SURAT KHABAR SEPATUTNYA MEMBUKA BUKAN MENUTUP MINDA

SURAT KHABAR SEPATUTNYA MEMBUKA BUKAN MENUTUP MINDA

Salam guys,

Isnin muncul lagi dengan macam-macam kerja.Tapi cool je dah namapun bekerja dengan orang so buat jelah kelauan macam kuli.Korang faham tak apa sebenarnya yang nak saya sampaikan.First of all sebelum saya start saya nak mintak maaf pada semua surat khabar yang ada dalam Malaysia ni sebab apa yang saya nak utarakan ni mungkin akan buat owner syarikat surat khabar agak berangin dan mungkin editor-editor akan tak setuju.Tapi macam yang korang taulahkan blog adalah satu medium perkongsian idea dan pendapat,so accept jelah eyh.

Kenapa saya cakap surat khabar menutup minda kita.Saya tak cakap tuju pada akhbar tertentu just umum je.Sepatutnya peranan akhbar ialah membuka mata dan minda pembaca supaya tidak terkongkong.Tapi kalau kita perasan kebanyakan akhbar akan publish berita yang negatif di muka depan.Ni kita tolak satu tanggapan yang mana akhbar-akhbar utama cuma pro kerajaan dan tak telus.


Saya bagi contoh mudah la kan.Kebanyakan akhbar akan publish cerita pasal kemalangan kat muka depan.Lagi ngeri kemalangan lagi besar gambar muka depan.Langsung tak fikir perasaan keluarga mangsa.Balik-balik cerita 14 Orang Mati dalam satu Kemalangan takpun tajuk utama dia Kemalangan Kereta Paling Ngeri Pemandu Patah Gigi Susu.Orang beli surat khabar pagi-pagi dah jadi takut lepas baca berita macam tu.Ye tak dinafikan memang kadang-kadang ia boleh menginsafkan tapi kita kena fikir bila pagi-pagi otak kita dideahkan dengan perkara negatif maka minda kita akan jadi negatif.Apa salahnya muka depan letak pasal benda or berita yang gembira contohnya Kejayaan Mak Limah Mencipta Mesin Goreng Pisang Terbaru ke.Kan sejuk sikit hati dan boleh bakar semangat orang nak berjaya.


Lagi satu kalau kita perasan pasal atlit.Bab-bab menang susah sikit nak tayang kat muka depan.Mesti kat muka tengah ataupun belakang bahagian sukan.Tapi kalau kalah mesti keluar muka depan.Contohnya Squad Sepak Takraw Malaysia Kalah Di Sukan Sea China.Berita terpampang besar kat muka depan.Tak pun berita yang mempertikaikan kebolehan contohnya Mampukah Squad Kebangsaan Kalahkan Manchestor United?Apa salahnya letak tajuk Terima Kasih Squad Takraw Malaysia.Walaupun diorang kalah tapi diorang dah usaha so tak salah kita ucap terima kasih.Atau Squad Malaysia Pasti Boleh Tumpaskan Man United.Barulah bersemangat diorang main ni tak awal-awal dah pertikai memanglah kalah walaupun Man U tu ayam je sebenarnya.hak3...


Kalau bab hiburan tu apa lagi kalau pasal artis bercerai memang besar je highligh.Tapi pasal kejayaan artis susah gila nak masuk muka depan.Tak caya?Korang tengok bila seorang-seorang peserta sehati berdansa bercerai.Pergh dia punya liputan menag besar.Tapi bila benda yang menggembirakan macam KRU buka KRU Studio dia punya story ciput je.


Banyak lagi contoh sebenarnya tapi kalau saya nak tulis semua memang muntah-muntah korang nak baca.Actually ni salah satu faktor yang mana kita tak sedar.Media sebenarnya banyak menegatifkan pemikiran.Itu baru kes muka depan belum kes baca semua seurat khabar.Tak semua akhbar kat Malaysia macam ni cuma kebanyakkan je yang hanya fikir untung tak fikir kesan.Kalau hari-hari kita didedahkan pasal semua yang negatif di awal pagi macam mana kita nak maju.Betul tak?


p/s :


* Kadang-kadang terfikir akhbar ni sebenarnya bukan nak menyampaikan ilmu tapi cuma untung dan sensasikan cerita je.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails