TAK TAHAN JADI SURIRUMAH!!!

Hari ni baru saya dapat rasa macam mana perasaan seorang isteri yang tak dibenarkan bekerja.Fuh teramatla bosan sehingga boleh mendatangkan perasaan untuk bunuh diri.hak2..Baru pukul 3 dah terasa mual dengan hidup kalau takde buat aktiviti lincah.


Semasa saya berada di Muar saya ada borong 3 keping DVD supaya saya dapat isi masa lapang cuti CNY ni dengan girang dan gembira tetapi malangnya baru habiskan satu DVD otak saya dah mula menunjukkan bahawa duduk terperap di rumah adalah satu aktiviti yang boleh mengundang maut.Saya tak dapat bayangkan kalau saya seorang penganggur.Nak ajak kawan lepakpun serba salah sebab mungkin akan mengganggu rutin harian mereka bersama orang yang dicintai(aweks).Dah nasib saya tidak mempunyai awek tetapi mempunyai isteri yang cantik.


Tadi dapat email dari blogadvertising store mengatakan entri saya untuk Wisteria di"reject" mentah2.Ces sampai hati diorang  reject .Ingat senang ke nak review pasal company luar negara.Mengada2 betulla diorang ni.Tapi saya akan cuba lagi sampai dapat.Kenapa la susah sgt nak approve padahal entri tu baru USD5 je.Kedekut betul.Bagi sesiapa yang tak tau apa itu Blogadvertisingstore boleh check kat sini.

Oklah masa dah time.saya nak rehatkan minda dengan berhibernasi.Harap2 dapat ilham untuk buat entri yang best2.Ni sebab takde ideala saya tulis benda yang terlampau personal dan harap2 korang dapat baca dan terima entri yang membosankan ni.Nanti saya update yang best ye.

p/s :
- Tengah pk idea untuk buat entri pasal event paintball pada 28hb Feb ni.Event terbuka pada blogger2 sahaja ye.Tulah sapa suruh taknak buat blog kan tak dapat main.
- Apa yang korang rasa kalau duduk satu hari suntuk kat umah.Ces rasa macam amah tau!!!
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails