TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?

TIPS : ATTITUDE YANG PERLU ADA UNTUK MAJU DALAM BLOGGING.ANDA MAHU JADI TOP BLOGGER?


Hari ni takde tips untu lajukan traffik or income nuffnang ye.Tengah mengkaji teknik ni.Kalau saya berjaya saya akan kongsikan dengan korang.Sekarang setiap hari kita akan jumpa blog baru.Paling sikitpun sepuluh blogger ataupun blog baru akan muncul.Tapi adakah kita sedar kita perlu ada attitude atau sikap2 seorang blogger untuk jadikan kita bagus dalam berblogging.Takkan la nak main tulis je kan.Itulah kesilapan saya dulu.


 (Simple Artwork from Bean Moreno)

Saya nak kongsi sikit apa attitude yang perlu ada pada seorang blogger untuk membolehkan dia survive dalam dunia blogging ni :

1) Mencari Kesalahan Sendiri Bukan Kesalahan Oran Lain

Maksudnya ialah kita sentiasa cari salah sendiri.Sebelum kita nak komen penulisan orang lain kita kena baca apa salah kita.Sepanjang saya menulis saya akan tulis ikut kesalahan saya.Apa yang membuatkan saya tak boleh pergi jauh.Dan segala entri yang saya tulis adalah berkisar pasal pengalaman saya.Contohnya macam entri autoplay ataupun gaya penulisan yang saya tulis dulu.Itu bukan untuk kondem orang lain tapi adalah untuk memperbetulkan diri sendri sebab itu adalah kesalahan lampau saya.Kira macam bertaubat dalam blogginglah...Boleh eyh macam tuh.Kalau kita niat nak kondem orang lain maka kita takkan dapat betulkan kesalahan kita.

2) Berkongsi Pengalaman Dengan Orang Lain

Untuk bagi orang lain kenal kita,kita kena tunjuk contoh yang baik baru orang akan ingat kita.Jangan tulis entri yang nampak macam nak "up"kan diri sendiri. Kita patutnya tulis entri untuk perkongsian.Bila niat kita untuk berkongsi orang akan lebih menghargai apa yang kita tulis.Kita jangan fikir sesuatu untuk diri kita je.Tolong orang lain yang memerlukan sebab tak rugi kalau kita up sama2.

3) Jangan Berlagak "Diva"

Maksud saya dengan DIVA adalah bukan gaya tapi perbuatan.Dalam blogging kita tak boleh nak anggap diri kita terlalu bagus sebab last2 orang akan benci.Sebagai contohnya saya tunjukkan,korang nak traffik tapi korang tak nak masuk blog orang lain atau bahasa senangnya blogwalking.Korang asyik berharap orang lain je yang kena masuk blog korang.Mana boleh...Memang itu adalah berfikiran positif tapi tak bertempat.Korang nak dapat komen berjuta2 tapi korang masuk blog orang lain tak drop komen.Boleh ke macam tu?Apa kata start hari ni kita drop komen kat blog yang kita masuk.Baru Nampak menghargaai blogger lain kan.

4) Bercampur Dengan Orang Yang Berpengalaman (Bukan Orang Tua Kedai Kopi)

Sekiranya kita baru.So kita kenalah cari alternative untuk belajar dari orang yang ada pengalaman.Kalau tak memang sampai kiamatpun korang takkan maju.Saya kasi contoh.Kalau saya tak invite Melz & Eyriqazz pergi gath kat Mines hari tu,mungkin sampai sekarang saya akan duduk kat level yang sama.Kalau saya tak tebalkan muka belajar dengan Nara mungkin sampai sekarang visitor saya tetap 50 unique je takkan berubah.Setiap orang ada kelebihan dia.So jangan malu2 untuk bertanya diorang tak gigit korang punya.

5) Jangan Taksub Kejar Earning

Benda confirm ada bagi seorang blogger.Sayapun ada tapi dah kurang sebab dah faham konsep blogging.Banyak la saya tengok kat blog lain pasang iklan berlambak2.Apa motif?Ok kalau korang blogging dengan niat kejar earning memang satu hari nanti blog korang akan mati macam tu je.Saya pernah alami benda tu.At last blog saya hancus dan Suterablogger ni hampir hancus.Tapi bila saya dah faham yang blogging itu adalah menulis untuk kepuasan then saya put aside niat tuh.Akhirnya saya ber "dot com".Memangla sapa yang tak nak duit.Tapi korang kena ingat bila korang set target earning then tak dapat perasaan give up akan menghantui.So biarkan Law of Attraction berjalan.

Jadi tepuk dada tanya iman ye (wah dah macam ustad dah...).Kalau korang nak maju buat sesuatu untuk diri korang dan bukan sebab terpaksa buat.


Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails