GERRARD JUAL GAME?BETUL KE?


Selamat tengahari,sorrylah hari ni saya takde mood sekejap sebab terlalu bz.Tetiba saya nak kene buatkan slideshow untuk staff pulak.Adus,kerja sayapun still berlambak kena pulak buatkan kerja orang.Tapi tak kisahlah kerjakan so kena tolong menolong (padahal mengeluh ni).Saya masih tak dapat nak berfikir luar daripada kotak pemikiran biasa.So entripun mungkin agak kurang ilmiah.hak3 (selama ni ilmiah ke Bean?).Mesti mak saya marah sebab dia seorang guru besar dan bekas guru pakar Bahasa Melayu (uiks?).So kalau nak tips ke apa ke sila tunggu mode rajin kembali sebab korang ingat senang ke nak keluarkan tips.Kalau plagiat mungkin senanglah.


Seperti yang korang tau Liverpool memang dah confirm tak layak main kat Champions League.Sedih tu memanglah sedih tapi nak buat macam mana kan nasib season ni tak menyebelahi Liverpool atas beberapa faktor iaitu :

1) Benitez masih ingat yang dia star zaman 80 an dulu dengan Real Madrid
2) Benitez saja letak taktik bodoh sebab nak blah pergi Jeventus
3) Owner Liverpool yang perasan kaya sedangkan beli Liverpool pun pinjam bank
4)  Fan tak bayar membership (alamak itu saya)
5) Player dah menyampah gaji asyik short je

Bukan nak cakap apalah kan season ni memang tak best.Rank terus jatuh pergi tempat ke 7.Dah tak boleh nak cakap Big Four.Kekalahan kepada Chelsea membuatkan peluang tertutup terus.Tadi saya terbaca kat paper ada tulis yang Gerrard jual game.Korang percaya tak Gerrard jual game.Kalau saya jadi Gerrardpun saya akan jual game.


Nak tau kenapa?Sebab kalau Liverpool menangpun memang tak boleh pergi Champions League jugak.Totenham dengan Man City Menang.So kalau Chelsea kalah dah tentu Man U naik atas.Untuk pengetahuan korang Gerrard & saya ada satu persamaan yang nyata.Kami BENCI Man U.Untuk mengelakkan Man U menang jadi baik bagi Chelsea yang menang.Kalau saya jadi Gerrard pun saya akan rembat masuk gol sendiri dan tiba2 berlakon gila.hak3...Boleh ke macam tu?

Harapan saya yang pertama musim depan ialah supaya ada orang2 kaya dunia yang nak beli Liverpool dari si Gillet dan Hicks tu.Ntah apa diorang buat dengan duit club pun saya tak tau.Nak kata bayar hutang,nampak macam bertambah lagi hutang.Kalau boleh Dato Seri Tony belilah Liverpool tu.Anda lebih kaya dari Gillet.hak3...Saya kalau boleh beli Liverpool tu pakai credit card swap sebulan sekali saya dah beli dah.

Yang kedua saya berharap Benitez berambus cepat sikit.Sakit ati lah tengok muka dia.Tapi kalau dia masih nak jadi coach sila berlatih main Football Manager 2010 dulu.Kalau point tinggi dari saya baru sambung contract.Kalau tak leh beat point saya silalah manage kelab2 macam Felda United dulu.

Lastly,tak kiralah siapa jadi Manager Liverpool lepas ni.Sila jual Lucas Leiva,Ngog dan Skrtel.Mereka ni sebenarnya layak main guli di laman rumah Mak Kiah je.Then Carragher tu simpan jelah sampai dia bersara.Dah tua dah & lutut pun dah longgar.Menyemak je kat padang tuh.

p/s :
- Sorry sebab terpaksa membebel benda lagha sebab dah takde idea ni
- Petang sikit saya update something yang berguna eyh...hak3


Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails