3 NICHE YANG MEMANG SAYA AKAN JAUHI

3 NICHE YANG MEMANG SAYA AKAN JAUHI



Salam semua,

Saya mulakan entry ni dengan satu pertanyaan yang mungkin rata-rata blogger tau dan arif.Kalau dah namapun arif, saudara ariffshah mesti gempak.Apa yang korang tau pasal niche?Sila abaikan kedai pakaian Nichi sebab bukan itu yang saya cari.Bagi saya apa yang saya tau niche ialah kategori ataupun paling senang kaitan dan tumpuan blog itu ke arah apa.Sebagai contoh kita usha public blog ada yang lebih kepada tutorial blog,ada yang more to travel blog dan tak lupa berkaitan makanan.Tu yang dikatakan niche.Kalau silap tolong betulkan eyh.

Tapi kalau nak cakap pasal Niche kebanyakan dari blogger sekarang dah tak amik port pun.Tulis ikut rasa sebab tak nak rasa terkongkong.Semua dan jadikan blog diorang personal+public.Betul tak betul?Oklah saya bukan nak bercerita panjang pasal niche tapi nak cerita apa niche yang saya akan jauhi dan kenapa.

1. Politik

Topik pasal politik ni memang hot dan hari-hari mesti ada cerita baru.Blogger yang tulis pasal politik memang traffik dia tinggi dan ramai orang akan search kat Search Engine.Tapi bagi saya elok saya jauhkan diri dari tulis pasal politik sebab politik ni kotor.Kita tak tau siapa betul dan siapa salah.Kalau kita just tau umum so better janganlah.Kalau nak traffik lebih baik blogwalking dari tulis pasal politik takut salah tulis korang mungkin akan berkawan dengan pacik jual Nasi Lemak Seksyen 4 Kota Damansara nama dia ISA.Takpun kena tangkap tak pasal-pasal.

2. Gosip Artis

Bab ni memang ramai yang suka search kat internet.Nak lagi syok letak gambar artis seksi memang meletup blog korang.Saya dah pernah test dah.Sampai sekarang keyword Lana Nordin melekap kat blog ni.Dah macam blog ni personal blog Lana Nordin dah.Tapi bagi saya tak best kalau kita nak jaja cerita orang just nak sedap dan puaskan nafsu berblog.Saya lebih suka share pasal diorang yang best je.Yang negatif tolak tepi.So dari situ boleh la jugak baik-baik dengan diorang.Takut salah tulis kang tak pasal-pasal buat fitnah.Duit dapat Dosa pun dapat.

3. Lucah

Pergh yang ni serius memang kalau boleh saya akan lari.Memang kalau korang letak satu or dua perkataan lucah blog korang senang je naik.Tak payah tunggu dua tahun (macam blog ni) silap-silap sebulan korang tulis blog dengan niche ni blog korang dah beratur reader setia.haha....Tapi malangnya kalau kantoi memang mampos kena block terus.So siapa yang rugi?Dan kalau lepas dapat buffered berderet korang rasa halal tak hasil?Jawab sendirilah ye...

p/s :

* Apa-apapun saya mintak maaf pada blogger yang ada tulis berkitan niche yang saya listkan tu.Takde niat nak menjatuhkan sesiapa cuma tu yang saya pegang dan itulah prinsip saya berblog.

* Sila ada sikap tanggungjawab pada blog korang...
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails