CULTURE : PAKAI HARTA BAPAK TAPI POYO LEBIH


Hye guys,amacam ada baik ke hari ni?Sepertimana yang korang tau hari ni adalah hari terakhir saya menulis blog.Mesti ramai yang sedih (hek eleh bajet best je blog ni).Yelah habis kalau bukan saya yang bajet bagus siapa lagi yang nak bajet blog ni bagus.Tapi rileks dulu.Cool2 jangan nangis dulu.Hari ni adalah hari terakhir saya menulis blog di office ni sebab ni adalah hari terakhir saya di kolej ni.Sedar tak sedar dah nak dekat setahun saya kerja kat sini.Saya terpaksa pergi ke kelab lain walaupun ditawarkan harga tertinggi yang boleh mengalahkan harga Christiano Ronaldo.Jadi lepas ni harap2 dapat online sewaktu bekerja.

Ingatkan nak tulis pasal event Digi Breakfree last Saturday tapi mood belum sampai dan kalau say paksa jugak nak tulis pasal event tuh mungkin saya akan melalut bukan memberi fakta.hak3...Tapi apa yang boleh saya katakan event tu best jugaklah tapi tak se'best' event Digi Pimp My Internet bulan January lepas.Kalau tak caya tanya siapa yang pergi dua2 event ni.

Oklah nak cerita sikit pasal apa yang manusia selalu buat and fikir.Kalau korang perasan manusia ada satu sifat nama dia ego dan ego ni akan membuatkan manusia lupa siapa diri dia dan akan menganggap dia bagus.Kiranya takkan ada orang lagi bagus dari dia.Bila pakai barang best sikit dia akan terasa best dan mula merangsang hormon jahat yang digelar hormon 'show off'.Maka walaupun cuma pakai beg tangan Louis Vuitton yang beli kat Petaling Street pun dah mula 'merak'.

Saya ingat lagi time sekolah,saya ni bukan anak orang kaya tapi tak jugaklah miskin.Kira kalau nak beli karipap tu boleh lah tiap2 hari (uiks apa kene mengena?).Time tu bapak saya just pangkat pegawai waran je.Dalam sekolah tu belambaklah anak2 panglima dan pangkat2 besar.Jadi bila dah macam tu siapa yang ada barang branded memang akan dipandang dan memang akan dapat ramai kawan senang cerita 'top' (bukan sabun basuh baju yek) lah kat sekolah.Saya ni just pakai Alien Workshop pasar malam je (walaupun branded tapi boleh kasi kantoilah itu pasar malam).Jadi masing2 akan berasa bangga dengan apa yang diorang ada.Dan mereka2 di memang senang nak dapat awek.hak3...Tak macam saya asyik2 kene reject je pastuh memang nak bercampur pun takut.Tapi dalam keadaan tersebut sedarkah mereka bahawa apa yang dipakai itu bukan dari titik peluh sendiri?Sila jawab...

Time bekerja pulak,semua cerita bab2 kereta besar.Pakai kereta BMW bapak pergi kerja padahal kerja kerani am rendah je (ada ke situasi ni,saya pajak je).Itupun dah buat muka mintak penampar.Saya ingat lagi ada satu hari time saya bujang.Lepak lah dengan member2 kat Rasta Damansara.So bila lepak tempat2 macam tuh maka wujudlah awek2 cun yang bajet diva.Pakai branded2 lepak makan nak style2.So masa kitorang nak balik tuh kitorang jalan sekali ngan awek tu (tiada niat nak ngorat ye).Member saya dengan muka tak malu tegurlah seorang awek ni (untuk pengetahuan korang member saya pakai Proton Wira je).Korang rasa apa ayat awek tuh?

"Pakai Wirapun ada hati nak ngorat awek..."

Last2 korang tau awek tu pakai kereta apa?Kereta Tiara je pun.hak3...Dia punya poyo macam pakai Brabus beb.Itupun belum tentu kereta dia.Ntah2 kereta abang dia kita bukan tau.Last2 member saya kejar kereta dia then pergi sebelah kereta RAM kat kereta dia.Muka terus tunduk.hoho...Tengok tu dia ingat harga Tiara lagi mahal dari Wira ke?Mungkin dia terasa kereta dia dah habis gempak.

Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya ialah walaupun kita ada something yang mungkin lebih bagus dari orang lain,silalah jangan nak berlagak lebih2 lagi kalau barang2 itu datangnya dari wallet orang lain.Kalau itu adalah dari hasil kita sendiri mungkin ada exceptionlah kan.Tapi tak semestinya kita boleh 'show off' pada orang lain.

p/s :
- Yeay !!!Akhirnya saya breakfree!!!
- Dua hari tak menaip maka entri nipun jadi kureng sikit hak3
- Nah amik ko entri ceceh lantai...

MOVIE : PRINCE OF PERSIA - THE SAND OF TIME BERSAMA MISTER POTATO...AKHIRNYA PRINCESS TAMINA MENJADI AWEKKU


Hye semua,thanks sebab still lagi nak baca apa yang Bean Moreno karutkan dalam blog ni.Biasalah bila orang agak stress maka blog akan dituju dan ia adalah lebih baik dari membuang bayi di tepi jalan keretapi.Korang mesti pelik kenapa saya dah lama tak keluarlan tipskan.Bukan apa,saja ubah mood sebab nak bagi tips bukan senang dan bukan takat tulis untuk bagi orang baca.Nak tulis tips kena ada kefahaman yang tinggi dan benda tu perlukan masa.Memang best tulis tips lagi2 kalau tips Nuffnang memang hits ribu2 punya then bila check buffered earning memang naik laju je sebab traffik tinggi.Tapi susah sebenarnya tak percaya tanyalah blogger2 best macam Mel,Eyriqazz,cikhel,Bob dan yang lain2.

Oklah kelmarin macam yang korang tau saya dapat invitation tengok cerita Prince Of Persia : The Sand Of Time.Cerita ni diadaptasikan dari game yang memang saya minat sejak umur saya 8 tahun.Memang best beb game dia.Apa2pun thanks to Nuffnang sebab melabur kat Suterablogger untuk tiket wayang ni.Kalau korang nak tiket free rajin2lah tengok blog Nuffnang ye.Buat benda simple then dua tiket korang akan dapat.Tapi kalau Masih ada "M" kat dalam diri jangan salahkan orang lain ye.

Macam biasalah kan Nuffnang kalau buat screening mesti kat Cineleisure kalau takpum kat One Utama TGV.Kali ni saya dan aiensepet sampai agak lambat sebab aiensepet balik kerja lambat.Sampai2 kitorang beratur lah kat dalam Cathay macam biasa dan orang pertama yang saya nampak ialah Kak Ina KL.Dalam perjalanan kami beratur yang terpaksa tunggu lama saya bertembung pulak dengan blogger superhero iaitu Darkbatman.Maka gambar ini terhasil.





Wayang kali ni macam biasa kami dah tentulah dapat sepasang tiket sebab kalau takde tiket macam mana nak masuk hall dan duduk kat kerusi kan.Tapi ada kelainan pada hai itu sebab kami dibekalkan dengan 'jajan' Mister Potato.Korang mesti belum rasa punya sebab belum ada kat pasaran.Korang pernah rasa tak Mister Potato Rice Crisp?Memang sedap terasa macam makan nasi tau.Jadi dengan kehadiran 'jajan' Mister Potato Rice Crisp ni kami tak payah bazir duit beratur untuk beli pop corn.hak3...Korang nak tengok something tak?






Saya dapat banyak stok 'jajan' ni sebelum kami dapat masuk ke panggung.Tapi korang jangan salah sangka saya tak pelahap sampai tahap ni.Stok2 ni semua bukan saya punya sebab saya wakilkan Kak Tash & Pojie sebab saya datang awal sikit.Maknanya sepasang tiket hanya dapat 2 Mister Potato Rice Crisp.Baru ingat nak buat stok jajan sebulan.hak3...Lepas dapat tiket saya dan aiensepet pergi makan dulu sebab perut dah terlalu lapar.Jadi kami ke Kopitiam kat bawah tapi yang bestnya kami just order air je.




Muka keletihan bercampur kelaparan.Tapi apa yang bestnya ada nasi dalam balang iaitu Mister Potato Rice Crisp.Setiap orang akan dapat flavour yang sama iaitu OriginalFlame Grilled BBQ.Bagi saya Flame Grilled BBQ tu memang sedap.Kenyang jugak makan Mister Potato Rice Crisp tapi disebabkan kebuluran kami order jugak nasi betul...hak3...Satu balang disimpan untuk makan sambil tengok movie dan mengelakkan daripada tertidur.Oklah dah panjang sangat melalut.Meh saya cerita pasal movie pulak.




Sinopsis Cerita :


Seorang raja yang hebat telah mengambil anak yatim dari jalan Nasaf untuk menjadi anak angkatnya kerana kehabatan budak tersebut tanpa menyedari yang budak itu akan mebuat kejutan apabila dia sudah besar.Budak itu bernama Prince Dastan.Apabila sudah besar Dastan telah menjadi seorang panglima perang yang hebat dan bijak dan berjaya menakluki Alamut.Idea menakluki Alamut adalah adalah idea Nizam dan mereka berjaya.Tujuan menakluki Alamut adalah untuk merampas satu senjata yang dinamakan Dagger Sand of Time dimana ia boleh mengubah masa silam.So macam2 berlaku dalam pengembaraan Prince Dastan untuk membuktikan kebenaran dan jatuh cinta pada Princess Tamina (lawa tuh).Dan akhirnya dia mendapat tahu yang Nizam inginkan Dagger itu untuk mengbah sejarah supaya dia dapat menjadi King Of Persia.Adakah dia berjaya?Korang pergi beli tiket baru tau.


Apa yang boleh saya cakap ialah cerita ni memang best sebab ada action,love & comedy.Memang terbaiklah dan korang takkan ngantuk walaupun baru balik dari kerja.hak3...So pergi lah tengok Prince Of Persia - Sand Of Time sebab tiket RM10 je (tulah lain kali appy tiket free dengan Nuffnang ye).Yang penting saya dapat ngorat Princess Tamina percaya tak?Meh saya tunjuk bukti :






PELIK TETAPI BENAR PADA SUTERABLOGGER DAN TERIMA KASIH CIKHEL


Selamat petang,adus lapo pulak ni...Bangun2 terus mandi & pergi sembahyang Jumaat.Perut dah berbunyi RnB ni.Amacam best tak entri Project Alpha yang semalam tuh.Agak daring kan entri tuh sebab selamba mak nyah je kutuk Lana Nordin.Korang tak rasa pelik ke dengan entri tu?Kenapa kene rasa pelik.Kalau korang rajin baca blog ni dan kenal cara saya menulis mesti korang dapat detect something yang agak fishy.Nak tau apa dia :

1) Entri tu takde typo beb,gila ke apa Bean Moreno kalau tulis mesti ada satu dua typo.hoho.

2) Tiada Link kepada mana2 website ataupun blogger.Bean Moreno tak pernah kedekut link walaupun kepada website yang PR dia 10.

3) Perkataan vavis tak pernah digunakan sebab Bean Moreno akan tulis babi ataupun b**i.

Cukuplah 3 je kan sebab yang lain tu memang kalau korang tuan blog pun susah nak cari.Jadi terus terang yang taip entri tu sebenarnya bukan saya yang kacak ni.Tak mungkin saya dapat tulis entri Project Alpha semalam sebab saya pergi tengok Prince Of Persia kan.Melaiankan saya ada ilmu hitam atau bela hantu raya hak3...

Kalau korang tengok gaya penulisan tu pun agak lain kalau nak dibandingkan dengan cara Bean Moreno menulis entri.Tapi anyway thanks la kat si pambantu am ni kalau tak saya tak submit entri Project Alpha ni.Walaupun maruah agak tercalar (alamak ayat tak boleh blah) tapi dia sudi jugak tolong hantarkan entri untuk saya.Yang tak boleh tahan ada ke patut dia letak gambar ni :


Habis tercalar maruah saya sebagai bakal peserta Imam Muda musim depan.Cis!mesti lepas ni banyak keyword2 panas masuk dalam suterablogger.Sayapun hampir pengsan tengok gambar ni (yelah gambar2 macam ni boleh mengundang taui tak?).hak3...Sebab blog ni bukan macam Beautifulnara tau yang memang habis kamikaze tulis pasal artis.Jadi korang nak tau siapa orang yang bertanggungjawab ke atas entri tersebut...Biar saya dedahkan satu daripada jenayah siber yang dilakukan beliau.ni lah orangnya :


Nampak tak gaya jahat minah ni berwebcam dan dengan gambar ni kita dapat tau yang mungkin banyak lagi jenayah cyber yang dia dah buat.Dia juga ada kutuk artis iaitu Zarina Anne Julie.Orang itu ialah Cik Hel atau nama famous dia Iti.Tapi apa2 pun thanks eyh cikhel sebab hantarkan and submit entri untuk saya.Dah banyak minggu tak sempat hantar sebab Project Alpha memang dah tak nak bagi saya duit.Oklah nak pergi makan ni.Lapar yang teramat sangat ni.Nanti saya update lagi eyh...bye2...

p/s :
- Thanks to Eyriqazz sebab pilih entri saya ye.

Celebrities Who Stink

Selamat petang wahhh walaupun saya sebenarnya dalam perjalanan mengambil datin seri aien tapi saya masih sempat untuk melakukan tugasan sebagai blogger yang alert terhadap alam persekitaran hak3 tajuk yang diberikan kali ini agak menguji minda romantik saya "Celebrities Who Stink'' sapa korang rasa selebriti yang mempunyai bau yang agak tidak senonoh atau dalam bahasa kasarnya busuk?

saya dengan bangganya telah memilih Lana Nordin kenal? ye dia adalah salah seorang selebriti yang berani nak mampus menggayakan aksi aksi dengan pakaian yang sangat daring atau dalam bahasa lembutnye seksi gila vavis hak3

kenapa saya kata dia busuk?ok sudah lihat gambar nya?pakaian apakah yang dipakainya?wowwww terkeluar bijik mata saya tapi takpe saya ada aien yang lagi seksi di mata romantik saya hak3 pada firasat saya lana nordin ni busuk sebab dia suka sangat pakai baju takde lengan pastu pakai skirt pendek pendek korang rasa kenapa dia pakai macamtu?ye sebab dua busuk lah hak3 sebab tu dia kene dedahkan semua tu supaya hilang sikit bau busuk itu


jadi kepada lana nordin saya nasihatkan kamu membeli produk ini memang terbaik sebagai langkah mengatasi bau busuk itu kang mana-mana produksi tanak amik pulak lana berlakon  saya pulak yang kene ganti hak3
produk adidas ni memang terbaik!cubalah!

okay apa kata kita layan video ni pulak lagi best :

episode 36


episode 37


episode 38


episode 39


Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


~babai =)

ENTRI INI KHAS UNTUK MAMAKU - NORJAHNAH BTE ABDULLAH "SELAMAT HARI JADI"

Selamat petang,akhirnya saya berjaya siapkan kerja2 yang berpatutan untuk hari2 akhir saya di sini.Memang teramat penat sebab semua kena ubah jadi benda yang berbeza tapi at last berkat kerajinan Bean Moreno yang kacak ini kerja berat menjadi mudah walaupun terpaksa buat sorang2.Walaupun kerja saya dah settle tapi saya tetap rasa tak best sebab semua orang dah dapat gaji tetapi saya punya gaji kena hold sampai last day.Pergh berbulu jelah kan dah lah bank telefon bertalu2 diorang ni tetap tak nak amik tau masalah saya.Tapi takpelah lagi beberapa hari je pun.


Malam ni ada movie screening dengan Mister Potato dan ia bukan takat movie je tapi ada kontest tau.Harap2 saya dapat menang duit 1K tuh.Korang semua jangan hantar entri ye,bagi saya je yang hantar.Saya memang dah lama nak tengok cerita Prince Of Persia sebab masa sekolah2 dulu saya memang suka main game Prince Of Persia.Harap2 saya tak keletihan di dalam panggung malam ni dan aiensepet di dalam mood yang stabil.hak3....


Oklah tujuan sebenar entri ni adalah nak dedicate kat mama saya Selamat Hari Jadi.Jarang saya nak tulis pasal hal2 family dalam blog ni.Asyik2 tips,asyik2 blogging paling tak kuatpun pasal event yang saya pergi.Tapi hari ni dengan rasa kasih sayang (wah sejak bila kah?) saya nak tulis pasal mama saya.Hari ni adalah hari lahir mama saya yang ke - 54.Korang nampak angka je besar tapi sebenarnya mama saya mempunyai jiwa remaja.Tak percaya?Buktinya mama saya juga ada perasaan remaja seperti saya (remajakah saya?) yang ingin menulis blog.hak3...Mama saya juga mempunyai facebook dan pandai berchatting serta pandai upload gambar dalam profile facebooknya (sayapun tak tau nak upload pic).

Selama ni kan saya asyik terfikir something yang hanya boleh buat saya happy je tanpa fikir yang benda2 tu semua buat mama saya sedih (owh jahat nya ko ni Bean).Kalau korang nak tau saya adalah seorang yang ganas tetapi saya juga merupakan anak yang sangat manja dengan mama saya.Pukul orang sana sini tapi bila mama saya marah saya mesti sedih.Untuk pengetahuan korang saya tak pernah takut dengan orang tapi apa yang paling saya takut ialah bila mama saya membulatkan matanya.Pergh itu saya situasi yang paling saya tak boleh blah.Korang akan nampak mama saya jadi Kakashi Sensei.Bila nampak je mata semakin bulat memang saya akan lari dari situasi.hoho.So saya just Nak wish :


"SELAMAT HARI JADI YANG KE 54 MAMA.SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI"

Cepat2 semua pergi wish mama saya.Kalau tak tak mau letak tips lagi kat sini (ada ke orang nak peduli Bean?).Ni profile dia Norjahnah Abdullah...hak3...

CULTURE : ADAKAH ORANG MEMAINKAN HUKUM ATAUPUN PROPAGANDA MEDIA



Salam guys,sorry hari ni saya lambat update macam semalam.Agak sibuk dari tadi buat last check untuk inventory software & hardware.Pening siot sebab benda dah lama so dah tak tau mana pergi serial number & report memang tak teratur sikit.Kepala dah macam nak pecah dah ni.Jangan tetiba jadi gila baling tukul kat mak bapak macam dalan surat khabar tu dah le...hak3..




Nak cerita pasal surat khabar kan saya sekarang ni macam suka baca surat khabar (kira dah tak skinhead lagi dah ni).Tapi lately banyak pulak cerita pasal ustazahlah,pasal ustazlah yang baru tadi saya terbaca ialah pasal Imam.Semua cerita2 dalam akhbar ni kalau cerita pasal kebaikan dan tunjuk ajar golongan2 ni takpela.Yelah dalam komuniti kita (komuniti Nuffnang terkecuali),golongan2 ni adalah golongan2 elit yang dihormati.Kira frontliner agamlah.

Last week kecoh pasal ustazah buat seks dengan warden sekolah.Memang siapa buat topik pasal benda ni memang dapat hit ribu2 lebih2 lagi kalau dapat letak video diorang.Tapi masa isu ni keluar apa yang dikhabarkan dalam surat khabar dan gambar tuh berbeza sama sekali.Saya rasa macam was2 sebab sekarang ni bukan kira bohsia tepi jalanpun dah pandai pakai tudung & purdah sebab nak cover kerja kan.Jadi wajarkah kita melalui penampilan dan tanpa bukti kita buat tomahan dengan selamba mak nyah yang di dalam gambar itu adalah ustazah.Tak pasal2 dapat dosa kering.

Semalam keluar pasal ustaz muda.Ustaz muda ni tipu dia boleh ubat kanser.Melalui webcam dia boleh ramal penyakit orang tu dan tahap keberapa kanser orang tu.Pergh dah macam mesin pulakkan boleh impas ikut webcam.Mungkin dia berkawan dengan transformer kot.Tapi kenapa dia dikaitkan dengan "ustaz".Adakah disebabkan dia memakai tarbus tiga abdul dia dah boleh digelar ustaz.Layakkah dia.Ramai manusia di atas muka bumi ni yang pakai serban,songkok dan jubah bagai yang hanya sebagai pakaian tanpa ikhlas di hati.So bila nampak orang jahat pakai songkok or jubah dah senang2 dapat panggilan ustaz.Dah tak payah pergi al-Azhar or pergi sekolah pondok.Tanpa ilmu pun dah boleh digelar ustaz.

Hari ni cerita baru pulak.Cerita pasal Imam Simpan Kekasih.Dari segi cerita dalam surat khabar memang ada buktilah yang mamat ni bagi ceramah agama kat surau2 dan dalam masa yang sama duduk bersekedudukan dengan teman wanita dia.uiks?Apa yang dibuat tu memang agak bijak sebab menyimpan kejahatan disebalik kealiman.Apa cer sekarang ni golongan yang bertitle imam boleh dikaitkan dengan cerita2 macam ni.Imam sepatutnya adalah ketua.Kalau orang macam saya ni buat macam tu boleh tutup sebelah mata tapi ni imam.Ye memang betul imampun manusia,tapi sepatutnya imam lebih pandai dan berilmu jika nak dibandingkan dengan saya yang agak jahil ni.

Perseoalannya sekarang ialah :

1) ADAKAH BENAR YANG BUAT KERJA2 NI FRONTLINER DALAM AGAMA DAN MEREKA SENDIRI DAH BERANI MEMPERMAINKAN HUKUM?

2) ADAKAH GELARAN TERSEBUT DIGUNAKAN HANYA SEBAGAI TAJUK UNTUK MENJADIKAN SESEBUAH AKHBAR ITU HANGAT?

Jadi mari kita renungkan apa yang terjadi dan berfikir secara waras sebelum kita membuat tindakan ataupun melemparkan tomahan pada seseorang itu.Sekiranya kita punya bukti yang betul2 kukuh dan bukti itu boleh membuat tuan punya melompat dan terjun Sungai Kelang barulah buat tuduhan.

p/s :
- Sorrylah kalau agak emosi pasal cerita2 macam ni kita sepatutnya kena fikirkan secara serius dan lebih penting dari siapa yang menang Akademi Fantasi 8.
- Mungkin lepas ni orang yang berjubah pergi merompak bank pun akan dapat gelaran Ustaz or Imam dan mungkin bapuk or pelacur yang buat projek pakai tudung akan senang2 dapat gelaran ustazah.

ENTERTAINMENT : BRITNEY SPEARS MAHU MAYAT DIAWET SELEPAS MATI


Selamat tengahari ye semua.Saya sempat update ni sebab tengah siapkan report so sementara otak masih beku saya update news yang saya terbaca tadi kat kedai mamak sambil makan megi goreng.Semalam saya cerita pasal artis Hollywood mati je kan,tapi kali ni saya nak cerita pasal celebrity Hollywood yang still hidup tapi dah berangan nak mati.Hahaha mungkin dah cukup amal kot.



Korang mesti kenal Britney Spears kan.Kalau tak kenal sila tanya en.Google ye.Tadi saya ada terbaca pasal dia kat surat khabar.Korang pun tau yang dia ni memang suka buat kontroversi bodoh dalam dunia hiburan ni.Tak habis2 dengan isu yang tak sepatutnya dia buat sebagai world entertainer.Kali ni dia timbul satu idea untuk membekukan mayat dia selepas kematiannya.Alasan dia ialah supaya orang masa hadapan dapat melihat kelincahan dia beraksi.Owh please lah weyh kalau dah mati tu macam mana ko nak bangun balik tak logiklah.

Menurut satu berita ada satu syarikat yang bernama Yayasan Alcor Life Extension yang telah beroperasi sejak 1972 menawarkan khidmat mengawet mayat dengan menggunkan nitrogen.Teknologi ni dipanggil "pembekuan cryogenic".Diorang menggunakan suhu sejuk terlampau untuk mengekalkan nyawa manusia dengan tujuan mengembalikan kesihatan apabila ada teknologi untuknya di masa depan.Apa punya mengarutlah diorang ni.Menurut sumber mayat Walt Disney juga telah dibekukan menggunakan teknik ni.

p/s :
- Artikel kredit kepada Berita Harian
- Makin pelik...Semakin maju manusia maka ia akan menjadi semakin bodoh
- Manusia dah tak tau apa itu TUHAN!
- Duit banyak tapi kalau otak dungupun tak leh jadi apa pun
** saya merupakan salah seorang peminat Britney dahulu kala...itu dulu...

SEMUA ORANG BOLEH JADI BLOGGER TAPI BOLEH TAK KITA...


Selamat tengahari ye semua,sorry late update hari ni sebab banyak kerjalah pulak.Unify tak settle sekarang Amax Wimax pulak bikin hal.Dah semua tak boleh nak online.Lepas tu yang menjadi mangsa pastinya Mat Bangla berdiploma ni kan.Pergh penat berulang alik.Ingatkan router problem last2 pergi service center dia bagitau ada interuption la pulak.Yang Unify baru bagitau tak de laluan dari Riser ke premis.Pergh terbakar siot.Habis kitorang kat kolej ni kene online pakai streamyx yang kong ni.Jadi siapa yang patut kita percaya?


Oklah dah lama tak cerita pasal blogging kan.Cuma kali ni takde tips lah.Letih pulak nak buat research.Sekarang ni kalau korang perasan dah ramai yang nak jadi blogger.Setiap hari kalau kita usha Gengblogger mesti ada blogger2 baru daftar so Kong pun akan bertambah kong nak manage Gengblogger. hak3..Siapa Kong?Pergilah ngorat dia then korang akan kenal dia.

Sekarang fenomena blogging dah meluas dan ramai orang dah cuba untuk jadi blogger.Kalau dulu kita tengok ada beberapa blog je yang wujud dan sekarang ni dah top tapi sekarang ni kalau kita bukak shoutbox,macam2 nama baru terkeluar (tu belom lagi spammer macam dapat wang kan).Bila kita tengok kebanyakan dari blogger2 niat dia cuma satu yang utama iaitu Ads.Banyak yang berharap bila letak ads unit duit akan masuk dan boleh beli kereta Fairlady lah,boleh beli banglow lah atau mungkin buat hantaran kahwin.Maka terbentuklah satu blog yang mana ads unit bersepah2 kat sidebar dan header.

Ada pulak yang fikir dengan buat blog boleh jadi glamour.Boleh jadi terkenal dan naik nama macam Fasha Sandha or ada yang berangan nak jadi Justin Bieber.Nak bagi semua orang kenal dan mintak autograph.Konon2 nak berjalan atas red carpet (yang ni mungkin saya termasuk sekali.hak3).So mulalah tulis blog then tulis entry.Bila ramai yang dah kenal diri terasa best dan mula menulis something tanpa fikir perasaan orang lain.Kalau awal2 ada blog tulis punyalah berhati2 bila tengok angka follower dah dekat2 nak riban terasa best then condemn orang lain.Hentam sana hentam sini (macam perli diri sendiri je).Ada tak kita fikirkan benda2 ni?

Sebenarnya tujuan saya adalah nak ingatkan kat diri sendiri yang semua orang boleh jadi blogger.Semua orang boleh buat blog sebab bukan susahpun ada email then register kat blogspot dalam masa 15 minit nah..."Aku Dah Jadi Blooger!!!"...Senangkan tapi lepas kita ada blog adakah kita terfikir apa yang kita akan tulis selepas blogspot approve blog itu dapat beri kesan pada orang lain ataupun setakat tulis then biarkan je.Maksud KESAN yang saya cakap tu ialah :

1) Adakah penulisan kita mampu buat readers sedih/terasa lepas baca
2) Adakah penulisan kita dapat memberikan kegembiraan pada readers
3) Adakah penulisan kita mampu buat readers berfikir
4) Adakah penulisan kita mampu bagi info kat readers

Kesan2 ni sebenarnya yang akan membuatkan seorang blogger itu diingati bukan setakat tulis then cakap kita adalah blogger.Bukan takat tulis entry then hentam orang dan nak tunjuk kita ni bagus kita dah boleh cakap kita blogger bagus.Saya bukan tujukan entri ni pada insan2 tertentu tapi saya just nak remind diri sendiri yang saya bukan blogger yang hebat macam Kak Jie,Liza Razak ataupun Mel.Still takat tulis untuk release tekanan dan masih belum boleh nak cakap yang saya ni blogger sejati.hoho...

p/s :
- Masih takut nak jadi blogger kamikaze macam Kickdafella & Raja Petra

I WANNA WATCH TOYS STORY 3


Korang nampak tak gambar apa kat atas tuh?Itu adalah gambar cerita kartun 3D yang memang top kat dalam dunia iaitu Toy Story 3.Cerita ni start kalau tak silap masa saya form 3 dan masa tu saya kat MRSM Terendak yang sememangnya susah nak dapat tengok video.Dulu saya minat tengok cerita ni sebab banyak barang2 mainan yang cute2 (saya juga salah seorang peminat game Digimon.OOOpps).

Apa yang menariknya cerita ni ialah gambar dia memang cantik.Saya tak suka sangat yang terlalu nampak real macam Christmas Carol.Toy story ni nampak je macam untuk budak tapi moral value dia memang banyak terutama sekali pasal Friendship.


Dalam banyak2 watak saya meman suka watak Buzz Lightyear.Memang cool sebab perwatakan dia agak sombong dan cool.pastu colour diapun agak menarik kalau nak dibandingkan dengan watak2 kartun lain.Gadget2 yang dia pakaipun memang best.

So saya nak share sikit pasal watak baru yang saya rasa macam best dalam Toy Story 3 ni.Saya akan tunjuk gambar kat korang untuk korang tengok ye.Ni lah watak baru yang saya minat tengok :


Kenapa saya minat watak ni.Sebab dia kelihatan comel dan nakal.Rasanya dia ni watak ganas dalam Toy Story 3 nama dia Sparks (bukan Spark Remp-IT).Apa pendapata korang?Korang suka tak tengok cerita ni?kalau suka jangan lupa gi apply tiket dari Nuffnang ye.Nak apply baca [sini]

5 PERKARA GHAIB LUAR JANGKAAN ILMU


Hye selamat tengahari guys.Dah Lunch?Saya baru je balik lunch tadi makan nasi goreng ayam.Sedap beb nasi ayam mamak tu buat.hoho..Apahal nak cerita pasal makan lunch pulak kan.Tadi saya cerita pasal Simon Mojack (teringat pulak katun mojako) yang mati kan.Tadi baca2 akhbar lain ada terbaca satu cerita kematian artis Hollywood yang lain.Peminat2 Slipknot sila jangan meraung sebab Basist kumpulan itu,Paul Gray telah mati.Dia dijumpai mati di sebuah hotel di Urbandale.

Pergh asyik cerita pasal mati je.Terasa takut pulak sebab amal ntah cukup ke tak?Tapi itu semua kuasa Allah kan.Kita tak dapat nak lawan.Kalau dia cakap kita cuma hidup lagi 10 hari maka sampai takat tu jelah nyawa kita.So sebelum apa2 saya nak ingatkan korang dan diri saya sendiri (ni ayat ustaz saya time sekolah2 dulu) pasal agama sikit.Korang tau tak apa dia 5 perkara pelik yang diluar jangkaan ilmu?Perkara2 ni takkan ada sesiapa yang tau kecuali Allah.Perkara2 itu ialah :

1) Apa Yang Tersimpan Di Dalam Rahim
2) Apa Yang Akan Terjadi Hari Esok
3) Bila Hujan Akan Turun
4) Di Negeri Mana Seseorang itu Akan Meninggal
5) Bila Berlakunya Kiamat

Kalau tak silap saya Nabi sendiri pun takkan tau 5 perkara2 di atas.Tapi saya pelik walaupun kita dah diberitahu perkara2 di atas ni tapi kita tetap tak nak percaya.Tadi saya terbaca ada seorang gadis tertipu dengan seorang Ustaz Muda yang boleh mengubati penyakit kanser lepas tu kena rogol.Kalau betul2 dia sakit pergilah jumpa Doktor then chemo je lah.Lepas tu report polis.Aduh apa cer ni?Yang ustaz ni pun kalau betul2 nak jadi ustaz,masuklah program Imam Muda.Ko dah buat orang pandang carier ustaz ni rendah beb.

Dalam dunia ni takde siapapun yang tersangat hebat sampai boleh meramal masa depan.Tapi masalahnya kita tetap nak pergi jumpa dukun main sihir.Tetap jugak nak puja kubur untuk dapat nombor ekor.Sampaikan pengikut2 Abuya Ashaari terpaksa jaga kubur dia.Korang ingat diorang takde kerja ke?Kesian tau.

Lagi satu ramai yang terikut2 ramalan puak Mayan yang kiamat bakal terjadi 2012.Owh adakah meraka itu tuhan?Merakapun dah mati berpuluh2 juta tahun.Tak semestinya ramalam diorang betul pasal kematian president Amerika dan trajedi perlanggaran WTC (World Trade Center) maka meraka tahu bila kiamat akan terjadi.So think wise wahai saudara2 ku.Jangan terpengaruh.Anggap je itu sebagai satu propaganda ye.

Oklah nak sambung kerja sekejap kalau sempat petang saya update lagi ye.Nantikan kemunculan Bean Moreno pada petang nanti.hak3 (macam rockstar je ko ni Bean).

p/s :
- Habis kalau kita pergi check up bayi tu macam mana eyh?Tapi mungkin ada maksud tersirat dari petikan ayat di atas dan Allah sahaja yang tau...
- Credit to Berita Harian Online untuk artikel ini

ENTERTAINMENT : SUAMI BRITANNY MURPHY MATI


Hye selamat pagi,setelah berjalan2 memperbaiki semua peralatan di kolej saya sebentar bersama Kitkat.Memang sedap makan Kitkat korang penah makan tak?hak3...Ini adalah minggu terakhir saya berkhidmat untuk kolej.So saya akan manfaatkan masa terluang ni dengan menyiapkan apa yang patut supaya saya tak jadi Casper the Friendly Ghost yang masih merayap sebab ada unfinish business.Semalam saya dapat invitation lagi untuk Digi Break Free Event.Saya dan Kak Tash dah merancang sesuatu.Khamis pulak saya ada Movie Screening tengok cerita Prince Of Persia bersama Mister Potato.




Tadi masa nak datang kerja saya dengar FlyFM so terdengar berita pasal kematian suami Brittanny Murphy iaitu Simon Mojack (bukan Simon Cowell ye).Setahu saya Brittany Murphy mati pada bulan satu dan kali ni mayat Simon Mojack telah dijumpai mati di kediaman mereka di Los Angeles pada 23 Mei 2010.

nilah rumah diorang kat Los Angeles

Punca Kematian adalah disebabkan sakit jantung yang dialami Simon Mojack.Ada jugak yang mengaitkan kematian ni dengan penyalahgunaan dadah.Tapi tiada bukti kukuh setatkat ni.Kalau korang nak tau umur dia baru je 39 tahun.So dari sini kita dapat simpulkan yang kematian tak kenal umur.Bila2 masa je kita boleh meninggalkan duni yang fana ni.

p/s :
- Mungkin inilah yang dikatakan cinta mati
- Ada tak sesiapa nak follow saya pergi Digi Event Break Free ni sebab aiensepet kerja hari tu.So sapa2 yang berminat sila contact saya ye.

PROJECT ALPHA : MY WIGGY DESIGN (DESIGN YOUR IDEAL WIGGY)

Selamat malam semua,Bean Moreno bukak j3 blog tetiba ternampak banyak blog yang owner dia dah jadi desiner untuk P1 Wimax.Jadi untuk tidak terlepas peluang Bean Moreno menggunakan kebijaksanaan dan juga kekreatifan akal dan minda untuk buat satu design wiggy.Kalau ditanya saya design apa yang saya nak buat untuk P1 Wimax Wiggy saya nak design yang simple tapi cun.Kalau ikut kepala otak saya yang agak gila ni saya nak letak gambar naga (ooops terobses pulak).

Jadi selepas bertafakur saya terfikir nak buat design binatang jugak.Binatang nipun ganas dan melambangkan keberanian dalam hidup.Ia jugak pantas dan memberi maksud yang Wiggy ni mampu memberikan kepantasan kepada pengguna,maka saya nak letak :


Maka Lepas menggabungkan element di atas saya hasilkan wiggy saya sendiri :


Amacam cun tak design Bean Moreno.Ni baru edit photoshop yang tadi outbrain tuh printsceen direct,hehehe..oklah jom layan video Project Alpha :












Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

NEWS : MALAYSIA CIPTA PLASTIK MESRA ALAM


Selamat petang Isnin.Hari ni agak kureng sikit idea dan memaksa saya mengambil alih tugas selaku reporter untuk Malaysia yang mana bezanya dengan reporter berita harian ialah saya dibayar gaji oleh Nuffnang.Amacam ada beran?Dah berjam2 saya fikir apa nak kongsi dengan korang tapi tak dapat jugak something mungkin sebab saya belum siapkan apa yang patut.Saya jenis tak kisah kalau korang nak kongsi asalkan bukan kongsi harta dan kongsi bini.hak3...

Tadi masa bosan2 saya ada cuba baca akhbar2 tempatan termasuk Berita Harian.Saya tertarik dengan satu berita yang mana tajuk dia ialah USM CIPTA PLASTIK MESRA ALAM.Wah Malaysia dah makin maju dan ada professor cerdik yang boleh cipta macam2 tau.Guest what apa yang kita tau plastik yang kita biasa guna diperbuat oleh bahan2 sintetik kan.Tapi hari ni sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang diketuai oleh Profesor Dr Hanafi Ismail telah berjaya mencipta plastik yang mampu terurai yang dinamakan Fruitplast.

Fruitplast merupakan hasil penyelidikan yang mana boleh menggantikan plastik yang dibuat daripada sistetik.Menurut Profesor Dr Hanafi Ismail ia diperbuat dari buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit belimbing.

"Kami telah menjalankan kajian degradasi ke atas Fruitplast dan ia telah membuktikan dalam keadaan dibuang, ia akan rosak dalam satu tempoh masa antara tiga hingga enam bulan. Kos mengeluarkan Fruitplast pula 10 peratus lebih murah,"kata Prof Dr Hanafi.

Ini bermakna Fruitplast ni kalau betul2, boleh digunakan sebagai ganti plastik sintetik yang kita guna sekarang sebab takde pencemaran alam.So tahniah kepada kumpulan penyelidik USM yang telah berjaya mencari alternatif lain bagi menggantikan plastik sintetik.

p/s :
- Lepas ni kilang plastik Tong Seng habislah bankrupt
-Mungkin juga hari tanpa plastic yang dijalankan setiap Sabtu akan dibubarkan...hak3
- Credit to Berita Harian untuk news di atas

TIPS : ORANG KATA KALAU GUNA OUTBRAIN LEBIH BAGUS DARI GUNA LINK WITHIN...BETUL KE?


Hye selamat datang ke zone "Mondays Blues" kerana hari ini hari Isnin ye.Setelah kita puas berjimba pada hari minggu kini tiba satu hari yang mana kita kena betulkan mindset kita menjadi seorang yang rajin.Ini termasuk juga rajin mengular.hak3...Saya masih menunggu kunjungan pihak Unify.Dengar kata pemasangan hanya perlu 7 jam sahaja tapi sekarang dah nak masuk 7 hari dah.Tapi takpe harap2 dapat disiapkan dalam minggu ni kalau tak saya nak resign tak senang hati lah.Semalam saya ada reveal pasal kes gaduh2 kan saya rasa dah macam Over The Limit WWF dah.haha...Hope benda boleh settlelah kan sebab akan menimbulkan ketakutan pada blogger cap ayam macam saya ni.

oklah nak share something yang saya rasa best dan berkesan sikit dalam dunia blog ni (tak taulah kalau korang rasa tak best kan).Itu korang punya pasallah sebab saya rasa best.hak3...Nama dia Outbrain.Ni takde kene mengena dengan brain surgery ye walaupun saya ada migren.Outbrain ni satu tools ataupun widget yang function dia lebih kurang macam Linkwithin.Function dua2 ni sama iaitu menunjukkan related post yang berkaitan dengan tag post.Contohnya kalaulah kita tulis cerita pasal Maxis maka Outbrain & linkwithin ni akan keluarkan post2 yang lepas yang berkaitan dengan Maxis walaupun korang cerita benda yang berlainan pasal Maxis.Contoh dia macam kat gambarajah di bawah :

yang bertanda pangkah itu bukan outbrain

Nampak macam Linkwithin kan tapi sebenarnya bukan jangan tertipu ye.Itu adalah widget Outbrain yang baru je saya cuba.Memang dulu saya pakai Linkwithin tapi sekarang tidak lagi.Saya try guna Outbrain sebab nak tengok kesan traffik dari Outbrain.Betul ke widget ni boleh tolong blogger generate traffik ke blog?Wah dah macam FAQ diorang pulak.Boleh la apa pulak tak boleh.Ok sepanjang saya guna Linkwithin saya tak pernah dapat refferal dari diorang tapi lepas saya tukar kepada Outbrain beberapa hari lepas adalah traffik yang masuk dari diorang.Kalau tak percaya sila rujuk rajah di bawah :


Kalau tak nampak dan tak sanggup beli spec sila klik


Ingat saya nak tipu korang ke?Mesti ada traffik masuk walaupun sedikit.Saya baru je cuba hari sabtu hari tu.Ni untuk hari ni.So kalau korang rasa saya masih tipu dan anggap gambar kat atas tu saya gunakan teknik photoshop silalah cuba sendiri.Tak rugipun cuba sebab percuma je tak payah bayar kecuali korang nak guna service diorang lagi satu yang dipanggil outloud.Selamat mencuba.

p/s :

- Makin malas pulak jadi nya hari ni
- Layan jugak lagu baru Shahir Juara Akademi Fantasi 8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan


APA KATA LEPAS GADUH-GADUH LAYAN LAGU MISS NINA


Hye selamat hari Ahad.Sekejap je dah malam dan saya bru je lepas ambil Datin Seri aiensepet dari kerja.Hari ahad adalah satu hari yang slow bagi setiap blogger kecuali blogger yang top & pandai SEO.Saya tak heran langsung kalau traffik saya teruk hari ahad sebab memang macam tu.Kalau nak traffik best kena lah rajin sikit.Memang tak boleh nak buat apa2 sebab hari Ahad memang saya nak updatepun malas (abis ni bukan update ke?).

Malam semalam saya dapat buat blogwalking guna blogged.my.Kat sana lebih kurang macam gengblogger jugak banyak blog yang boleh kita baca (blog sendiri pun boleh.hak3).So macam2 ceritalah yang kita boleh tau sebab dah macam baca surat khabar & banyak reporter percuma kat situ (termasuk Bean Moreno).So terbacalah satu blog ni yang agak tak berpuas hati dengan blogger lain.Hehe ini cerita best jarang nak tengok kes2 hangat macam ni.So saya mentelaah semua entri2 dia.Apa yang pentingkan saya suka cara penulisan dia.Cool beb (tak semestinya saya sokong apa yang dia buat).Sampaikan terkeluar bahasa baru iaitu "Tuhan Traffik" wah sungguh advance gitu.


Sebelum ni pun kita ada dengar isu pasal blogger gaduh dengan blogger.Dua2 blogger ni memang top dan semua orang kenal tapi puncanya saya tak tau.Sampai kes saya dengar nak bawak ke court (bukan Courts Mamoth,itu sayapun benci).Owh boleh jadi sampai gitu eyh pergh...Saya bukan nak jadi batu api or apa2 lah kan.Saya ambil jalan tengah dan dua2 blog tu saya tak letak komen.Saya just baca je.Sebab kang tak pasal2 saya kena tuduh pembodek kan. padahal saya masuk blog yang lagi satu tu pun ibarat hari raya.Saya juga tak nak digelar blogger talam dua muka so cukuplah saya bagi pandangan je eyh.

Sayapun tak faham sekarang ni kalau ada pergaduhan antara blogger dah semua berani keluarkan link dan tuju terus kat orang tu.Lepas tu mula balas2 then melibatkan orang lain.Sedar tak kita benda ni akan mewujudkan puak2 antara blogger2.So bila blogger cap ayam macam saya ni blogwalking nak drop komen pun takut.Yelah takut bila kita drop komen nanti ada pulak pihak2 puak Baju Merah marah.Bila drop komen kat puak Baju Merah,kena tembak pulak dengan puak Baju Kuning.Jadi walau apapun yang kita buat satu je yang kita kena ingat,blogging itu adalah subjective sebab tak semua yang kita buat itu orang suka dan tak semua yang orang lain buat kita akan suka.

Daro korang gaduh2 kan apa kata korang buat gath dapat jugak beramas2 kan.ataupun susah sangat layan lagu Miss Nina dengan Colby O'donis ni :




p/s :
- Saya tak sokong Baju Merah dan saya tak sokong Baju Kuning tapi saya sokong Selangor...amacam gerek tak?
- Sayapun pernah juga tak puas hati dengan blogger lain tapi takde sampai keluarkan link dia sebab saya buat entri tu pun atas dasar kawan dan nasihat
- Artis Malaysia dah ramai yang buat feat dengan artis luar...memang baguslah diorang ni

ENTERTAINMENT : INTER MILAN JUARA CHAMPION'S LEAGUE & SHAHIR JUARA AKADEMI FANTASIA 8


Selamat pagi seua,live blogging ni saya buat dekat Kajang (perasan buat live blogging pulak.Ko dah tak laku lah Bean).Tadi hantar Datin Seri aiensepet ke Semua House then saya balik ke rumah mama saya.Semalam hajat hati nak kiamulail pastuh nak tgk bola last2 hanyut di lautan cinta.Habis apa pun tak dapat.

Nampak gayanya ilmu firasat saya masih di bawah level amatur lagi.Belum layak nak pergi belejar kat tepat Harry Potter.So saya rasa kena balik Batu Pahat belajar dengan Pak Meon Kampung Muhibah yang terkenal dengan ilmu tilik tuh (main pajak je tu sebenarnya).Kedua2 ramalan saya untuk entry lepas meleset sama sekali.Ces!selalu saya tilik mesti kena kali ni langsung tak kena.


Semalam kita dapat lihat bintang Shahir berjaya mengulangi keajaiban yang pernah dilakukan Mawi dulu.Kitapun tau yang sebelum ni Shahir telah disingkirkan dan dipanggil masuk semula melalui undi AFMASUK.Dah dua kali bintang AFMASUK berjaya jadi juara Akademi Fantasia.Jadi tahniah pada Ahahir yang telah dinobatkan sebagai Juara AKademi Fantasia 8 dan kita tengok samada anak didik Norman KRU ni berjaya atau tidak dalam dunia hiburan ni.Dan ni turutan Bintang AF 8 di konsert akhir :

Juara : Shahir
Naib Juara : Adira
Ketiga : Daus
Keempat : Maulana
Kelima : Iwan


Semalam juga menyaksikan Squad Jose Murinho (saya memang minat mamat ni..Tak nak jadi coach Liverpool ke bro?) iaitu Inter Milan berjaya mengalahkan Beyern 2-0.Kehebatan Murinho memimpin Inter Milan sampai dapat simpan 3 cup beb season ni senang cerita treble lah kan.Dan wira Inter Milan semestinya Diego Milito.Milito berjaya meledakkan dua gol untuk membantu Inter Milan menang dan mengucup Piala Liga Juara-Juara 2010.

ni gambar game je...Malas nak cari kat rumah en google

Hm,dengar cerita Liverpool akan kehilangan dua bintang utamanya next season betul ke dan cita2 nak beli David Villa tak kesampaian sebab Villa dah join Barcelona.Harap2 season depan Liverpool akan bangkit dengan semangat burung unta ye kalau nak saya bayar membership.

p/s :
- Tahniah kepada peserta AF8 akhir,jangan tenggelam macam budak2 AF yang lain dah la ye.
- Gambar credit pada Murai sebab saya takde DSLR dan tak dapat pergi konsert.

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails