ENTERTAINMENT : INTER MILAN JUARA CHAMPION'S LEAGUE & SHAHIR JUARA AKADEMI FANTASIA 8


Selamat pagi seua,live blogging ni saya buat dekat Kajang (perasan buat live blogging pulak.Ko dah tak laku lah Bean).Tadi hantar Datin Seri aiensepet ke Semua House then saya balik ke rumah mama saya.Semalam hajat hati nak kiamulail pastuh nak tgk bola last2 hanyut di lautan cinta.Habis apa pun tak dapat.

Nampak gayanya ilmu firasat saya masih di bawah level amatur lagi.Belum layak nak pergi belejar kat tepat Harry Potter.So saya rasa kena balik Batu Pahat belajar dengan Pak Meon Kampung Muhibah yang terkenal dengan ilmu tilik tuh (main pajak je tu sebenarnya).Kedua2 ramalan saya untuk entry lepas meleset sama sekali.Ces!selalu saya tilik mesti kena kali ni langsung tak kena.


Semalam kita dapat lihat bintang Shahir berjaya mengulangi keajaiban yang pernah dilakukan Mawi dulu.Kitapun tau yang sebelum ni Shahir telah disingkirkan dan dipanggil masuk semula melalui undi AFMASUK.Dah dua kali bintang AFMASUK berjaya jadi juara Akademi Fantasia.Jadi tahniah pada Ahahir yang telah dinobatkan sebagai Juara AKademi Fantasia 8 dan kita tengok samada anak didik Norman KRU ni berjaya atau tidak dalam dunia hiburan ni.Dan ni turutan Bintang AF 8 di konsert akhir :

Juara : Shahir
Naib Juara : Adira
Ketiga : Daus
Keempat : Maulana
Kelima : Iwan


Semalam juga menyaksikan Squad Jose Murinho (saya memang minat mamat ni..Tak nak jadi coach Liverpool ke bro?) iaitu Inter Milan berjaya mengalahkan Beyern 2-0.Kehebatan Murinho memimpin Inter Milan sampai dapat simpan 3 cup beb season ni senang cerita treble lah kan.Dan wira Inter Milan semestinya Diego Milito.Milito berjaya meledakkan dua gol untuk membantu Inter Milan menang dan mengucup Piala Liga Juara-Juara 2010.

ni gambar game je...Malas nak cari kat rumah en google

Hm,dengar cerita Liverpool akan kehilangan dua bintang utamanya next season betul ke dan cita2 nak beli David Villa tak kesampaian sebab Villa dah join Barcelona.Harap2 season depan Liverpool akan bangkit dengan semangat burung unta ye kalau nak saya bayar membership.

p/s :
- Tahniah kepada peserta AF8 akhir,jangan tenggelam macam budak2 AF yang lain dah la ye.
- Gambar credit pada Murai sebab saya takde DSLR dan tak dapat pergi konsert.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails