Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

TIPS : BLOG PERSONAL BOLEH UP KE?

BLOG PERSONAL BOLEH UP KE? | TIPS BLOGGING

Persoalan pada tajuk entri ni.Ramai jugak yang tanya soalan ni sebenarnya.Kalau nak ikutkan akal fikiran dan darah muda saya memang tak dapat nak jawab.Ramai yang cakap,jenis-jenis blog yang boleh up adalah di kalangan blog-blog hiburan, ataupun public blog.Ada pulak yang cakap kalau nak up kan blog senang je tulis je tips dengan tutorial.Ya itu adalah sebab-sebab kenapa blog itu boleh naik.

Jadi persoalannya adakah personal blog tak boleh naik?Betul ke blog-blog yang bergenre (halamak dah macam artikel ROTTW plak) personal ni susah naik?Korang rasa susah ke senang?Jawapannya kalau nak dibuat perbandingan dengan public blog memang susah sikit Personal blog nak lawan sebab personal blog agak kurang keyword.Tetapi jangan terlalu negatif ye.Sebenarnya ada cara yang kita boleh guna untuk jadikan personal blog tu meriah dengan traffik dan orang kenal.

Korang nak tau macam mana kan?Senang je.Kalau sayalah kan saya akan buat macam ni :

1) KAITKAN ENTRI PERSONAL DENGAN READERS

Walaupun kita tulis pasal personal,pasal apa yang kita makan,apa yang kita minum ataupun kita pergi bersiar-siar tak semestinya kita tak boleh kaitkan dengan readers lain.Yelah kalau kita tulis meleret je then readers tak dapat feel macam mana diorang nak baca.Cuba korang bayangkan budak2 AF8 menyanyi lagu sedih tapi kat muka diorang happy then senyum sampai nampak gigi apa yang korang rasa?Ada tak rasa macam nak bagi tendangan gaya pengemis peringkat ke-8?Jadi pandai2 lah eyh.Satu lagi sila wujudkan persoalan dalam entri tersebut.Ada faham?

2) UBAH GAYA PENULISAN

Sebab tu ramai orang2 yang dah berjaya dengan Nuffnang cakap tumpukan pada penulisan dan duit akan datang kemudian.Walaupun kita tulis pasal apa yang kita buat harian tapi gaya korang tulis entri tu best tak mustahil ada yang baca.Tak semua readers baca entri untuk cari info,kadang2 diorang stress bekerja diorang nak jugak baca entri yang santai or kisah hidup orang.Yang lebih menariknya kalau ramai Ahli Mesyuarat Tingkap (AMT) memang keje diorang baca entri personal je.Jadi dengan gaya penulisan yang tak berat mungkin korang boleh attract diorang baca.

3) USHA KEYWORD PANAS

Ni satu teknik yang best.Korang nak buat entri personal dengan keyword panas pun tak jadi masalah tapi kalau boleh elakkan guna bahasa lucah ye.Alim Ulama kata tak berkat.Macam mana korang nak masukkan keyword panas?Simple je tak semestinya korang nak dapat hits pasal AF8 korang kene tulis satu entri AF8.Cuba dalam entri korang selitan sikit perkataan tu.Tengok mesti ada traffik yang drive ke blog korang.sebagai contoh ayat ni :

"hari ni saya pergi ke The Curve tetiba ada seorang mamat ni nak mengorat saya.Muka Hensem macam Iwan AF8 tapi suara memang foul.Taulah saya ni memang cantik macam Adira AF8"

Tu contoh jelah.Korang pandai-pandai lah olah ayat sendiri.Yang penting jangan kutuk--kutuk tak baik ye...

4) BUAT BLOG TU JADI CHAM

Ni bukan nak cerita pasal kumpulan lawak Cham tu.Cham maksudnya campur.Apa,tak pernah dengar?Korang betul-betul bukan mat rempit sejati lah.Ni adalah cara terakhir kalau korang tak nak buat 3 cara di atas.Maksudnya korang pelbagaikan entri dalam blog.Kadang-kadang cerita pasal personal,kadang-kadang buatlah entri open yang mana orang tengah cari or boleh dibincangkan.

Ni jelah yang saya nampak buat masa ni.Nak kasi banyakpun nanti korang muak nak baca.Takut ada pulak yang masuk ICU termuntah sebab baca entri dalam blog ni.Saya ni takde bagus sangatpun cuma sharing apa yang saya nampak dan buat.Terpulang pada korang nak buat ke tak?

p/s :

* Sorry ni entri lama saya modify sikit sebab hari ni agak busy so nak share benda yang dah ada tapi korang malas godeh.hak3...


Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  Sila register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Ada terfikir nak pakai HTC Desire HD?  Mydeal nak kasi free...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

TIPS | 5 BENDA YANG PERLU ADA PADA BLOGGER UNTUK SURVIVE


TIPS | 5 BENDA YANG PERLU ADA PADA BLOGGER UNTUK SURVIVE


Enrti kali ni khas untuk diri saya dan semua yang bergelar blogger.Semalam kawan adik saya ada datang ke rumah.Tetiba masa diorang nak balik seorang tiba-tiba tegur saya dan cakap macam pernah nampak saya.Terasa bangga sikitlahkan sebab dia cakap depan family saya termasuk cousin-cousin saya.Rupa-rupanya dia blogger dan pernah nampak saya kat Gatsby Blogger Gath.Ingat dia nak cakap yang muka saya macam Brat Pitt ke kan...hak3..

Dalam dunia ni semua orang boleh jadi blogger.Bukan susahpun.Korang register blog then tulis je apa korang suka korang dah boleh bergelar blogger.Tapi korang rasa berapa lama korang boleh survive?Berapa lama blog korang mampu ada dan dibaca oleh readers.Ataupun paling senang berapa lama korang boleh menulis blog & survive selaku Blogger?Siapa boleh jawap soalan ni.Cuma korang je yang boleh.Entri kali ni saya nak share sikit 5 elemen yang perlu ada pada blogger untuk survive.

1) IDENTITI
Apa yang korang faham pasal identiti dalam blog?Bagi saya ada beberapa elemen yang kita boleh refer untuk kenal identiti penulis contohnya cara penulisan,nick (unik),template blog dan niche blog.Owh semua ni penting sebab tanpa identiti blogger tu takkan diingati beb.Memang sekali masuk je readers dah tak mau masuk lagi sebab lupa.Bila korang ada identiti maka readers tak kan segan nak taip terus url korang tak browser & jadikan rutin.

2) ORIGINALITY
Menulis blog ni macam compose lagu beb.Korang nak entri korang meletup korang kena compose sendirilah.Dulu isu paling syok layan ialah Plagiat.Ramai blogger yang nak naik dan kasi blog diorang popular plagiat entri orang lain.Copy & paste bulat-bulat.Ye memanglah korang boleh cakap ala isu kita boleh ambil sama sebab diapun ambil kat surat khabar.Tapi janganlah sampai nama blogger tu pun korang copy paste.Ayat pun sama.Apa kata korang cuba ambil isu je ayat korang olah sendiri.Lagi bagus kalau korang bikin isu lain.Kat situ baru korang dapat respect dari readers.

3) RESEARCH
Korang ingat ahli makmal je ke buat research.Bloggerpun kena buat research untuk blog.Apa contoh research?Simple je,contohlah Bean Moreno ni blogger baru.Dah tentulah dia tak tau apa kejadahnya SEO.So dia kenalah merayap kat net cari apa itu SEO then cuba kat Suterablogger yang baru ni.Yang paling ok ialah bila korang cuba satu-satu ilmu yang ada dalam net pasal blogging.Korang akan jadi macam Einstein beb!

4) SHARING
Lepas korang dah buat research,dah dapat banyak ilmu dan dah cuba.Mana yang jadi or bagus korang sharelah dengan blogger lain.Tapi kenalah tunjuk bukti yang korang dah buat sebab nanti takut orang cakap korang tipu pulak.Jangalah ada ilmu simpan je tak best sebab ilmu itu perlu dikembangkan.Bila korang dah berjaya sila ingat orang yang memerlukan.Janganlah bila traffik korang dah meletup korang mula nak 'merak' pulak.

5) BERANI
Bab yang ni saya dah tulis dalam entri lepas.Siapa tak tau sila godeh-godeh entri sebelum ni ye jangan malas sangat dan nak suap je.Kalau tak jumpa silalh berani gunakan formspring saya tu.Korang tolong saya dan saya tolong korang.Bak kata pepatah 'Blogger Help Blogger'.Apa yang saya tau saya akan jawab dan jangan takut saya tak makan orang ye.

Oklah cukuplah 5 yang lain korang buatlah research sendiri.Kalau rajin saya akan buat entri cerita satu per satu beserta contoh.Itu kalau rajinlah ye.

p/s :
* Jadi blogger memang best tapi hati,mata,dan telinga kena kental beb!



Sila share entri ni kalau korang rasa patut diketahui orang lain kalau nak menderma tanpa keluarkan duit sila klik ini sebagai tanda support korang atas penulisan saya.

Iklan :
- Dah register Heartbeat?  SIla register sebab income dia lebih laju dari Nuffnang...hak3..
Buat duit dengan Twitter dan Facebook.  Jom Churp sekarang...
- Iphone 4 anda kesunyian? Mai langgan iDigi

APA ANDA PATUT BUAT KALAU TAKNAK TERLIBAT DENGAN PLAGIAT

APA ANDA PATUT BUAT KALAU TAKNAK TERLIBAT DENGAN PLAGIAT



Salam guys,

Persoalan pertama korang tau tak apa itu plagiat?Bagi saya plagiat itu ialah ambil hasil karya orang lain bulat-bulat then claim itu adalah karya kita atau bahasa mudah dia ialah cetak rompak.Dalam bahasa kasarnya Maling!Sekarang kecoh pasal plagiat dalam blogging.Actually isu ni dah lama tapi tetiba muncul balik.Memang sakit ati woo bila artikel kene plagiat (walaupun artikel saya tak pernah kena rampok mungkin sebab tak bagus sangat).Tapi actually kalau kita pandang pada satu sudut yang positif itu menandakan ada orang suka penulisan kita dan artikel kita itu BAGUS!

Sayapun kadang-kadang ambil point dari blogger lain tapi saya ubah semua ayat-ayat jadi bahasa saya sendiri dan saya just ambil point dia sahaja.Ok jom saya share something yang mana boleh elakkan diri kita dari jadi plagiat terhebat abad ini...

1. Banyak Membaca

Tak kiralah korang baca komik ke baca surat khabar ke yang penting membaca.Even korang baca majalah Playboy pun korang tetap akan dapat idea.So bacalah untuk mendapat idea  menulis.Adalah satu yang mustahil kalau kita membaca tapi takde idea.Kita boleh dapat banyak isu dan boleh buat satu isu lain daripada isu yang berkaitan.

2. Cuba Belajar Cara Penulisan Yang Betul

Benda ni saya dah banyak kali highlight.Bila korang tau cara yang betul untuk menulis blog korang takkan terlibat dengan plagiat.Tak kisah lah even takde ideapun kita boleh ambil point then elaborate dengan cara kita dan gaya penulisan kita.So takdelah masalah dengan membuat entri.Kadang-kadang korang kena tau yang readers bukan nak tau isipun diorang tertarik dengan gaya penulisan je.Kadang-kadang korang tulis pasal botolpun diorang baca just sebab cara penulisan korang tu superb.

3. Usha Youtube

Andai kata korang malas nak baca surat khabar mungkin sebab cara diorang tulis membosankan apa kata korang pi jalan-jalan kat youtube.Taip satu perkataan yang terlintas dalam kepala otak korang.Bila keuar je result  korang tulis pasal video tu.Buat review dan pendapat korang pasal video tu.Korang kena positif dan beranggapan bukan korang sahaja yang minat video tu.Then tak mustahil akan ada orang baca.

4. Tulis Pasal Personal

Siapa kata tulis pasal personal takde orang nak baca.Kalau korang ada keyword dalam entri tu maka ada je singgahan.Tapi ingat kalau laki bini jangan lah cerita hal dalam kelambu kat dalam blog.Itu satu yang mengaibkan.Dah banyak blog personal yang dapat traffik tinggi.So itu bermakna tak mustahil.

5. Duduk Diam & Tidur

Yang memang last resort lah bagi blogger yang memang kering idea.Kalau dah memang otak jammed buat apa nak paksa beb.Jadi jalan penyelesaiannya ialah buat bodoh dan anggap yang korang takde blog.Tidur adalah jalan penyelesaian terakhir untuk korang.Sila jangan letakkan diri korang dalam situasi kau terpaksa aku memaksa memang susah hidup korang.

Oklah korang pandai-pandailah fikir pasal isu ni sebab kalau korang buat maksudnya korang yang cari masalah.



5 CARA KORANG BOLEH DAPAT FOLLOWER DALAM TWITTER

5 CARA KORANG BOLEH DAPAT FOLLOWER DALAM TWITTER


Salam guys,
Satu entry info yang saya akan buat sehabis pendek.  Harap-harap korang faham apa yang saya nak sampaikan memalui entry ni sebab saya akan gunakan teknik KISS (Keep It Short & Simple).  Actually saya nak bikin satu vlog untuk entri ni tapi pergh perasaan malu semakin menebal bila behadapan dengan kamera.  Ok korang mesti ada twitter kan.  So entry kali ni saya nak share something yang memang ramai orang tanya iaitu macam mana nak kumpul follower untuk akaun twitter tanpa guna 'Teknik DiGi'.

1. Tweet Mesti Informatif

Ok sempoi je memanglah Twitter adalah satu 'social network' tapi ia tak dicipta untuk bercerita segala apa yang dianggap personal.  Kalau korang asyik nak tweet pasal setiap apa yang korang buat termasuk dialog 'Aku mau pergi tandas' korang rasa orang nak follow ke?  Mungkin ada tapi agak annoyinglah.  Apa kata korang anggap twitter ni tempat kongsi maklumat.  So bila ada info di situ maka akan datanglah sang follower.

2. Tweet Kena Creative

Apa kata lepas ni selain korang buh tweet yang berkisar pasal masuk tandas, korang cuba jadi creative sikit contohnya buh tweet pasal quotes ke ataupun share something yang orang suka macam video atau lagu-lagu baru.  Dari situ korang akan dapat peminat disebabkan korang ada idea dan idea itu boleh menarik minat manusia untuk jadi follower.  Tapi pastikan quotes itu adalah dari korang bukan copy paste.

3. Tweet Mengikut Niche
Korang ingat blogging je ke ada Niche.  Tweetpun ada niche.  Mungkin korang tak perasan sebab korang just duduk dalam komuniti Twitter Malaysia.  Cuba korang masuk sikit komuniti international,  korang akan nampak diorang menggunakan # (hashtag) untuk berinteraksi.  Bila ada yang nak di'Tweet' dan berkaitan dengan sesuatu isu atau topik maka # akan berfungsi.  So Inilah dia Tweet Mengikut Niche.

4. Rajin Berinteraksi Dengan Orang Lain

Yang ni serious betul.  Korang tak perlu follow just berinteraksi je dengan pemegang akaun lain (wah dah macam akaun bank) so diorang akan nak tau pasal korang maka diorang secara natural akan follow twitter korang.  Just share something yang berfaedah dengan diorang terutama sekali celebriti.

5. Korang Jadilah Celebrity

Yang ni siapa cakap tipu saya tak taulah nak kata apa.  Pernah ke korang tengok follower twitter artis bawah 1K.  Takde beb melainkan dia tu pelakon extra dalam drama bajet rendah.haha...  Kalau korang celebrity korang tweet pasal korang pi lunch pun dah ada orang follow.  Kalau tak mampu jadi celebrity then baik korang buat cara 1 sampai 4.

p/s:

* Follower itu penting dalam twitter sebab kita boleh kongsi ilmu & ia juga satu sebab kita boleh buat banyak duit dari twitter.

* Sila jangan guna third party punya medium untuk dapatkan follower sebab takde guna pun diorang akan follower untuk tarik follower jugak.  So tiada unsur sharing di situ.


* Blogger amat memerlukan Twitter untuk perkenalkan blog mereka.  Kalau follower sikit macam mana nak up kan blog maliankan ada follower lain RT.

SIAPA KATA TIADA SHOUTMIX TAK BOLEH BLOGWALK

SIAPA KATA TIADA SHOUTMIX TAK BOLEH BLOGWALK

Salam guys,

Entry kali ni saya nak share satu benda tentang blogwalking.  Macam yang dah terbiasa bila sebut je blogwalk orang mesti ingat shoutbox ataupun kotak jeritan.  Dan bila masuk satu blog tu untuk blogwalk tetiba blog tu takde shoutbox mulalah claim owner blog tu sombong, kedekut traffik dan macam-macam lagi.  Saya dah dekat sebulan buang shoutbox.  Ni bukan sebab otai ke traffik tinggi ke ataupun kedekut tapi sebab orang salah guna atau boleh saya katakan vandalisme  dalam blogging.  Persoalan pertama ialah Siapa Kata Tiada Shoutbox Tak Boleh Blogwalk?  Meh saya tunjuk satu cara saya blogwalk dalam blog saya ...

1. Widget GengBlogger

Siapa perasan kehadiran widget ni dalam blogsphere?  Kalau korang tak perasan silalah pi masuk gengblogger godeh-godeh.  Kesian Kong bikin widget tapi korang buat dek je.  Bagi saya widget yang Kong buat ni memang berguna untuk kita.  Ada dua sebab kita terhindar dari SPAM, SCAM dan sebagainya disamping boleh tau siapa yang jejak blog kita tapi dengan syarat orang tu adalah ahli GengBlogger.  Kalau nak dibandingkan Widget ni lebih ringan dan tak de masalah setakat ni.  Kalau ada masalah sila refer Kong.



2. Iklan Dalam Suterablogger

Yang saya tau memang agak berat orang nak buat sebab perasaan malas support orang lain tu masih menebal dan mungkin ada jugak yang still ada budaya 'Aku Hebat' dalam diri.  Apa lah salahnya kalau blog tu takde shoutbox korang pi masuk blog-blog yang diiklankan dalam blog tersebut.  Ada rugi ke?  Rasanya sikit pun korang tak rugi sebab korang dah tolong blogger tu layan iklan diorang.  Kan tolong menolong tu amalan mulia.  Mungkin hari ni kita tolong dia mana tau esok lusa dia tolong kita balik.  Siapa tahu?

Tahniah kepada Kong di atas kekreatifan dia kita dapan buat something yang mudah.Tak rugikan mencuba...

p/s :

* Kalaulah dapat berguru dengan Kong...
* Tahniah kepada adik beradik blogger yang kreatif iaitu Yied & Daus Pozi yang telah berjaya buat satu widget.Angpa memang Dasaaaaattttt!!!

UPDATE STATUS FACEBOOK MELALUI TWITTER

UPDATE STATUS FACEBOOK MELALUI TWITTER

Salam guys,

Soalan pertama sebelum saya teruskan entri ni ialah adakah anda mempunyai twitter dan facebook.Bagi yang tiada akaun twitter boleh abaikan entri ini dan baca entri lain ataupun pi buat akaun twitter dan jangan takut tiada bayaran dikenakan.Kenapa saya buat entri ni?Sebabnya ialah ada ramai pengguna facebook yang ada akaun twitter tapi tak guna dengan alasan malas nak update dua status.

Banyak cara yang kita boleh guna untuk usha kedua-dua platform ni antaranya ialah hootsuite.Pernah dengar tak?Nanti saya ceritakan apa itu Hootsuite.Hari ni saya nak share macam mana nak update status kedua-dua social network ni hanya dengan online twitter je.Macam mana saya buat.Saya guna Selective Tweets.

1. Connectkan Facebook Dengan Twitter

Korang just search selective tweets kat facebook lepas tu just go to apps.Bila dah masuk kat screen id masukkan id korang macam ni :



2. Taip Status Kat Twitter


Macam biasalah korang just letak je apa-apa status kat twitter korang tapi make sure jangan lebih 140 char.Contohnya macam ni ...




Sila jangan lupa letak #fb yang bermaksud masukkan tweet saya ke facebook.hahaha...Lepas tu apa yang patut korang buat ialah tekan button tweet dan usha status facebook naik tak tweet tu..


p/s :


* Saya kurang guna facebook most of status tu update dengan kaedah ni je.

TIPS | PR YANG KORANG KENA TAU DALAM BLOGGING

TIPS | PR YANG KORANG KENA TAU DALAM BLOGGING

Apa yang korang tau pasal PR?Entri ni saya nak kasitau pasal PR.Penting sangat ke PR dalam blogging ni.Perlu sangat ke kita maintain PR dalam blogging?Lamak apasal saya banyak tanya pulak ni?Oklah dalam blogging ada beberapa PR yang korang kena tau :


1) PAGE RANK

Sayapun masih belajar benda ni.Orang kata Page Rank ni penting untuk sesebuah blog atau website.PR tinggi menandakan blog/website itu mempunyai pengunjung yang tinggi.PR jugak menentukan kedudukan blog/page tu dalam permainan SEO (bola sepak tak termasuk).Tapi saya masih belajar lagi apa yang kita boleh buat dengan PR ni.Sebab saya ada pulak terbaca yang tak semestinya PR kita rendah kita tak boleh beat web yang mempunyai PR tinggi.Pernyataan ini membuatkan saya semakin biol dengan SEO.hoho...Cara2 nak naikkan PR ialah :

* Tulis Entri
* Cari Niche
* Guna Keyword Best2


2) PUBLIC RELATION

Jangan salah faham sebab statement PR di atas ni tiada kena mengena dengan pekerjaan di kelab malam seperti GRO dan kawan2 baiknya yang lain.Public Relation bermaksud cara korang kendalikan blog dan cara korang handle visitor korang.Dalam blogging kalau korang sombong dan asyik bersikap angkuh takde siapa nak support.Mungkin korang boleh naik tapi mungkin dengan SEO tak dikalangan blogger lain or readers yang dah tau sikap korang.Antara teknik2 yang korang boleh guna dalam Public Relation ialah :

- Gaya Penulisan
Korang janganlah tulis terlalu straight.Biarlah ada bengkang bengkok.Kenapa orang lebih suka baca Komik Ujang berbanding buku sejarah KBSM tingkatan 5?Tolong jawab ye...

- Komen
Penat readers komen entri korang tapi korang buta dek je.Macam takde apa2 berlaku.Tak semua pengkomen nak bagi pendapat,kadang2 diorang saja2 je drop komen nak tgk korang layan tak diorang.So bila korang terlalu DIVA sangat maka.CHIOW!!!

- Blogwalking
Ini penting sebab nak tunjukkan rasa kasih korang pada blogger lain.Bila korang blogwalking ke blog lain maka diorang akan terasa seperti kucing yang dimanjakan dengan FRIESKIES.Cuba korang bayangkan bila raya,korang ajak kawan2 datang rumah tapi bila time diorang buat open house korang tak datang.Apa cer?


p/s :
- Sedang built up PR dalam blog ni...

APA ITU ALEXA TRAFFIC RANK?MACAM MANA NAK CHECK ALEXA RANKING BLOG

APA ITU ALEXA TRAFFIC RANK?MACAM MANA NAK CHECK ALEXA RANKING BLOG




Salam guys,

Hari nak share sikit pasal Alexa Rank.Apa yang korang faham pasal alexa?Penerangan yang simple mengikut kepala otak saya ialah statistik web/blog dalam dunia maya di mana korang kena compete dengan berjuta-juta web/blog dalam internet.Rangking bermula dari nombor besar ke nombor kecil.Sila jangan sakit jantungkalau first time korang check Alexa Ranking tetiba keluar angka juta-juta dan jangan berangan itu angka duit dalam Maybank2u sebab itu just ranking maya.Ini bermakna lagi kecil nomber lagi bagus blog korang.

Dulu saya bermula dengan angka 3,256,412 .Amacam banyak tak?Memang disappointed beb tengok ranking tapi lepas saya start aktif maka nombor tu makin kurang dan sekarang lihatlah hasilnya ...


Dengan usaha keras saya selama 2 tahun maka dapatlah rank serendah ini.Actually belum cukup bagus tapi apa kan daya saya tak punya banyak masa untuk berblog macam dulu.Kalau nak ikutkan dulu saya pernah dapat dalam 300K tapi yang ni pun oklah.Tunggu masa saya nak buat semula blog ni.

Macam mana nak rendahkan ranking Alexa :

1. Tulis Secara Consistent
2. Maintainkan Traffik
3. Exchange Link
4. Belajar SEO 

Kalau korang nak check ranking boleh pi http://www.alexa.com/

TIPS : MAHU BLOG JADI POPULAR???

TIPS : MAHU BLOG JADI POPULAR???

Berkenaan dengan tajuk entri ni semua orang nak terasa dihargai ataupun ingin popular.Kalau la ada dalam ABPBH(Anugerah Bintang Popular Berita Harian) ada kategori blog paling popular mesti ramai blogger yang akan update blog diorang selalu.hak2 ini bukan perli ye cuma realiti.Popular itu adalah subjektif kalau kita nak cerita.Sebab popular dalam blogging boleh dibahagikan kepada dua.Adakah popular disebabkan ramainya follower ataupun popular sebab banyaknya reader dan traffic.Pening tak dengan statement saya ni.Korang fikirla sendiri apa bezanya sebab memang ada bezanya sebab itu saya kata ia adalah subjektif(bukan jawapan peperiksaan ye).

3 Cara untuk popularkan blog :

1- Content/Keyword kene best
Wah yang ni bagi saya memang penting sebab andai kata(saya ulang andai kata) hari tu blogger lain tak blogwalk ataupun mungkin sistem gengblogger rosak tak boleh nak ping entri maka apa yang dapat membantu kita ialah keyword SEO.Sebab tu kalau boleh buat je entri untuk contest mana2 blog ataupun contest Nuffnang.Walaupun tak menang tapi sekurang2nya kita dapat tulis entri n dapat keyword.Sebab tu saya try macam2 contohnya macam youthsays, blogadvertisingstore ataupun buat contest nuffnang.tak percaya biar saya tunjukkan :


3 entri yang saya submit untuk contest nuffnang memberikan saya traffic yang agak tinggi untuk bulan ini.Harap2 la menang salah satu.So sekarang korang percaya tak?Saya tak paksa just nak share je.

2- Blogwalking ataupun berjalan ke blog lain
Ini pun salah satu cara untuk korang popularkan blog korang ataupun dapat visitor.Cari blog baru then tinggalkan jejak.Dalam berblogging ni kita tak boleh sombong sebenarnya.Sombong terjun lombongla.Kita tak boleh assume yang kita ni terlalu otai walaupun kita dal blogging lama.Itu bukan concept blogging sebab tujuan sebenar blogging adalah untuk berkongsi tak kira la emosi ataupun knowledge.Jadi lerpas ni tolong jangan sakitkan telinga saya dengan mendengar perkataan "dia tu otai bean"...tak mungkin saya akan hiraukan perkataan tersebut.Bukti...


Traffik2 di atas datangnya dari blog2 lain.Kemungkinan tuan blog yang masuk ataupun follower2 dia yang tertarik dengan nama blog saya(chewah perasan betul...hak2).Ataupun apa yang saya tulis dalam chatbox diorang(mungkinla sayapun tak tau).Saya suka comment dan juga tulis kat chatbox.Mungkin ada blogger yang baru sampai kat blog diorang klik link saya untuk cari traffik or info(macam saya jugak).So thanks kat blogger2 yang blogwalk ye.

3- Interaksi dengan Visitor
Ini terbahagi kepada dua.Satu chat box dan kedua comment.Contohnya macam ni ...

 Kalau yang masuk blog kita tu blogger jugak diorangpun akan tinggalkan URL kat chatbox(tulah fungsinyapun) jadi janganla terlalu perasan sibuk sampai tak sempat nak masuk balik blog orang yang tinggalkan jejak.Ingat baik dibalas baik jahat masuk jail ok...Jangan lupa kalau ada komen kat entri tu tolong la jawab barula orang yang komen tu rasa dihargai.Saya baru perasan kalau orang komen boleh buat notification ke email.hak2 apa punya blogger la saya ni.Yela sayapun masih belajar la bukan nya bagus sangatpun.

p/s :

* Kalau korang nak blog korang cepat up dengan cara yakuza cuba korang jadi Aduka Taruna mesti hits blog >1000 sehari.
* Masih lagi mencari jalan untuk menaikkan hits blog ni biasala manusia tak pernah cukup.
* Ingat traffik penting untuk nuffnang.

TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?

TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?


Hari ni takde tips untu lajukan traffik or income nuffnang ye.Tengah mengkaji teknik ni.Kalau saya berjaya saya akan kongsikan dengan korang.Sekarang setiap hari kita akan jumpa blog baru.Paling sikitpun sepuluh blogger ataupun blog baru akan muncul.Tapi adakah kita sedar kita perlu ada attitude atau sikap2 seorang blogger untuk jadikan kita bagus dalam berblogging.Takkan la nak main tulis je kan.Itulah kesilapan saya dulu.


 (Simple Artwork from Bean Moreno)

Saya nak kongsi sikit apa attitude yang perlu ada pada seorang blogger untuk membolehkan dia survive dalam dunia blogging ni :

1) Mencari Kesalahan Sendiri Bukan Kesalahan Oran Lain

Maksudnya ialah kita sentiasa cari salah sendiri.Sebelum kita nak komen penulisan orang lain kita kena baca apa salah kita.Sepanjang saya menulis saya akan tulis ikut kesalahan saya.Apa yang membuatkan saya tak boleh pergi jauh.Dan segala entri yang saya tulis adalah berkisar pasal pengalaman saya.Contohnya macam entri autoplay ataupun gaya penulisan yang saya tulis dulu.Itu bukan untuk kondem orang lain tapi adalah untuk memperbetulkan diri sendri sebab itu adalah kesalahan lampau saya.Kira macam bertaubat dalam blogginglah...Boleh eyh macam tuh.Kalau kita niat nak kondem orang lain maka kita takkan dapat betulkan kesalahan kita.

2) Berkongsi Pengalaman Dengan Orang Lain

Untuk bagi orang lain kenal kita,kita kena tunjuk contoh yang baik baru orang akan ingat kita.Jangan tulis entri yang nampak macam nak "up"kan diri sendiri. Kita patutnya tulis entri untuk perkongsian.Bila niat kita untuk berkongsi orang akan lebih menghargai apa yang kita tulis.Kita jangan fikir sesuatu untuk diri kita je.Tolong orang lain yang memerlukan sebab tak rugi kalau kita up sama2.

3) Jangan Berlagak "Diva"

Maksud saya dengan DIVA adalah bukan gaya tapi perbuatan.Dalam blogging kita tak boleh nak anggap diri kita terlalu bagus sebab last2 orang akan benci.Sebagai contohnya saya tunjukkan,korang nak traffik tapi korang tak nak masuk blog orang lain atau bahasa senangnya blogwalking.Korang asyik berharap orang lain je yang kena masuk blog korang.Mana boleh...Memang itu adalah berfikiran positif tapi tak bertempat.Korang nak dapat komen berjuta2 tapi korang masuk blog orang lain tak drop komen.Boleh ke macam tu?Apa kata start hari ni kita drop komen kat blog yang kita masuk.Baru Nampak menghargaai blogger lain kan.

4) Bercampur Dengan Orang Yang Berpengalaman (Bukan Orang Tua Kedai Kopi)

Sekiranya kita baru.So kita kenalah cari alternative untuk belajar dari orang yang ada pengalaman.Kalau tak memang sampai kiamatpun korang takkan maju.Saya kasi contoh.Kalau saya tak invite Melz & Eyriqazz pergi gath kat Mines hari tu,mungkin sampai sekarang saya akan duduk kat level yang sama.Kalau saya tak tebalkan muka belajar dengan Nara mungkin sampai sekarang visitor saya tetap 50 unique je takkan berubah.Setiap orang ada kelebihan dia.So jangan malu2 untuk bertanya diorang tak gigit korang punya.

5) Jangan Taksub Kejar Earning

Benda confirm ada bagi seorang blogger.Sayapun ada tapi dah kurang sebab dah faham konsep blogging.Banyak la saya tengok kat blog lain pasang iklan berlambak2.Apa motif?Ok kalau korang blogging dengan niat kejar earning memang satu hari nanti blog korang akan mati macam tu je.Saya pernah alami benda tu.At last blog saya hancus dan Suterablogger ni hampir hancus.Tapi bila saya dah faham yang blogging itu adalah menulis untuk kepuasan then saya put aside niat tuh.Akhirnya saya ber "dot com".Memangla sapa yang tak nak duit.Tapi korang kena ingat bila korang set target earning then tak dapat perasaan give up akan menghantui.So biarkan Law of Attraction berjalan.

Jadi tepuk dada tanya iman ye (wah dah macam ustad dah...).Kalau korang nak maju buat sesuatu untuk diri korang dan bukan sebab terpaksa buat.


APA YANG MEMBUATKAN ENTRI ITU 'KURENG CHA'

TIPS : APA YANG MEMBUATKAN ENTRI ITU 'KURENG CHA'

Salam dan selamat pagi ye.Dah breakfast?Bean Moreno masih menunggu kawan untuk pergi kerja.Sorry semalam saya tak post apa-apa sebab terlalu sibuk dengan kerja.Tambah pulak badan sakit2 then memang tak larat nak berfikir sangat.Bila tak update & langsung tak blogwalking maka saya memang kena berharap pada traffik-trafik sesat dari google jelah.

Ok hari ni saya nak share pasal kenapa sesebuah entri itu tak dapat hitz (bukan stesen radio ye) yang tinggi.Atau senang katalah kenapa entri kita kurang pembaca.Benda ni saya banyak perhatikan apa yang berlaku pada saya dan blog ni.Antara sebab2 kenapa entri kita tak best ialah :

1) KITA PAKSA OTAK

Faham tak?Memang sengaja saya bagi ayat pening sikit kalau tak korang tak berfikir.Entri korang akan jadi tak best bila korang terlampau paksa otak korang untuk menulis.Memang bila kita takde idea untuk tulis entri kita boleh usha Youtube, Google dan macam2.Tapi kalau dah usha semua benda dalam net termasuk website Astropun kita takde idea nak menulis silalah jangan paksa.Kalau kita paksa jugak memang akan jadi satu entri yang bersepah dan tak menarik.Jangan bagi otak korang berada dalam situasi 'Engkau Memaksa Aku Terpaksa'.Bila takda idea dok diam2.

2) BUAT LAIN TULIS LAIN

Yang ni memang susah sikit.Ramai di antara kita tulis ikut dan je.Kadang-kadang kita tak buatpun kita tulis.Contohnya kita tulis pasal pergi event Nuffnang.Padahal kita tak dapatpun invitation tu.Korang rasa cerita korang akan jadi best tak?Takpun Korang cerita pasal korang masak nasi lemak tapi padahal korang tak taupun masak nasi lemak.Kan susah kan kita nak relatekan dengan diri kita.Bila keadaan macam ni jadi maka korang akan mengalami sindrom 'copy paste'.

3) PENULISAN TERLALU LURUS

Ni bukan bermaksud jujur ataupun mudah kena tipu.Maksud dia ialah penulisan korang terlalu menuju ke dalam arkib negara.hak3.Dalam penulisan kita kena bagi pembaca kita selesa.Kalau kita tulis entri terlalu mendatar macam menulis sejarah Parameswara baik diorang beli novel.So kalau nak tulis entri sila bengkok2 sikit.cuba jadi badut dalam entri takpun entertainer.Contohnya cerita Mr Bean.Korang bayangkan kalau dia tak buat lawak bodoh dia tu.Dalah dengan tak banyak dialog.Rasa-rasa penonton amik remote tukar channel tak?Yang penting jangan jadi PONDAN!huhu...

4) ORANG TULIS TIPS/TUTORIAL KORANGPUN IKUT

Sekarang ramai yang tulis pasal tips & tutorial.Salah ke?Saya tak kata salah sebab saya salah seorang daripada blogger yang tulis tips.Dan artikel yang korang baca ni pun menjurus pada tips.Yang menjadi masalahnya ada jugak yang just ikut-ikut.Share tips tapi sebab nak dapat hits je padahal diorangpun tak faham apa yang diorang tulis.Sama lah macam tutorial,ramai yang buat sebab nak hits yang tinggi padahal diapun tak buat tutorial tu.Bila macam tu memang lah orang akan epergi blog korang sekali je seumur hidup sebab tak dapat feel tips or tutorial tu.

5) MELAWAN PERASAAN

Yang ni memang bahaya.Tolonglah jangan berpura-pura atau cuba jadi pelakon.Kalau korang tengah sedih korang takkan dapat tulis satu entri yang menggembirakan orang lain.Kalau korang berpura-pura dalam entri readers tetap akan dapat rasa bila diorang baca entri tu(itupun kalau baca).So tolonglah jujur sikit dalam entri dan perasaan korang ye.

p/s :
* Kalau Jiwa kacau jangan tulis entri sila baca Quran OK!

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails