ENTERTAINMENT : KONSERT AKHIR AKADEMI FANTASI 8 & FINAL CHAMPION'S LEAGUE



Selamat petang,Bean Moreno masih menemani korang sampai siap kerja.Cadangnya nak balik awal hari ni tapi tetiba pulak rasa baik hati menjelma so saya tunggu sampai siap kerja.Lagipun next week ada induction student baru jadi kalau saya tak siapkan & check pc maka diorang takkan selesa guna pc.Tengok betapa pentingnya saya dalam organisasi ini.hak3.Lagipun aiensepet balik pukul 5.30 so apa salahnya kalau saya tunggu kejapkan.

Dua benda penting yang akan berlaku dalam minggu ini dan 2 benda nilah yang ditunggu2 rakyat Malaysia.Bagi saya biasa jelah tapi kat surat khabar rata2 muka tengah dan belakang mesti cerita pasal benda yang sama.Maknyanya memang benda tu topik hangatlah kan.Kalau tak hanagt mesti surat khabar letak kat bahagian2 yang tak penting contohnya kat bahagian orang announce kematian hak3...


Perkara pertama ialah berkenaan dengan dunia hiburan tanah air dan orang yang memang suka tengok benda ni ialah perempuan terutama sekali awek2 sekolah.Memang tiap2 minggu asal hari Sabtu je tukar Astro saluran 104.Sampai ada yang sanggup buat muka masam cuka dengan bapak sebab bapak dia nak buka channel 811 tengok Chelsea menang minggu kepas.Tak lain tak bukan Akedemi Fantasia.Hari ni adalah Konsert Akhir Akademi Fantasia 8 iaitu anak buah Norman KRU.Korang rasa siapa akan menang?Sebeleum meramal mari saya tunjuk siapa peserta akhir Akademi Fantasia 8 : 


ADIRA

DAUS

IWAN

MAULANA

SHAHIR


Oklah Bean Moreno nak meramal macam nujum pak belalang.So saya dah dapat turutan pemenang dari pihak Astro tadi (ooops).Ni ururatn pemenang ye...

Maulana - Shahir - Adira - Iwan - Daus


Amacam korang rasa list yang saya bagi ni kena tak?Apa2pun jangan lah cepat kecewa sangat.Tu saya just ramalkan je.Result betul kena tunggu malam ni.Tupun kalau korang vote kan.Kalau korang nak tengok peserta kegemaran korang kalah silalah simpan kredit korang dan rasanya main sms dengan boyfriend lagi bagus.


Perkara kedua yang akan terjadi iaitu pada hari esok.Yang ni kebanyakan lelaki akan tengok.Ia takde kene mengena dengan Rima Fakih yang memang pole dancing.hak3...Jarang nak tengok lelaki tak minat bola.Pasal benda ni ramai laki bini yang akan bergaduh (saya tak tau lagi).Hari ahad adalah Final Champion's League antara Inter Milan dan Bayern Munich.Dua2 team ni ada sejarah tersendiri dalam Liga Juara2.Season lepas2 kita tengok kelab Inggeris mendominasi Liga Juara2 tapi kali ini tiada lagi bahasa Inggeris dalam Liga Juara2.Korang rasa siapa yang akan menang?

INTER MILAN

BAYERN MUNICH

Persamaan kedua2 pasukan :

1) Kedua2 coach pernah bekerjasama dalam satu team dahulu kala
2) Kedua2 team ni ada player bertaraf bintang (malangnya Frank Ribery tk boleh main)
3) Kedua2 pasukan ada pemain buangan dari Real Madrid dan kedua2 pemain itu adalah dari Belanda iaitu Arjen Robben dan Wesley Snieder
4) Kedua2 pasukan dah pegang dua cup dalam tangan

Pada firasat saya Bayern Munich akan memang malam ni 2-1.Korang pulak rasa macam mana?

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails