Showing posts with label Maharaja Lawak. Show all posts
Showing posts with label Maharaja Lawak. Show all posts

MAHARAJA LAWAK | MINGGU KETIGA - NI APA KES PLAK?

MAHARAJA LAWAK | MINGGU KETIGA - NI APA KES PLAK?




Salam guys,

Siapa tengok Maharaja Lawak haru Jumaat lepas?  Bagi saya taktik Astro untuk mengumumkan peserta yang terkeluar untuk minggu lepas itu pada minggu ni amat bagus so ramai yang langgan pakej Mustika.  Walau macam mana pun saya tetap tidak berpuas hati dengan 2 keputusan atau 'arrangement' yang dibuat minggu ni :

1) Peserta terkeluar Minggu lepas diumumkan pada awal rancangan.  Ni apa kes?  Adakah mereka tak mempunyai perasaan.  Peserta dah siap-siap pakai costum nak perform last-last kene singkir pada awal rancangan.  Memanglah depa semua pelawak kasi orang gelak tapi depa ada perasaan weyh!

2) Yang ni saya betul-betul tak faham tapi nak buat macam mana SMS itu kuasa besar dalam event macam ni.  Saya rasa ramai jugak yang tak puas hati bila Amir sekali lagi terselamat.  Ya mungkin itu rezeki dia tapi yang mengundi pun boleh tahan jugak tak berfikir sebab sanggup nak tengok dia memperbodohkan diri perform untuk minggu lepas.  Dia bukan melawak tapi mengarut kat atas pentas dan kalau nak dibandingkan R2 lebih layak untuk stay.

Cukup 2 jelah sebab saya takde share dalam Astro dan bagi saya mungkin itu satu taktik Astro. Oklah macam yang kita tau tema minggu ni adalah 'musical comedy'.  Sebelum persembahan saya dah bajet ni adalah makanan pada Alex, Kumpulan Sepah, Man dan Jozan.  Siapa yang follow Raja Lawak so mesti tau diorang ni kalau 'musical comedy' memang best.  Tapi bila dah tengok apa yang saya boleh cakap Nabil punya performance memang terbaek! Jom kita layan 3 persembahan terbaik yang bagi saya memang best :


1. Nabil - Lawak Kuli






Siapa yang kata persembahan ni cikai dah tentu korang ni buta seni beb.  Even saya tak berapa nak suka attitude Nabil tapi bab persembahan dia memang terbaik.  Dalam performance ni apa yang menarik ialah punchline dan body language yang Nabil buat.  Bagi saya Nabil adalah satu entertainer bukan sahaja pelawak.

2. Alex - Lawak Penoreh Getah






Kalau nak cerita Alex ni memang kreatif.  Bagi saya dialah antara comedian yang ada intelligent idea.  Macam yang saya cakap musical comedy ni adalah 'makanan' dia.  Dia pandai atur ayat dalam lagu even ada terabur sikit.  Suara dia pun not bad.

3. Kumpulan Sepah - Lawak Cinta Ditipu






Seperti biasa diorang ni ada je punchline yang best lepas tu diorang pandai main memek muka.  Kekuatan diorang ialah ketiga-tiga boleh balas lawak.  Bagi satu topik je pun boleh masuk topik lain.  Diorang tak bergantung pada seorang je yang keluarkan punchline.  Saya paling nak tengok si jep nyanyi sebab macam yang lepas-lepas dia bawak lagu Ramli Sarip.

Oklah ni adalah pendapat saya mungkin ada yang tak sama.  Ada lagi peserta yang best tapi bagi saya ini lah 3 terbaik minggu ni.  Macam Jozan bukan tak best tapi bagi saya still macam biasa je.  Apa yang menariknya minggu ketiga ni selain persembahan yang best ialah 2 performance dari Usop Wilcha dan juri...Jom Layan :

1. Usop WIlcha - Kome,Kome,Kome,Kome,Kome.......!!!






2. Persembahan Juri - Kami terror, terrrorist










Apa yang boleh saya kata Abang Mamat Khalid memang terbaek lah.  Skill beb main piano. 

p/s :

* Kalau juri tak hebat depa tak jadi juri tau!
* Harap-harap next week dapatlah tengok live ye...

* Nak tau kelebihan Maybankcard?  Saya ada info menarik tentang Maybankcard

MAHARAJA LAWAK | MINGGU PERTAMA - JOZAN AGAK KURENG CHA!

MAHARAJA LAWAK | MINGGU PERTAMA - JOZAN AGAK KURENG CHA!



Salam guys,

Selamat malam,  wah dah lama tak menaip untuk blog ni.  Tapi apa-apapun thanks to all supporters yang still masuk blog ni (ni termasuk traffik sesat dari Google) even saya tak update apa-apa entri untuk blog ni.  Jasa korang memang tak dapat saya balas.  Malam ni ramai yang tengah syok layan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.  Mesti ramai yang cakap saya ni ketinggalan zaman dan mungkin ada jugak mulut longkang yang akan kata saya tak tau cara blogging sebab tak mau ikut trending.  Takde hal sebab saya menulis bukan sebab SEO dan saya membiarkan SEO itu bekerja untuk saya.

Ok siapa ada tengok Maharaja Lawak kat Astro Prima or Astro Warna masa April Fool hari tu? Ok sempoi je bagi saya apa yang saya harapkan ialah lawak dari Jozan sebab saya memang kipas susah mati diorang tapi agak mengecewakan sebab lawak diorang saya rasa macam biasa je.  Macam yang dijangka Amir tetap macam dulu dengan lawak yang terlalu educated.  Meh saya review sikit antara 3 persembahan yang agak best masa Maharaja Lawak Minggu Pertama.


1. Kumpulan R2 - Lawak Budak Sekolah





Siapa yang ikut Raja Lawak 5 mungkin dah tau memang R2 antara yang paling lawak.  Lawak diorang memang best terutama sekali lawak orang gila.  Even yang melawak cuma oakcik tu je tapi yang lagi sorang tu umpama idea bagi pakcik tu.  Dia punya muka memang tak boleh blah. Senang kata saya enjoy tengok diorang perform.  Harap-harap idea diorang tak kering sampai final.

2. Kumpulan Balas - Lawak Hantu Makcik Karipap





Satu perkataan yang boleh saya bagi kat kumpulan ni ialah angpa memang sempoi lah...Pendapat saya dengan Ahmad Idham sama iaitu diorang ni memang pandai guna prop dan ayat yang diorang guna memang terbaek.  Kelebihan diorang memang terletak pada ayat 'double meaning'.

3. Kumpulan Jambu - Lawak Bual Bicara





Ni memang saya tak sangka.  Bagi saya depa buat opening yang cukup mantop.  Memang lawak performance diorang minggu ni.  Walaupun minggu ni anchor diorang ialah Taukey tapi ada sikit communication yang membuatkan lawak diorang menghiburkan.  Memang satu combination yang agak mantap.

Oklah tu je yang boleh saya review kalau nak lebih or pendapat bercanggah sila bukak youtube cari sendiri.  Apapun korang kena tau Maharaja Lawak hanya akan dapat ditonton kat Astro Prima sehingga minggu depan je. Start minggu ketiga korang dah kena subscribe Package Mustika sebab ia hanya akan bersiaran langsung di Astro Warna.

Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

MAHARAJA LAWAK | ADAKAH AKAN MENJANJIKAN KELAINAN

MAHARAJA LAWAK | ADAKAH AKAN MENJANJIKAN KELAINAN

Salam guys,

Selamat malam Sabtu,  esok dah ahad.  Bagi yang layan Raja Lawak kat Astro Prima setiap Jumaat mesti tau yang lepas ni akan ada satu program realiti yang lebih kurang sama macam ni.  Dalam banyak-banyak Raja Lawak siapa yang korang minat?Ok sebelum tu kita ushar iklan Maharaja Lawak :





Maharaja Lawak ni bakal bermula pada 1 April. Dalam rancangan ni kebanyakan peserta Raja Lawak yang lepas akan berentap kembali untuk merebut gelaran Raja Lawak.  Ok kalau pandangan peribadi saya peserta solo yang paling best dari Raja Lawak 1 hingga Raja Lawak 4 ialah Alex dan kalau nak ikut berkumpulan mungkin Sepah yang terbaik.  Tapi kalau Jozan bergabung memang saya rasa yang lain akan tapau.  So kita tunggu dan lihat siapa yang terbaik.  Nak tau jangan lupa saksikan Maharaja Lawak di Astro Warna pukul 10 PM bermula 1 April.

p/s :

* Korang rasa siapa termantop!
* Tapi apasal nak kena buat 1 April adakah sebab April Fool?


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails