TIPS : AJAK TETAMU MASUK RUMAH JANGANLAH KUNCI PAGAR


Oit,apa cer?saya tau korang mesti tunggu entri saya yang title dia depan ada T kan?hak3...Sorrylah tadi saya agak emo dan saya tak mungkin akan tulis entri yang bermula dengan T kalau saya dalam emosi tak stabil.Nanti tajuk entri TIPS tapi tulis melalut sampai korang termuntah nak baca.hoho...Lagi satu korang kena ingat menulis tips ni sebenarnya susah beb ingat senang ke?Nak kena gali neuron2 yang ada dalam otak tau tak?hak3...

gambar rumah siapalah saya ambil ni

Oklah,entri ni bukan nak ajar korang jadi perompak mahupun penyamun tarbus ye.Saya jugak takde niat nak suruh korang tukar solex rumah korang.Sila jangan salah faham ok.Saya tau mesti ada antara korang yang terpinga2 dengan title tu.Memang saje jepun kasi macam tu supaya korang tak terima input bulat2 dan korang jugak kena gali neuron dalam otak korang.Jadi adil kan?

Maksud saya ialah kalau kita nak orang masuk blog kita ataupun senang cerita komen blog kita tolonglah jangan beri kesukaran tahap dewa kepada readers ataupun tukang komen kita.Kita boleh umpamakan macam ni buat open house tapi kita letak bouncer depan pintu macam kat club malam (uiks pernah pergi ke Bean?).Sebelum tu meh sini saya story sikit pasal apa benda yang korang buat lepas tu boleh meyusahkan or buat readers & blogger lain tak selesa.Contoh2 nya :

1) Korang pasang autoplay
Autoplay bukan tak bagus cuma kurang menyenangkan.Readers datang nak baca blog bukan nak berjoget.Korang agak2 bila readers buka blog korang diorang berjoget ataupun terus tutup sound (mute)?Sebab kalau diorang nak berjoget dah tentu lah diorang akan pergi club or konsert.Betul tak?

penyelesaian - senang je remove ataupun disable autoplay

2) Tulisan Kecil
Sekarang baru saya faham maksud Eyriqazz kenapa nak kene buat tulisan besar.Dengan buat tulisan yang besar sikit kita dapat jimatkan duit readers untuk beli cermin mata ataupun kanta pembesar (wah skema la plak).Jadi tak rugikan kita tolong readers.Konsep dia sama je macam naik bas ekspress kalau tempat duduk kecil kita tak selesa (memandai jelah ko Bean).Sila jangan salah faham,umur saya dan Eyriqazz jauh beza ye.

penyelesaian - lagi senang masa taip kat blogspot silalah pakai tulisan dan saiz yang sesuai untuk segala jenis umur.

3) Widget Telalu Banyak
Ni satu lagi faktor yang biasa.Saya pun sama je dulu macam korang.Widget nak letak kalau boleh sumbat saya sumbat.Kalau ada widget untuk remote desktop pun saya akan letak.hak3...Tak salah korang nak letak widget tapi biarlah widget yang perlu je.Banyak sangatpun bikin sakit mata je.Pastu blog jadi berat.

penyelesaian - guna widget yang perlu je.Buang yang keroh ambil yang jernih.

4) Word Verification
Yang ni lagi satu.Suka sangat letak boncer kat blog.Tapi asyik merungut komen sikit.Macam mana orang nak komen kalau ada bouncer.Dah lah moderate letak lagi password tuh.Kita blogger kena open dengan reader.Ni tak kat entri tulis cerita dalam kelambu semua tulis tapi komen ada word verification.So apa cer?

penyelesaian - disable word verification kat blogspot.Senang je kan?

Cukuplah 4 eyh.Sebab Islam kata kahwin boleh sampai 4 je.Bagi banyak2 pun bukan korang ikut.Tapi saya faham manusia memang degil itu sifat yang mana diri sendiri je boleh ubah orang lain just boleh nasihat dan kutuk je.hak3...Jadi ENJOY dunia blogging korang.

p/s :
- Nak try makan kat The Gardenlah hari ni.Harap2 tak mahal...
- Tetiba mood masuk paritlah hari ni.Ni mesti nak dapat hadiah hari ni...
- Seorang lagi Geng Gagak Hitam berhijrah ke dunia domain - MatJoe
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails