SELEPAS OH! MEDIA KENA HACKED, KINI GILIRAN EYRIQAZZ


Salam guys,
Macam mana hari ni? Harap korang tak bermasalah tapi kalau bermasalah jugak saya sarankan korang layan lagu Lenka untuk cool kan diri korang.  Tolong jangan layan lagu-lagu punk sebab korang akan jadi lagi serabut.

PHYTOGREEN | TAHNIAH UMP ATAS CIPTAAN BARU


Salam guys,
Ok first of all nak ucap tahiniah pada Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebab berjaya buat satu ciptaan baru.  Tadi disebabkan kurang busy maka merayap baca paper.  Saya kalau paper ni malas nak baca pasal politik ataupun artis saya lebih suka baca sukan dan teknologi.  So saya tertarik dengan artikel ni.

PERCINTAAN ONLINE | NUFFNANG PUNCA MEREKA BERPUTIK

PERCINTAAN ONLINE | NUFFNANG PUNCA MEREKA BERPUTIK



Salam guys,
Ok fine saje bukak topik ni sebab saya tengok ramai yang berjaya harungi situasi bercinta online.  Persoalannya sekarang sekuat mana hubungan percintaan online ni?Mungkin ada ramai yang pangkah kenyataan yang cinta online ni kekal lama.  Tapi bagi saya banyak bukti yang percintaan online ni boleh sampai ke jinjang perkahwinan.


LAGU BEST TAK SEMESTINYA PERLU LIRIK YANG BEST YANG PENTING SEMPOI

LAGU BEST TAK SEMESTINYA PERLU LIRIK YANG BEST YANG PENTING SEMPOI



Salam guys,
Pada pendapat korang apa yang menyebabkan sesuatu lagu itu jadi best dan orang suka dengar.  da orang cakap lirik tu main peranan untuk bagi orang faham apa yang nak disampaikan dalam lagu,  ada jugak yang cakap melody tu penting untuk tarik mood.  Bagi saya sebenarnya dua-duapun penting tapi yang paling best ialah lagu itu SEMPOI.

KEMATIAN OSAMA BIN LADEN | PEJUANG JIHAD TULEN ATAU BONEKA AMERIKA

KEMATIAN OSAMA BIN LADEN | PEJUANG JIHAD TULEN ATAU BONEKA AMERIKA


Salam guys,
Macam biasa saya suka buat issue lambat sikit dari blogger lain.  Tujuannya ialah untuk curi maklumatdan research.  Actually saya tak ambil ‘port’ pun pasal Osama ni tapi memandangkan Twitter trending dan most of Malaysian Blogger buat cerita pasa ni maka saya open status kat Facebook.  Memang tak ramai yang reply tapi seperti yang dijangka mamat ni pasti akan reply :

24 : 7 KPOP MALAYSIA? | MINAT ATAU JUAL MARUAH


Salam guys,
Apa Osama Bin Laden dah Meninggal?  Ramai eyh orang cerita pasal ni.  Tapi esok-esoklah saya tulis pendapat saya pasal benda ni.  Hari ni saya nak share pasal benda yang orang lain dah cerita last week tapi hari ni saya rasa dah sampai masa untuk saya pulak cerita.  Mesti korang dah tau kan kewujudan satu kumpulan KPOP Malaysia iaitu 24:7.  Adoi tengok namapun saya rasa macam nak sepak muka sorang-sorang.  Apa kata kita tengok gambar plak :

SELAMAT HARI PEKERJA | ADAKAH KITA SEBAGAI GOLONGAN WORKINGCLASS DIHARGAI?

SELAMAT HARI PEKERJA | ADAKAH KITA SEBAGAI GOLONGAN WORKINGCLASS DIHARGAI?



Salam guys,
Saya tau most of readers blog ni adalah student dan still belum faham apakah yang dimaksdukan dengan golongan tahap pekerja ataupun kalau ikut bahasa skinhead ‘working class hero’.  Soalan pertama ialah siapakah sebenarnya nadi penggerak sesebuah negara? Adakah ahli politik, perdana menteri, ataupun rakyat yang mengeluarkan keringat siang dan malam untuk menyara hidup?

GPLUSMY | DISCO SKATING AT SUBANG AVENUE

GPLUSMY | DISCO SKATING AT SUBANG AVENUE



Salam guys,
Mesti korang pelik apagal tetiba dah bertahun tak berblog dalam English tetiba semalam ter’publish’ entri omputihkan. Ala biasalah cari makan lagi pun tetiba je teringin nak menulis dalam ompuith tah kisahlah kalau berterabur pun. Semalam kami ahli GPlusMYada buat aktiviti iaitu ‘Disco Skating’. Jangan risau ni bukan disco yang kat Jalan Dorai tu ni main skate dalam suasanan lagu disco. Kitorang pi main benda ni kat ‘The Wheels’yang terletak kat Subang Avenue. Kalau tak tau boleh ushar Google Maps.

3 BENDA YANG KORANG PATUT BUAT SEBELUM PASTE CODING NUFFNANG

3 BENDA YANG KORANG PATUT BUAT SEBELUM PASTE CODING NUFFNANG

Salam guys,

Sebelum saya start dengan entry ni benda pertama yang saya nak korang buat ialah sila baca dengan penuh kekhusyukan dan pemikiran terbuka.  Bagi saya benda ni serius since asyik terbaca orang asyik salahkan ads company kenapa blog diorang tak boleh buat duit.  Saya letak Nuffnang dalam entri ni sebab most of bloggers guna Nuffnang untuk kaut duit.

Kebanyakan dari kita sebenarnya banyak buat silap sebelum tempek coding itu ke dalam blog.  saya sendiripun dulu masa zaman-zaman tak tau cara betul merungut kenapa earning saya ciput je tak macam Kak Red (wah makcik ni memang tak boleh lawan saya angkat white flag kalau jumpa dia. Tapi bahan tetap bahan).  Meh saya share apa yang patut korang buat sebelum berangan nak jadi blogger jutawan dengan tempek code Nuffnang.

1. Fahami Apa Itu Nuffnang

Korang sebelum register Nuffnang, korang tau tak Apa Itu Nuffnang?  Most of blogger main sign up je tanpa fahamkan apa itu Nuffnang.  Yang kita tau Nuffnang akan bagi kita gaji bulan (check sampai rumah).  Kalau korang berfikir macam tu baik korang buang je coding tu sebab dengan niat macam tu korang bukan takat melemahkan semangat korang malah akan mempengaruhi orang lain.  Sepanjang saya dengan Nuffnang apa yang saya dapat perhatikan dan faham ialah Nuffnang merupakan satu komuniti bukan majikan.  Ya memang korang dapat duit tapi kenapa ciput, sebabnya korang tak aktif dan tak pergi event yang depa buat.  Event itu cara korang nak bagi depa nampak yang korang serius untuk berblog.

2. Belajar Cara-Cara Menulis Dengan Betul

Paling simple yang korang kena faham dalam ayat ni ialah apa fungsi korang berblog dan juga cara korang menulis.  Persoalan untuk korang jawab (sila jawab dalam hati).  Apa yang korang dapat bila korang tau cara nak menulis blog dengan betul?  Bagi saya penulisan itu penting.  Ya kita boleh jadi serius,  kita boleh jadi gedik (jangan jadi bapok dah la),  dan kita boleh tulis ikut apa medula oblongata kita tapi gaya menulis itu boleh membawa kepada datangnya readers.  Kalau korang betul nak buat duit dengan Nuffnang bukan just harap Buffered Earning muncul.  Sila buang corak pemikiran ni.  Yang buat korang masyuk ialah Advertorial.  Benda ni dah banyak kali blogger lain ulang tapi still ada lagi yang mengharap jadi kaya dengan buffered earning.  LHDN pun tak kejar korang kalau tengok amount Buffered Earning.  Nak dapat Advertorial penulisan korang kena mantap beb baru Advertiser nak korang tulis.

3. Blog Perlu Teratur (Template dan Isi)

Ok benda ni adalah first impression untuk reader.  Tak semua readers datang dari golongan bloggers.  Ada yang datang hasil dari pencarian dari search engine.  Kadang-kadang kitapun tak expect dengan keyword yang diorang cari kalau tak caya korang ushar Nuffnang Analytic.  So amik kesempatan itu bila blog korang teratur maka tak mustahil orang yang sesat itu akan masuk semula ke blog korang.  Cuba korang bayangkan pelancong yang tersesat kat Malaysia tapi niat dia nak pi Singapore.  Dah tentulah dia akan datang lagi sebab kat Malaysia ni banyak rumah urut (ooops).  Ingat dalam Nuffnang Traffik itu Sangat penting.

Sekarang dapat tak faham apa yang saya nak sampaikan.  Yes korang takkan rasa tertekan dengan Nuffnang kalau korang dapat faham entri ni.  Ni lah yang saya buat selama saya tampal coding nuffnang kat dalam suterablogger.  Dan kalau korang buat korang takkan merungut apasal earning korang tak naik-naik.

p/s :

* Nak kata banyak earning dalam nuffnang tu taklah tapi takat ni dah berjaya jugak cash out 8 kali.

Ada tak teringin nak pakai Honda City? Sapa mau jom terima cabaran saya

TERCAPAI CITA-CITA KU

TERCAPAI CITA-CITA KU

Salam guys,

Oklah entri pendek untuk malam ni sebab saja nak buang masa.  Tahun lepas masa 31 hb 12 2010 saya ada buat satu resolusi tahun baru untuk perkara yang merujuk kepada hobi online iaitu tahun ni apa cara saya mesti beli hosting sebab ni azam tahun lepas yang saya tak berjaya tunaikan.  So dengan harga yang murah ditawarkan oleh Integricity Technology saya pun beli satu hosting yana berharga RM39 setahun. Yeay 'syabash beta!'.  

Mesti ramai yang cakap awat still dalam blogspot? Jawapannya ' takkan baru dapat hosting nak terus buat...Sabar-sabar jangan gelojoh...'.  Bagi saya belajar cara dia.  Bukan takde kawan boleh tolong tapi tak syoklah kalau mengharap kawan.  Belajar sendiri dan buat sendiri itu lebih bagus dari mengharap.  Yang penting dah ada hosting so lega skit.

Lagi satu resolusi online saya ialah nak tengok akaun twitter saya semakin maju.  Yang ni bermaksud tweets yang banyak dan bilangan followers> following.  Korang kena bezakan yang followers dalam twitter dengan followers dalam blog itu berbeza.  Followers dalam blog takkan dapat ubah income korang kalau diorang tak masuk blog korang maka tiada perubahan tapi kalau followers twitter semakin ramai ia akan membantu dalam income churp-churp.  Maka hari ni hajat saya tercapai :


Anyway thanks to korang yang sentiasa support perjalanan seni saya (haha ayat bajet artis plak).  Tapi betullah blogging dan online itu adalah seni yang hanya dapat dihayati oleh insan yang suka online.

p/s :

Macam mana dengan korang? Apa mission korang online takkan buta-buta buang duit kot...

Ketahuilah mood si manja anda. Nak tau macam mana sila belajar di sini

PRODUCT REVIEW | LG OPTIMUS 2X

PRODUCT REVIEW | LG OPTIMUS 2X

salam guys,

Ok before saya start dengan review phone canggih ni saya nak bagi big thanks pada Nuffnang & LG & Celcom sebab bagi peluang pada saya pakai phone ni.  Terus terang saya cakap sebelum saya sentuh smartphone ni satu je tanggapan saya pada phone LG iaitu handphone yang biasa-biasa je.  Tapi lepas dapat on baru saya dapat rasa satu benda yang berbeza.  Korang pernah tengok LG Optimus 2X?  Ni bukan lori panjang yang boleh jadi robot tu ye itu Optimus Prime.



First of all sila abaikan muka saya yang monyok itu sebab itu muka letih. Ni lah bentuk rupa LG Optimus 2X.  Amacam cun tak? So jangan jeles ye.  Bagi yang dah pakai smartphone canggih-canggih mungkin mereka cakap LG Optimus ni biasa-biasa sahaja.  Bagi saya itu silap, memang kebanyakan phone LG agak kurang dia punya features tapi LG Optimus 2X ni ada beberapa kelebihan even dia jalan platform android.Bukan android biasa tapi adroid 2.2 beb.  Mau tau sila refer gambar di bawah.



Sekarang nampak tak apa yang ada pada LG Optimus 2X tapi takde pada smartphone lain.  Perbezaan dia ialah LG Optimus ni jalan dua processor iaitu Cortex A9 atau kita panggil Dual Core bila dah jalan dual core maka kelajuan dia menjadi lebih dan kita sebagai user tak perlu tunggu refleks application.  Yang paling best dia pakai Nvidea Geforce Tegra untuk jalan graphic.  Macam yang kita tau kalau graphic memang Nvidea adalah chipset yang paling best dan dia adalah pengeluar graphic card terhebat dunia.  Jom layan video kalau korang tak caya :




Sekarang kagum tak?  Sebut pasal graphic kan ia takkan dapat satu display yang cantik kalau output dia iaitu screen adalah cap ayam.  Tapi jangan risau degan Optimus ni dia pakai VGA LCD dan dengan gandingan dua-dua benda ni korang punya mata akan terpegun lihat gambar dan graphic. Kenapa saya guna Angry Bird sebagai demo?  Sebab Angry Bird menggabungkan sensitiviti touch screen, gambar yang menarik, bunyi yang jelas dan juga kelajuan processore untuk bermain.  Kalau smartphone tu takde ciri-ciri macam ni memang susah nak main Angry Bird


Function lain tak perlu saya sebut sebab lebih kurang sama je macam phone android yang lain yelah dari segi nak dapatkan apps semua korang boleh dapat FREE dari getjar.  Sayapun ada try download dari sana dan semuanya full version.

Amacam? Puas hati tak... Tapi kan sebenarnya kalau nak ikutkan memiliki smartphone tanpa melanggan Data Plan itu adalah satu pembaziran.  Yelah kalau takde Data Plan macam mana nak jalan function smartphone tu.  So jom saya suggest satu Data Plan yang memang best :


Nampak tak kenapa saya cakap Plan Celcom ni berbaloi. Dengan contact hanya 18 bulan dan commitment RM88/month korang boleh dapat phone LG Optimus ni dengan harga RM978  satu perlaburan yang bijak.  So korang bukan dapat 1 tapi 2 kelebihan bila sign up dengan Celcom Data Plan.  So siapa yang ada smartphone tapi still mengharap guna wifi kedai silalah bawak-bawak bertaubat ye sebab korang tak boleh ber'facebook' mahupun ber'twitter' sewaktu menaiki bas ekspress.hak3...


Ada sebab lain kenapa korang perlu sign up Celcom Exec 50 :


* Dapat FREE call ke nombor CELCOM pada hujung minggu.  So bergayutlah di hujung minggu.
* Cakap lebih jimat lebih sebab ada diskaun 30% secara automatik ikut kegunaan.
* Kadar panggilan hanya 10.5sen/minit  selepas korang entitle 30% discount.
* COntract yang minima berbanding telco lain iaitu 18 bulan sahaja.


Apa lagi cepat pergi ke Celcom center berhampiran untuk tawaran yang memang best ni.

MAHARAJA LAWAK | MINGGU KETIGA - NI APA KES PLAK?

MAHARAJA LAWAK | MINGGU KETIGA - NI APA KES PLAK?




Salam guys,

Siapa tengok Maharaja Lawak haru Jumaat lepas?  Bagi saya taktik Astro untuk mengumumkan peserta yang terkeluar untuk minggu lepas itu pada minggu ni amat bagus so ramai yang langgan pakej Mustika.  Walau macam mana pun saya tetap tidak berpuas hati dengan 2 keputusan atau 'arrangement' yang dibuat minggu ni :

1) Peserta terkeluar Minggu lepas diumumkan pada awal rancangan.  Ni apa kes?  Adakah mereka tak mempunyai perasaan.  Peserta dah siap-siap pakai costum nak perform last-last kene singkir pada awal rancangan.  Memanglah depa semua pelawak kasi orang gelak tapi depa ada perasaan weyh!

2) Yang ni saya betul-betul tak faham tapi nak buat macam mana SMS itu kuasa besar dalam event macam ni.  Saya rasa ramai jugak yang tak puas hati bila Amir sekali lagi terselamat.  Ya mungkin itu rezeki dia tapi yang mengundi pun boleh tahan jugak tak berfikir sebab sanggup nak tengok dia memperbodohkan diri perform untuk minggu lepas.  Dia bukan melawak tapi mengarut kat atas pentas dan kalau nak dibandingkan R2 lebih layak untuk stay.

Cukup 2 jelah sebab saya takde share dalam Astro dan bagi saya mungkin itu satu taktik Astro. Oklah macam yang kita tau tema minggu ni adalah 'musical comedy'.  Sebelum persembahan saya dah bajet ni adalah makanan pada Alex, Kumpulan Sepah, Man dan Jozan.  Siapa yang follow Raja Lawak so mesti tau diorang ni kalau 'musical comedy' memang best.  Tapi bila dah tengok apa yang saya boleh cakap Nabil punya performance memang terbaek! Jom kita layan 3 persembahan terbaik yang bagi saya memang best :


1. Nabil - Lawak Kuli






Siapa yang kata persembahan ni cikai dah tentu korang ni buta seni beb.  Even saya tak berapa nak suka attitude Nabil tapi bab persembahan dia memang terbaik.  Dalam performance ni apa yang menarik ialah punchline dan body language yang Nabil buat.  Bagi saya Nabil adalah satu entertainer bukan sahaja pelawak.

2. Alex - Lawak Penoreh Getah






Kalau nak cerita Alex ni memang kreatif.  Bagi saya dialah antara comedian yang ada intelligent idea.  Macam yang saya cakap musical comedy ni adalah 'makanan' dia.  Dia pandai atur ayat dalam lagu even ada terabur sikit.  Suara dia pun not bad.

3. Kumpulan Sepah - Lawak Cinta Ditipu






Seperti biasa diorang ni ada je punchline yang best lepas tu diorang pandai main memek muka.  Kekuatan diorang ialah ketiga-tiga boleh balas lawak.  Bagi satu topik je pun boleh masuk topik lain.  Diorang tak bergantung pada seorang je yang keluarkan punchline.  Saya paling nak tengok si jep nyanyi sebab macam yang lepas-lepas dia bawak lagu Ramli Sarip.

Oklah ni adalah pendapat saya mungkin ada yang tak sama.  Ada lagi peserta yang best tapi bagi saya ini lah 3 terbaik minggu ni.  Macam Jozan bukan tak best tapi bagi saya still macam biasa je.  Apa yang menariknya minggu ketiga ni selain persembahan yang best ialah 2 performance dari Usop Wilcha dan juri...Jom Layan :

1. Usop WIlcha - Kome,Kome,Kome,Kome,Kome.......!!!






2. Persembahan Juri - Kami terror, terrrorist










Apa yang boleh saya kata Abang Mamat Khalid memang terbaek lah.  Skill beb main piano. 

p/s :

* Kalau juri tak hebat depa tak jadi juri tau!
* Harap-harap next week dapatlah tengok live ye...

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

BILA EYRIQAZZ MENEGUR

BILA EYRIQAZZ MENEGUR

Salam guys,

Siapa tak kenal dengan nama Eyriqazz betul tak?  Sebut je nama dia semua orang nak tutup blog tak pun buang coding Nuffnang.  Kenapa?  Ces kalau pertanyaan tu yang korang nak tanya maksudnya korang masih belum tau apa maksud blogging.  Sila jangan fikir saya nak bodek dia ye walaupun boleh la saya nak kata yang dia ni 'Sifu' saya dalam blogging ni sebab dia banyak jugak ajar saya pasal cara jadi blogger yang bagus.

Sekarang dia dok sibuk dengan segmen tegur menegur kalau tak silap lah.  jadi dengan selamba saya komen blog dia (selama ni silent readers je.yeke?haha).  Saja je nak buang masa suruh dia komen actually saya dah daoat baca dah apa yang dia nak komen.  Nak tau apa dia tegur :


Panjang beb dia tegur saya.  Anyway thanks lah Eyriqazz sebab komen dan tegur blog ni.  Bukan sennag nak suruh blogger top komen even dia sibukpun still sempat masuk blog cap kentang putar ni.  Apa yang saya boleh jawab ialah tunggu saya dapat hosting.  Akan ku tunjukkan apa itu blogging.haha.. Bukan saya tak nak tulis pasal personal tapi belum ada yang menarik lagi untuk dikongsi mungkin lepas saya jadi menteri ke artis ke boleh lah share pasal perosnal haha...

p/s :

Blog ni memang niat di hati 70% public and 25% Personal lagi 5% merapu haha...

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

SKINHEAD MASIH ADA DALAM BEAN MORENO

SKINHEAD MASIH ADA DALAM BEAN MORENO

Salam guys,

Sebelum saya teruskan dengan entri ni saya nak korang set minda korang kepada positif sebab bila sebut je perkataan SKINHEAD maka segala negatif akan keluar membentuk satu persoalan.  Dalam entri ni saya tak mintak korang pi botakkan kepala ataupun pi Amcorp Mall beli Dr Marten.

Kalau sebut je SKINHEAD yang akan terkeluar dari kepala kita ialah kaki pukul, kaki mabuk dan segala yang jahat semua SKINHEAD. Ya memang betul saya bergelumang dalam SKINHEAD since 1999 sampai 2004. Tapi korang tau tak lepas saya dah tak sarung DM perwatakan yang best dalam SKINHEAD telah membentuk sikap saya sekarang.  Sebelum tu meh saya tunjuk maksud SKINHEAD yang saya masih pegang sampai sekarang.

S.K.I.N.H.E.A.D.

1. S.K. - Sharing Knowledge

Masa zaman-zaman saya sarung DM SKINHEAD time tu tengah kuat gila.  Senang kata takat nak tapaukan dak2 3 Line tu no hallah...hak3...Time zaman saya baru nak up kami share apa yang kami tau tak kisah lah dari segi knowledge untuk menjadi seorang skinhead sampai ke music.  Tak kisahlah oldtimer atau newcomer memang takde barrier.  Even saya dah tak satung DM sekarang saya tetap amalkan benda ni.  Apa yang saya tau saya akan share tak kisahlah blogging ataupun apa-apa jelah.

2. I - Individual

Individual bermaksud berdikari.  Memang kami 'unite' tapi kami akan cuba settle seorang dulu dan cuba cari jalan untuk settle dan kalau dah agak-agak tak boleh blah baru calling.  Benda ni saya still buat even saya dah tak pakai Lonsdale.  Kalau boleh saya nak tadbir hidup saya sendiri tanpa harapkan orang lain dulu.  Kenapa? Sebab kalau asyik nak mintak tolong orang even family orang tetap akan mengata. better buat sendiri dulu.

3. N - Nationalisme

Ini bermaksud sayangkan negara. Ya saya mungkin 'muka nampak lagend tapi hati kiut'.Tak semestinya kita sayangkan negara kita kena join parti politik sebab kalau nak ikutkan politik itulah yang merosakkan perpaduan. OOps...  Dulu saya fikir tak perlu mengundi sebab bagi saya semua pun sama tapi bila fikir-fikir balik kena gak mengundi untuk masa depan.

4. H - Hooligan

Ni bukan loghat Kedah ligan tau.  Itu maksudnya kejar.  Ni hooligan yang bermaksud gangster atau kitorang panggil 'King Of The Street'. Bagi saya hooligan ni tak perlulah jadi samseng pukul orang itu 3 line boleh la haha... Hooligan ni bermaksud bangun mempertahankan hak. Atau bahasa mudah tegas dalam membuat keputusan dan berani dalam kehidupan.  Saya ingat dulu sebelum saya pakai Fred Perry memang saya salah seorang budak yang kena buli je kat sekolah tapi yang penting saya bukan mat report.hoho

5. E - Ego

Ego semua orang ada.  Dalam SKINHEAD ego itu tida bermaksud sombong.  Bagi kami, kami berkawan dengan semua dan kami perlu ada ego untuk survive.  Kalau takde ego macam mana nak survive sebab orang akan pijak kepala tapi biarlah bertempat.  Saya tak sombong kalau tak percaya boleh tanya siapa je yang kenal saya. Cuma saya jenis kalau saya rasa saya betul saya tak kira itu kawan or lawan memang saya akan tegur.  Itu memang saya pegang. Dan saya pulak tak kisah kalau orang nak tegur saya alau saya salah.  nak sound dirct dan pedas pun takde hal tapi jangan pulak melenting kalau saya pulak yang bagi tepek.

6 A.D. - Anti Drugs

Yang ni saya ada langgar lah time saya jahil dulu. Itu sekejap je lepas tu saya tersedar terus saya tinggalkan.  Sekarang bukan takat dadah merbahaya nikotin pun dah tak ambil... Amacam macho tak saya tak hisap rokok.  itupun sebab sakit haha...  kalau tak sekarang still me'naga' lagi.

Ok that's all pasal pegangan SKINHEAD yang saya still ikut.  Masa zaman saya layan lagu Oi! banyak benda yang saya belajar dan antaranya menghargai kawan-kawan atau 'Brotherhood'. Sekarang ni susah nak jumpa kumpulan yang still bawak 'brotherhood' ni.  Apa yang ada ialah 'ko senang aku senang, ko susah itu masalah ko'.  Mereka akan cari kita bila kita tengah senang je tapi bila kita susah diorang tak mungkin akan tolong kita.  Benda ni dalam perjalanan 3 line memang ada.  Saya dah alami dan saya tau. Memang itulah hakikatnya.

So Jom layan lagu ni :






p/s :

'Skihead bukanlah hanya pada apa yang kita pakai tapi ia adalah cara kita untuk terus hidup'

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

PERLUKAH KAU MENJATUHKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI

PERLUKAH KAU MENJATUHKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI

Salam guys,

Sorrylah tajuk entri ni agak macam kasar sikit.  Takde niat nak sound sesiapa mahupun menunding jari atas apa yang terjadi cuma peringatan untuk diri sendiri supaya lebih berhati-hati.  Sebelum saya masuk lebih dalam saya nak mintak maaf kalau penulisan entri ni akan menyebabkan sebahagian besar dari kita menggelupur dan diselubungi sifat marah.  Jangan marah nanti kena jual.  Entri ni saya tujukan pada golongan blogger sebenarnya.

Perasan tak satu benda yang memang semakin lama blogsphere kita semakin kotor.  Ni tolaklah pasal isu klik-klik Nuffnang (macam nak selamatkan diri nampak) sebab tu isu lapuk.  Kita tolak juga isu autoblogwalking.  Apa yang saya perasan ialah ramai antara kita yang menggunakan kelemahan orang lain untuk kepentingan peribadi. Ada beberapa situasi yang saya perasan dah lama.  Meh kita tengok apa isu itu...

1.  Kes Berpakaian Miera Liyana

Ni memang hangat bila Miera Liyana cuba menampilkan kelainan dalam berpakaian (konon nak jadi ET).  Bagi saya ya memang dia salah sebab tak jaga sensitiviti Rakyat Malaysia yang berpegang pada budaya timur atau 1Malaysia.  Itu kesalahan dia tapi sedar tak kita yang ramai antara kita tulis pasal kesilapan dia berpakaian kononnya nak sound dia salah tapi kenapa perlu letak gambar dia siap tunjuk 'angle' lagi.  Readers memang suka dan korang dapat traffik tapi adakah korang fikir itu mengaibkan pihak dia?  Kita letak diri kita sebagai mak bapak dia. Apa perasaan kita?  Kalau yepun kita boleh je tulis entri teguran tanpa letak gambar.  Memanglah gambar itu satu bukti dari wujudnya fitnah tapi itu AIB beb...

2. Kes Video Seks Ketua Pembangkang

Ni satu lagi kes yang tengah hot sekarang.  Bukak lah tv mana-mana memang perkara yang takkan lupa pemberita sebut ialah kes video ni siap tayang kat TV.  Maka ramai blogger yang cuba menangguk di air yang keruh.  Tulis review pasal kes ni dengan satu niat iaitu sedut traffik SERP.  Ni teknik SEO keji lah bagi saya.  Ya memang korang pandai tapi tak eloklah korang gunakan isu ni untuk kepentingan blog korang.  Andai katalah video tu bukan dia.  Adakah korang nak mintak maaf pada dia secara terbuka atas  kesalahan korang sebarkan video tu.  Potong jari lah wey. Kalau video tu adalah dia adakah korang nak tanggung dosa atas dasar memalukan dia?  Sila jawab sendiri. Kalau kita just tulis then bagi komen kita pasal video tu tanpa letak video mungkin satu kesalahan kecil ni siap letak video tu wah besar kuasa kita nak hukum orang.

Alamak terpanjang pulak entri ni.  Saya tak emosi sebab saya bukanlah penyokong PKR mahupun Barisan Nasional.  Saya cuma rakyat Malaysia yang nak hidup aman tanpa peperangan seperti Libya.  Sekali lagi maafkan saya kalau apa yang saya tulis ni membuatkan korang panas.

p/s :

* Cuba kita letakkan diri kita sebagai ahli keluarga yang terlibat.  Apa perasaan kita?

Duit boleh gelapkan hati dan bila hati gelap kita lupa maksud HUKUM.

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

SITELINK UNTUK BLOG | INTRO

SITELINK UNTUK BLOG | INTRO

Salam guys,

Kalau tak silap saya ada pernah tunjuk kat korang rupa bendtuk sitelink dalam blog kan.  Bagi yang tak baca ataupun terlepas baca (macam mana boleh terlepas?) boleh ushar kat entri ini.  Disebabkan entri tu ramai yang request suruh saya reveal pasal sitelink google ni (apa korang ingat saya berkhidmat untuk Google eyh?).  Tapi takpe sharing punya pasal saya akan kongsi pasal sitelink ni.

Apa itu Sitelink :

Sitelink ni kalau ikut bahasa Bean Moreno ialah hyperlink (text yang boleh diklik untuk ke laman seteusnya) yang diberi oleh google kepada web owner untuk memudahkan user navigate pages dalam web tersebut.

Faham tak? Kalau still tak faham saya tunjuk gambarajah plak :





Ni yang terbaru.  Sebelum ni sitelink ni just archive sahaja tapi sekarang dah ada direct sitelink yang membolehkan korang terus ke entri. Amacam syok tak?


Kegunaan Sitelink :


1. Cara Psyco Readers 


Dengan sitelink readers akan terpegun dengan site yang ber'sitelink'.  Tak percaya.  Ok masa saya tulis pasal blog ni dah bersitelink berapa ramai yang nak tau?  Jadi itu bukti yang kita terpegun bila ternampak atau terdengar perkataan sitelink.


2. Tambah Traffik


Bila dah terpegun maka readers akan dengan selambanya klik sitelink tersebut.  Itu satu kalau 2, 3, 1000 ke mana tau kan.  So kewujudan sitelink ni akan membantu peningkatan traffik satu web itu lebih-lebih lagi kalau sitelink yang terkeluar tu berinfo.


3. Satu Batu Loncatan 


Ok simple je benda ni.  Korang blogger dah tentu ada hati nak job betul tak?  Ada tak rasa nak jadi macam redmummy ke Ariffshah ke?  Selain pagerank sitelink pun boleh tolong korang tarik advertiser untuk invest kat blog korang.  Ni satu lagi rahsia nak berjaya dalam advertising.  Kalau web or blog korang nampak professional ataupun ada element profesionalime maka advertiser takkan kedekut dengan iklan.  Tak payah korang cari diorang akan cari korang.


Tengok kan dah terkeluar lagi rahsia.  Saya ni memang tak boleh simpan rahsia langsung lah.  Anyway hope korang manfaatkanlah keceluparan mulut saya ini untuk kebaikan korang.  Tak salah kalau sama-sama maju.  Kalau nak tau cara dapat sitelink tunggu next entri sebab saya tengah buat research lagi pasal benda ni.  Tengah try kat blog lain haha...  Thank pada Bro Anarm atas tips.


p/s :


* Nak berjaya dalam blogging tak mudah,  SABAR itu memainkan peranan untuk menonjol.


* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails