3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 3)

3 FAKTA PASAL BLOGGER (PART 3)

Morning guys,

So dah usha gambar-gambar gath.Saya rasa dah ramai blogger up kan entri pasal gath 26 Disember 2010.So siapa tak pergi sorry 'tak dapek den nak nolong'.Pagi-pagi camni terasa macam nak share pasal apa yang terjadi dalam blogsphere kita.Yelah mungkin tak semua buat tapi kebanyakkan dari kita buat termasuk diri saya.Korang rasa apa yang berlaku bila seseorang tu dah bergelar blogger?

1. Dari Rajin Menjadi Pemalas

Ini pasti beb.Memang ramai yang akan alami benda ni.Kalau kita perasan masa awal-awal blogging yang mana time tu traffik pun baru 50 unique sehari maka ramai blogger yang akan blogwalking atau boleh kita katakan mesra blog.Sehari mungkin dalam 300 blog masuk then menjerit kat kotak jeritan.Kadang-kadang masuk blog yang sama 3 kali sejam (kasi pageview bukan unique) tapi bila dah banyak blogwalk dan banyak ilmu pastu SEO pun dah kira hebat maka kita dah malas nak blogwalk dan hati pun berkata macam ni :

"Eleh buat apa nak blogwalk lagi traffik sehari dah 1K..."

Ramai blogger yang lupa diri bila dah naik dan dapat traffik juta-juta.Ni tak termasuk blogger yang busy (ayat cover diri sendiri).Kalau dulu rajin komen blog lain tapi bila dah femes dia akan tunggu orang komen blog dia dan tengok mood untuk komen blog orang.

2. Ego Dan Akan Selamba Hentam Orang

Yang ni agak teruklahkan.Kalau dulu sebelum blog dia naik punyalah sopan santun.Berbudi bahasa sampai kalau mak mertua tengokpun boleh cair.Kena tembak dengan annon cool je kalau replypun ayat tersusun.Tapi bila blog kita dah agak happening dan dah ramai visitor dengan selamba je hentam orang.Kenapa jadi macam ni sebab dalam hati dah tanam ego lepas tu hati berkata :

"Selamba jelah ko nak takut apa...Follower ko dah ramai mesti ada je yang backup ko..."

Yang ni dah banyak berlaku...Serius saya cakap ramai antara kita yang lupa asal-usul kita yang merupakan blogger cap ayam suatu ketika dulu.Dem i hate this type of blogger...

3. Dari Suka Bertanya Kepada Suka Menunjuk

Sepanjang saya blogwalk banyak jugak saya tengok blogger yang berubah.Kalau dulu blog dia biasa-biasa je dia suka refer pada orang lain.Tanya pasal blog sampaikan nak letak widget apapun tanya.Tapi at last bila blog dah show maka entry dia akan berubah menjadi sedikit annoying.Maksudnya berbaur riak.Tak salah kita nak share apa yang kita lalui tapi kalau kita asyik-asyik nak up diri sendiri susahlah beb.Ye kita mungkin ada pengaruh tapi pengaruh tu akan makan diri kita balik.

So cukup 3 tak boleh lebih-lebih.Nak lagi tunggu next week.haha...Oklah hope kita dapat avoid benda-benda ni.Sebab ia bukan je akan rosakkan kita & blog kita tapi akan rosakkan blogsphere kita.

p/s :

* Malam karang saya update gambar-gambar kat dalam BeanMoreno.com
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails