KUMPULAN API


Hye selamat pagi,saya baru sampai office.Selsema dah elok datang pulak sakit perut.Mungkin saya ada salah makan masa breakfast tadi.So tak dapat nak buat apa lah kan.Takkan nak peram je betul tak?Saya rasa pelung untuk dapat duit Project Alpha minggu ni pun agak suram memandangkan saya terlambat beberapa peserta.Saya ingatkan benda tu baru je keluar rupanya bila saya nak paste permalink kat FB Project Alpha dah 54 orang dah.Maka tamatlah riwayat kesan degil.Terima jelah Bean kasi chance kat blogger lain.Asyik2 ko je dapat...


Hari ni entri pertama saya nak buat satu entri santai.Entri pasal band dan rasanya dah lama saya tak review pasal band indie Malaysia.Last sekalipun pasal Bunkface.Saya bukan nak jadi reporter percuma ataupun blogger hiburan macam Beautifulnara tapi sebenarnya saya memang muzik.Kalau betul2 saya nak buat entri pasal hiburan saya dah tulis pasal bekas laki Nora Danish bagi surprise kat Fasha Sanda.Gila datang naik Helikopter beb.Ni persoalannya adakah artis akan cair dengan kita kalau kita ada helikopter?Lu fikirlah sendiri.Nak tau lebih lanjut bacalah Harian Metro.

Korang pernah dengar tak nama band API.Band ni takde kaitan langsung dengan abang2 bomba atapun tokey kilang mercun.Apa yang best sangat kumpulan ni.Dah tentulah lagu dia.Korang pernah dengar tak lagu Pelita?Saya rasa pernah post dalam entri Piala Thomas hari tu.Kumpulan API ni adalah gabungan pemuzik indie di Malaysia.Ahli Kumpulan API :

Noh (Hujan)
Lan (Azlan & The Typewriter)
Din Homaove ( Estranged)
Imran (OBS)
AJ (Pop Shuvit)
LoQue (Butterfinggers)

Kalau tengok lineup diorang kita dah tau yang band ni memang akan hasilkan lagu yang best2.Setahu saya baru satu single je diorang keluarkan tak tau pulak kalau ada lagu lain yang saya tak tau.Kalau nak suruh saya komen lagu ni.Saya akan cakap paduan suara Noh Hujan & Lan memang kena.Satu low note satu lagi high note.Lirik diapun best dan memang saya suka dengar.

Kalau korang nak dengar nah dengarlah saya tak marahpun :






LIRIK LAGU KUMPULAN API - PELITA :

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir


Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya



Hope korang enjoy dengar lagu ni sebab maksud dia memang mendalam dan muzik dia memang harmoni.

p/s :
- Kesian Kak Ina Kl kena panggilan hangit.Jangn GTO buat gila kenakan saya dah la.Mau jebat mengamuk kat Melaka...
- Kalau korang nak dengar live silalah datang ke Youth10 nanti sebab API akan perform
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails