3 NICHE YANG MEMANG SAYA AKAN JAUHI

3 NICHE YANG MEMANG SAYA AKAN JAUHI



Salam semua,

Saya mulakan entry ni dengan satu pertanyaan yang mungkin rata-rata blogger tau dan arif.Kalau dah namapun arif, saudara ariffshah mesti gempak.Apa yang korang tau pasal niche?Sila abaikan kedai pakaian Nichi sebab bukan itu yang saya cari.Bagi saya apa yang saya tau niche ialah kategori ataupun paling senang kaitan dan tumpuan blog itu ke arah apa.Sebagai contoh kita usha public blog ada yang lebih kepada tutorial blog,ada yang more to travel blog dan tak lupa berkaitan makanan.Tu yang dikatakan niche.Kalau silap tolong betulkan eyh.

Tapi kalau nak cakap pasal Niche kebanyakan dari blogger sekarang dah tak amik port pun.Tulis ikut rasa sebab tak nak rasa terkongkong.Semua dan jadikan blog diorang personal+public.Betul tak betul?Oklah saya bukan nak bercerita panjang pasal niche tapi nak cerita apa niche yang saya akan jauhi dan kenapa.

1. Politik

Topik pasal politik ni memang hot dan hari-hari mesti ada cerita baru.Blogger yang tulis pasal politik memang traffik dia tinggi dan ramai orang akan search kat Search Engine.Tapi bagi saya elok saya jauhkan diri dari tulis pasal politik sebab politik ni kotor.Kita tak tau siapa betul dan siapa salah.Kalau kita just tau umum so better janganlah.Kalau nak traffik lebih baik blogwalking dari tulis pasal politik takut salah tulis korang mungkin akan berkawan dengan pacik jual Nasi Lemak Seksyen 4 Kota Damansara nama dia ISA.Takpun kena tangkap tak pasal-pasal.

2. Gosip Artis

Bab ni memang ramai yang suka search kat internet.Nak lagi syok letak gambar artis seksi memang meletup blog korang.Saya dah pernah test dah.Sampai sekarang keyword Lana Nordin melekap kat blog ni.Dah macam blog ni personal blog Lana Nordin dah.Tapi bagi saya tak best kalau kita nak jaja cerita orang just nak sedap dan puaskan nafsu berblog.Saya lebih suka share pasal diorang yang best je.Yang negatif tolak tepi.So dari situ boleh la jugak baik-baik dengan diorang.Takut salah tulis kang tak pasal-pasal buat fitnah.Duit dapat Dosa pun dapat.

3. Lucah

Pergh yang ni serius memang kalau boleh saya akan lari.Memang kalau korang letak satu or dua perkataan lucah blog korang senang je naik.Tak payah tunggu dua tahun (macam blog ni) silap-silap sebulan korang tulis blog dengan niche ni blog korang dah beratur reader setia.haha....Tapi malangnya kalau kantoi memang mampos kena block terus.So siapa yang rugi?Dan kalau lepas dapat buffered berderet korang rasa halal tak hasil?Jawab sendirilah ye...

p/s :

* Apa-apapun saya mintak maaf pada blogger yang ada tulis berkitan niche yang saya listkan tu.Takde niat nak menjatuhkan sesiapa cuma tu yang saya pegang dan itulah prinsip saya berblog.

* Sila ada sikap tanggungjawab pada blog korang...

TIPS : UNDANG-UNDANG PENULIS 7

TIPS : UNDANG-UNDANG PENULIS 7

So tanpa membuang masa kita teruskan dengan undang2 penulis yang ke TUJUH.Kat list tuh tertera "Make List Of Your Favorite Words and Books and Places and Things".Maksudnya sebagai seorang penulis kita kena ada satu list atau senarai benda2 yang kita suka.Contohnya saya suka dengar lagu emo so saya mesti sediakan satu catatan pasal band2 emo yang ada kat pasaran.Takpun kalau korang suka kucing korang mesti ada source yang mana korang merujuk.Then kalau ada just listkan supaya korang tak lupa dan tak lari topik.Yela orang zaman sekarang ni suka minum semut & makan kari kepala ikan mesti ingatanpun semakin kurang.Betul tak???


Dengan adanya list2 tu korang akan tau apa yang korang nak tulis.Macam saya la kan saya akan tulis kat satu buku apa yang saya akan tulis.Contoh list2 saya ialah :
* TIPS BLOGGING
* TUTORIAL
*  MUZIK & BANDS
* EVENTS
* SKIT2 PASAL PERSONAL

Jadi dengan adanya list2 ni saya akan menulis ikut waktu dan mood yang sesuai.Contohnya macam hari tuh tengah hangat pasal gath jadi kitorang akan tulis pasal gath.Dan saya akan keluarkan undang2 penulis ni bila tiba waktu yang sesuai.Itulah satu cara saya tak kering idea.List ni berfungsi sebagai point2 untuk korang menulis.Sebab tanpa list2 ni mungkin korang akan buntu nak tulis apa.Then mula la nak tiru hasil kerja orang lain.Pesan saya sediakan list korang sebelum menulis.Tak tau la kalau korang ada kelebihan macam dalam cerita "Chuck" yang boleh ingat semua benda dalam otak je.


And then lagi satu ni jugak mungkin salah satu element yang mana tergolong dalam undang2 ni
.Kalau korang nak ambil idea orang pastikan jangan copy paste dan yang penting kasila backlink kat penulis asal.Saya tak kisah tapi mungkin ada orang lain kisah sebab nanti akan timbullah satu isu yang korang tak nak dengar.So sebelum golongan atasan berbunyi bising baik kita selaku golongan bawahan ni buat sehabis baik(wah macam pengakap plak).

p/s :
- So korang kene pk sendiri kaedah macam mana korang nak tulis entri.Kalau ada cara yang mudah untuk memorize idea tolong kasi tau ye...Jangan sorok2...


SURAT KHABAR SEPATUTNYA MEMBUKA BUKAN MENUTUP MINDA

SURAT KHABAR SEPATUTNYA MEMBUKA BUKAN MENUTUP MINDA

Salam guys,

Isnin muncul lagi dengan macam-macam kerja.Tapi cool je dah namapun bekerja dengan orang so buat jelah kelauan macam kuli.Korang faham tak apa sebenarnya yang nak saya sampaikan.First of all sebelum saya start saya nak mintak maaf pada semua surat khabar yang ada dalam Malaysia ni sebab apa yang saya nak utarakan ni mungkin akan buat owner syarikat surat khabar agak berangin dan mungkin editor-editor akan tak setuju.Tapi macam yang korang taulahkan blog adalah satu medium perkongsian idea dan pendapat,so accept jelah eyh.

Kenapa saya cakap surat khabar menutup minda kita.Saya tak cakap tuju pada akhbar tertentu just umum je.Sepatutnya peranan akhbar ialah membuka mata dan minda pembaca supaya tidak terkongkong.Tapi kalau kita perasan kebanyakan akhbar akan publish berita yang negatif di muka depan.Ni kita tolak satu tanggapan yang mana akhbar-akhbar utama cuma pro kerajaan dan tak telus.


Saya bagi contoh mudah la kan.Kebanyakan akhbar akan publish cerita pasal kemalangan kat muka depan.Lagi ngeri kemalangan lagi besar gambar muka depan.Langsung tak fikir perasaan keluarga mangsa.Balik-balik cerita 14 Orang Mati dalam satu Kemalangan takpun tajuk utama dia Kemalangan Kereta Paling Ngeri Pemandu Patah Gigi Susu.Orang beli surat khabar pagi-pagi dah jadi takut lepas baca berita macam tu.Ye tak dinafikan memang kadang-kadang ia boleh menginsafkan tapi kita kena fikir bila pagi-pagi otak kita dideahkan dengan perkara negatif maka minda kita akan jadi negatif.Apa salahnya muka depan letak pasal benda or berita yang gembira contohnya Kejayaan Mak Limah Mencipta Mesin Goreng Pisang Terbaru ke.Kan sejuk sikit hati dan boleh bakar semangat orang nak berjaya.


Lagi satu kalau kita perasan pasal atlit.Bab-bab menang susah sikit nak tayang kat muka depan.Mesti kat muka tengah ataupun belakang bahagian sukan.Tapi kalau kalah mesti keluar muka depan.Contohnya Squad Sepak Takraw Malaysia Kalah Di Sukan Sea China.Berita terpampang besar kat muka depan.Tak pun berita yang mempertikaikan kebolehan contohnya Mampukah Squad Kebangsaan Kalahkan Manchestor United?Apa salahnya letak tajuk Terima Kasih Squad Takraw Malaysia.Walaupun diorang kalah tapi diorang dah usaha so tak salah kita ucap terima kasih.Atau Squad Malaysia Pasti Boleh Tumpaskan Man United.Barulah bersemangat diorang main ni tak awal-awal dah pertikai memanglah kalah walaupun Man U tu ayam je sebenarnya.hak3...


Kalau bab hiburan tu apa lagi kalau pasal artis bercerai memang besar je highligh.Tapi pasal kejayaan artis susah gila nak masuk muka depan.Tak caya?Korang tengok bila seorang-seorang peserta sehati berdansa bercerai.Pergh dia punya liputan menag besar.Tapi bila benda yang menggembirakan macam KRU buka KRU Studio dia punya story ciput je.


Banyak lagi contoh sebenarnya tapi kalau saya nak tulis semua memang muntah-muntah korang nak baca.Actually ni salah satu faktor yang mana kita tak sedar.Media sebenarnya banyak menegatifkan pemikiran.Itu baru kes muka depan belum kes baca semua seurat khabar.Tak semua akhbar kat Malaysia macam ni cuma kebanyakkan je yang hanya fikir untung tak fikir kesan.Kalau hari-hari kita didedahkan pasal semua yang negatif di awal pagi macam mana kita nak maju.Betul tak?


p/s :


* Kadang-kadang terfikir akhbar ni sebenarnya bukan nak menyampaikan ilmu tapi cuma untung dan sensasikan cerita je.

UNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA

UNDI BLOG PILIHAN MALAYSIA

Salam guys,

Tahukah korang pasal Blog Pilihan Malaysia?Sayapun sebenarnya baru dapat tau tentang benda ni dan baru tau yang dia dikelolakan (cewah BM kelas tinggi siot) oleh saudara Azman Ruslan.Blog Pilihan Malaysia ni berkaitan vote untuk pilihan blog mana yang best mengikut kategori.Kalau tak silap ada 6 kategori iaitu Blog Personal Lelaki Pilihan, Blog Personal Perempuan Pilihan, Blog Personal Suami Pilihan, Blog Personal Isteri Pilihan, Blog Tutorial Pilihan dan juga Blog Lawak Pilihan.

Korang dah vote ke blom?Kalau blom pi vote sekarang!Ni adalah vote saya :

1. Blog Personal Lelaki Pilihan - Zack Zukhairi :



Korang pernah usha blog ni tak?Rugi kalau tak masuk sebab memang best! Katun dia simple tapi mesej dia memang kuat dalam kartun-kartun tu.Kenapa saya cakap blog ni layak dapat Blog Pilihan Malaysia ialah sebab dia ni jarang update bak kata omputih 'Once in the bluemoon' je feed dia naik.Tapi visitor ni kow!Daya penarik blog ni ialah setiap cerita katun yang dia publish berkaitan dengan hidup or mungkin diri dia kot itu pasal smooth je jalan cerita dia.


2. Blog Personal Perempuan Pilihan - Cik Epal :




Minah ni memang korang semua kenal lah kan.Dah berkurun header dia sama je.Saya kenal dia ni tahun 2008 tapi kat maya je.Realiti belum pernah jumpa lagi sebab dia takut kena tembak peluru paintball.Background sama colour dengan blog ni tapi visitor ni terlebih banyak.Apa lagi epal payung skit link ke sini.haha...Daya penarik blog ni ialah cara penulisan dia yang memang sempoi.Dulu dia kurang nak tonjolkan gambar-gambar dia tapi sekarang ni bertukar style.Mungkin dulu dia banyak jerawat kot!haha...Yang ni pun sama,sekali dia update visitor masuk berduyun tiba!


3. Blog Personal Suami Pilihan - Eyriqazz :




Dia ni pulak memang antara blogger yang rapat dengan saya.Dulu di up sebab dia buat segmen terjah blogger.Semua blogger dari sebesar-besar nama sampai sekecik-kecik anak dia nak terjah.Template simple je dan header memang menampakkan yang dia ni agak berumur (tapi belum lanjut).Daya penarik blog ni ialah kekerapan dia publish entry dan idea-idea dia memang syok.One more thing anak dia memang cute...


4. Blog Personal Isteri Pilihan - Kak Ina KL :




Actually dia start blogging sama time dengan saya.Dulu kebanyakan content dia pasal masakan atau resipi yang dia tau.Walaupun saya lelaki saya selalu masuk blog dia kalau terasa nak makan.Kira dulu bolehla kalau kita nak cakap niche blog dia ni ialah resipi dan makanan.Tapi sekarang ni dia ada selitkan aktiviti harian dia.Daya penarik blog dia ni ialah dia tak sorok-sorok yang dia adalah ibu.Korang baca lah blog dia memang kita dapat rasa naluri keibuan dia yang kuat.Kalau korang jumpa dia silalah tanya siapa yang set domain dia?hak3..Salah seorang blogger yang memang rapat dengan Bean Moreno.Seorang blogger yang memang rajin blogwalking...


5. Blog Tutorial Pilihan - Mari Bina Blog :




Yang ni saya rasa layak kita panggil authority blogger sebab kalau kita terfikir nak ubah blog kita dari template sampai ke widget mesti boleh kalau refer kat blog dia.Cukup complete.Bro Nesca ais ni memang gempak bab-bab modi blog.So kalau korang terasa template or widget blog korang tu agak kureng just drop in ke sini dan refer tutorial dia.Memang berkesan.


6. Blog Lawak Pilihan - Tubelawak : 




Saya jarang masuk blog ni tapi bagi saya content dia memang menarik.Bukan takat benda lawak je ada kadang-kadang ada gak article yang sedih.Ada jugak kadang-kadang sedih tetiba at last lawak.Daya penarik blog ni ialah tempate yang simple dan menarik and then content dia agak best.So boleh hilangkan serabut bila usha blog ni.


So ni blog-blog yang saya undi.Semua blog platform blogspot.Baru pakai blogspot dah hebat belum lagi tukar ke self-hosted blog mesti lebih gempak!Satu je tolong jangan tanya kenapa blog ni tak tersenarai.Sebab jawapan dia ialah saya still belum layak nak masuk!hahaha...Apa lagi pi undi blog yang korang rasa layak kat Blog Pilihan Malaysia 2010! Kepada yang tersenarai tahniah Anda Memang Layak berada di Carta!

KEKANDA ADINDA LAGU MONOLOQUE DUDUK KAT TOP CHART

KEKANDA ADINDA LAGU MONOLOQUE DUDUK KAT TOP CHART

Salam guys,

Dah lama saya tak menulis something pasal muzik.Dah lama tak review lagu-lagu.Ni semua sebab kereta rosak dan saya tak tau apa yang terjadio dengan lagu-lagu dalam industri muzik Malaysia.So saya cuba usha ke Hotfm punya web untuk tau apa lagu terbaru dan saya terkejut dengan chart Hotfm30 ni :


Apa yang korang nampak kat chart tu?Lagu Kekanda Adinda duduk kat Top Chart weyh!Actually masa awal-awal lagu ni keluar saya tak berapa nak minat pun sebab alunan muzik dia agak kureng cha!Tapi dah lama-lama saya sedar yang ada mesej dalam lagu ni dan mungkin berkitan dengan kehidupan saya sebagai seorang suami yang kacak.hak3...Mungkin ada antara korang yang belum dengarkan jom layan :



Kekanda Adinda - Monoloque & Atilia

Komen Bean Moreno :

* Lagu ni sempoi je dia punya muzik ala-ala indie dan yang penting combination Monoloque dengan Atilia memang ngam ho!

* Lagu ni akan jadi lebih best kalau ada video clip yang sweet muimui...hak3...

* Monoloque berjaya bikin satu lagi 'lagu rojak' yang menarik.



Apa yang membuatkan saya tertarik dengan lirik dia dan boleh dijadikan guideline dalam rumah tangga :

* Dalam hubungan suami Isteri kita kena saling understanding tak mungkin satu hubungan tu akan bahagia kalau sorang je yang faham.

* Kalau ada something yang boleh menyebabkan ketegangan maka sikap toleransi itu penting untuk lari dari perkara buruk.Bila takde toleransi tu yang ramai orang ambil nombor kat pejabat agama...

* Memang sekarang ramai isteri yang gaji lebih besar dari suami jika situasi macam ni isteri kenalah faham keadaan so janganlah mintak benda yang memang tak mampu.Kalau nak jugak tong-tong ar...hak3

* Isu anak pun jadi hal jugak kadang-kadang.Bila Isteri lebih utamakan kerja maka memang lah akan berlaku family planning,Mungkin jugak ada yang akan cakap 'Belum Bersedia'.Kalau belon sedia buat apa kahwin beb...

* Dalam hubungan suami isteri Komunikasi tu penting beb.Kalau korang suami tapi asyik isteri je nak dengar cakap korang susah la.So kalau ada benda yang tak kena cuba communicate barulah boleh setttle masalah jangan pendam.kalau pendam maka kita tak tau apa yang berlaku.

p/s :

* Tengah cuba untuk perbaiki taraf hidup!

CHURP-CHURP DAH BERMUKA BARU BUKAN BERMUKA-MUKA YE... JOM BELAJAR GUNA CHURPCHURP! PART 1

CHURP-CHURP DAH BERMUKA BARU BUKAN BERMUKA-MUKA YE... JOM BELAJAR GUNA CHURPCHURP!



Salam & selamat malam,

Apa yang korang tau berlaku pada ChurpChurp?Atau paling senang korang tau tak apa itu ChurpChurp?Actually saya dah join lama benda ni tapi disebabkan kemalasan dan kesibukan diri maka saya tak dapat nak fokus dengan ChurpChurp.Yelah blog ada dua so saya lebih banyak buang masa kat blog je.

Kalau dulu apa yang kita tau dan buat ialah share advertorial kat tweet je.Betul tak?Bukak web Churpchurp then taip keyword yang dia nak kat twitter then tweet kat followers kita dan kita tak perlu tunggu number of click untuk dapat pulangan.Apa yang kita fikir ialah lagi ramai follower lagi banyak schedule tweets yang kita dapat dan lagi besar nilai yang kita akan dibayar.Betul tak?Ye memang betul itulah realiti dalam ChurpChurp yang perlu kita hadapi.Fuh ayat tak boleh blah.Jadi selama apa yang kita boleh bayangkan ialah ChurpChurp wujud hanyalah untuk twitter sahaja dan sesiapa yang takde twitter tak boleh earn duit online.hak3...

Tetiba hari ni tergerak hati saya nak bukak ChurpChurp saya,manalah tau dapat schedule tweet ke kan.Saya terkejut sedikit dengan perubahan yang telah berlaku pada interface Churpchurp.Tetiba je dia jadi macam ni :


Amacam,naik tak ghirah korang untuk join ChurpChurp!Interface dah makin kemas dan interactive.Korang jangan marah-marah kalau loading page dia agak slow ye maklumlah blog ni bernilai juta-juta.Bagi yang tak tau ChurpChurp ni jugak merupakan satu anak syarikat Nuffnang so tak perlu risau pasal payment (even payment saya agak lambat bulan ni).


Kalau dulu kami hanya berharap pada income schedule tweet je tapi sekarang dah ada 2 fungsi baru.Yelah takkan interface je tukar baru yang lain tetap sama kan.Actually diorang dah plan benda ni lama sebab tu kalau korang perasan dulu dia ada suruh korang integrate facebook korang dengan ChurpChurp.Jom kita tengok apa yang ada :


1. SOCIAL SHARING


Fungsi yang ni ialah untuk kita share kempen yang ada guna social media yang kita ada contohnya teitter,facebook,stumble upon dan juga jangan lupa blog.Setiap kempen akan diberi satu link khas dan kita just sharekan link tersebut kepada friendlist dan juga follower kita.Kita akan dibayar mengikut bilangan klik yang kita dapat.Ini bermakna lepas ni kita dah boleh gunakan Facebook untuk earn duit online.


2. SOCIAL SEEDING




Yang ni pulak ibarat macam Nuffnang punya advertorial.Kita akan diberi task oleh advertiser then kita tweet ataupun update status facebook mengikut keyword yang telah diberi.Kita kena submit permalink tweets or status facebook tu.Kadang-kadang ada jugak yang mintak kita submit draft dulu sebelum publish.


3. SCHEDULE TWEETS


Fungsi ni memang dah biasa bagi churpers.Kita akan dapat beberapa keywords dan kita mesti letak keywords tu dalam tweet kita.Tweet tersebut adalah auto publish mengikut tarikh dia.So lepas publidh kat ChurpChurp korang akan kena tunggu sampai tweet tu approve.Satu tweet akan dibayar ikut bilangan followers dan hanya kepada pengguna twitter je.


So cukup tak penerangan saya tentang ChurpChurp ni.Rasa-rasa korang faham tak apa yang saya cuba sampaikan?Kalau faham apa lagi registerlah.FREE je...

TIPS : MAU JADI BLOGGER BEST - BUAT NAMA




Hari ni saya nak cerita dan kongsi macam mana korang nak jadi seorang blogger yang memang orang suka dan akan masuk blog korang.Topik ni ada kena mengena dengan cara penulisan korang.Untuk jadikan blog korang best dan ada visitor benda yang pertama korang kena buat ialah buat nama dulu.Ini adalah satu cara untuk promosi selain blogwalking.Buat nama maksudnya kenalkan diri.

Kenapa korang kena kenalkan diri?Simple je kalau orang tak kenal nama korang macam mana nak sapa korang kan.Banyak cara yang korang boleh guna untuk bagi orang kenal korang.Antaranya :

1) GUNA NAMA (NICK) YANG CATCHY DAN SENANG INGAT

Yang ni antara penyebab visitor masuk.Bila nama tu agak pelik dan unik tambah pulak senang ingat maka diorang akan ingat blog korang.Dengan cara ni tak kira apa yang korang tulis diorang tetap akan masuk sebab itu yang diorang ingat.Teknik ni diguna pakai oleh Mel,Eyriqazz, Kak Jie dan ramai lagilah.

2) JENIS ENTRI

Wah yang ni agak bahaya sikit.Kenapa?Sebab jenis atau genre entri ni kalau kita salah buat akan menyebabkan kita dibenci dan blog terus takde visitor.Yelah sebagai contoh kalaulah kita asyik menulis sesuatu yang kita je faham kita akan kerugian visitor.Contohnya nak traffik banyak korang buat lah blog hiburan memang senang top.Takpun korang buat blog pasal politik tak mustahil traffik korang boleh cecah 5K unique.Tapi risiko dia memang besar,salah tulis maybe korang ke dalam.Contoh macam Aduka Teruna,dia buat nama dengan tulis benda yang boleh mendatangkan kemarahan orang.Tak mustahil kalau dia buat blog lain dengan gunakan nama yang sama traffik dia akan naik sebab dah ada nama.

3) GAYA PENULISAN

Yang ni pun selalu orang terlepas pandang.Kita asyik menulis tapi itu bukan diri kita sebenarnya.Kita terikut2 dengan gaya blogger lain menulis.Yang ni bahaya sebab bila kita terlampau terikut2 dengan gaya orang maka penulisan kita akan jadi teruk dan berterabur.Saya akui dulu masa awal2 tulis entri BM saya terikut cara Mel tapi sekarang saya dah ada cara saya sendiri (Yelah dulu Johny English ma.. tetiba tukar jadi Encik Bendul).Lagi satu,kita menulis secara pura2 ataupun saya panggil Entri Lakonan bermaksud apa yang kita tulis dalam entri tu tak sama dengan keadaan kita.Mood kita tengah sedih tetiba nak buat satu entri yang happy.Memang boleh tapi dengan cara tu tak mungkin kita akan dapat sentuh hati readers.So tulislah ikut keadaan dan jangan push2.

Kita ibaratkan buat nama dalam blog ni sama macam player bola buat nama.Dalam bola sepak kalau nama player tu tak lah gah maka dia tetap akan bermain untuk pasukan kerdil sampai tua.Maka diorang akan berlatih dan bermain bersungguh2 untuk bagi kelab2 besar tau kewujudan diorang.Berlatih setiap petang untuk cari skill.Contohnya Sergio Aguero,dulu saya tak pernah dengarpun nama dia tapi lately nama dia asyik disebut2 sebab bakat dia dan banyak kelab2 gergasi eropah yang nak beli dia termasuk Chelsea.

p/s :

- Buat nama tu penting tapi jangan buat nama macam artis yang dapat nama sebab rampas laki orang (uiks)

UNDANG-UNDANG PENULIS 6


credit to : Mr google

Kita teruskan undang2 penulis yang keenam.Wah dah enam dah.sapa yang terlepas boleh seach or tgk kat TAB TIPS.Korang jangan takut bende ni bukan saya copy paste dari mana2 blog ok.Saya reka sendiri.So kepada otai jangan kondem saya kononnya saya tak bagi backlink la..or apa2 je la.Sebab korang kan dah hebat...Kita tengok undang2 yang keenam.Tertulis kat situ "WRITER READ,WRITER READ A LOT,WRITER READ ALL THE TIME".Maksud dia memang la senang.Ayat tu nak bagitau kita untuk menjadi seorang blogger or penulis yang baik kita kene banyak membaca.Kenapa perlu banyak membaca?Sebab dengan membaca la kita dapat idea.Dengan membaca la kita dapat tau isu.Dan dengan membaca la kita dapat menulis.

So kalau korang tak membaca,macam mana korang nak menulis dengan baik.Nak harap idea datang dari pintu or langit.Huh!!!Jangan harap la.Itu yang ramai merungut apa eyh aku nak tulis hari ni..Bila dah merungut mulala takde semangat nak tulis blog.Then blog bersawang.Bila blog dah bersawang korang pun tau kan apa yang akan jadi.Mesti ramai yang masih terpinga2 kenapa perlu blogwalking.Ok pada saya,saya akan blogwalking kerana dua sebab.Satu sebab cari traffik & dua sebab cari idea and baca entri orang lain.Mungkin ramai yang buat tutorial or tips.So baca je mungkin ramai yang dah tau tapi kita tak tau.Jangan terpengaruh dengan cakap orang,orang kutuk ke bagi ayat cam ni "Eleh surirumah pun tau la benda tu takkan ko IT support pun tak tau".Korang just cakap "Memangla lu dah otai!!!".Kita manusia takkan dapat semua ilmu.Ada yang kita tak tau so blogwalking.

credit to : Mr Google 

Disebabkan blogwalking jugakla saya terbaca satu artikel.Bukan saya nak kondem tapi ntahla rasa cam tak bestpun ada.Semua tunding jari & salahkan newbie.Newbie itulah,Newbie ini lah.Ces!! sedar la yang traffik golongan otai ni datang dari newbie jugak.Jangan nak megah sangat!!!Semua diorang yang otai ni je yang betul.Bila tulis pasal personal diorang kondem "alah korang ni blogger ke nak tulis diari".Bila kita tulis tips blogging diorang cakap "Baru buat blog tak sampai 5 bulan dah sibuk nak kasi tips".Bila kita buat tutorial plak diorang cakap "Pandai2 buat tutorial sendiripun tak betul".Abis apa yang newbie boleh tulis?Korang kasi tau saya sekarang(marah ni!!!).Tolong la menulis dengan bijak.Jangan nak timbulkan isu yang bodoh2 cam ni...Kalau macam tu korang yang jela tulis blog.Kata otai takpun orang lamo patut supportla kitorang newbie ni.Ke takut traffik blog korang kurang disebabkan ramai newbie yang best2 tengah nak naik(tak termasuk saya ye).Janganla sampai readers & newbie macam kitorang ni hilang hormat.Ada ke kitorang kacau otai2 ni.Ces!!!

p/s :
* Membaca a.k.a blogwalking adalah penting untuk seorang blogger.Kalau korang amik remeh jangan salahkan orang lain ye.
* Siapa-siapa yang terasa saya mintak maaf sebab saya menegur apa yang tak sepatutnya ada dalam blogging arena ni.
* Dalam blogging kita nak berkongsi bukan nak menunding jari dan mencari kesalahan orang lain.
* Kita patut support each other bukan menjatuhkan orang lain.Buat persiangan sihat skit la...

TERIMA KASIH HUNNY MADU YANG GORGEOUS

TERIMA KASIH HUNNY MADU YANG GORGEOUS

Selamat pagi ye guys,

Thanks coz still nak layan entri saya pagi-pagi walaupun sepatutnya korang pi tidur sebab esok nak kerja.Hari ni saya agak lambat update seba tadi banyak sangat kerja ye.So dengan keadaan kaki yang sakit seperti menyarung high heel Jimmy Choo saya nak menaip entri sampai tertidur.Hope korang tak jeles dengan tweet di bawah :


Hehe saya rasa tercabar apabila Lisa Surihani send tweet pada Melz.So untuk mengubat klekecewaan saya maka saya terus send satu tweet pada Hunny Madu.Actually saya pernah test market nak hantar tweet pada Hunny tapi dia tak reply tetapi kali ni dia reply.Mungkin time dulu tu dia agak busy.Ecececeh ayat mintak belas simpati pulak.But it's ok lah dia reply tweet saya sebab saya tak expect pun dia akan reply.Ingat Bean Moreno tak boleh tweet dengan artis ke?Terus terang saya cakap yang saya ni memang peminat Hunny Madu tapi takdelah kipas susah mati cuma kipas mati kadang-kadang je.



Saya start follow dia sejak dia meletup dengan band hiphop dia iaitu Dominition dan asyik-asyik keluar xfresh dulu.Lagipun tak salah saya minat diakan sebab dia memang cutepun (tetiba boleh terlupa bini pulak...astagfirullah)...So to Hunny Madu :

"Nice to meet ya sis and also thanks for da tweet"

Sila jangan ketawa dengan statement di atas.Apa ingat skinhead macam Rudi Moreno tak boleh jadi Eminem ka?Gua rapping lagu KRU rileks je beb!hak3...

p/s :

* Gambar Hunny Madu pada tweet tu tak keluar sebab line hotel ni aga slow siput!
* Brah tu apa?hak3

BEAN MORENO DI TM EVERYONECONNECT ANNIVERSARY

PERSONAL | BEAN MORENO DI TM EVERYONECONNECT ANNIVERSARY

Salam guys,

Sorry hari ni lambat sikit update sebab actually sekarang ni saya berada di Kuantan,Pahang.Ada kena outstation kat sini.Actually hari ni Cikhel ada invite saya pi screening 'Aku Tak Bodoh'.Sorry lah Cikhel saya tak dapat nak memenuhi tuntutan nafsu anda sebab terpaksa bekerja.

Ok macam yang korang tau saya ada pi event TM Everyone Connect Ahad lepas kat The Curve.Actually agak sikit sadis sebab saya dijemput oleh blogger lain dan bukan Nuffnang.Chewah sekarang dah pandai majuk pulak.hak3...Actually event ni adalah untuk menyambut ulangtahun pertama community TM iaitu Everyone Connect.Pernah tau?Alah kalau dalam iklan first launching diorang nyanyi lagu 'Through My Window'.


Ni gambatr MC dia yang memang sempoi.Saya tak tau nama dia just tau nama bapak dia ialah Najib.hak3 sorry bro i just cant remember your name lah....Macam yang saya cakap tadi event ni sambut ulangtahun Everyone Connect yang pertama.So takkan harijadi takde cake.Cake ada cuma saya tak dapat nak rasa je :


Cake dia kalau tak silap warna kuning.Kalau korang nak sangat usha kek boleh masuk blog Eyriqazz sebab dia sempat snap gambar kek.Yang kat atas ni semua duta-duta Unifi.Tau tak apa Unify?Alah internet berkelajuan tinggi dari TM tu...Kat atas tu ada dak-dak Bunkface,Summer Ash Dan juga satu family.Ada jugak MC untuk hari tu iaitu Hunny Madu dan Ben dari FlyFM.Mesti korang nak tau siapa awek yang kat dalam bulatan merah tu...Itu ialah Summer Ash.Nak tengok kejelitaannya dari dekat :


Amacam cun tak awek ni.Memang cair beb Chearmster siap baring-barinng nak amiok gambar dia.Ramai yang terliur tengok kejelitaan awek ni.Tapi awas!Dia merbahaya sebab dia ni assasin paling gempak dalam Malaysia.Jangan salah faham nah...Dia ni hebat dalam permainan 'Sudden Attack'.Siapa nak date dia kena lah hebat serang hendap.Nama minah ni Summer Ash dan dia adalah professional gamers.Tagline hidup dia "Lu Langsi Lu Mati".Jadi kalau berani masuklah meminang.Saya nak challege Summer Ash ni main Football Manager,agak-agak dia boleh menang tak?hak3...


Kalau korang tengok gambar ni ada 3 persamaan antara saya dan Sam Bunkface.Pertama ialah kami sama-sama kacak,kedua ialah kami sama-sama awet muda dan ketiga kami sama-sama tegap!hak3...Takpe Sam kita kurus tapi kacak nanti kalau ada job jadi model weight gain gua call lu...hak3...


Ni gambar saya bersama Ben & Hunny Madu.Memang nampaklah saya macam orang sakitkan.Hunny Madu ni cutelah tengok sekali pandang macam muka kakak angkat saya time sekolah dulu.Fuh di manakah beliau sekarang....

Nak tengok macam mana Unify ?


Oklah apa yang saya boleh bagitau ialah Unify ni adalah internet berkuasa kuda yang ada service ipTV yang macam Astro.Cuma bezanya ialah siaran dia dengan Astro masih jauh.So bagi saya, untuk turunkan tandatangan di atas form Unify adalah sangat tidak berbaloi  melainkan ia dah boleh beat Astro then baru saya akan sign up and potong Astro.Yelah package dia RM149 sekali dengan Hypp TV.Kalau P1 + Astro (RM99+RM80 = RM179).

Ok;lah dah malam sangat.Saya nak siapkan slideshow untuk workshop next week then nak tido.Kalau korang nak usha gambar-gambar lain boleh masuk ke Blog Bean Moreno

p/s :

* Korang ada yang nak sewa ruang iklan tak?Kalau ada just visit Test Market Sini.

TIPS : PENTINGKAH NICKNAME DALAM BLOGGING

TIPS : PENTINGKAH NICKNAME DALAM BLOGGING



Sekarang masa untuk tulis realiti berblogging.Korang rasa perlukan nickname dalam dunia blog ni.Penting sangat ke kita letak "nick" atau "palname".Kalau nak tanya saya mestila saya cakap penting sebab saya yang buat entri ni takkan nak kondem penulisan sendiri.huh!gila ke apa?Korang ingat saya Sebengong Nabil nak kondem karya sendiri.hak2.Apa itu Nickname?

Nickname ataupun boleh saya katakan "nama jenayah" digunakan untuk panggilan di dalam blog.Biasanya kebanyakan blogger akan cari satu identiti lain untuk perkenalkan diri dia dan nick(bukan Nik ye itu lain) ni befungsi bagi membawa nama blog tersebut.Banyakla blogger2 yang gunakan nickname ni contohnya Eyriqazz,Nara,Kakred,Melromeo,JARD dan tak ketinggalan Bean Moreno(siapa mamat kacak+cool ni).hak2...


Apa function Nickname :

1- Untuk Reader Senang Ingat
Cuba korang bayangkan kalau satu blogger ni letak nama penuh dia kat blog.Contohnya Syed Mohd Nurhazamee pergh tak nak panjang plak lagi la kalau letak nama bapak ngan nama atuk sekali.kan susah reader nak ingat.Bila reader senang ingat lagi senang la reader nak masuk blog kita.Kalau reader nak taip URLpun punya panjang diorang menyampah.hak2...

2- Rencah2 Dalam Blog
Ni takde kene mengena dengan jenama adabi sebab rencah2 ni maksudnya element untuk bagi blog tu menarik.Lagi catchy nick tu lagi orang suka sebut.Contohla kalau kita letak nama Shamsiah,reader akan tertanya2 Shamsiah mana?Cikgu Shamsiah ke???Apa blog dia???Tapi kalau kita sebut je Melromeo orang dah terus dapat tangkap owh melromeo blogger tegar tu ke???satu soalan mudah je yang keluar.So blog tu akan nampak menarik.

3- Untuk Cover Jenayah
Maksudnya takdela untuk hack akaun bank negara ke apa.Just kalau kita tersalah langkah.So orang susah skit la nak trace.Tapi disebabkan MIMOS dah wujud jadi susah sikitla blogger macam Aduka or Kickdafella nak buat hal.Jangan samakan saya dengan mereka sebab saya blogger suci yang romantis.

4- Bertindak Sebagai URL Blog 
Sekarang kalau korang tengok byk blog URL yang guna nama nick.Orang nak taippun senang.Contohnya banyak.korang sendiripun taukan.Tapi jangan tanya saya kenapa tak letak nick kat URL saya.Adalah sebabnya itu Dato CT cakap Biarlah Rahsia ok...

Hm sekarang korang faham tak kenapa Nick tu penting?Ni just pendapat saya sebagai blogger cap ayamz yang menulis berdasarkan pengalaman cetek ye.Nak lagi best tanya la blogger2 yang ada nickname yang lagi hebat dari saya.Entri ni bukanlah nak memperngaruhi kita supaya melupakan asal-usul dan nama yang diberi oleh parent tapi ia adalah untuk suka2 je dan sebagai ilmu blogging.Taknak ikut takkanla saya nak paksa kan sebab "Aku bukan siapa2 untukmu..."

p/s :

- Sekarang korang rasa penting or best tak kalau pakai nama Nick???
- Di dalam dunia nyata memang orang memanggil saya Bean Moreno coolkan...hak2

JANGAN TERLALU INSTANT DALAM HIDUP...

JANGAN TERLALU INSTANT DALAM HIDUP...



Salam semua,

Jangan terlalu pelik dengan tajuk entri saya.Biasalah hari Isnin hidup agak serius sebab nak hilangkan mood blues.Ok apa sebenarnya yang saya nak share ialah masalah dalam pemikiran kita yang terlalu nak benda instant.Korang tau tak apa itu instant.Instant dalan kamus translate ke bahasa Melayu ialah segera.

Oklah kita tolak bab makanan sebab sekarang ni rata-rata rakyat Malaysia dan bertukar arah menjadi ke'Jepunan'.Setelah kerajaan Malaysia lancarkan dasar pandang ke timur rakyat Malaysia dah memilih untuk support Jepun walaupun Jepun pernah menghantar tenteranya merogol Embun.hak3...Kalau bab makanan rakyat Malaysia memang suka pada makanan segera Naruto iaitu Meggi (Ramen).

Disebabkan masa bergerak semakin laju dan memang kita akan ketinggalan kalau kita asyik bangun lambat je setiap hari so perwatakan manusia dah jadi agak sedikit berlainan dengan perwatakan awal kejadiannya.Semuanya nak laju dan segra dalam erti kata lain pantas.Contoh pertama ialah ketika mengorat awek.Zaman dulu kalau nak mengorat seorang dara akan mengambil masa berpurnama ada yang makan tahun nak mengorat awek.Sebabnya ialah zaman dulu diorang usha line baik punya.Tengok samada bakal bapak mertua misai ada macam A. Galak ke tak?Pastu perancangan memang teramat rahsia.Tapi zaman sekarang ni nampak awek cun kat bus stop terus mengorat dan nak jawapan on the dot.Itu kira ok ada yang terus dengan muka tak malu cakap macam ni :

" Awak ni cun,bila boleh saya jumpa mak mertua saya..."

Ni nama dia teknik mengorat kamikaze.Mungkin datuk nenek dan moyang dia memang jenis kamikaze.haha...Tapi sebenarnya zaman sekarang nilah taktik yang paling berkesan untuk mengorat awek.Alalsan kukuh takut kena kebas itulah standby awal-awal..Tapi tektik ni akan menyebabkan perempuan bunting sebelum waktu sebab nak instant kan...

Kalau kita perasan bab pangkat.Semua orang nak naik pangkat cepat.Kalau boleh hari ni interview bulan depan dah nak apply naik CEO atau board director.Pergh memang nak laju je tanpa fikir kesan.Tipulah kalau saya cakap benda ni tak pernah berlaku.Ramai antara kita yang nak naik pangkat cepat.Alasan paling kukuh ialah buat apa nak duduk jadi peon sampai tu.Tapi korang tau tak kesannya bila korang terus melompat tanpa ikut tangga pangkat.Kesan paling ketara korang takkan boleh faham jobscope korang dengan betul.Yelah dari kerani tetiba nak jadi CEO.apa yang korang belajar.Sebab tulah pentingnya belajar dari bawah so kita tau selok belok kerja dan takdelah kena tipu beb!

Kalau dalam blogsphere pulak ada satu benda yang menular dalam diri blogger.Simple je nak up dengan cara instant.Korang rasa senang tak nak dapat hits juta-juta.Kalau tanya saya senang je beb.Apa yang korang boleh buat ialah jadikan blog korang portal lucah!Confirm hits korang boleh kalahkan Kenny Sia takpun Blog Beautifulnara.Saya tak tipu kalau korang tak caya boleh refer kat Aus sebab dia pernah buat experiment tentang benda ni.hak3...Kalau nita tengok ramai yang melucah dalam blog sembang benda yang tak patut.Ye memang blog untuk sharing tapi beragak lah beb.Blogging ada etika tau buka suka hati mau tulis suka hati mau publish.Kalau macam tu budak sekolah pun boleh jadi top blogger Nuffnang beb!Lainlah kalau korang letak keyword lucah untuk sharing ilmu.


So kalau ikutkan instant ni memang bagus.Tapi Ada certain kes yang mana kalau kita nak instant akan membawa masalah kat hidup.Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah beb!


p/s :


* Sila anggap gambar tersebut tiada di atas...hak3...

LAGU MINGGU INI | TILU : DIAM-DIAM

LAGU MINGGU INI | TILU : DIAM-DIAM

Selamat petang guys,

Dah lama rasanya tak review lagu-lagu ni kan.So hari ahad ni rasanya sesuai kalau saya nak share satu lagu yang saya rasa best.Sebelum tu saya nak korang teka lirik dulu eyh :

Wajah yang tampan
Sungguh Menawan
Dan juga kaya ku suka dia...

Amacam,tau tak lagu siapa?Jangan claim hadiah kalau korang teka betul sebab ni bukan rancangan Pak Nil 'Jangan Lupa Lirik' ye.Tapi korang boleh anggap ni adalah latihan atau bekalan untuk korang bawak ke sana.hak3...Oklah korang pernah dengar lagu dari band TILU ?

TILU : DIAM-DIAM [DOWNLOAD SINI]


Single pertama TILU bertajuk Ku Bukan Aku.Pernah dengar?Kalau tak pernah pi search kat youtube then dengar sebab lagu dia best.Untuk pengetahuan korang lagu ni kalau tak silkap saya pernah dinyanyikan salah sorang bintang AF 8.Kali ni saya nak share satu lagi single dari TILU yang bertajuk Diam-Diam.Jom layan :





Hehe...Best tak lagu ni?

Komen Bean Moreno :

* Apa yang best band Tilu ni ialah lirik dia memang santai je pastu alunan muszik dia sempoi dan unik je.Korang tak perlukan kamus untuk faham maksud dalam bait-bait lirik dia.

* Cara diorang main muzik dah nak ke arah Ska dan yang penting saya suka SKA!




Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails