MINGGU YANG GENTING TAPI BUKAN GENTING HIGHLAND YE



Selamat tengahari ye kengkawan.Macam biasalah seperti yang korang tau hari ini cuti umum iaitu Cuti Hari Pekerja tapi tak semua pekerja akan cuti termasuk blogger tegar macam saya.Tetap bekerja keluarkan entri baru2.Korang ingat blogger bukan pekerjaan ke?Korang silap sebab blogger sekarang blogger dah boleh dikategorikan sebagai karier dan mungkin satu hari nanti ia akan diiklankan di Jobstreet mahupun Monster.

Tadi saya terpaksa menunggu sejam untuk mendapatkan roti canai "Pak Din".Punyalah ramai pekerja yang cuti order roti canai.Tapi saya tak marah sebab saya faham "Pak Din" seorang je pembuat roti canai kat kedai tu dan roti canai dia memang terBaek dari ladang.Nak tau siapa "pak Din"?Nanti saya buat post pasal dia dengan kebenaran (yelah kang tak pasal2 saya kena saman).

Mesti korang tanya kenapa saya cakap hujung minggu ni genting.Pergh susah nak digambarkan di hati bila tengok jadual BPL minggu ni.Diluah mati emak,ditelan mati bapak.Jadi saya kene kemam jelah.hak3...Ok seperti mana yang kita tau jadual minggu ni akan menentukan siapa yang berada di atas,siapa yang berada di bawah.Siapa dapat cup,siapa pulang tangan kosong.Siapa yang pergi Champions League dan siapa yang hanya akan bertanding di liga Batu Pahat je.Jom kita tengok standing dulu :

klik untuk tumbesaran sempurna

Dah puas tgk standing.Penyokong Chelsea mesti syokkan tengok standing.Sebelum korang syok2 korang kena tengok perlawanan minggu ni :

klik untuk tumbesaran sempurna

Saya selaku penyokong Liverpool takkan nak club saya kalahkan walaupun Benitez dah banyak buat hal.Saya nak Liverpool menang malam ni.Tetapi kalau Chelsea kalah dengan Liverpool malam ni Maka Man U akan dapat cup.Kalau Liverpool kalah dengan Chelsea makanya main liga Batu Pahat je lah Liverpool.Melainkan :

- Man U kalah dengan Sunderland (boleh ke?chaiyok2.kami bergantung pada kamu)
- Totenham Hotspurs kalah dengan Bolton (mungkin boleh)
- Man City seri dengan Aston Villa ( ini tentu punya...hak3)

Harap2 kesemua perkara di atas dapat dilaksanakan oleh team2 itu.Kami mahu Liverpool ke Liga Juara2 season depan.Maka Bolton dan Sunderland haruslah bekerja keras demi Liverpool.hak3...Kami memerlukan keajaiban untuk mara...Dalam bola sepak mesti ada kejutan (korang ingat Af je ada kejutan eyh?).

p/s :
- Benitez tolong berambus dari Anfield taktik ko macam haram!
- Tony Fernandez silalah beli Liverpool dari Gillet & Hicks yang miskin tuh
- Jangan bagi Lucas dan Ngog main malam ni Benitez jangan jadi bodoh boleh tak?
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails