SAMPAI UNTUK BERJUANG


Haloo saya dah sampai di rumah dan akhirnya dapat online tanpa gangguan internet yang perlahan.Rasa kurang best sekiranya saya hanya dapat kuarkan satu entri sahaja.Bukan sebab nak popular tapi bila benda yang ada dalam kepala dibiarkan kering maka migren akan datang menyerang.Jadi janji saya pada blog ni bahawasanya saya Bean Moreno yang kacak akan update blog sekiranya ada ruang.

Esok saya masih bercuti so boleh tidur lewat skit.Hajat di hati nak tengok bola live tapi macam takde match melibatkan team saya yang boleh saya anggap looser jugakla season ni.Terasa rugi plak bayar duit membership season ni.Bila fikir2 balik macam season depan saya nak sokong...OOOOPPPS tidak mungkin pasukan MANCES(MU) sebab saya bukan bomoh nak sokong setan.So better saya sokong FELDA UNITED je kot.Kalau kalahpun tak sakit hati sangat.




Sambil saya tulis entri ni saya juga berpacaran dengan DVD player sambil menyaksian DVD Crow Zero.Hak2 akhirnya saya dapat jugak cari DVD cite ni.Disamping belajar cara2 menjadi samseng saya juga sedang dan dapat belajar satu perkataan Jepun iaitu "Hait" yang bermaksud baiklah.hak2 senang je tak susahpun bahasa Jepun.Alangkah best kalau saya dapat jadi watak Serizawa.Pergh cool bapak nye.Dah la kacak.Huh!!!dalam cite ni takde heroin jadi memang kene fokus kat pergaduhan Yakuza je.


Apa yang best kat cite ialah pergaduhan di antara sekolah.Suzuran VS Houssen(pergh macam nama bapak gua).Tak tau pulak kat Jepun samseng die bodoh dan lawak.hak2 memang bestla dalam lawak2 diorang bergaduh pun tetap A.tak macam samseng Malyasia gaduh bila agak tak boleh makan gerak lari.Ada jugak yang tau kasi arahan je tapi bila gaduh maik aih menyorok ini saya pernah tengok sendiri badan je besar tapi dia punya penakut...mak aih...hak2 itu cerita lama sekarang tutup buku lama bukak buku baru.Cerita baru ialah sekarang saya seorang blogger yang menulis ikut kepala yang mereng.So sapa tak puas ati mai datang jumpa saya biar saya ajar nak susun widget macam mana...hak2.

Oklah masa untuk beri tumpuan pada pergaduhan Yakuza.Nak feeling2 rasa macam zaman jahat dulu2.Nak tau pasal cite zero crow boleh beli DVD dia murah je RM6 di Muar Johor.hak2...Kalau kat Uptown RM8 je.Gi beli...Esok saya tulis sambung tulis entri balik.Challo betta...
p/s :
- Jangan terpengaruh nak jadi samseng nnt menyesal
- Dahulu masa di sekolah saya sering dibuli sebab terlalu comel tapi sekarang tidak lagi...hak2...
- Jangan anggap saya ni jahat k...saya seorang yang romantis...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails