CARA UNTUK DAPAT 200 UV | TIPS BLOGGING

CARA UNTUK DAPAT 200 UV | TIPS BLOGGING



Selamat petang.Bean Moreno baru balik dari kerja.Actually nak kongsi benda ni dah lama tapi asyik terbantut je.So sementara menunggu Megi saya kembang saya nak share sikit pasal traffik tapi saya tak mungkin akan reveal traffik blog ni sebab belum cukup bagus untuk di'reveal'.Tunggu UV saya dah maintain 13K sehari baru saya reveal (apahal tamak sangat ko ni Bean).

Ramai orang merungut pasal UV rendah.Apa itu UV?Uv ialah unique visitor yang singgah kat blog kesayangan korang tu.Actually dah ramai yang turunkan tips termasuk saya tapi ramai juga yang just baca then ignore.Sebelum korang masuk pada yang lebih detail baik buat yang ni dulu sebab yang ni basic je.Teknik ni saya panggil 'Aku Tolong Ko,Ko Tolong Aku'.Teknik ni ada berkaitan dengan blogwalking.


Sebenarnya tak susahpun nak dapat 200 UV setiap hari dengan blogwalking.Kita just guna Logaritma Blogwalking.Selalunya korang blogwalking ikut shoutbox.Betul tak?Macam mana dari Blogwalking korang boleh dapat 200 UV.Apa yang saya nampak ramai yang blogwalk just tinggalkan jejak dia je.Contohnya :

Si A Blogwalk ke Blog Si B Lepas tu tinggalkan link kat shoutbox B.Lepas tu Si B membalas kunjungan kepada Blog A - Maka 1 sahaja UV untuk setiap blog.

Apa kata lepas ni korang tukar cara blogwalking korang jadi macam ni :

Korang masuk satu blog then tinggalkan link lepas tu ambil 2 link dalam shoutbox dia untuk di jadikan kunjungan seterusnya.Buat benda yang sama pada setiap blog yang korang ambil linknya sebanyak 8 kali.Maka korang akan dapat at least 200UV sebab ...

2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2 x 2  = 256

Amacam senang kan.Tak perlu banyak sangat sebab nanti korang kena pergi England Optical pulak beli cermin mata.Biar slow asalkan nampak hasil.Kalau rajin korang buatlah lebih.Ni untuk blogger beginner macam saya lah yang traffik dah juta-juta sila ignore teknik ni sebab korang sememangnya dah terlalu hebat di mata blogger.hak3...

p/s :

* Kalau benda simple macam ni pun korang tak dapat buat sila jangan berangan nak main SEO sebab itu lagi susah.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails