SAKIT ITU UJIAN DAN MATI ITU PASTI...ADAKAH KITA INGAT?

SAKIT ITU UJIAN DAN MATI ITU PASTI...ADAKAH KITA INGAT?



Salam Jumaat guys,

Pejam celik dah hari Jumaat mungkin bagi sesetengah orang Jumaat adalah satu hari untuk mengngati cuti.hak3...Tapi bagi saya Jumaat mengingatkan saya pada kerja lagi sebab Sabtu saya masih kena pergi office.Bilalah nak dapat kerja yang Sabtu cuti.Oklah macam biasa Jumaat kita kenalah share something yang bermanfaat selain dari blogging.So saya terfikir something yang sepatutnya kita fikir dan renungkan bersama.

Dalam kehidupan kita kita leka dengan apa yang kita tempuh seharian lagi-lagi kalau benda tu syok dan mendatangkan kegembiraan.Bila kita dah gembira sangat kita akan terlupa yang kita ni hidup menumpang dan meminjam.Kita seolah-olah tak fikir kita ni juga satu ciptaan bukan pencipta kekal.Satu persoalan yang akan muncul adakah kita akan sentiasa gagah?

Kenapa saya nak share benda ni dengan korang.Sebab biasanya kita ni senang lupa dan lalai dengan dunia.Kita buat apa yang kita suka tanpa fikir hidup kita adalah untuk DIA.Ramai antara kita termasuk diri saya lupa tanggungjawab kita.Kita just akan ingat pada dia bila kita ditimpa musibah ataupun bila kita sakit.Time tu baru kita nak sebut nama Allah.Tapi bila kita dapat kecapai kejayaan adakah kita ingat bahawa itu cuma pinjaman dan DIA bila-bila boleh tarik apa yang kita dapat.

Orang kata sakit itu ujian nak tengok samada kita sedar ataupun tidak yang kita ni hamba.Ada pulak yang kata sakit itu penghapus dosa.Ya dua-dua pun betul tapi ada juga di antara kita yang tak sedar itu semua.Time kita sakit kita tetap riak.Ada juga yang salahkan takdir masa sakit.Tak pasal-pasal patut boleh hapus dosa kecil tetiba dapat dosa besar hanya sebab kita lupa yang kita ni hanya peminjam.


Persoalan terakhir ialah pernah tak kita terfikir nak taubat?Sendiri jawab dan sediri ingat sebab itu atas dasar diri sendiri.Jadi ingatlah Sakit Itu Ujian Dan Mati Itu Pasti....



WALI BAND - TOMAT [DOWNLOAD HERE]
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails