MAAF SATU PERKATAAN YANG SANGAT MUDAH DILAFAZKAN TAPI ADAKAH UCAPAN ITU MEMBAWA MAKNA

MAAF SATU PERKATAAN YANG SANGAT MUDAH DILAFAZKAN TAPI ADAKAH UCAPAN ITU MEMBAWA MAKNA?

Selamat pagi Jumaat,

Actually otak saya mengarahkan untuk buat satu entry pertanyaan pasal SEO tapi mood kata jangan hari ni hari Jumaat dan hari Jumaat sepatutnya kita mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan.Tetiba 'alim' datang menegur hati maka terfikir nak tulis entri ni.Apa yang korang terfikir bila nampak or tedengar perkataan MAAF?Selalu tak korang lafazkan perkataan MAAFKAN saya?

Pagi tadi saya terfikir benda ni lagi-lagi lepas dengan lagu Eminem - Love The Way You Lie.Saya jenis yang suka kaji lirik lagu.Apa kaitan lagu ni dengan entri saya.Jom kita layan sat ...

Come inside
Pick up your bags off the sidewalk
Don't you hear sincerity
In my voice when I talk
Told you this is my fault
Look me in the eyeball
Next time I'm pissed
I'll aim my fist
At the dry wall
Next time
There will be no next time
I apologize
Even though I know it's lies
I'm tired of the games
I just want her back
I know I'm a liar
If she ever tries to fucking leave again
I'mma tie her to the bed
And set the house on fire

Lepas saya dengar lagu ni saya terus terfikir selama ni adakah kita lafazkan perkataan MAAFKAN SAYA itu ikhlas ataupun hanya untuk menyedapkan hati si pendengar?Korang perasan tak benda ni sebenarnya?Saya bukan nak tunding jari kat siapa-siapa just teringat pada diri saya sendiri.Ni contoh apa yang berlaku pada diri saya ...

Pada mama & Papa saya :

"Ye ma nanti apis berubah jadi baik.Apis mintak maaf..."

* Tak sampai seminggu perangai jadi balik.Jadi jahiliah semula.

Pada diri sendiri :

"Weyh aku janji aku takkan buat perkara yang memudaratkan ko lagi..."

* Esok lusa buat balik benda yang menyakitkan diri sendiri.

Pada aiensepet :

"Abang janji abang takkan marah-marah lagi...Maafkan Abang eyh"

* Esok lusa tension marah balik.

Pada Allah :

"Ya Allah kau ampuni dosa-dosa aku selaku hambamu yang sering melakukan kesalahan...Aku berjanji aku takkan lakukan perkara yang sama lagi..."

* Tanpa kira sedari kita akan tetap buat dosa juga.

Fuh saya terfikir asyik-asyik nak mintak maaf tapi kita tetap akan buat benda yang sama jugak.Jadi apa maknanya ucapan tu kalau still buat benda yang sama.Ikhlas kah kita melafazkan ucapan tu.Jadi persoalannya kat sini Adakah ucapan maaf yang kita lafazkan itu membawa apa-apa makna ataupun tidak?

p/s :

* Maaf kalau ada yang tersinggung just pendapat peribadi saya yang still tercari-cari apa itu MAAF.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails