2010 BAKAL JADI KENANGAN INDAH BEAN MORENO DALAM BLOGGING

2010 BAKAL JADI KENANGAN INDAH BEAN MORENO DALAM BLOGGING

Selamat pagi guys,

Hari ni cuti tapi Bean Moreno tetap pergi kerja kerana partner saya dipaksa untuk bercuti.So saya kena siapkan kerja-kerja dia yang still banyak.ces!Sebelum apa-apa terima kasih Perdana Menteri kita yang memang suka bagi rakyat dia sihat dengan berehat di rumah.Harap-harap lepas ni Malaysia akan menang banyak lagi sukan so kita dapat cuti.

Hari dah 31hb Disember 2010 dan esok dah masuk tahun baru.Bila dengar je tahun baru semua orang takut sebab umur pun dah jadi baru.Kalau umur tu berubah jadi 1 semula takpe ni yang dah 29 akan masuk ke 30 so dah masuk fasa baru (ini merujuk kepada uncle).

Bila tengok tarikh belakang angka dah nak berubah mungkin masing-masing akan refer balik diary dan ingat semula adakah semua azam-azam tahun baru yang di'plan' tercapai atau tidak.Bagi saya tak semua azam saya tercapai tapi at least ada sebahagian yang dapat saya capai dan itu sudah cukup buat saya gembira.Contohnya dalam blogging 2010 merupakan tahun yang membuatkan saya tersenyum lebar sebab blog ni dah berdiri dengan domain dotcom.

Tahun 2010 juga merupakan tahun yang membuatkan saya semakin faham dengan apa itu Blogging.Macam mana nak blogging dengan betul dan apa itu Nuffnang.Kalau tak dulu bodoh-bodoh alang je blogging.Benda yang tak patut buat pun saya buat.Tapi sekarang kepuasa berblog sudah dikecapi dan tak kisah apa terjadi saya tetap akan berblog sampai keluar muntah hijau.

Sebelum terlupa 2010 ni jugaklah saya keluar dari kepompong blogging dan dapat jumpa ramai kawan.Sebab dengan berani nya saya buat satu gath (walaupun time tu saya 'takde nama').At least masa first gath saya buat ada jugak 20 orang datang.Thanks to Melz sebab support saya sampai saya faham apa sebenarnya tujuan berblog.Dem dia sangat hebat!

Dah sampai masa saya teruskan tanggungjawab saya.Apa yang ingin saya sampaikan ialah dalam apa yang kita buat please jangan mengalah dan anggap kita ni tak bagus.Korang nak jadi bagus silalah belagak bagus bukan berlagak macam bagus.Tu dua benda yang berbeza ok...Anyway thanks to blogger-blogger yang support saya macam Eyriqazz, Nara, Kak Ina KL, Redmummy dan semua blogger-blogger lain (ramai beb kalau nak mention.korang tau siapa diri korang dan kalau tak mentionpun korang faham kan).Hopefully kita akan success sama-sama next year..Ingat blogging kerana minat bukan kerana harta...hak3...

p/s :

* Kenangan Blogging Paling Indah 2010...Wow! Bapak Romantis!
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails