TIPS : GUNAKAN BLOGLIST KORANG UNTUK MENCURI

TIPS : GUNAKAN BLOGLIST KORANG UNTUK MENCURI

Oklah hari ni saya nak ajar korang cara mencuri traffik dari blogger lain.Cara ni dah lama sebenarnya cuma ada di antara kita tak perasan.Sebenarnya ada banyak cara kita boleh curi traffik dari blogger lain tanpa memudaratkan kesihatan diorang.Salah satunya saya dah bagi tau dalam entri [ini].Ini cara yang kedua dah bro Ariffshah pun ada terangkan dulu.Saya just nak sebarkan je ajaran Robin Hood ini.Kenapa Robin Hood sebab dia mencuri untuk kebaikan & tolong orang lain.Jadi dosa dia dapat pahala pun dia dapat...hak3...

Sebelum tu apa yang korang tau pasal bloglist?Ramai di antara kita yang buat bloglist pada blog yang kita follow.Kegunaannya untuk blogwalking dan baca entri terbaru dari blog yang kita suka.Betul tak?Sapa cakap salah itu masalah korang.Selain tu bloglist juga boleh digunakan untuk kasi backlink pada blogger lain so PR (bukan Pria Romantik ye) & Alexa diorang pun boleh naik.Ni kira amal jariah dalam blogging lah.Ok selain dari itu bloglist jugak korang boleh gunakan sebagai cara mendapatkan traffik dari blogger lain.Macam mana?Simple je :

1) NAMA BLOG OR BLOGGER

Dalam carian Google bila orang taip nama blogger or nama blog maka kadang2 bila kita letak link blogger or blog tu maka tak mustahil akan tersangkut kat blog kita sebab ada link dia.Yang ni korang boleh rujuk entri saya yang [ni].So tolong jangan kedekut sangat link kat blogger lain sebab itu akan datangkan keuntungan kat korang jugak.Tolong jangan Diva sangat sampai nak pandang rendah pada blogger2 lain.Sebab setiap orang ada kekuatan tersendiri.

2) TAJUK ENTRI

Ni pun sama.Kadang2 kita takdepun tulis pasal bende tuh tapi tiba2 traffik masuk jugak.Korang perasan tak?Saya mula perasan benda ni masa kes Hani Tarmizi.Saya pun tak kenal minah ni siapa dan tak pernah pulak saya baca pasal dia kat majalah Mangga.Ntah cun ke tak sayapun tak tau.Tapi hari tu tiba2 je traffik nama dia masuk kat blog ni.Banyak pulak tuh.Jadi kaji punya kaji rupanya Nara ada tulis pasal dia.So secara tak sengaja Traffik nara masuk sikit kat saya.

3) KEYWORD

Kita tak perasan apakah keyword best untuk hari tu or masa tuh.Kadang2 apa yang ditulis oleh orang lain tu ada keyword yang panas or best2.Jadi secara tak sengaja maka apa keyword yang blogger lain tulis kita akan dapat tempias.Tak taulah kalau korang dah memang hebat macam owner problogger.Traffik juta2 satu hari kan.

Oklah cukup tak 3 point tu.Yang penting kat bloglistkorang tuh jangan just letak nama blog sahaja letak sekali dengan tajuk entri blogger tu.macam ni setting dia :

bagi saya tanda 3 tu dah cukup dah.yang lain tu agak merimaskan

Benda ni kita boleh panggil SEO cara budak2 kecik je.Blogger cap ayam macam saya je yang guna.Yang dah otai2 mungkin ada cara lagi best kot.Nanti saya kecek2 sikit dari diorang & share ngan korang.

p/s : 

* Sekarang ni Orang tamak selalu untuk orang kedekut selalu rugi
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails