YOUTHSAYS : KEMPEN EVERYONE CONNECTS

Selamat malam,ni adalah entri akhir dari saya untuk malam ini.Saya baru balik dari shopping kat Giant beli barang dapur.Yang penting disebabkan saya dapat buffered saya beli Mister Potato.Tq Nuffnang sebab kasi buffered tu.


Saya baru lepas usha hosting untuk client saya.So dah propose diapun setuju. Tunggu duit je.Thanx to wiseman sebab kasi lubang rezeki kat saya.Saya ni nama je duta Youthsays tapi dah lama tak buat kempen dia.So di malam yang mulia ni saya nak promote satu kempen.Hari ni saya nak promote pasal kempen "Everyone Connects".Apakah itu?




Ok kempen ni adalah bertujuan bahawa pentingnya kita berhubung antara satu sama lain.Yela maksud saya bukan "berhubung"an sex tapi sentiasa berhubung dan ambil tahu antara satu dengan yang lain bak kata orang putih "get conneted".Oklah straight to the point la.Saya nak kasi tiket tgk Black Eye Peace.Kalau korang nak sila klik mana2 perkataan Black Eyed Peace kat dalam blog ni atau mudah dalam entri ni.

p/s :

- So kalau korang dah memang terliur nak tengok Fergie (bukan Alex Ferguson ye.Itu sayapun menyampah...) klik la Black Eyed Peace so bolehla bersalaman dan ajak dia makan nasi lemak kat Kampung Baru.Dia tak pernah pergi lagi.
- Mari support Kempen ni sambil mencuba nasib tiket tuh jalankan tanggungjawab anda sebagai BELIA.

HARI YANG PENAT TAPI BEST.


Hye Guys,terlewat hari ni publish entri sebab ada task dan ada kerja untuk tolong blogger lain.Biasalah Blogger help blogger.Tadi saya tolong Kak Ina set twitter.Dah lama tak buat mak aiyh punya la lupa bape kali try baru jadi.Ni tgh fikir camne nak tolong Cikhel ubah template dia.Degil dia ni suruh buat lain dia pegi buat lain.hak3...Jangan takut Cikhel,Bean Moreno yang tampan akan cuba menyelesaikan masalah kamu sekiranya internet menjadi laju.


Kak ina dah dapat dah floating "Project Alpha" tapi saya masih belum lagi. Selalunya saya dapat awal.Mungkin belum sampai seru lagi kot untuk berkahwin.hak3...(perasan bini kat umah dah lupa...ooops).Tadi saya dapat call dari sifu metafizik saya.Nak mintak tolong saya untuk buatkan hosting and webase dia.So saya teramat happy sebab ada rezeki nak masuk.Harap2 project ni jalan lancar.Doakan saya ye.


Banyak benda yang saya perhatikan masa blogwalk tadi.Ces dah macam Cik Akhbar "Detektif Era" dah.hak3...Macam2 cara yang boleh diguna untuk dapatkan traffik.Dulu saya pernah guna satu cara iaitu surf to promote.Tapi at last kena tegur dengan pihak Nuffnang.So saya berhenti guna tu dan bertukar menjadi seorang petani yang menggunakan cara conventional untuk menuai iaitu blogwalking.Tapi kalau korang guna advertlets boleh kot.Jadi saya lebih berhati2 dalam menggunakan surf to promote.Tak tau la kalau dah boleh guna plakkan memang saya on balik akaun lama.hak3...Jadi sape2 yang dah berjaya generate traffik guna Surf to promote tolong kasi tau saya.Saya akan buka akaun saya balik.Nampak gayanya nak kena promote blog cam ni la kot :






p/s :
- Saya masih ingat pesan Kak Ina pada saya :
" Biar kita naik slow2 macam siput tapi puas hati"
- Tengah cuba mantainkan tarffik untuk minggu ni sebab nak kasi buffered naik mencanak.
- Bila PR nak naik ni...





TIPS : APAHAL BUFFERED AKU DAH JADI METER NI?EARNING BARU JE RM0.25 JE

Salam n morning guys,Dah sarapa ke blom?Hari ni sampai office terlebih awal sebab kena hantar aiensepet gi keje.Dia masuk kul 8 (uiks ni pun nak kasitau ke?).Amacam best tak lawak semalam?Saya ada lagi banyak koleksi cerita2 lawak & nanti saya post.


Disebabkan sekarang ni musin mengawan earning Nuffnang.hak3,yelah saya blogwalking semua cerita dapat buffered earning.Ada yang dapat 1,2, dan 9 pun ada.Saya...Cuma satu je...hak3,lawak kan.Itulah akibat kalau pelupa.Oklah saya nak cerita skit pasal buffered earning ni.Saya rasa ramai yang dah tau kot terutamanya kipas susah mati Melz.Sebeleum saya dah kasi amaran supaya jangan terlalu gembira bila dapat earning sebab lagi banyak earning yang korang dapat lagi kuat usaha yang korang kena buat.Dia lebih kurang main farmville jugak lagi besar tanah lagi selalu korang kena main.hak3...


simple artwork by Bean Moreno


Apa itu buffered earning?Ia adalah ads tambahan yang Nuffnang & advertiser bagi pasa publisher (blogger) yang boleh dikirakan sebagai bonus.Bezanya ads tu akan menari-nari tak henti2.Apa keistimewaan Buffered?Buffered ni bezanya ialah bilangan yang akan diberi extra sekiranya bilangan klik pada campaign biasa lebih.Dan pada Buffered tu ada lagi bonus sekiranya klik lebih 0.2%.So kesimpulannya ia lebih kepada bilangan traffik yang masuk ke blog tuh.Lagi banyak traffik lagi banyak earning.


Kesilapan yang selalu Nuffnangers buat termasuk diri saya ni ialah kita selalu ingat bila dapat buffered je kita dah boleh duduk rileks dan biar je buffered tu berjalan sendiri.Wah kalau macam tu bankrupt la advertiser dik.Tapi hakikatnya lagi banyak buffered sepatutnya kita kena tambah traffik barulah earning buffered tu akan bertambah.Contohnya kalau sebelum dapat buffered traffik blog hanya 100 so kita kena gandakan traffik bila kita dapat buffered.Sebab Nuffnang akan nilai kita punya hardwork.   


Kenapa buffered tetiba jadi metered?Sebelum saya teruskan dengan soalan ni.Saya terangkan apa itu metered.Metered ialah jumlah earning yang kita dapat hasil bonus CTR + buffered.So bila impression buffered kita dah habis maknanya ia akan jadi metered.Ok,saya sambung balik soalan tadi.Korang mesti pernah alami dapat buffered baru sehari tetiba tukar jadi metered. Maknanya impression untuk buffered korang dah habis.Macam mana boleh habis?Senang je jawapannya,Bila traffik korang tak boost seperti mana yang advertiser harapkan maka tamatlah riwayat buffered.Yelah diorangpun bagi buffered bukan untuk tayang je.Diorang nak gak profit kalau traffik takat 50 je macam mana diorang nak untung.Diorang nak promote barang or event diorang jugak baru dapat duit.


Kesimpulannya,jangan terlalu selesa bila bukak page Nuffnang tgk2 dapat buffered.Then tak nak kerja keras.Itu satu tanggapan yang salah dan patut korang ubah.Manalah tau dengan buffered tu kalau korang buat betul2 boleh dapat ADVERTORIAL kan.Itu namanya rezeki...


p/s :
- Saya just share apa yang saya perhatikan.Kesilapan korang adalah kesilapan saya juga di masa lampau si jadikan pengajaran.
- Even dapat satu bufferedpun takpela kita tengok saya boleh boost berapa dengan satu buffered ni.
- Thanx to Melz & Eryqazz sebab kasi saya ilmu yang mana saya boleh observed kebenarannya.Tak lupa pada readers saya Tq very much.

MALAM2 KALAU LAYAN LAWAK MEMANG BEST MESTI TIDUR DENGAN TENANG!!!





Selamat malam cikgu(gaya upin ipin),sungguh tak beridea saya malam ni. Lepas blogwalking sambil tengok Srnja Permai saya masih terpinga2 nak tulis entri apa.Gaji dah dapat hati ada senang skit.Masalah jadi kurang so harap2 esok perjalan saya sebagai mat bangla kolej lancar.


Oklah sebelum tidur saya nak kongsi satu cerita lawak dengan korang.Saje je nak berbembira sebelum tidur.So kita lepaskan stress sama2 eyh.Asyik2 cerita tips je satu hari ni pun agak memuakkan jugakkan.Tadi wife saya bukak email dia.Ada banyaklah mail2 yang best2 (macam mana ntah dia boleh dapat)...


Senario pertama :


KISAH AYAM PANGGANG


Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan
memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai…Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata...


Pelayan : Maaf, Encik,Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada…Maaf ya Encik.

Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata.



Razak : Kerana terlanjur sudah makan sedikit..Jadi ayam ini milik saya.Lagi pun saya juga membayarnya.

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan,
lelaki gagah tadi dengan wajah marah
sambil membawa pisau menghampiri Razak.

Lelaki Ganas : Hai budak.. jangan sentuh lagi..!!Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.

Razak terdiam beberapa minit..Lalu perlahan-lahan. Dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...



Teaser - Apakah yang akan terjadi kepada razak?


Senario Kedua :


KISAH HOI BABI SLOW SIKIT


Ada seorang perempuan ,masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek.hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit,lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lahtak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slowsikit....."

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu punmenjerit balas .. "Celaka!!!!! F**k you!!!, Pu**mak kau!!!".."Bagerooo..."sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat....Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semakmanakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuantadi.

Moral of the Story - Cuba fikir positif walaupun perkataan tu teruk sebab kadang2 ia merujuk pada benda lain.



So amacam terhibur tak dengan cerita lawak ni.Kalau tak lawak jangan salahkan saya sebab cerita ni bukan saya yang reka.Saya cuma share je marah orang yang reka ok.


p/s :
- Uiks saya rasa macam saya cerita dua kisah kan...hak3...
- Selamat malam ye semua saya nak tido esok nak kena bangun awal.

PEKERJA KEDAI SUTERA DITANYA TENTANG ALEXA & MYLOOK

Selamat tengahari ye semua,agak kusut bila boss boleh buat2 tak tau pasal gaji.Kalau dah tau sistem bagi check buat la awal2.Ni kasi pekerja macam saya ni tungu2.Bank dah call tanya duit kete.Teruklah management macam ni.Kadang2 bengangpun ada,macam mana la staff nak kerja betul2 kalau management tak jaga kabajikan ye tak???hak3...Baik saya kerja kedai sutera je macam ni.At least kalau tak bayar gaji saya rembat sutera jual...hak3...


Oklah entri ni wujud atas dasar member pengatahuan.Tadi saya check kat comment ada sorang reader tanya saya pasal Alexa & Mylook.Soalan dia macam ni :


Klik untuk tumbesaran sempurna

Mak aiyh saya dipanggil abang sutera.Bapak jambu nama tuh.Terbahak2 saya dengar panggilan tuh.Anyway thanx eyh kaseh sebab sudi tanya soalan ni kat saya.

Ok meh saya terangkan apa yang saya tau pasal dua benda ni :

Alexa - Satu website yang digunakan user untuk check data sesuatu website.Dengan alexa kita boleh check ke"popular"an website or blog kita dan juga perubahan ranking website kita di Negara asal ataupun negara luar.Contoh :

 Klik untuk tumbesaran

Kalau kita klik "Get Details" maka akan keluarlah info pasal blog kita.So kalau nak tau blog kita famous kat negara mana dan ranking boleh try la eyh.Lebih kecil bilangan nombor lebih bagus.

Mylook - Ok yang ni plak satu search engine baru yang mana function dia sama je macam google & yahoo.Bezanya pada umur sahaja...hak3...Kenapa nama dia Mylook kenapa tanya founder dia la ye.Apa yang bestnya setiap search kita akan diberi "share".Contohnya macam ni :


Klik untuk tumbesaran sempurna


macam mana nak earn dengan MyLook :


klik untuk tumbesaran sempurna

Alamak kantoi plak earning.Tapi tu semalam punya.Harini ada naik sikit la..Persamaan antara dua2 website ni adalah ia PERCUMA!!!So try dulu baru ceritala kan.Hopefully entri ni dapat membantu Kaseh eyh.

p/s :
- Huh!Terpaksa mengeluh sebab dah pukul berapa ni dia tak panggil lagi saya masuk bilik dia.Apa punya kompeni la tak sistematik langsung.Terus hilang mood nak buat keje...ikhlas terus hilang arini.ces!!!

TIPS : APAHAL ENTRI KO PANJANG BRO KASI PENDEK AR!!!


Hye morning semua.Baru sampai office dengan mood yang bercahaya.Sianaran tuhan bagi untuk saya meneruskan hidup sebagai pekerja yang sememangnya rajin dan layak mendapat anugerah Q.Buat pengetahuan korang visitor saya dah bertambah 1 unique.Hahaha.Boss saya dah mula menjadi peminat blog saya walaupun dia seorang cina.Nasib baik dia takde akaun google kalau tak mesti dia dah follow blog ni.Mungkin dia nak belajar bahasa melayu pasar sebab tu dia masuk blog saya (atau nak tengok saya kutuk dia ke tak?hak3).

Ingat nak buat video untuk Project Alpha.Tetapi saya sungguh alpa sampai lupa.Tapi ingat saya buat bukan untuk jadi salah sorang peserta (sedar diri belun cukup layak) tapi saya just nak backpack P1 tu je.hak3...Hari mungkin saya dapat mengular selama beberapa jam sebab bini boss suruh saya beli buku kat Jalan TAR.Wah dah kena jadi dispatch pulak dah.

Oklah berbalik pada tujuan asal.Ramai orang cakap kat saya dan komen entri saya.Dan antara dialog + pertanyaan adalah seperti :

"Bro entri ko panjang la bro.Kasi potong ar..."
"Weh pendekkanla entri ko..."
"Salam kenapa tak pakai read more"




Oklah meh sini saya jawabkan soalan ni dengan padat dan ringkas.Semua pertanyaan di atas mempunyai maksud yang sama sebenarnya.Kasi potong or pendekkan entri tu bermaksud suruh saya letak "Read More".Kenapa saya tak pakai "Read More"?Jawapannya adalah simple je iaitu : 

1) Taknak bagi visitor buat benda yang sama

Ok,memang betul read more adalah satu gadget yang boleh digunakan untuk psyco readers.Ia terkeluar sikit je so redaer akan tertanya2 baki entri.Tapi Kita akan menyebabkan reader buat benda dua kali padahal niat dia memang nak baca entri.Kan senang kalau kita terus je kasi dia baca.So reader akan lebih senang dan selesa.

2) Taknak bagi reader tertunggu2

Maksudnya bila kita pasang "read more" readers akan tekan dan tunggu sampai load page baru.Kita kena fikirkan dari satu sudut di mana tak semua broadband bergerak selaju Gaban yang boleh menukar baju kalis api selama 0.0001 saat (wah hebat).Kadang2 internet lambat.So ia akan buat reader tungu dan bosan.Apa kata kita keluarkan je terus entri tu so diorang boleh terus baca.

Tapi tak dinafikanla "read more" ada jugak kelebihannya.Contohnya :

1) Entri lagi kemas
2) Boleh tambah bilangan pageview
3) psyco visitor

Ni bukan entri kondem ye.Saya tulis untuk jawab soalan yang korang tanya. Kalau berlawanan pendapat itu normal dan adalah lumrah kehidupan.So korang ada akal fikirlah yang mana baik untuk korang.Ini cuma pandangan dari blogger baru macam saya je.huhu...

p/s :
- Mak Aiyh...Gaji tak keluar lagi...Mulalah amarah ni nak muncul...
- Pada yang guna "read more" saya mintak maaf kalau tersinggung eyh...xde niat pun...

BAGUSNYA NUFFNANG...I LIKE!!!

Wah sungguh sejukla plak hari ni.Otakpun tepu bila sejuk2 ni.Tadi punya banyak idea tapi tetiba plak jadi "kong"(bukan mod GB ok).hak3...Tapi apa yang bestnya arini dapat dua email dari Nuffnang.Apa email tu eyh.


First email macam ni :


Klik untuk tumbesaran sempurna

Wah baru hantar semalam dah dapat invitation.Cepat betul nuffnang buat keje eyh.Maknanya dapat pergi launching then dapat tengok wayang ngan dak2 "Project Alpha" seasoan 2.Best2...Owh,cerita pasal tengok movie saya still tunggu lagi satu invitation nak tengok wayang.

Email yang kedua ialah email ni :

Klik untuk tumbesaran sempurna

So kene tunggula check dia sampai.Tapi ada lagi check pending yang baru lepas cashout.Bab ni memang lembab skit.Takleh nak marah sebab itu prosedur dia.Jadi kene redha jela dengan keadaannya.Berapa nilai tak perlu tau sebab saya bukan nak tunjukkan kehebatan just nak tunjuk yang Nuffnang bukan SCAM.


Selain dari tu saya terkejut tengok akaun Mylook saya.Wah tetiba ada $4.40.haha.So kita tengok sampai mana Mylook ni boleh blah ke tak...Kita tengok lagi satu minggu.Kalau nak try klik je link eyh.Daftar percuma.Cepat rebut peluang selagi belum tepu.Bukan susah.Search sekali dapat $0.22.


Klik untuk tumbesaran sempurna

p/s :
- Tengah layan Senja Permai & tunggu wife balik.
- So mari berusaha untuk berjaya.Takkan nak tengok orang yang sama je menangkan.

PROJECT ALPHA : I WANNA BE A PROJECT ALPHA TV STAR!





Adakah dengan tajuk entri ni saya perasan ataupun terperasan yang saya layak jadi "Project Aplha" TV Star?Layakkah saya?Itu persoalannya sekarang.Tapi tak salahkan kalau kita berangan atau berimaginasi untuk jadi TV Star.Dulu Rosyam Nor pun bukan lahir2 terus jadi pelakon.Nasib je dia anak saudara Arwah Hussein Abu Hassan.


Kali ni "Project Alpha" tengah nak cari blogger untuk ditonjolkan dalam Season 3 diorang.Uiks Season 2 pun belum start kan dah kuar audition untuk season 3.So apa tunggu lagi kalau dah pasang angan2 nak kalahkan Remy Ishak ni la masa dia nak tunjuk bakat.Macam mana?Senang je.Apa yang korang kena buat ialah :


1) Sebelum apa2 prepare la satu video range dalam 3-4 minit


2) Surf www.projectalpha.com.my/auditions ataupun projectalpha.ruumz.com/group.Then akan  keluarla website ni :


Klik gambar untuk tumbesaran sempurna

3) Bila dah masuk tekan submit.Maka akan keluarlah page ni plak :

Klik Untuk Tumbesaran sempurna

4) Register satu akaun Ruumz.(Ruumz adalah satu social network macam facebook...Saya pun baru tau tadi lepas register.).Pastu log in...

5) Join Project Alpha ruumz group

6) Upload video korang kat 'Auditions' Album.




Senangkan untuk jadi seorang TV star.Korang tak payah bodek Farid Kamil atau David Teoh untuk berlakon.Nilah langkah pertama.Untuk keterangan lanjut korang boleh baca kat Project Alpha Ruumz.So apa lagi cuba la.Macam yang saya cakap la sebelum ni tak rugi kta mencuba sebab kalau menang or dapat kan kita untung.Sebab adiah2 dia best2 :


First Place :


- 3 Hari 2 Malam kat 360Kuching Hotel - Siap dengan breakfast 2 orang
- Hamper Adidas Action 3 RM100
- P1 wiggy Prepaid RM199


Second & Third Place :


- Hamper Adidas Action 3 RM100
- P1 Wiggy Prepaid RM199

End blog post with sentence - Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups


p/s :
- First time buat entri untuk "Project Alpha" panjang can gini.Kalau tak dapat tak tau la nak cakap apa...

CULTURE : ORANG KATA ISNIN ITU "BLUES MONDAY"



Hye guys,selamat pagi isnin.Hari Isnin selalunya dikaitkan dengan suasana bosan,mental, dan juga mungkin tiada mood.Yups betul.Tapi bagi saya isnin adalah hari banyak kerja.Sibuk nak kena check lab.Tolong lecturer bukak pintu,check line internet,telefon supplier dan macam2 kerja la.Maklumlah pekerja Q ataupun panggilan manjanya  pekerja bangladesh yang digajikan untuk buat semua kerja walaupun berpangkat IT Manager di kolej ni.hak3...


Sayapun sama jugak macam korang manusia.Ada rasa bosan bila dah sedap2 duduk rumah goyang kaki masa weekend even weekend saya just duduk rumah main internet sambil dihiburkan dengan lagu2 orang kahwin (terutamanya lagu cari jodoh versi kelantan...hak3) sungguh terhibur dan terima kasih kepada jiran yang melangsungkan perkahwinan tempoh hari kerana berjaya mengganggu tidur saya.




Jadi,untuk menghiburkan hati yang sedang dilanda "Blues Monday" seperti biasa saya akan membuat amalan metafizik selain solat subuh.Korang masih ingat tak post saya pasal Unlock kegerbiraan dulu.Kalau tak ingat boleh masuk link tuh.Lepas buat mesti aman dan happy.Then saya akan tambah dengar lagu2 yang segar bila masuk office.Itu perkara yang first saya akan buat sebelum blogwalk or update post saya dalam suterablogger.


Macam pagi ni saya layan lagu ni :




Walaupun bunkface ni boleh la saya kategorikan sebagai band budak2 sekolah sebab muzik dia dan kebanyakan pengikut diorang terdiri dari budak2 tak cukup umur tapi kebanyakan lagu diorang memang ada motivation value.Sama juga macam lagu diorang yang lagi satu tajuk dia Through My Window.


p/s :
- Tengah cari idea nak ubah template wife saya.Baru buatkan header & tukar template basic (sorry dia agak busy sebagai Team Leader yang berpengaruh) tu yang blog tak update.
- Sambil buat lab sambil update blog.Amacam style tak???

TIPS : ORANG KATA BLOGWALKING ITU BERJALAN2 SAMBIL JUAL DIRI...


Hari yang mengecewakan untuk seorang blogger bila tak dapat nak update blog secara konsisten pada hari minggu.Hari ni saya tak dapat nak update blog sebab ada hal keluarga.Adik saya masuk ward sebab kaki dia semakin teruk dijankiti kuman (infection) pada ligamen.So bila blog tak update jadi sudah tentulah traffik akan jatuh seperti bursa saham Nikie yang tengah jatuh kat Jepun tu.So salah siapa?

Tapi apa yang menyelamatkan traffik saya dari terus jatuh teruk ialah saya sempat untuk blogwalk beberapa blog petang tadi.Jadi ini bermakna blogwalk adalah satu cara conventional yang memang berkesan untuk dapatkan traffik melainkan blog korang memang dah giler popular.Ataupun korang memang seorang blogger yang popular.

Simple artwork from Bean Moreno

Tajuk entri kali ni nak bagitau yang betapa pentingnya blogwalking bagi seorang blogger yang memang tak popular macam saya.Betul ke blogwalking itu umpama kita menjual diri?Bagi saya yups...Memang betul...Sebelum tu korang kene bezakan antara menjual diri dengan menjual maruah ye..Jangan salah anggap sebab penjualan maruah hanya berleluasa di lorong2 "gelap".

Kenapa saya cakap blogwalking equals to menjual diri.Simple je.Selain dari menjana traffik blogwalking adalah satu cara untuk seorang blogger tu mempromosikan diri.So sama tak macam kita jual diri.Lagi banyak blog kita masuk & tinggalkan jejak lagi ramai blogger lain akan sedar kewujudan kita.Lagi2 kalau kita dah brandingkan blog kita.So kalaulah kita banyak masuk blog orang n tinggal jejak takkan diorang tak masuk balik.Itu dah kira men"diva"kan diri.hoho...

Kesimpulannya lagi banyak kita blogwalk lagi ramai orang kenal kita dan tak mustahil akan lahir sebilangan blogger yang akan follow blog kita (kalau blog kita ada x factor).Kesilapan kita adalah kita asyik2 blogwalk kat blog yang memang kita selalu masuk dan komen.Jadi tabiat ini akan menyebabkan blog kita tak berkembang.Asyik2 tinggal jejak kat blog yang sama.Jadi lepas ni korang boleh la cari blog2 yang korang tak pernah masuk dan tinggalkan jejak.Baru korang akan nampak impak.Nak tau taktik korang boleh baca blog melz tajuk dia : Tips Blogging Blogwalking Reveal By Melz Part 2.

p/s :
- So Happy Belated Birthday to Melromeo.Dah 25 ko eyh (saya main bo jek...hak3)
- Tengah layan BPL nasib baik Liverpool tengah leading.

BILA MALAM MINGGU DUDUK RUMAH...TENGOK TV...UPDATE BLOG...

Hye selamat malam...Malam minggu yang sungguh menyeronokkan bila duduk di rumah dan hanya menjalankan aktiviti normal iaitu menonton TV.Rancangan malam ni sungguh best (dalam hati - macam haram...hak3).Ntah tetiba blur je dan bila gaji masuk lambat macam bulan ni saya memang buntu dan otak tak dapat fikir benda lain kecuali update blog.Jadi muncul lah entri ni.


So masa blogwalking tadi saya tengok ada iklan yang menarik kat blog orang lain.Dengan hati dan semangat yang ingin tau saya klik iklan tu.Kat blog manapun saya tak ingat sebab masa saya buat entri ni saya saya diganggu oleh muzik2 yang tak best yang datang dari rumah orang kahwin kat bawah dan skrin laptop yang sungguh tak best.Korang nak tau apa iklan yang saya klik....



Kelakarkan bila tak pasal2 kita cuba benda ni.Actually bagus sebab ni anjuran Nuffnang & Digi.Disamping kita buat earning dengan iklan jangan lupa kontest macam ni pun kita boleh cuba nasib.Manalah tau menang.Lagipun simple je tak susah.

Kalau korang nak try jugak,korang boleh cuba klik link tuh.Meh saya tunjuk step2 dia eyh :

1) Pilih samada nak jadi photostar ataupun vidstar.Tadi saya pilih photostar.So akan keluar macam ni :

Ni step2 yang kita kena buat sebelum jadi seorang photostar yang pro

2) Kemudian pilih Template untuk gambar korang.Macam saya disebabkan saya adalah pantulan Serizawa jadi saya pilih template Ninja:

Apahal terkankang tu nok!!!

3) Lepas tuh masa untuk upload gambar.Pastikan kelajuan internet anda bagus dan laju dan pilih gambar yang cun eyh.

Apahal saya amik gambar ni???hm...

4) Adjust gambar yang korang pilih tadi :

Set kasi cun skit eyh...hak3...

5) Lepas tu siap.Korang dah boleh preview gambar korang sambil kepala goyang2...comel plak :

Apa ke Hei nye yop terkangkang tuh...

6) Last sekali registration form.So isi tempat kosong tanpa jawapan yang diberikan :

Akhirnya saya ingat untuk merahsiakan identiti sebenar


Bila korang dah complete semua langkah2 berjaga tuh maka apa yang korang kena buat ialah tunggu email dari digi untuk confirmation.Best jugak main benda2 ni.Boleh isi masa lapang.So selamat mencuba manalah tau nasib menyebelahi saya.boleh menang.

p/s :
- Akhirnya muzik annoying dari orang kahwin tu dah stop.Bingit telinga takkan tak tau dah malam jiran2 nak tido.Ingat kampung ke apa???

MY DATE NIGHT



Baru balik kerja saya dikejutkan dengan pemergian mak kepada kawan baik saya.Tak tau samada petang ni saya terus shoot balik Batu Pahat kot.Sebab saya agak rapat dengan arwah dan dah lama tak jumpa arwah.So al Fatihah untuk mak kawan saya dulu.Hm,lupakan kesedihan sebab yang pergi tetap pergi.


Ok apa kata kalau saya teruskan entri saya untuk merebut tempat ke tayangan perdana Movies oleh Nuffnang.Wah agak kekok bercerita kontest dalam BM.Kalau nak bercerita tentang date yang paling saya tak boleh lupakan dah tentulah saya  akan bercerita pasal first date saya dengn wife saya.Masa tu saya masih belajar kat poli so duit amat terhad dan saya tak la se"stylo" mamat2 lain kat luar.


Saya masih ingat masa tuh saya bawa dia jalan2 ke "The Mines".Saya dah tentulah dengan pakaian saya yang sememangnya bajet sempoi kan.Dengan baju kotak2 ala2 Nico (chikanoz) saya bawa dia jalan2 tengok movie dan makan2 kat "The Mines".Masa tu memanglah saya nampak tak romantik sebab saya tak tau nak beromantik (tapi sekarang tidak lagi)...



Apa yang membuatkan saya ingat kat date ni ialah ucapan "I Love You" di antara kami dan ucapan akhir dari saya yang memang romantik iaitu :


"Apasal b make up macam opera cina ni...Ada tayangan amal eyh..."


Romantik bukan ucapan itu.Tak dapat nak gambarkan dengan kata2...hak3...So harap2 dengan cerita ni saya dapat tiket wayang ni.Nak tengok sebab dia punya trailer kelakar gile.

’poster’

METAFIZIK : BILA ADA MASALAH...CUBA BERKAWAN NGAN MASALAH

Hye guys...Amacam selesa tak dengar perubahan yang saya buat untuk blog ni.Saya semakin selesa tulis entri macam ni.Best gila.Baru dapat feel seperti seorang problogger (perasan sendiri hak3).Sangkaan saya meleset selepas solat Jumaat masih tiada kerja jadi kita enjoy!!!Tengah cari mood nak siapkan pc kat lab.Hati tengah senang bila dapat tengok tarian iklan di blog ni.Barulah meriah.



Hari ni takde tips pasal Nuffnang sebab ntah tak tau nak cerita pasal apa. Actually otak tengah berpusing2 dan mencari jalan untuk keluar dari masalah. Keluar bermaksud selesaikan bukan lari sebab kalu kita lari kita tak tenang dan akan bertambahlah masalah lain.Jadi kita just hadap dan jangan biarkan masalah kita menghantui mood.So saya ambil keputusan untuk pasang youtube dan dengar lagu Lenka.Pernah dengar tak?Meh dengar sama2 :





First time dengar lagu ni saya ingatkan Yuna Zarai punya lagu.Oooppps termalukan diri sendiri plak...Rupa2nya Lenka.Best siot lagu ni.Dengar rasa peaceful yang penting bukan Rest In Peace ye...Inilah adalah perkara yang saya akan buat bila bermasalah.Youtube akan menjadi teman sampai saya puas dengan lagu tuh.hak3...




Apa yang saya faham dari lagu ni ialah kita sepatutnya jangan treat masalah kita sebagai musuh.Sebab kalau kita anggap dia musuh maka kita akan tertekan berlawan pedang dengan dia.Kita treat masalah tu sebagai kawan so masalah tu sendiri akan lead kita ke jalan penyelesaian.Mudahkan...Berkawan dengan masalah tak sama ye dengan mencari masalah.Ada bezanya...Hak3...


p/s :
- Zaman sekarang ramai yang SMS (suka mencari susah) tapi bila masalah tu sampai terus nak lari contohnya buang bayi...


The radio staggers against the backspace!

CULTURE : BAGUSKAH KORANG KALAU ADA MASTER TAPI TAK TAU BUAT KERJA


Petang2 cam ni kalau layan goreng pisang makcik Ramlah dengan kopi panas pakcik samad sedap ni.Lebih2 lagi bila hujan.Pergh nikmat dunia siot.Disebabkan saya pekerja bawahan so saya kene terima hakikat gaji masuk lambat.Nak bengang pun tak guna.Actually diorang janji nak kasi increament tapi dah 3 bulan gaji tetap cam tu je.Malas nak negatif so terima dengan apa yang ada. Bersyukur dengan apa yang ada...

Tengah blur satu hari sebab ramai yang memerlukan saya.Sayakan pekerja bangladesh yang berkhidmat untuk kolej so bila saya takde maybe terbakar kolej ni.Adakah saya workaholic owh no!!!Tengah memikirkan apa akan jadi bila saya ambil leave pergi honeymoon.Pasti kelam kabut kolej ni.





Oklah berbalik pada tajuk ye.Bagus ke kalau kita ada "master" (bukan master of puppets ye).Adakah itu untuk cukup syarat dapat kerja atau just untuk tunjuk2 kat orang yang kita ada master.Owh soalan sensitif.Tapi ada satu lecturer kat kolej ni suka berlagak ngan saya yang dia ada "master" in IT.


"Yela abang ada SPM je..tapi abang ada wawasan"


Hak3...Oklah saya bukan dengki dengan dia sebab dia ada "master".Itu ko punya pasallah sebab yang penting dia takde SPM (sebab dia ni orang Myanmar).Tapi yang buat saya meluat ialah ada "master" tapi kerja satu hapepun takleh nak buat.Semua nak harap budak diploma yang bijak cam saya ni.Saya teringat satu kejadian yang mana internet pc dia down.Dengan selamba marah saya cakap saya tak buat kerja.Rupa2nya bila check switch tak on.Kalau saya hantar dia masuk raja lawak mesti KECIK pun kalah dengan lawak yang dia buat.


Ada lagi satu kes yang buat saya betul2 meluat ngan dia.Dia memang dah tau saya lah staff yang paling busy di kolej ni.Seboleh2 nak saya jugak yang download and installkan software ftp untuk komputer dia.Saya dah siap kasi URL through email tapi asyik2 ayat dia :


"Hafiz when will you install the ftp for me?"


Mak aiyh takkan ada master pun still nak suruh orang installkan barang yang senang.Kalau macam tu senang la kan.Orang je tolong buat kerja untuk kita.Barulah saya faham kenapa adanya latihan industri (LI) kat U.Mungkin kat Myanmar takde LI kot.Tapi kalau semua nak bersuap susah la kan.Tak nak mencuba tapi mengharap je.Lagi baru saya tau kenapa resume kita kena letak working experience.Rupanya kalau takde working experience orang yang ada master pun akan jadi dungu.hak3...


p/s :
- Kepada sesiapa yang ada master saya bukan perli korang just kasi peringatan je.Maybe kita ada cert tapi kita juga kena belajar cara bekerja baru lengkap cert kita tuh.

- Ingat dulu mak saya cakap SPM tu penting.Bila dah habis SPM Diploma itu penting.Bila dah ada Diploma,Degree itu penting.So sampai bila2 ilmu tu penting.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails