KADANG-KADANG KITA ADA PILIHAN TAPI...

KADANG-KADANG KITA ADA PILIHAN TAPI...



Selamat malam guys,

Hari ni saya tak post apa-apa untuk Pakatan Blogger.Mungkin esok baru saya akan letak tutorial kat sana.Nak cerita pasal pilihan malam ni.Dalam kehidupan tipulah kalau kita cakap setiap tindak-tanduk manusia tidak diberikan pilihan.Kalau takde perkataan pilihan makan dalam kamus takkan wujud perkataan 'Dilema'.Betul ke tak betul.Dilema bermaksud kesukaran untuk memilih.Yes!Memilih itu keyword yang kita cari sebab memilih terbit dari pilih dan akhirnya menjadi pilihan.

Pilihan selalunya boleh menyelesaikan masalah tapi kadang kala pilihan boleh membinasakan.Persoalannya sekarang ialah adakah setiap pilihan yang kita dapat itu membantu ataupun tidak?Kebanyakkan orang senang je cakap :

"Alah apa nak susah ikut kata hati je bro..."

Mungkin diorang tak pernah belajar yang 'Ikut Hati Mati, Ikut Rasa Binasa'.Memang senang mulut nak cakap tapi yang alami tu yang berat.Kita tengok beberapa situasi yang menunjukkan manusia di dalam dilema akibat pilihan.

Kes pertama ialah seorang hamba Allah mengalami satu keadaan di mana kereta dia rosak.Bila dah sebulan tunggu kereta maka keretapun siap dan cas dia RM3K.Dia ada sedikit simpanan campur gaji ngam-ngam ho!So situasi yang dipanggil dilema itu akan muncul.Maka terpaksa buat pilihan samada nak jimat gaji dan tahan makan ataupun makan je macam biasa kereta rileks dulu.Tengok dia ada pilihan tapi kedua-dua pilihan tu akan membawa kesan yang besar dalam kehidupan dia.

Kes kedua ialah sama jugak hamba Allah yang keretanya rosak.So bila kereta dia rosak maka dia akan menghadapi kesukaran untuk bergerak termasuk nak pergi kerja melainkan dia ada belajar ilmu ghaib yang mebolehkan dia bergeak dengan laju ataupun dia dah berkawan dengan 'jumper'.Tapi dia ada pilihan naik bas dan terpaksa tahan penat sebab kena berdiri ataupun tumpang kereta kawan tapi masuk kerja lambat sebab kawan tu tak boleh nak bangun awal.Maka dilema akan muncul mengganggu fikiran.

Kes ketiga seorang peminat bola sepak dan amat meminati pasukan Liverpool.Minat dia memang terlalu mendalam sampaikan tidurpun mimpi Torres.Uiks?Satu hari kawan-kawan dia beli jersey.Dia tak cukup duit.Dia ada pilihan iaitu beli jersey tak original tapi akan rasa malu dan kene pandang slek (yelah kipas susah mati ni) ataupun kumpul duit dulu tapi mesti kena perli.Dia ada pilihan tapi...

So ni adalah contoh je lah keadaan-keadaan yang ada di antara kita hadapi.Memang nampak remeh tapi boleh datangkan kesan yang mendalam.Memamng kes ni nampak remeh je sebenarnya dan kalau ikutkan boleh settle tapi saya just nak tunjuk betapa manusia ni ada pilihan tapi kadang-kadang bila tak kena masa pilihan-pilihan yang ada pun akan membuat kita pening seumpama tiada pilihan yang boleh dibuat.Tapi kalau manusia tu bijak maka dia boleh lawan dilema tu dan berjaya harungi apa sahaja pilihan yang dia dapat.


p/s :


* Tengah dalam dilema ni sebab esok kena outstation ke Kedah!Pilihan pergi tapi kena korban cuti public holiday atau tak pergi tapi kena maki dengan bos lepas tu tak naik gaji....Ces!
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails