SEMINGGU TANPA SHOUTBOX

SEMINGGU TANPA SHOUTBOX

Salam guys,

Ok macam yang saya janjikan saya nak reveal satu ujikaji dalam blog ni.Ramai yang cakap saya agak kurang siuman bila buang shoutbox.Ada pulak yang cakap saya kedekut traffik.Owh korang masih belum faham apa itu blogging.Dalam blogging kita bukan saja kena publish entri tapi kita juga kena test atau buat experiment dan itu yang membuatkan kita berbeza dari orang lain.Bila kita uji sesuatu maka kita akan dapat knowledge.

Buang shoutbox bukan bermakna kedekut traffik tapi saya membantu korang sebenarnya.Ya saya faham shoutbox merupakan satu cara untuk promote blog secara percuma.Ok jom saya share sikit apa yang saya nampak atau hasil selepas seminggu saya buang shoutbox ...

1. Visitor Bertambah

Ok benda memang nampak macam tak lojik kan patutnya dengan shoutbox ramai visitor akan masuk sebab nak tinggalkan link.Tapi meh sini saya cerita satu benda korang perasan tak kadang-kadang bila kita pasang shoutbox coding shoutbox itu akan menambahkan masa untuk pageload.Kebanyakan blog akan jadi lembab bila ada shoutbox ni tak masuk yang ada rama-rama terbanglah,penguin joget-joget lah dan paling tak boleh blah cursor siap ada ekor.Itu semua coding beb dan coding akan memberatkan blog korang.So bila blog berat korang rasa nak tunggu ke kalau saya terus terang saya akan 'x' je.

2. Kurangnya SPAM

Manusia biasanya senang nak salah guna kemudahan.Jamban pun kadang-kadang boleh jadi papan iklan sex.Tak percaya boleh periksa.So ada jugak internet user yang tak bertanggung jawab akan letak iklan-iklan referral program.Dem kalau takde duit jangan buka bisnes ye.Korang memesongkan dan membantutkan niat blogger lain blogwalking.Itu ok lagi kalau orang fikir shoutbox tu asyik link 'junk' je dah tentu-tentu orang takkan masuk blog tu lagi.Maka kuranglah SPAM kat blog korang.

3. Pertambahan Komen

Bila takde shoutbox maka komen ialah last resort.Komen juga boleh membantu blogger untuk maju.Kadang-kadang bila kita komen blog orang dengan komen kreatif ia akan tarik blogger lain untuk usha siapa kita.Dari tulis kat shoutbox ayat yang sama kan.Kan saya dah pernah cite yang Komen Itu satu SEO Mudah.So dengan komen juga kita akan dapat traffik. Korang kena ingat something komen itu menunjukkan interaksi dan blogwalking yang ikhlas.


Amacam ni baru minggu pertama tanpa shoutbox so saya hanya nampak 3 ni je.Mana tau minggu depan ada kesan lain plak.Kalau ada nanti saya akan share dengan korang.

p/s :

* Apa pendapat korang pasal kewujudan shoutbox dalam blog?Perlu atau tidak?


Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails