MUNCHY'S MIMIC TO THE MUZIC CONTEST

ADV : MUNCHY'S MUZIC CONTEST




Korang suka tak makan Wafer?Pernah tak rasa Munchy's Wafer Cube?Kalau tak pernah silalah beli kat kedai yang berdekatan sebab Munchy's Wafer memang terbaik dariladang.Sekali rasa pasti mahu lagi.Bukan setakat sehingga menjilat jari silap2 tapak tangan pun korang jilat lepas wafer tu dah habis.


Sebenarnya saya nak cerita pasal game Munchy's.Penah tak try main game kat atas ni?Ni adalah kontest Munchy's MIMIC TO THE MUSIC.Apa yang korang kena buat untuk join kontest ni?Simple je korang just kena bikin satu video yang mana korang korang kena buat mimik muka yang cute.Tak kisah lah apa style pun janji kena kreatif.Yelah kalau tak kreatif macam mana nak menangkan sebab siapa yang kreatif dan banyak undi akan dikira sebagai pemenang.Selain daripada tu korang kenalah nampakkan yang korang tgh makan Munchy's Muzic.


Macam mana berminat tak nak join.Kalau minat just ikut langkah2 kat bawah ni :






1) Pergi ke www.munchysmuzic.com
2) Register kan diri korang :


(Sila jangan tanya kenapa kena register kalau ada niat nak menang)

3) Pergi usha ataupun download contoh Muzic Wafer commercial

4) Bila dah dapat idea apa lagi bikin lah video sendiri

5) Dah siap video?Pergi ke tab MIMIC untuk Submit video



6) Tunggu dan berdoa supaya video korang dipilih sebagai top 20 dan akan mara ke Stage 2 : Rank & Vote (11 August - 31 August).


Kalau namapun peraduan or kontes mestilah ada hadiah kan.Mana boleh masuk pertandingan menang tapi balik tangan kosong.Korang jangan terkejut or pengsan tengok hadiah dia :




Amacam?Tak cukup best lagi ke...Saya dah ada akaun so saya akan hantar entri untuk ni.Siapa2 yang terasa diri tu berani atau nak sahut tag line saya iaitu Kekacakan Mengatasi Segala Rintangan silalah hantar penyertaan ye.


Jangan lupa or tersalah tarikh ye date line untuk submit video ialah pada 5 August 2010.Memang lama lagi tapi itu kalau korang memang banyak idea boleh lah hantar last minit kan.So janganlengah2 silalah join kontest yang lumayan.


p/s :


* Entri ini sticky post sila lihat entry di bawah

SALT

MOVIE : SALT

Selamat malam guys,arini tak dapat nak aktif sangat sebab tadi kene pergi Seremban ada outlet terbakar.Kebakaran tu takdelah teruk sangat kerana hanya melibatkan tempat ais krim.Tapi dalam perniagaan walau seposen tetap dikira rugi.Dan dalam perniagaan kalau rugi itu bermaksud gagal.Amacam panas tak isu semalam.Saya takde niat nak bikin panas lagi just nak bagi kesedaran sebab kadang2 kita terlupa asal usul.

Hari Isnin hari tu saya dapat tiket wayang free.Siapa bagi?Dah tentulah Nuffnang siapa lagi.Takkan tiba2 buka mata tiket wayang terus ada kan.Ni first time layan movie screening Nuffnang kat Midvalley sebab biasanya asal screening mesti kat One Utama takpun kat Cineleisure.Seperti biasalah datang beratur mesti sebelum pukul 9 sebab screening start pukul 9.Yang tak bestnya entri saya What If I Was A Russian Spy tak cukup gempak untuk menang kamera SOny.So terima jelah kenyataan yang entri tu still entry yang belum cukup bagus.Cuba lain kali pulak lah.

Cerita SALT ni mengisahkan salah seorang agent perisikan Russia yang berjaya masuk ke dalam CIA.Dia telah bertahun2 jadi perisik dan akhirnya tiba masa untuk semua agent Russia bangkit dan bikin onar supaya seluruh dunia membenci Amerika.So dia jalankan plan pertama iaitu misi untuk membunuh President Russia dan dia berjaya.Tapi walaupun berjaya dia telah dikejutkan dengan kematian suamianya yang ditembak depan mata dia oleh ketua perisikan Russia.Korang rasa apa yang terjadi lepas ni?
Ok takat tu je saya boleh cerita.Kalau nak suruh cerita lebih korang datang rumah saya,dan saya akan cerita dari awal sampai habis termasuk siapa sutradara dia.

ScreenShot :

nilah dia Evelyn SALT

bila kena kejar mestilah kena lari

taktik penyamaran yang bagus

cuba teka siapa agent Russia?


Hm kalau nak suruh saya bagi rating bagi saya jalan cerita dia memang best sampai saya tertipu sebab ingatkan betul2 lah si SALT ni CIA.Rupa2nya dia memang Russian Spy.So disebabkan dia berjaya tipu saya maka saya bagi rating cerita ni 4/5.Kurang 1 sebab Angelina Jolie dah tua.Kalau still muda mungkin saya akan bagi 5.hak3...

p/s :
* Cerita ni memang best tak percaya pergilah beli tiket
* Dari cerita ni saya dapat satu pepatah moden :

"Tolong jangan Evelyn Salt boleh tak?"
(Nak tau kenapa sila tonton cerita ni.

JANGANLAH RACIST SANGAT BRO!

CULTURE : JANGANLAH RACIST SANGAT BRO!

Salam dan selamat malam.Pergh hari ni memang meletihkan sebab banyak kerja.Dah dua hari saya balik lewat sebab kena buat kerja tambahan untuk outlet tapi tak kisahlah janji duit masuk sudah.Jangan tak dapat gaji dah la.Sebab saya nak kena tanggung anak orang ni.Kang tak cukup makan tak pasal2 bapak dia marah saya.hak3...Sebelum saya teruskan dengan apa yang saya nak tulis saya nak minta maaf kalau2 saya akan tulis something yang akan singgung hati sesiapa.Entri ni wujud sebab saya just nak korang jadi seorang yang 'open heart' dan 'open minded'.

Oklah hari ni ada one big issue yang timbul.Sayapun diberitahu oleh Eyriqazz pasal benda ni dan lepas siap task tadi terus saya bukak blog terbabit.Memang agak hot la topik dia kan.Entri Selamat Tinggal Nuffnang merupakan satu topik yang mungkin boleh jadi keyword dalam Google search.Ok sempoi je sebenarnya.Bila ada topik mesti penyokong dan pembangkang dan itu memang pasti.Walaupun topik dia tertumpu pada contest tapi ada pulak komen yang cakap entri I Love Nuffnang itu sebagai entri bodek.Wah sedap2 jari je menaip.

Kalau kita nak blogging dan nak earn kita kena tau cara macam mana nak earn.Tiada erti kata racist dalam blogging.Kalau nak racist dah lama Nuffnang pilih bulu beb nak pilih blogger2 dia.Korang bagi tau kalau dengan Innity korang kena cukup kan quota traffik baru boleh masuk.Mangga ads pulak korang kena tunggu dua minggu baru boleh ada ads tapi Nuffnang korang register dan tempek code kat sidebar terus ada ads keluar walaupun tak tulis apa2 pun.Kalau nak cakap racist dan facist kenapa tak cakap Google Adsence itu Facist sebab nak blog English je.Kenapa tak pertikaikan Google Adsence?

Kalau nak cakap Nuffnang asyik2 bagi chinese blogger menang lah kan.Habis Eyriqazz & Kak Ina tu siapa?Adakah diorang tu Chinese blogger?Ataupun dalam IC diorang berbangsa CINA?Habis saya ni bangsa apa pulak?Ada ke saya ni chinese look?Sila jawab persoalan saya.Tolonglah berfikiran positif dan jangan disebabkan kita kalah satu contest kita dah terus direct shoot Nuffnang.Tak eloklah macam tu kan.Lagipun bukan Nuffnang yang pilih winner der.Client diorang yang pilih.

Dulu kecoh orang cerita pasal asyik2 Kenny Sia je dapat advertorial.Cakap Nuffnang pilih kasih.Habis tu Redmummy tu siapa?Beautifulnara tu siapa?Jangan blame orang lain disebabkan ketidaksepurnaan kita.Kita tak dapat advertorial sebab kita kurang usaha.Kita kalah contest anggap jelah entri kita tak bagus dan takde rezeki.Kalau nak belajar dan usaha lah lebih sikit.So sebelum keluar statement silalah berfikir dahulu.Dulu sebelum blog kita dikenali kita guna service dia lepas blog kita dah naik terus nak shoot tak tentu pasal.Silalah jangan jadi kacang lupakan kulit ye.Akhir kata silalah jangan timbulkan racism dalan blogging scene ni.Yang ruginya kita jugak der...

p/s :

* SIla anggap kekalahan itu sebahagian daripada pertarungan dan itu adat permainan.Brazil kalah worldcup pun boleh accept.

* Kalau kalah kali ni teruskan perjuangan OK...Chaiyok! SMile... ;) 
* This is just my opinion so please forgive me if it is different from yours!

MTV WORLDSTAGE 2010

EVENT : MTV WORLDSTAGE 2010 




Siapa yang tak pernah tau pasal MTV Worldstage?Sebenarnya ni first time saya excited pasal MTV Worldstage.Pada yang tak tau apa itu MTV Worldstage mari sini Bean Moreno bagitau apa itu MTV Wolrdstage.

"MTV Worldstage 2010 Live in Malaysia ialah satu event MTV yang paling hot dan dikenali.Memang event ni jarang2 ada tapi ia merupakan event yang disaksikan oleh lebih daripada 550 juta penonton serata dunia yang menampilkan artis2 popular dunia.Penggemar music memeng berebut nak dapatkan seat depan untuk tengok artis kesayanagn merka beraksi."
Siapa yang bakal beraksi untuk MTV Worldstage 2010 kali ni ?

* Katy Perry
* Tokio Hotel
* Wonder Girls
* Bunkface






Amacam rawks tak event ni.Semua nama2 besar beraksi atas satu stage.Ada terasa macam nak pergi tak?Kalau korang terasa macam best dan nak pergi saya boleh bagitau macam mana korang boleh dapat tiket ni.Caranya ialah (sebelum tu pastikan korang pengguna Celcom xpax) :


  1. Type and send MTV to 28881 and wait for a confirmation. 
  2. Reload RM50 upon receiving confirmation SMS and wait for your mobile voucher. 
  3. Once you have received the mobile voucher, redeem it at the Ticket Hotline office at NO. 96B, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail. 03-7725117.
Ataupun kalau malas nak taip SMS korang boleh jugak buat cara ni :

* Main MTV World Stage Challenges on Xpax/S.O.X./U.O.X. Facebook pages dan jadi salah seorang yang boleh menang pas EXCLUSIVE XZone.


Malas buka Facebook?Ada lagi satu cara untuk korang menang tiket iaitu :


 Download Call Me Tones daripada Channel X dan anda berpeluang untuk menang banyak hadiah. Untuk maklumat lanjut korang boleh masuk http://bit.ly/9vppKp










Simple je kan.Takdelah susah sangatpun nak dapat tiket.So kalau air liur korang dah meleleh tengok orang lain dapat tiket korang try lah buat cara2 kat atas sebab bukannya susah sangatpun.


p/s :
* Terasa jakun sebab dapat tiket Free pergi MTV World Stage 2010!

DUA ARTIS YANG BEAN MORENO MINAT ROSAKKAN LAGU

PERSONAL : DUA ARTIS YANG BEAN MORENO MINAT ROSAKKAN LAGU

Selamat pagi.Sementara tunggu kawan saya sampai saya nak up satu entri ringan2 je (sila jangan salah faham dengan statement ni).First of all saya nak ucap thanks kat korang semua sebab tanpa henti korang masuk blog picisan yang hanya di'handle' oleh seorang blogger cap ayam macam saya.Disebabkan korang saya seboleh2 takkan lupa untuk up entri.So kalau boleh sokongan korang amat diperlukan untuk meneruskan mood blogging.



Pagi ni saya nak tanya something.Ada tak benda yang korang suka tetiba bagi korang sakit hati?Mesti ada kan.Pagi ni saya nak cerita pasal satu lagu ni.Lagu ni memang saya minat dan top masa saya sekolah dulu.Korang pernah dengar tak lagu tak mungkin berpaling?Dulu memang top gila lagu ni.Apa?Tak pernah dengar...Ok jom kita layan dulu Vclip dia :





TAK MUNGKIN BERPALING - MAWI & ZAMANI -> DOWNLOAD HERE

Atas ni versi baru lagu Tak Mungkin Berpaling.Amacam best tak?Bagi saya tak best langsung beb.Dah jadi lagu nasyid la plak.Ok ni version yang dinyanyikan oleh Zamani & Mawi.Dua2 artis ni memang saya minat beb!Gua No 1 Fan Mawi tau.Tapi nila Mawi dah nyanyi lagu ni macam nak tak nak je terasa macam nak tendang je bontot Mawi.hahaha...

Tak taulah ni salah siapa.Bagi saya salah Mawi cuma 10% je yang lain salah Music coordinator lagu ni dan composer.Yelah sebelum korang nak suruh artis tu nyanyi lagu silalah buat music arrangement dulu biar suara artis tu masuk ni memang horrible gila.Kalau dah tak boleh nak ngamkan dengan Mawi silalah cari artis lain.Bila buat macam ni orang akan terus blame Mawi padahal dia just accept job je.Tak pasal2 reputasi dia jatuh.

MAMAKU JUGA SEORANG BLOGGER BEB!

PERSONAL : MAMAKU JUGA SEORANG BLOGGER BEB!

Selamat tengahari guys,apa cer?Dah lunch ke blom?Saya still ada kat rumah mama lagi sebab masih ada something yang perlu di'settle'kan.Hari ni takde idea ataupun aktiviti yang best nak cerita kat sini.So bikin entry personalpun ok gak kan.

Dulu saya ada buat entri pasal wife saya seorang blogger.Ni masa aiensepet baru belajar macam mana nak tulis blog.Sekarang tiba masa untuk mama saya pulak merasa situasi menjadi seorang blogger.Setelah dipujuk rayu dan dimasakkan Nasi Ayam akhirnya saya kalah dengan rundingan damai tersebut dan akhirnya terhasillah HUSNOR.BLOGSPOT.COM.Sebenarnya sayapun ada terfikir nak suruh mama buat satu blog so dia boleh release stress dengan menulis lagipun mama seorang bekas Guru Pakar BM nak jugak saya tengok dia menulis blog.So lepas ni takdelah dengar mama membebel lagi sebab semua dah dia tulis kat dalam blog (ooops).

Saya tak sempat nak buatkan custom template untuk mama sebab takde idea.Nanti bila saya free saya akan buatkan.So ni lah interface blog mama saya buat sementara :



Amacam smart tak?Ni default je.Nanti kalau saya free siap header saya buatkan.Selain mama ada lagi anggota keluarga saya yang ada blog sendiri iaitu :


Aini Haslina - aihashus301.blogspot.com
Aini Hafiza - ainihafiza.blogspot.com
Syafiq - terompahcaring.blogspot.com
Nurul Aien - aiensepet.blogspot.com


Jadi kepada blogwalkers ni saya bagi satu kemudahan untuk korang cari blog2 baru.Harap2 blogger2 semua dapat support blog diorang sampai berjaya macam korang sebab setiap orang bermula dari bawah dan tak mungkin terus ke atas.Jadi andai kata kalau Suterablogger dah menuju ke zaman kejatuhan saya masih boleh berbangga sebab saya dah lahirkan ramai blogger.Dan kira ada lah warisan.


p/s :
* tak sabar nak tunggu entri daripada mama saya.

SUTERABLOGGER OWH SUTERABLOGGER

PERSONAL : SUTERABLOGGER OWH SUTERABLOGGER

Salam dan selamat pagi ye.Hari ni ahad dan sure ramai yang masih terlentang sebab hari ni sebab cuti.Bila bangun pagi saya ada terasa satu aura yang membuatkan saya bersemangat untuk blogging.Apa dia?Eyriqazz & Cik Lily menang handphone LG!Macam mana diorang boleh menang?Apa punya soalan lah ni kan dah tentu korang tak masuk weblog Nuffnang ni.Semalam ada event LG Cookie Monster (betul ke ni?).Saya terpaksa bagi jalan kepada armster untuk menyamar selaku Bean Moreno yang kacak sebab saya tak dapat nak pergi atas alasan kukuh yang sememangnya kukuh seperti besi waja.Lagipun apa salahnya bagi laluan pada blogger baru untuk naik.Dulu sayapun macam tu jugak.hm...

Dah lama saya tak post pasal traffik blog ni dan apa yang terjadi pada Suterablogger ni. So hari ni Bean Moreno nak cerita apa yang berlaku daam Suterablogger sepanjang minggu ni.Selain pembaharuan yang saya buat saya juga terpaksa maintain traffik saya sebab dah jauh tersasar.Dulu saya update 3 kali sehari sekarang ni nak dapat 2 pun susah.Ok mula2 kita tengok entri mana yang panas untuk minggu ni kat dalam Suterablogger ni :



Kalau kita tengok figure kat atas ni Despicible Me dapat view paling hangat.Tak dinafikan memang cerita ni best dan tak bosan sehingga saya yang tak minat kartun nak cari CD dia kat pasaran gelap (sila jangan report KDN).Second place ialah entri Cerita Jepun Best Dulu Kala.Bagi saya entri ni just untuk suka2 tapi orang ramai nak baca.Ia cuma wujud atas dasar peribadi dan bila takde idea je.hak3...Ini membuktikan bahawa tak semestinya kita kena tulis  tips or tutorial ataupun pasal artis entri kita akan jadi hits.Personal touchpun boleh naikkan sesebuah blog itu kalau kita pandai relatekan dengan readers.


So sekarang dah nampak apa yang saya cuba sampaikan.Apa kata kita tengok apa pulak hot keyword yang orang cari kat dalam suterablogger:


ni keyword stats dari blogspot

Keyword stats dari Nuffnang


Kalau kita tengok kedua2 stats ni kita akan cakap 'Beza Memang Berbeza'.Yang samapun cuma Malique masih hiphop.Tapi oklah,sebab lagi banyak besa lagi banyaklah keyword dari SERP so jangan risau bila korang dah menulis mesti ada keyword akan melekat walaupun korang just tulis pasal pergi makan ikan bakar.

Oklah masa untuk breakfast bersama family.Saya nak mandi dulu sebab badan berminyak lepas pergi urut semalam.Pergh terasa badan ringan dan kalau nak sepak orang memang syok.Harap info ni bermanfaat untuk korang.

p/s :

* Sekali lagi Congrats pada kawan2 saya Eyriqazz & Cik Lily (dah menang baru ngaku kawan...hak3) yang menang LG Phone ye.
* Kepada Armster...amacam best tak pergi event...Kalau best jangan malas2 hantar entry ke Nuffnang.

EMINEM TIPU RIHANNA

SANTAI SABTU : EMINEM TIPU RIHANNA

Salam guys,saya tau ramai yang belum bangun tido lagi kan biasalah weekend siapa yang nak bangun pukul 7 kalau tak kerja or takde kelas.Tapi bagi insan2 yang gigh cari rezeki macam Bean Moreno Sabtu pun kene kerja sebab nak cari duit.Ini bukan rungutan tapi peringatan.Hari Sabtu sebenarnya masa untuk kita buat duit.Kalau tak takkan One Utama buka hari Sabtu.



So seperti biasa hari Sabtu saya mulakan entri dengan bercerita pasal lagu2 yang saya rasa best.Minggu lepas saya tulis pasal Lagu Cari Jodoh yang di Englishkan dan juga lagu Too Phat yang Masih Hip Hop.Ok hari ni saya nak cerita pasal lagu yang saya terdengar semalam kat Flyfm.Korang jangan salah sangka sebab Eminem cuma tipu Rihanna dalam lagu je.Kalau pada peminta eminem or hip hop lagu ni memang best (saya minat Eminem tapi bukan hip hop).Lagu kali ni ialah Eminem feat Rihanna - Love The Way You Lie.

Sebelum tu saya bagi korang layan dulu MTV ni.Takde yang official lagi.So siapa2 yang tau mana nak cari VClip yang official sila info ye.





Eminem feat Rihanna - Love The Way You Lie -> DOWNLOAD HERE

Ok tak?Amacam syok tak layan..?Lagu ni agak emo sikit tapi tak bosan lah.Macam yang kita tau Eminem kebanyakan lagu dia memang gangster rap.Music hiphop dia memang agak ganas sikit beb.So kalau korang berjiwa boy band yang menari lembut2 silakan tukar channel lain sebab korang takkan dapat hayati lagu ni.

Oklah masa dah time...Saya kena ke The Store (M) Sdn Bhd bukan untuk shopping tapi untuk bekerja.Harap korang suka lagu ni sebab saya suka lagu ni...

p/s :
* Bilalah aku nak siapkan Advertorial nih!!!Takde idea lah...

MACAM MANA NAK TENGOK STATS ENTRY

TUTORIAL : MACAM MANA NAK TENGOK STATS ENTRY

Salam dan selamat malam.Mata dah agak kuyu sikit rasa macam kalau tertutup sikit je mata ni memang akan hanyut.Saya sepatutnya kena buat task untuk Blup2 tapi idea buat entry yang seakan2 advertorial ni belum sampai so saya rasa kalau paksapun memang Celcom reject je proposal tu.Baik rileks dan tenang.

Malam ni saya nak keluarkan satu entry mudah.Selama ni kita asyik dengar wordpress je yang boleh usha stats entry tapi sekarang Blogspot pun dah boleh.Saya dapat ilmu ni pun lepas masuk blog Kak Jie.Blog dia merupakan salah satu blog yang saya perhatikan untuk belajar secara diam2.Kalau macam Eyriqazz saya telfon je tanya pendapat.Blog lain yang saya suka masuk untuk mengkaji ialah Dahlia.Saya menkaji dari susun ayat sampai ke permainan link.So mintak maaf pada tuan2 & puan2 blog sebab saya curi ilmu tanpa izin.

Sebelum tu saya nak korang bezakan stats yang kat blogspot ni tak sama dengan analytic tak kiralah Google analytic mahupun Nuffnang Analytic.Stats ni adalah untu check pageview untuk setiap entry korang.Firstly saya nak tunjuk macam mana nak masuk stats untuk blogspot.

1) Login masuk blogspot korang
2) Kat Dashboard click stats



Ok dah tau cara kan.Benda ni ramai yang dah tau tapi ada juga yang tak tau.Mungkin juga ada yang tau tapi buat2 tak tau sebab tak pentingpun.Tapi kalau tak penting kenapa Google tambah function ni?Oklah kita tengok apa yang ada kat dalam :






1) OVERVIEW 


Kat overview ni kita boleh check keseluruhan daripada post , Traffic Source, dan Audience.Yang korang tak boleh check ialah saman traffic itu korang kena pergi MyEG untuk check.Status perkahwinan pun takde kat sini itu kena pergi pejabat agama.Kat section ni semua yang berkaitan dengan blog korang ada.So kita boleh tau post mana yang orang ramai view.Kita jugak boleh tau berapa banyak page view kita untuk hari,minggu dan bulan.


2) POST 


Kat section Post pulak kita boleh check keseluruhan pageview untuk entri atau senang cakap Post mana yang orang selalu baca.Kalau nak check earning Nuffnang memang tak boleh sebab ni bukan weblog Nuffnang.


3) TRAFFIC SOURCES 


Kat section ni pulak korang boleh check dari mana traffik korang datang iaitu dalam bentuk reffering URL,Reffering sites dan juga Keyword yang orang cari kat dalam blog korang.


4) AUDIENCE


Kat dalam section ni pulak korang boleh tengok traffik korang datang dari negara mana.Ada 3 parts dalam section ni iaitu Pageview by Country,Pageview by browser dan jugak pageview by OS.Sama je macam Google analytic.


Oklah saya rasa cukup kot info pasal Stats ni.Kalau nak tau lebih silalah explore.Pada yang tau teruskan mengguna dan pada yang baru tau selamat datang ke Dunia Blogspot.


p/s :
* Sorry tak dapat nak upload bayak gambar untuk tatapan korang sebab internet terlampau slow.Harap2 gambar2 kat atas dah cukup untuk bagi korang faham sebab simple itu mudah dan pimple itu jerawat.
* Selamat mencuba

TEKKEN IS IN CINEMA!

NUFFNANG : TEKKEN IS IN CINEMA!

Salam dan selamat hari Jumaat.Sepatutnya saya isi hari ni dengan tazkirah sikit kan tapi sebab Bean  Moreno telah tersingkir dari Program Imam Muda maka hari ni takde tazkirah.Hari ni agak lambat sikit post entry.Tapi takpe kalau saya rasa ada nak bagi tazkirah maka saya akan post pasal tazkirah dan sambung slot Entri Jumaat.Entri untuk GCB burger mendapat sambutan.Amacam dah try ke?Burger tu memang sedap beb.Baik cepat pergi Mcdonalds sebab di limited je.

Hari ni saya nak cerita pasal Tekken.Korang pernah tak main game Tekken.Dulu game ni adalah satu game yang memang top dan mengalahkan game Street Fighter.Dia punya fight memang best dan tak banyak poer2 tahyul.Ada character yang pakai kungfu ada yang paranawe.Sekarang Tekken dah di filem kan.So Tekken In In Cinema!Mesti best.Pagi tadi tengok2 earning Nuffnang ternampak pulak ada screening so saya takkan buang masa.

Dalam Tekken ni saya paling minat watak 'Devil Jin'.Jangan salah sangka ni bukan Jins Samsudin ataupun Jin Superpower yang warna hijau tu.Kenapa saya suka watak Jin ni?Simple je watak Jin memang cool.Style dia berlawanpun memang syok tengok.Dia punya finishingpun stylo beb.Kalau ada lah Jin ni betul2 tak payah pakai polis nak tangkap peragut.Memang patah riuk peragut tu.Meh saya tunjuk sikit gambar dia :





Amacam ganas tak?Siap ada kepak beb tak payah pakai lancerpun boleh kejar orang jahat.Yang penting dia punya penyudah dia memang style.Ni adalah watak jahat untuk Jin Kazama.Macam Spiderman jugaklah ada venom dan venom lebih stylo kan.Kalaulah saya dapat badan best macam dia....


p/s :


Kalau siapa2 nak hantar entry boleh rujuk enty [ni]

GCB BURGER DARI MCDONALD

FOOD : GCB BURGER DARI MCDONALD

Hye selamat malam.Dah dinner ke blom?Saya baru lepas dinner dengan aiensepet dan dia masak lagi untuk saya.Yelah sejak jadi suri rumah ni hari2 dia masak.Saya just pergi kedai beli barang then tunggu sampai makanan terhidang depan mata.Tapi ni sementara je sebab esok dia ada interview so kalau dia dapat kerja memanglah saya susah nak dapat makan makanan dari air tangan dia.

Oklah malam ni nak cerita pasal burger baru dari McDonalds.Korang dah rasa GCB burger?Saya dah cuba dan memang sedap beb.Memang tangkap leleh lepas tgk iklan dia.Saya pulak memang senang terpengaruh dengan iklan.Sebelum tu saya bagi korang tengok iklan MCDonald GCB burger dulu :


Amacam tergoda tak tengok gambar nih?Pergh sekali tengok memang macam Prosperity Burger taoi sebenarnya lain.Persamaannya ialah GCB burger dan Prosperity burger hanya ada pada period (bukan datang bulan ye) yang tertentu.Puas tak?Bak kata orang kalau nak wangi kawanlah dengan tokey minyak wangi.Uiks ada kena mengena ke?Silap2 bak kata pepatah tak dapat anak ibunyapun jadilah...hak3...Ok sekarang saya nak tunjuk yang real pulak :


still dalam kotak

Kasi bukak sikit je


Lepas tengok apa perasaan korang?Ada terasa macam nak pecut gi McD tak?Dia punya chicken grill mak aiyh memang leleh beb ditambah pulak dengan sos dia memang nangis beb.So apa lagi gi try memang tak menyesal yang korang akan rasa ialah tak puas sebab sedap dan saiz dia tak mengenyangkan.

p/s :
* Esok macam nak pergi makan lagi pulak.Doakan saya berjaya...hak3..

BERTUTUR DALAM ENGLISH ITU MAHU PRACTICE ATAUPUN MENUNJUK

CULTURE :BERTUTUR DALAM ENGLISH ITU MAHU PRACTICE ATAUPUN MENUNJUK


Salam dan selamat tengahari semua.Saya macam malas nak makan la pulak bukan sebab nak diet tapis sebab malas nak berjalan dan takde selera.Hm,Laptop Acer Aspire 1810TZ tu still ada so sesiapa yang berminat boleh contact saya.Tuan dia dah bersetuju untuk kurangkan harga setelah saya mengacukan senapang gajah ke mukanya.hak3...SO harga baru ialah RM1700.

Oklah hari ni malas nak tulis tips sebab saya malas nak berfikir.So saya nak tanya pendapat korang.Apa yang korang fikir bila seseorang tu bercakap atau bertutur bahasa inggeris?Sebenarnya mempelajari bahasa Inggeris itu bagus tak salah sebab kita boleh communicate dengan bangsa lain dengan mudah.Sebagai contoh kalau kita pergi Thailand mungkin ada sesetangah orang yang faham bahasa Malaysia tapi  lagi setengah tak faham so dengan bahasa inggeris kita boleh communicate dengan diorang.Kalau tak kita mintak baju perempuan pink dia bawak kita pi 'Pink Lady'.

Tapi yang menjadi masalahnya ialah bila seseorang tu asyik nak bertutur dalam bahasa Inggeris padahal hari2 makan belacan dengan ikan kering.Lepak dengan kawan2 sama bangsapun nak bertutur macam mat saleh bukan takat tu je siap 'slang' beb.Memang tak boleh blah.Seolah2 diorang bertutur dalam bahasa Inggeris nak menunjuk kat orang lain yang diorang ni hebat dan konon nya banyak duitlah.Kadang2 cakap bersepah tapi nak jugak menunjuk yang diorang tu hebat 'speaking'.Owh what the cikhel...Come on la guys...

Saya bukan apa,saja saya bangkitkan benda ni sebab ada Melayu yang tak sedar diri bahawa dia tu Melayu.Asyik2 nak 'speaking' je macam sekarang diorang ni duduk kat Hollywood dan berkawan dengan Paris Hilton.Sebab apa saya jadi pelik,cuba korang bayangkan kalau korang pergi ke Jepun.Cubalah cakap bahasa Inggeris memang takkan diorang layan punya.Cuba korang pergi Russia belajar semua buku dalam bahasa Russia dan adalah wajib untuk kita belajar bahasa Russia.Tapi kat Malaysia kita sibuk nak poyo bertutur dalam bahasa Inggeris tak kira masa.Kadang2 dalam tandas pun nak 'speaking'.Abis kalau kita tak bertutur dalam bahasa kita sendiri korang rasa puak2 Paris Hilton nak ke bercakap dalam Bahasa Malaysia.

Kesimpulannya kat sini silalah sedar diri dan jangan nak agung2kan sangat bahasa orang lain.Belajar dan praktis takdehal cuma tak payahlah bila melepakpun kita nak speaking london sampai terbelit lidah.Tu seolah2 kita macam nak bangga kita ni orang putih.Sedar lah yang kita ni orang coklat je.Kalau betul2 nak bertutur dalam bahasa Inggeris setiap masa pergi pindah luar negara.Sini Malaysia so tak payah poyo nak jadi David Becham ye.

p/s :
* Kadang2 ada jugak yang gunakan bahasa Inggeris ni untuk mengorat awek seolah2 nanti bila akad nikah tok kadi bacakan akad dalam bahasa Inggeris.Ces!

KORANG MEMANG SO HOT MACAM WONDERGILRS

BSB : KORANG MEMANG SO HOT MACAM WONDERGILRS

Salam dan selamat malam saya ucapkan kat korang yang masih berblogwalking dari maghrib tadi.Dah sembahyang ke blom?Jangan lupa kalau tak sembahyang rajin macam manapun kita tetap akan rasa susah nak dapat apa yang kita kejar.

Hari ni rasa dah puas dah kot saya blogwalk dan ada beberapa entry yang saya rasa saya suka baca dan letak kat dalam slot BSB (Bean Suka Baca).Tapi sebelum tu saya nak korang tau yamh korang memang hot macam lagu Wonder Girls ni :





WONDER GIRLS - SO HOT -> DOWNLOAD HERE

So saya buat segmen ni bertujuan untuk share dengan korang entri yang saya rasa saya suka baca selain tu nak membuktikan yang saya blogwalking sambil membaca.So jom layan entri2 yang saya dah compile :


HANI LENTIK 





PROF HARIZ




PINK GLASES



Oklah kalau korang rajin try usha entry2 diorang.Sebab bagi saya best je baca sebab ada info kat situ.

p/s :
* Ni first time saya buat slot ni so ada sikit2 kurang mintak halal la eyh.
* Akan diupgrade di masa hadapan

BARU DI SUTERABLOGGER

PERSONAL : BARU DI SUTERABLOGGER

Selamat pagi sebelum pergi kerja saya nak publish something yang sikit simple.Benda yang ada benefit untuk saya dan untuk korang.Yelah zaman sekarang mana ada orang buat kerja ikhlas 100%.hoho.Kalau korang perasan Suterablogger dah mengalami beberapai revolusi tak kira dari segi penulisan ataupun template.Yelah dulu budak berhingus so tulis pun mengarut2. Sekarangpun mengarut2 jugak cuma bezanya berilmu.

Perubahan 1 - Tab BSB





BSB ni bukan Backstreet Boy ye.Mintak maaf mintak ampun saya bukan fan boy band yang menari lembik2 ni.Saya seorang yang ganas dan melayan music Oi!.hak3...BSB ni bermaksud Bean Suka Baca.Ini diinspirasikan oleh Eyriqazz.Terpulanglah korang nak cakap saya tiru ke apa janji saya dah mintak izin Eyriqazz dan dia ok je.So kalau ada perkara berbangkit lepas ni saya stapler mulut orang yang bikin panas tu.


Perubahan 2 - Sponsor Saya



Yang ni ada kat sidebar.Tujuan dia wujud adalah untuk promote business yang korang ada.So siapa2 berminat nak tempek barang untuk dipromotekan silalah contac saya ye.Bayaran dia tak mahal sangat memandangkan PR dengan Alexa saya biasa2 je.Tunggulah dah ok esok..haha...takdelah main2 je...So satu banner kecil tu saya just charge RM15 je untuk sebulan.


Perubahan 3 - Blog Best




Ok Blog best ni untuk korang yang nak promote blog.Promote diri tak dibenarkan ye.Just prepare banner 125x125 then bagi kat saya.Saya akan tempek kat situ.Yang ni saya charge murah sikit RM7 satu banner untuk sebulan.Murahkan beli GCB burger Mc Donald pun mahal tau.


Oklah ni je nak bagitau dalam entri ni.So sape2 yang berminat silalah hantar rombongan meminang ke email saya suterablogger@gmail.com.tempat terhad sebab saya just sediakan 4 je sebulan.Letak banyak2 pageload jadi berat.


p/s :
* saje je nak test market mana tau berjaya sebab kalau tak cuba kita tak tau kan.
* Hopefully dapat support dari korang lah ye

NUFFNANG AKHIRNYA TABUR ZAKAT DI SUTERABLOGGER

PERSONAL : NUFFNANG AKGIRNYA TABUR ZAKAT DI SUTERABLOGGER

Selamat malam ye dah makan ke blom?Saya tadi terperangkap di dalam jam selama hampir dua jam.Bayangkan saya gerak tadi 6.50pm dan sampai di rumah pukul 8.15pm.Nasib baik bawa kereta auto kalau tak memang longgar lutuT.Hari ni kat tempat kerja memang sibuk sebab partner saya ambil leave seminggu.Memang kow punya kena cover so dalam masa seminggu ni saya kena jaga 18 outlet kat utara.

Oklah Minggu ni adalah minggu yang best sikit bagi Suterablogger dan Bean Moreno sebab Nuffnang tabur zakat kat sini.Start dari Bulan Mei buffered earning saya tak putus.Keluar 1 masuk 3,keluar lagi 1 masuk lagi 2.So kerja saya sekarang ni ialah menaip je tanpa hiraukan buffered earning.Ada lagi ke yang tak tau apa itu buffered earning?Mustahillah sebab ramai blogger dah ceritakan mesti dah tau.



Pastu hari tu saya ada cerita yang saya dah lama tak dapat tiket free movie Nuffnang kan.Dah berapa kali tengok wayang semua keluar modal sendiri.Tapi Bean Moreno cool je beb.Sabar itu separuh daripada iman.So akhirnya kapooow!Dapat satu invitation untuk tengok cerita yang memang saya nak tengok sebab Angelina Jolie berlakon.Apa lagi kalau bukan SALT.So save RM20 untuk tiket wayang next week.So siapa2 yang dapat sila calling2 ye.Kita lepak sekali.




Sebenarnya itu je nak cerita sebab idea saya nak simpan untuk esok.Kalau tulis malam ni esok nak cerita apa.Terpaksa order kismin doa banyak2.Saya dah takkan cerita tips nak dapat buffered sebab dah banyak kali cerita.Pandai2 lah korang godeh2 blog ni.Nak belajar kan?


p/s :
* Untuk dapat sesuatu kita kena korban kan sesuatu.Itu undang2 peperangan.
* Kalau korang jenis malas sangat nak update or malas nak cari traffik sila lupakan hajat untuk bermertuakan Nuffnang ye.

MACAM MANA AKAUN GOOGLE BOLEH TOLONG BLOG KORANG

TIPS : MACAM MANA AKAUN GOOGLE BOLEH TOLONG BLOG KORANG

Salam dan selamat pagi,korang dah breakfast ke blom?Saya macam biasalah tengah tunggu member untuk ke tempat kerja.Dah beberapa hari saya tumpang kawan sebab malas nak hadap jam.Ok sebelum apa2 saya nak tanya korang pakai email account apa?Saya tau ramai yang pakai hotmail & Yahoo.Saya tak tau apa kelebihan kedua2 email provider ni yang saya tau saya pakai gmail.Hari ni saya nak share apa yang korang boleh buat dengan email Gmail untuk tolong blog korang.

Kalau korang still ingat saya ada tulis pasal Google Webmaster kan.Amacam dah try buat ke blom?Berkesan tak?Ok entri ni sambungan sebab Google Webmaster merupakan salah satu element dari apa yang korang boleh buat dengan akaun email Google.Ok sekarang kita tengok apa yang kita boleh buat untuk majukan blog kita kalau kita ada akaun Gmail.Sila tengok gambar kat bawah :



Korang tengok macam2 ada beb.Dari iklan sampai ke trends yang tengah hot.Korang just pilih je mana satu yang korang nak usha & apply.Tak susah pun.Korang tak tau ke nak masuk sini macam mana.Ok biar saya tunjuk macam mana nak masuk & guna akaun google ni dengan menggunakan email :


1) LOGIN EMAIL GMAIL
2) MASUK GOOGLE TAIP WEBMASTER


3) PILIH WEBMASTER




4) LOG IN GUNA AKAUN GMAIL




5) PILIH MYACCOUNT




6) PILIH MANA YANG KORANG SUKA




Senang tak?Itulah kelebihan yang kita boleh dapat kalau ada akaun gmail.Hanya perlu email je then kita boleh terus buat macam2 untuk majukan blog.Lagipun blogspotpun product Google jugakkan so tak mustahil kita boleh dapat result dalam SERP.Kalau korang nak tau apa function2 yang ada dalam ni sata akan terangkan satu persatu dalam entri lain sebab nampak gaya entri ni pun dah agak mencecah mantel bumi.Korang explore sendiripun lagi bagus sebab korang boleh cerita kat entri korang.Takdelah nampak macam plagiat sangat kan.hak3...


p/s :


* Asyik bagi tips je,harap2 korang buatlah sebab ilmu kalau disimpan akan jadi jeruk
* Mudah bukan dengan ICT

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails