan melromeo ataupun Eyriqazz mahupun Ausmelankolik.Huh!perasan lebih siot gua..Tapi apa yang boleh saya kongsikan dari traffik kat atas ialah perkataan maintain.

Dulu kalau tengok saya nak maintain punya susah.Working days memang selamba je >100 tapi bila tiba weekends je mesti jatuh kow kow dan membuatkan saya menitiskan air mata seperti menonton cite "Dunia Batinku".Tapi last week betul2 membuat saya melompat seperti menang loteri(pernah ke saya menang loteri??) sebab maintain je kehenseman traffik kat suterablogger ni.Yang paling best terlepas plak >200 unique.Hopefully lepas ni saya boleh achieve >200 per day.

p/s :
- Sekali lagi diingatkan bahawa entri ni tidak bertujuan untuk show off tapi untuk sharing.So sila baca dengan hati yang bersih dan tanpa prejudis.
- Sedang berusaha meningkatkan mutu pengeluaran entri.
- Saya tengah belajar kaedah post entri mengikut graph.Yela kalau asyik nak post je botakla rambut takleh la nak tiru Serizawa..hak2
- Teringat dulu2 nak dapat >20 unique pergh teramatlah susah.So thanx to Eyriqazz & Melromeo sebab turun ilmu yek.
- NUFFNANG I LIKE!!!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails