KURAFAT - PERJANJIAN SYAITAN | MOVIE REVIEW

KURAFAT - PERJANJIAN SYAITAN | MOVIE REVIEW

Salam guys,

Apa khabar semua...Semalam Bean Moreno tak update blog ni sebab ada masalah dengan P1 Wimax.Ok persoalan saya ialah apa itu Kurafat?Amalan kurafat ni memang bahaya bukan takat untuk orang yang didengki tapi pada orang yang percaya benda-benda Kurafat.Macam yang korang tau hari Selasa saya dan aiensepet pergi Pra-Tonton filem Kurafat and thanks to Cikhel sebab ingat kawan dia yang tak popular ni.


Nama Movie : Kurafat - Perjanjian Setan
Pelakon : Syamsul Yusoff, Liana Jasmay,Sabrina Ali
Genre : Seram



Tiket dan poster filem ni memang sempoi je sebab hanya featured dua pelakon utama dia je.Sinosis cerita :


Johan merupakan seorang yang sosial dan akhirnya berkahwin dengan Aishah.Dia terpaksa meninggalkan kekasihnya Anna disebabkan Anna terlalu sosial.Malangnye setelah dia meninggalkan Anna dan berkahwin dengan Aishah mereka asyik diganggu makhluk halus dan hidup mereka tak tenteram.Lain pulak dengan Anna yang membunuh diri sebab tak dapat terima hakikat Johan tinggalkan dia.

Macam biasalah kalau korang nak tau cerita labih pi beli tiket.Tak Mahal RM8 je.Kalau saya cerita sampai habis nanti takut panggung  tak laku pulak sebab orang asyik dok baca sinopsis kat sini je.


Komen Bean Moreno :


* Kalau nak ditanya pasal cerita ni pada pendapat saya cerita ni adalah cerita seram yang paling best untuk tahun 2010.


* Kesan efek bunyi dan penataan cahaya memang marvelous dan kalau korang ada sakit jantung tolonglah jangan tengok sebab lepas tengok memang korang akan masuk ward.Tapi yang pelik camne kawan saya tu boleh rileks je walaupun sakit jantung...hehehe...


* Mamat-mamat ganas sila jangan mengaku anda ganas kalau tengok wayang ni tutup mata.Ni kisah benar ye dan berlaku pada seorang blogger yang korang nampak ganas di blog tetapi hanya mampu menutup mata bila tonton cerita ni.Saya tak cerita pasal Hamzah Ian ye.ahakz...


* Dalam cerita ni korang akan nampak yang Syamsul Yusoff memang layak dapat award masa FFM sebab dia memang kreatif.


* Tahniah kepada Syamsul Yusof sebab cerita ni best!


Rating : 4.5/5



p/s :

* Tengok Jangan Pandang Belakang Congkak saya takde terlompat tinggi tapi cerita ni buat saya terlompat tapi bukan terbangtingitingi sampai tutup mata...hak3...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails