KENAPA APA YANG DILAKUKAN LELAKI SELALU DIPERTIKAIKAN?

KENAPA APA YANG DILAKUKAN LELAKI SELALU DIPERTIKAIKAN?




Salam guys,first of all korang jangan fikir topik entri ni dalam bulatan negatif.Actually saya terfikir walaupun lelaki adalah pemimpin tapi segala tindakan lelaki mesti mendapat tentangan yang hebat ataupun paling cikaipun kene perli.Korang perasan tak situasi ni?Kalau dulu perempuan buat apa yang lelaki buat itu dikira hebat ataupun bagus.Tapi cuba korang fikir apa yang akan terjadi bila lelaki buat apa yang perepuan buat.Ni tak termasuk mengandung dan period ye itu dah lain.

Situasi pertama ialah bila mendengar lagu.Ok apa yang korang fikir bila perempuan dengar lagu Limp Bizkit?Rata-rata ramai lelaki akan cakap awek tu cool gile.Tapi cuba korang bayangkan kalau seorang lelaki yang berbadan sasa layan lagu Taylor Swift.Apa pulak yang korang fikir?Mesti ramai yang pertikai macam ni :

"Hek eleh badan tough tapi layan Taylor Swift.Macam Bapok ar.."

Hm so mamat yang berbadan tough itu akan diketawakan dan dilabel sebagai jambu.Betul ke tidak?

Situasi kedua ialah apa yang korang fikir bila seorang perempuan tu boleh bawak jet pejuang tak pun bawak air asia x?Rata-rata daripada kita kata perepuan tu best ataupun terbaek!Mesti awek yang jadi pilot tu dibangga dan disanjung.Masuk paper seminggu 7 hari.Berita Bernama siap ulang kisah dia 24 jam.Tapi apa pulak yang korang fikir bila seorang lelaki kacak jadi pereka fesyen?Mesti dia akan dikatakan lembut ataupun paling teruk dia akab dilabel sebagai 'gay'.Ye tak dinafikan memang kebanyakan fesyen designer memang lembut tapi ada juga yang straight macam Den Wahab.

Situasi ketiga ialah apa yang korang fikir bila seorang awek ambil kursus engineering kat universiti?Ramai yang berpedapat awek ni memang kental dan sanggup ambil cabaran.Ok apa pulak yang korang fikir bila seorang lelaki stylo ambil kursus secretary?Hak3 ramai yang beranggapan mungkin dia ni ada masalah dengan dengan personaliti.Betul tak?Takpun mesti ramai yang berfikiran yang dia tu gigolo atau player.hoho...


Situasi keempat ialah apa yang korang fikir bila blogger perempuan letak gambar kat header?Pergh memang orang suka masuk punya.Lagi-lagi kalau yang cun macam artis korea betul tak?Memang traffik laju je masukkan.Ok apa pulak korang fikir bila blogger lelaki pulak tempek gambar sana sini kat blog?Mesti ada yang cakap blogger tu gile glamour.Pastuh komen masuk berduyun-duyun kutuk dah macam kecam gila-gila.Bab-bab macam ni annon akan bertidak dengan pantas sekali.hak3...

Actually ni lah situasi yang berlaku sekarang.Kebanyakan perbuatan lelaki akan dipertikaikan.Memang benda ni nampak remeh je tapi kalau kita tak berfikir secara rasional ia boleh melibatkan soal hak.


Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails