Showing posts with label Celcom Xpax. Show all posts
Showing posts with label Celcom Xpax. Show all posts

MTV WORLDSTAGE MALAYSIA 2010












PERSONAL : BEAN MORENO DI MTV WORLDSTAGE 2010


Salam dan selamat hari Ahad ye.Sorry semalam saya just dapat update untuk ajak korang vote saya je.Korang dah vote ke blom?Kalau belom tolong lah vote ye.Kalau menang saya belanja korang minum teh ais sorang satu.hak3...



Hari Sabtu yang lepas saya berpeluang pergi MTV WORLDSTAGE 2010 yang berlangsung kat Sunway Lagoon Beach Surf.Macam mana dapat tiket?Kan saya dah bagitau sapa suruh tak baca entri saya.Siapa yang perform malam semalam?takkan korang tak tau yang perform hari tu ialah Bunkface, Wondergirls, Tokio Hotel, dan Katy Perry.Semua nama2 besar beb.


terpaksa tangkap gambar gaya Myspace

Kali ni saya masuk konsert ni bertemankan kawan saya.Actually dia sepatutnya balik kampung untuk kutip buah kat Tampin.Tapi sebab dia memang nak sangat pergi so dia terpaksa batalkan niat murni dia.Macam yang korang tau hari Sabtu hujan lebat so saya terpaksa meredah hujan dan beratur panjang untuk masuk ke dalam Sunway Lagoon.Nasib baik event crew bagi baju hujan yang kira smart jugaklah.




Yang kat atas ni adalah sponsor dan organizer untuk event besar ni.Memang ramai yang datang layan MTV Worldstage 2010 tak tau lah mana diorang dapat tiket mungkin tiket FREE macam saya jugak kot.




Korang tengoklah sendiri keadaan kat dalam Sunway Lagoon ni.Pergh memang padat beb.Saya pun terpaksa berjauhan dengan awek saya Katy Perry sebab kalau nak pergi ke depan memang tak dapek den nak nolong.Tapi tak kisah lah sebab masa awal2 bau masih harum sebab perfume masih terlekat kat badan masing2.


Disebabkan hujan lebat organizer mendapat satu masalah yang mana PA system diorang 'short'.So apa yang terjadi ialah mereka terpaksa delay show untuk satu masa yang panjang.Kalau tak silap untuk satu artis ke artis yang lain ambil masa 45 minit.Jadi kenalah tunggu nak buat macam mana kan,kecewa memang kecewa tapi sebab tiket tu FREE je tak boleh nak banyak cakap.Saya dan member saya sampai pun agak lambat dan masa kitorang dapat masuk dalampun Bunkface tengah perform last song diorang.So sorry bunkface tiada gambar mu di blog picisan ku ini.


Kalau ikutkan kat dalam terms @BlupblupMY tak boleh bawa kamera tapi saya dengan berhati waja dan berani selamba seludup compact camera saya.Walaupun nampak cikai tapi ia telah berjasa untuk semalam.Siapa yang bijak bawak Nikon DSLR bersama2 dengan beg dengan niat untuk menunjuk yang dia ada DSLR memang tak bernasib baik sebab kena rampas.hak3...


Ok kalau nak tanya pandangan saya lah kan untuk MTV Worldstage 2010 ni saya ada beberapa benda yang nak share :


* Event besar macam ni tak sesuai buat kat Sunway Lagoon sebab laluan keluar dia memang sempit.So memang berebut2 lah orang nak keluar.


* Sepatutnya kalau nak start event biarlah tunggu ramai yang masuk dulu.Ni tak start betul2 time dia padahal yang tengah beratur kat luar ramai lagi.


* Preparation untuk event itu penting.So siapkan keperluan yang sepatutnya ada kalau boleh ada spare.


Oklah tu je.Tak elok komen banyak2 sebab tiket FREE kalau tiker tu saya bayar memang saya akan bising.


p/s :
* Kadang2 pergi konsert kita dapat tengok ramai manusia JAKON!

MTV WORLDSTAGE 2010

EVENT : MTV WORLDSTAGE 2010 




Siapa yang tak pernah tau pasal MTV Worldstage?Sebenarnya ni first time saya excited pasal MTV Worldstage.Pada yang tak tau apa itu MTV Worldstage mari sini Bean Moreno bagitau apa itu MTV Wolrdstage.

"MTV Worldstage 2010 Live in Malaysia ialah satu event MTV yang paling hot dan dikenali.Memang event ni jarang2 ada tapi ia merupakan event yang disaksikan oleh lebih daripada 550 juta penonton serata dunia yang menampilkan artis2 popular dunia.Penggemar music memeng berebut nak dapatkan seat depan untuk tengok artis kesayanagn merka beraksi."
Siapa yang bakal beraksi untuk MTV Worldstage 2010 kali ni ?

* Katy Perry
* Tokio Hotel
* Wonder Girls
* Bunkface






Amacam rawks tak event ni.Semua nama2 besar beraksi atas satu stage.Ada terasa macam nak pergi tak?Kalau korang terasa macam best dan nak pergi saya boleh bagitau macam mana korang boleh dapat tiket ni.Caranya ialah (sebelum tu pastikan korang pengguna Celcom xpax) :


  1. Type and send MTV to 28881 and wait for a confirmation. 
  2. Reload RM50 upon receiving confirmation SMS and wait for your mobile voucher. 
  3. Once you have received the mobile voucher, redeem it at the Ticket Hotline office at NO. 96B, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr. Ismail. 03-7725117.
Ataupun kalau malas nak taip SMS korang boleh jugak buat cara ni :

* Main MTV World Stage Challenges on Xpax/S.O.X./U.O.X. Facebook pages dan jadi salah seorang yang boleh menang pas EXCLUSIVE XZone.


Malas buka Facebook?Ada lagi satu cara untuk korang menang tiket iaitu :


 Download Call Me Tones daripada Channel X dan anda berpeluang untuk menang banyak hadiah. Untuk maklumat lanjut korang boleh masuk http://bit.ly/9vppKp










Simple je kan.Takdelah susah sangatpun nak dapat tiket.So kalau air liur korang dah meleleh tengok orang lain dapat tiket korang try lah buat cara2 kat atas sebab bukannya susah sangatpun.


p/s :
* Terasa jakun sebab dapat tiket Free pergi MTV World Stage 2010!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails