MALU...TERHARU...MALU....


Selamat tengahari,hye bersama saya Bean Moreno yang baik hati...hak3...Sorry ye hari ni saya lambat update sekarang baru saya free sebab tadi saya "berbayar".Esok ada MQA visit dan saya kena kerah segala apa yang ada dalam diri saya (termasuk angin2 dalam badan) untuk menyiapkan kerja.Saya akan cuba siapkan kerja sebelum pukul 6 kalau tak kena OT Free...

Minggu ni adalah satu minggu di mana saya kena pergi beli banyak stock seluar dalam sebab asal bukak blog je spender koyak.Asal blogwalk je spender koyak..Memang minggu ni syarikat pembuat pakaian dalam seperti Renoma,Crocodile dan Triumph (ooops silap pulak) akan mendapat untung besar kerana saya.hak3...takdelah saya cuma bergurau je.

Saya amat terharu bila saya blogwalking ramai yang buat entri pasal blog ni.First time dalam hidup saya rasa ada orang lain menghargaai saya dan apa yang saya buat.Semalam saya baca entri yang Sendra buat untuk blog ni.Nak baca eyh,ni entry Sendra untuk saya :


Pagi ni saya terbaca pulak Bob Redfinger buat entri pasal Suterablogger ni.Nak baca boleh klik Tajuk di bawah :


Korang semua berjaya buat saya happy sebab selama ni apa yang saya rasakan adalah sengsara dan tak siapapun yang tahu.Korang nampak saya tulis entri lawak2 dan korang jumpa saya kat event dengan dengan karektor yang happy dan ceria tapi sebenarnya saya buat korang happy untuk melupakan apa yang saya lalui sepanjang hidup saya (wah ayat macam mangsa rogol pulak).

Selama saya berjalan dengan kaki dan menyuapv makanan menggunakan tangan ni kebanyakan orang terdekat dengan saya (tak termasuk family & aiensepet) tak sedar kewujudan saya.Takde siapa yang akan admit mereka perlukan saya.Balik2 lepas saya buat kerja untuk naikkan nama diorang saya akan dicampak dan lepas tu saya tak dipedulikan lagi.

Cerita ni bukan takat alam pekerjaan je.Dalam persahabatan pun sama.Bila time saya ada kelebihan ramai orang datang keliling,ramai orang puji2 dan ramai orang yang sanggup buat apa yang saya suruh.Tapi bila nampak satu kelemahan yang sekecil biji sawi (alamak bahasa ustaz pulak) saya ditentang,dihina dan benda yang akan nampak pada saya ialah keburukan.

Tapi bila saya jejakkan kaki kat dunia blog ni saya nampak sesuatu yang berbeza.Nak tau apa perbezaannya.Perbezaannya ialah kita kuat sebagai satu komuniti dan kita berkongsi apa yang kita ada bersama.Saya bangga dengan kawan2 blogger saya yang sekarang ni nama tengah meletup2 contohnya macam Melz, Eyriqazz, Kak Tash ,CikHel ,Sendra ,Aus ,Bob ,Kak Ina, Deydeq, Fatehah dan ramai lagi (kalau nak sebut semua memang lenguh jari merahku ini ..ooops).Bagi saya korang memang best.

Oklah apa yang ingin saya sampaikan kita berusaha nak jadi yang terbaik,tapi tolong jangan ingat kita bagus sebab kita perlukan sokongan untuk dapat apa yang kita nak.Jadi apa yang penting KERJASAMA!!!

p/s :
- Kalau manusia boleh hisup tanpa bantu manusia yang lain masing2 dah ada server untuk blog sendiri tak payah pakai blogspot dah...hak3 (apa kejadahnya ni!!!)
- Terasa macam nak karok lagu Mawi - Terharu pulak...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails