BUAT DUA BENDA DAPAT PAHALA BERTERUSAN

BUAT DUA BENDA DAPAT PAHALA BERTERUSAN

Salam guys,

Pagi ni saya nak bikin satu entri tazkirah.Hari Jumaat bagus kalau kita share pasal keagamaan sebab kebanyakan dari kita pun fikir hari Jumaat je hari yang dia nak buat pahala.Ok bagi saya ada dua benda yang saya nak buat kalau berpeluang dan benda ni simple je tapi boleh bagi kita pahala berterusan.

1. Pelihara Binatang

Saya terasa macam nak bela ikan kat rumah.Orang biasa bela kucing tapi saya seorang yang mempunyai kepekaan hidung yang amat tinggi maka saya akan lupakan niat nak bela kucing.Bagi saya bela ikan dah cukup sebab orang kata bela ikan boleh bagi ketenangan pada si pembela (uiks aya apakah ini).Dulu saya ada bela ikan nama dia Ghani tapi Ghani cuma hidup 4 bulan je lepas tu dia terapung.Aduh sayang betul...So lepas ni saya nak pi beli satu ikan baru (bukan anak ikan ye) kat Tropicana Mall dan namakan dia Tony pulak.Kalau ada rezeki saya nak beli dua.haha...

2. Jaga Tumbuhan

Saya bukan nak jadi gardener dan masa darjah satu tiada dalam listpun nak jadikan tukang kebun sebagai satu cita-cita.Tapi saya nak letak pokok bunga depan rumah.So setiap pagi saya dapat tengok benda hijau dan at least dia boleh kasi saya oksigen.Buat masa ni saya just ada satu je pokok hijau.Itupun Digi bagi masa saya pi event Green Digi dulu dengan Che Arm.Pokok tu still hidup dan setiap pagi saya bagi dia minum.Nanti nak pi beli baja pulak.

Untuk pengetahuan korang kedua-dua benda ni kalau kita buat betul-betul ia merupakan satu meditation untuk otak.Yang paling penting korang kena tau ialah Setiap ciptaan Allah akan berzikir dan berdoa setiap masa.So kalau kita jaga dia betul-betul dia akan doakan kesejahteraan kita disamping dapat bagi kita pahala extra dan berterusan.

p/s :

* Kalau jadi gardener mesti pahala banyak kan even gaji sikit.
* Korang rasa apa lagi benda yang boleh bantu kita buat pahala?
* Ni just benada sunat je yang wajib jangan lupa ye...

Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails