PINK @ THE GARDEN

Selamat hari Jumaat dan selamat pulang dari solat Jumaat ye.Entri ni memang saya buat untuk melalut panjang2.Huhu...Mesti ramai yang tanya kenapa tak sambung undang2 penulis lagi.Owh bukan tak nak sambung tapi saya nak simpan sampai jadi pekasam.hak2..Bukanla,semalam ter"miss" plak tapi jangan takut saya akan sambung balik ye.


Ni cerita pasal semalam.Saya dan wife pergi berjalan2 untuk mengambil mood shooping sementara menunggu gaji yang akan keluar.Gaki bulan ini tinggal ngam2 sahaja untuk kehidupan yang kami kene tempuh lagi 9 hari di bulan Februari.Biasala makan gaji pastuh gaji belom naik plak tuh.huh!Tunggula kedai saya bukak nanti mungkin baru saya dapat merasa apa itu "Financial Freedom".Jadi doakanlah kedai saya berjaya nanti ye.

Kalau korang pernah gi The Garden mesti korang tau yang kat tengah2 antara Garden ngan Midevalley ada satu air pancut(oops jgn fikir bukan2 ye..) jadi saya duduk kat situ bersama wife sambil menikmati kopi berjenama saya iaitu "Cofee Bean".Saya dah tak beli StarBucks sebab Sendra kata HARAM.hak2..Romantik tak saya bila duduk di depan air pancut dengan memakai baju pink :


Perjalanan kami tidak terhenti di sini.Owh tidak sama sekali sebab saya keluar bersama wanita dan sudah tentula tidak akan pulang selagi tak bawak balik sesuatu.Saya pun shopwalking (lebih kurang macam blogwalking la bezanya tak dapat traffik je) dan macam2 yang saya dapat lihat untuk dijadikan target begitu jugaklah wife saya.Contohnya...

 
Ini adalah handbeg "Coach" agak2 berapa harga dia???


 Ini adalah gambar kamera.Pergh cute tapi harga dia korang pun dah nampakkan...

Benda2 ni saya akan beli bila target saya cukup.Bila itu persoalan yang hanya Allah sahaja tahu.Oklah ni babak terakhir dalam ekspedisi motivasi saya di The Garden.Saya menemani wife saya ke Esarli(buruk beno namanya..hak2).

Maka dengan pembayaran ke atas kasut dua pasang pengembaraan motivasi kami tamat dan kami terus balik kerana ada tetamu untuk dilayan di rumah.Tapi sebenarnya alasan untuk balik adalah lapar dan juga kaki yang lenguh.Mungkin juga kerana saya kecewa pulang ke rumah dengan tangan kosong.Huh!!!

p/s :
- Saje je pegi tempat orang kaya2 nak feel lifestyle sebagai seorang yang banyak duit.
- Walaupun kamera cute tu memang best tapi saya tetap tidak akan melupakan hajat untuk beli D90.TUNGGU...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails