GAMBAR YANG BOLEH BUAT SAYA TERSEDIH...BOLEH PULAK TERSEDIH...


Hye,saya baru balik dari KL (ada ke orang kisah pasal ko Bean?).Banyak benda saya buat hari ni.Pergi beli HP baru untuk aiensepet,pergi office Nuffnang jenjalan sambil naik monorel.Nasib baik saya masih muda remaja dan bertenaga.Apa2 pun sorry to senpai Dahlia sebab saya tak sempat nak submit entri belia muda (macam saya) yang dia ajak.Sorry eyh senpai saya bukan tak nak support tapi tak sempat.Harap2 sis tak majuk eyh.

Korang pernah tak ada kawan baik?Kawan yang memang percaya antara satu dengan yang lain pastu share apa yang ada sama2?Ada tak gambar yang korang simpan gambar.Semalam masa saya buka FB saya tetiba ada orang tag gambar yang bila saya tengok saya akan rasa sedih.Korang nak tengok tak gambar tuh.Meh saya tunjuk...

gambar semasa saya student.Ganas tak?tak seromantik sekarang...

Mesti korang pelik.Apa yang membuatkan saya sedih bila tengok gambar ni.Ada salah sorang dari gambar ni yang meninggal ke?(owh tidak).Oklah meh saya cerita sikit ye.Dalam gambar ni ada seorang yang memang saya anggap dia kawan paling baik dalam dunia.Sepanjang kitorang berhubung dulu kitorang tak pernah berkira walaupun duit.Apa yang kitorang ada kitorang akan share termasuklah awek (kepala hotak!!!).hahaha...

Tolong jangan tanya yang mana satu eyh (itu sensitif).Kalau relationship saya dan dia putus disebabkan kematian itu takde hal lagi saya mungkin dapat terima.Tapi kami lost contact tanpa sebab dan alasan.Tetiba je dia anggap saya macam takde kat dunia ni.Saya sampai sekarang tak tau apa salah saya.Diapun sepatutnya dah tau perangai saya sebab dia adalah orang yang paling rapat dengan saya.Dia memang dah tau kalau saya ataupun dia tak puas hati memang kitorang straight to the point tak kisahlah walaupun selepas terus terang tu kami bertumbuk (pernah ke?).

Saya jadi pelik kenapa dia berubah (mak aiyh dah macam awek dah).Saya tak kisah dan kalau saya buat salah yang besar silalah bagitau.Bukan saya nak melentingpun (walaupun terpaksa berbetah).Saya jenis open minded dan kalau saya salah saya akan admit (walaupun lambat..hak3).Oklah kat sini saya nak buat satu statement untuk orang yang saya maksudkan tuh :

"Bro,dah lama aku nak tulis benda ni tapi asyik2 lupa.Sampai semalam diorang tag gambar atas tuh aku tetiba teringat pasal relationship kita (even ko bukan awek aku).Kalau aku ada buat something yang bagi ko sakit hati ataupun mungkir janji dengan ko.Silalah tunjukkan yang kita ni lelaki dan straight to the point dan kalau lepas apa yang ko cakap itu aku memang salah ko nak lupakan aku pun aku takde hal at least aku tau salah aku..."


Sorry eyh korang saya just nak luahkan perasaan je.Bukan nak tunjukkan yang saya ni lemah tapi saya just nak tunjuk yang saya sayangkan persahabatan.Benda yang paling saya takut ialah hilang kawan.Kalau takat hilang duit seratus saya boleh cari lagi dari hilang kawan.Chow...

p/s :

Pesanan cecah lantai dari Bean Moreno - Hargailah kawan2 sebelum mereka lupakan kita....
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails