Showing posts with label Berita Harian. Show all posts
Showing posts with label Berita Harian. Show all posts

SURAT KHABAR SEPATUTNYA MEMBUKA BUKAN MENUTUP MINDA

SURAT KHABAR SEPATUTNYA MEMBUKA BUKAN MENUTUP MINDA

Salam guys,

Isnin muncul lagi dengan macam-macam kerja.Tapi cool je dah namapun bekerja dengan orang so buat jelah kelauan macam kuli.Korang faham tak apa sebenarnya yang nak saya sampaikan.First of all sebelum saya start saya nak mintak maaf pada semua surat khabar yang ada dalam Malaysia ni sebab apa yang saya nak utarakan ni mungkin akan buat owner syarikat surat khabar agak berangin dan mungkin editor-editor akan tak setuju.Tapi macam yang korang taulahkan blog adalah satu medium perkongsian idea dan pendapat,so accept jelah eyh.

Kenapa saya cakap surat khabar menutup minda kita.Saya tak cakap tuju pada akhbar tertentu just umum je.Sepatutnya peranan akhbar ialah membuka mata dan minda pembaca supaya tidak terkongkong.Tapi kalau kita perasan kebanyakan akhbar akan publish berita yang negatif di muka depan.Ni kita tolak satu tanggapan yang mana akhbar-akhbar utama cuma pro kerajaan dan tak telus.


Saya bagi contoh mudah la kan.Kebanyakan akhbar akan publish cerita pasal kemalangan kat muka depan.Lagi ngeri kemalangan lagi besar gambar muka depan.Langsung tak fikir perasaan keluarga mangsa.Balik-balik cerita 14 Orang Mati dalam satu Kemalangan takpun tajuk utama dia Kemalangan Kereta Paling Ngeri Pemandu Patah Gigi Susu.Orang beli surat khabar pagi-pagi dah jadi takut lepas baca berita macam tu.Ye tak dinafikan memang kadang-kadang ia boleh menginsafkan tapi kita kena fikir bila pagi-pagi otak kita dideahkan dengan perkara negatif maka minda kita akan jadi negatif.Apa salahnya muka depan letak pasal benda or berita yang gembira contohnya Kejayaan Mak Limah Mencipta Mesin Goreng Pisang Terbaru ke.Kan sejuk sikit hati dan boleh bakar semangat orang nak berjaya.


Lagi satu kalau kita perasan pasal atlit.Bab-bab menang susah sikit nak tayang kat muka depan.Mesti kat muka tengah ataupun belakang bahagian sukan.Tapi kalau kalah mesti keluar muka depan.Contohnya Squad Sepak Takraw Malaysia Kalah Di Sukan Sea China.Berita terpampang besar kat muka depan.Tak pun berita yang mempertikaikan kebolehan contohnya Mampukah Squad Kebangsaan Kalahkan Manchestor United?Apa salahnya letak tajuk Terima Kasih Squad Takraw Malaysia.Walaupun diorang kalah tapi diorang dah usaha so tak salah kita ucap terima kasih.Atau Squad Malaysia Pasti Boleh Tumpaskan Man United.Barulah bersemangat diorang main ni tak awal-awal dah pertikai memanglah kalah walaupun Man U tu ayam je sebenarnya.hak3...


Kalau bab hiburan tu apa lagi kalau pasal artis bercerai memang besar je highligh.Tapi pasal kejayaan artis susah gila nak masuk muka depan.Tak caya?Korang tengok bila seorang-seorang peserta sehati berdansa bercerai.Pergh dia punya liputan menag besar.Tapi bila benda yang menggembirakan macam KRU buka KRU Studio dia punya story ciput je.


Banyak lagi contoh sebenarnya tapi kalau saya nak tulis semua memang muntah-muntah korang nak baca.Actually ni salah satu faktor yang mana kita tak sedar.Media sebenarnya banyak menegatifkan pemikiran.Itu baru kes muka depan belum kes baca semua seurat khabar.Tak semua akhbar kat Malaysia macam ni cuma kebanyakkan je yang hanya fikir untung tak fikir kesan.Kalau hari-hari kita didedahkan pasal semua yang negatif di awal pagi macam mana kita nak maju.Betul tak?


p/s :


* Kadang-kadang terfikir akhbar ni sebenarnya bukan nak menyampaikan ilmu tapi cuma untung dan sensasikan cerita je.

LIVERPOOL BAKAL DAPAT OWNER BARU | FOOTBALL

LIVERPOOL BAKAL DAPAT OWNER BARU | FOOTBALL



Salam guys,saja up entri awal sikit.Just nak kongsi kegembiraan dengan korang.So mungkin entri ni pendek sebab saya tak boleh nak melalut bila tulis entri masa kerja.Kang tak pasal-pasal kena cekup potong gaji pulak.Macam yang korang tau Liverpool tengah hadapi saat-saat down di mana sekarang duduk di tangga ke 17(kalau tak silap lah).Tadi masa baca surat khabar terbaca satu berita pasal bidaan terhadap Liverpool FC.Jom Usha berita sat :

LIVERPOOL: Ahli Lembaga Kelab Perdana Inggeris, Liverpool dilaporkan sudah menerima dua bidaan untuk membeli kelab itu. Difahamkan salah satu bidaan itu dari Asia manakala satu lagi dari Amerika.Menurut sumber kepada stesen BBC Sport, kedua-dua pembeli yang berminat itu mampu mengurangkan tanggungan hutang yang dimiliki kelab itu dan boleh memulangkan modal pelaburan pemilik sekarang.Liverpool dibuka untuk pembeli baru oleh pemiliknya dari Amerika, Tom Hicks dan George Gillett sejak April lalu dengan kini mempunyai tangggungan hutang 351.4 juta pound atau 403.5 juta Euro. - AFP 
Kredit kepada Berita Harian

Komen Bean Moreno :

* Saya selaku penyokong Liverpool paling setia harap-harap ada orang ambil alih kelab ni dari Gillet & Hicks.Merekalah punca terbesar kelab ni mengalami kejatuhan.

* Kalau bidaan tu mendapat kata putus harap-harap bukan owner dari Amerika Syarikat sebab billionaire Amerika ni sebenarnya takde duit lebih baik owner Asia.

* Mungkin dengan pembelian baru ni hutang Liverpool dapat dilangsaikan dan player-player gempak dapat dikekalkan.

p/s :

* Roy Hodgson tak mendatangkan apa-apa perubahan kepada kelab sila cari Manager lain ye! 

* YNWA!

HARI RAYA AIDILFITRI JATUH PADA HARI KHAMIS


ISU : HARI RAYA AIDILFITRI JATUH PADA HARI KHAMIS

Selamat pagi guys dan selamat berpuasa di hari Sabtu ye.Jangan tak puasa tau sebab tinggal lagi berapa hari je Ramadhan akan tinggalkan kita.Memang rugi bagi siapa yang tak completekan puasa sebab belum tentu lagi kita akan dapat bertemu Ramadhan untuk tahun depan.Tadi blogwalking terbaca di blog Zaid yang orang Indonesia siap buat Fanpage Fuck Malaysia.Saya ingatkan just ada Fanpage anti artis macam Fasha Sanda je tapi sekarang dah ada Fanpage anti negara pulak.Ntahlah apa nak jadi.Inilah akibat bila Indonesia mempunyai rakyat yang mentalnya rendah dan hanya tau cetus pergaduhan je.Patutlah negara mundur dan ramai rakyat yang menderita.Sedar tak?Ubahlah mentaliti wahai rakyat Indonesia.



Dahla malas nak layan dan kalau ada blogger Indonesia yang tak puas hati dengan statement Bean Moreno ni sila tampil dan beri ide bernas sebab saya memang suka berdebat.Terasa kalau jumpa pemimpin BENDERA nak je saya terajang muka dia.Ok kita tutup cerita mentaliti rakyat Indonesia yang mentalitinya rendah kita buka pasal isu yang agak lawak kat Malaysia.Korang jangan terpengaruh dengan tajuk sebab bukan saya yang tengok anak bulan dan sememangnya saya bukan insan yang layak untuk kerja itu.Sekarang tengah kecoh nak raya hari Khamis.Memang lawak dah macam budak-budak pulak tak sabar nak beraya.Oklah macam biasa saya bagi sikit keratan akhbar pasal isu ni :

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut ada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin itu dan tidak semestinya betul.ngar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini, katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web JAKIM.Laman web JAKIM menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat. Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah.Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu. Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya, katanya ketika dihubungi.
 berita penuh Berita Harian Online.

Hm,apa ceritalah korang ni?Apalah masalahnya kalau raya Jumaatpun.Sila jangan jadi budak-budak.Buat cerita untuk senangkan diri sendiri.Kalau dah ditakdirkan Hari Raya Aidilfitri hari Jumaat korang janganlah pulak nak alih tarikh.Tunggu jelah orang usha anak bulan dulu baru cakap.Ada masalah ke kalau dengar dua khutbah dalam satu hari?

Komen Bean Moreno :

1- Orang tak nak raya hari Jumaat sebab nanti ada dua khutbah.Ada masalah ke kalau sehari dengar dua khutbah?Kenapa bosan?Kalau dengar lagu Shahir beratus kali bosan tak?

2- Orang tak nak raya hari Jumaat sebab nak masa lebih untuk beraya.Ko nak beraya 24 jam ke?Lepas solat raya bukan buat apapun selain tidur.Ke korang nak layan rancangan TV?

3- Nilah akibat bila stesen TV asyik nak kejar untung & rating.Letak rancangan yang best-best sampai buat orang lupa agama.

Oklah malas nak membebel panjang.Korang jangan pulak percaya or terpengaruh dengan tajuk entri ni sebab kang tak pasal-pasal belum lagi raya ada yang tak puasa then salahkan Bean Moreno sebab cakap saya bagitau raya hari Khamis.hak3...

p/s :

* Biarlah rakyat Indonesia dengan mentalitinya yang agak rendah.Kita jangan jadi macam tu.
* Pasal Raya pun ada orang buat main.Benda memang nampak remeh beb tapi kalau fikir betul2 boleh merosakkan akidah dan iman.





DEMONSTRASI CARI MAKAN


NEWS : DEMONSTRASI CARI MAKAN

Salam reader & bloggers,apa cerita hari ni?Mesti ada sikit perasaan malas nak bikin kerjakan.Yelah dapat cuti straight 5 hari.Bean Moreno un akan terasa macam tu sebab dah lebih seminggu tak kerja beb.Otakpun dah jadi kosong.Maybe next week baru saya akan start balik kerja.Tak sanggup nak cuti lama2 walaupun sebenarnya masih belum full recover.

Gambar diambil dari Berita Harian

Korang mesti tau sekarang kat Indonesia tengah sibuk demonstrasi anti Malaysia.Semua yang berkenaan dengan Malaysia dibenci penduduk Indonesia.Apalah masalah mental yang ada pada minda diorang ni.Dan untuk pengetahuan kita 'Gerakan Ganyang Malaysia' dah sampai ke Kalimantang.Yang paling penting ialah rahsia demonstrasi ini telah terbongkar.

Apa rahsia dia?Rupa2nya demonstrsi ni ada dalang dia yang mencetuskan isu yang remeh.Baru saya tau yang orang2 berdemonstrasi dibayar oleh pihak2 tertentu.Ada juga orang yang berfikiran jahat macam ni.Ingatkan Israel je yang kejam rupanya ada juga orang kat negara jiran yang kejam.Takpun ni salah satu permainan 'Destroy & Save' pihak tertentu.Saya tak reka cerita sebab saya terbaca artikel kat Utusan Malaysia yang bertajuk 'Demonstrasi Cari Makan'.Ni sedikit petikan dari Utusan Malaysia :






Perkhidmatan penyediaan peserta demonstrasi yang ditawarkan di kota raya besar ini telah muncul sebagai perniagaan luar biasa serta memberi peluang kepada penganggur meraih pendapatan dan pada masa sama menimba ilmu bagaimana berdemonstrasi secara tertib.
Pihak yang memerlukan peserta demonstrasi boleh membuat pesanan untuk pakej lengkap iaitu penunjuk perasaan terlatih, pengangkutan, pemidato, peralatan sistem bunyi, sepanduk dan kenyataan demonstrasi.
Pakej yang ditawarkan sebuah organisasi bagi membekalkan peserta demonstrasi terlatih di sini dikira berdasarkan bayaran untuk sebuah bas kecil yang boleh memuatkan 30 hingga 35 peserta, iaitu antara Rupiah 1.5 juta (RM522) hingga Rupiah 2 juta (RM696).
Untuk setiap aksi, seorang peserta boleh mendapat bayaran antara Rupiah 30,000 (RM10.45) hingga Rupiah 40,000 (RM13.90) dan sebungkus nasi campur.
Seorang pengelola perkhidmatan ini yang dikenali sebagai Aji Kusuma berkata, pakej yang ditawarkannya terdiri daripada peserta terlatih, namun ada pihak lain turut menawarkan peserta demonstrasi berbayar yang tidak terlatih, selain golongan mahasiswa.
"Anggota demo ini pemuda perkotaan, biasanya mereka yang menganggur tiada pekerjaan, kita ajak, cuba buat latihan supaya bila demo, mereka tidak kosong sangat tentang pemahaman isi demo itu.
"Biasanya kalau kita mahu melakukan aksi A, beberapa hari sebelum hari A, kita sudah melakukan diskusi. Bahawa kita ke A untuk ini dan ini, kita untuk itu dan itu, jadi, kalau di lapangan ditanya orang, mereka faham semua," katanya.





Diorang ni patut bersyukur,rakyat Indonesia bera ramai cari makan kat Malaysia so kene berterima kasih kat Kerajaan Malaysia la.Ni tak berperangai acam budak2 15 tahun main bakar2 bendera.Kalau nak sangat bakar tunggu lh raya korang bakarlah mercun puas2.Isu nelayanpun nak kasi besar2.Saya sampai jadi tak faham apa sebenarnya tujuan diorang ni.Mungkin kurang rasa bersyukur dengan hidup taupun kehidupan terlalu sempit sampai sanggup nak bikin hal untuk dapatkan duit.

Korang rasa pulak macam mana?Apa sebenarnya agenda diorang?Bagi sayalahkan kalau benda2 kecil macam ni settle sudah tak payah sampai nak buat rusuhan.Baik bersatu untuk hentam Israel durjana lagi bagus.Hanya kerana RM10.45 dan sebungkus nasi sanggup sempitkan minda.

p/s :

  • Zaman sekarang sebab duit orang sanggup gadai apa yang tak patut digadai.
  • Adakah Negara Islam Asia akan jadi macam Negara Arab yang berperang sesama Islam?
  • Merdekakah minda kita kalau macam ni keadaannya?
  • Apa pedapat korang?





5 PERKARA GHAIB LUAR JANGKAAN ILMU


Hye selamat tengahari guys.Dah Lunch?Saya baru je balik lunch tadi makan nasi goreng ayam.Sedap beb nasi ayam mamak tu buat.hoho..Apahal nak cerita pasal makan lunch pulak kan.Tadi saya cerita pasal Simon Mojack (teringat pulak katun mojako) yang mati kan.Tadi baca2 akhbar lain ada terbaca satu cerita kematian artis Hollywood yang lain.Peminat2 Slipknot sila jangan meraung sebab Basist kumpulan itu,Paul Gray telah mati.Dia dijumpai mati di sebuah hotel di Urbandale.

Pergh asyik cerita pasal mati je.Terasa takut pulak sebab amal ntah cukup ke tak?Tapi itu semua kuasa Allah kan.Kita tak dapat nak lawan.Kalau dia cakap kita cuma hidup lagi 10 hari maka sampai takat tu jelah nyawa kita.So sebelum apa2 saya nak ingatkan korang dan diri saya sendiri (ni ayat ustaz saya time sekolah2 dulu) pasal agama sikit.Korang tau tak apa dia 5 perkara pelik yang diluar jangkaan ilmu?Perkara2 ni takkan ada sesiapa yang tau kecuali Allah.Perkara2 itu ialah :

1) Apa Yang Tersimpan Di Dalam Rahim
2) Apa Yang Akan Terjadi Hari Esok
3) Bila Hujan Akan Turun
4) Di Negeri Mana Seseorang itu Akan Meninggal
5) Bila Berlakunya Kiamat

Kalau tak silap saya Nabi sendiri pun takkan tau 5 perkara2 di atas.Tapi saya pelik walaupun kita dah diberitahu perkara2 di atas ni tapi kita tetap tak nak percaya.Tadi saya terbaca ada seorang gadis tertipu dengan seorang Ustaz Muda yang boleh mengubati penyakit kanser lepas tu kena rogol.Kalau betul2 dia sakit pergilah jumpa Doktor then chemo je lah.Lepas tu report polis.Aduh apa cer ni?Yang ustaz ni pun kalau betul2 nak jadi ustaz,masuklah program Imam Muda.Ko dah buat orang pandang carier ustaz ni rendah beb.

Dalam dunia ni takde siapapun yang tersangat hebat sampai boleh meramal masa depan.Tapi masalahnya kita tetap nak pergi jumpa dukun main sihir.Tetap jugak nak puja kubur untuk dapat nombor ekor.Sampaikan pengikut2 Abuya Ashaari terpaksa jaga kubur dia.Korang ingat diorang takde kerja ke?Kesian tau.

Lagi satu ramai yang terikut2 ramalan puak Mayan yang kiamat bakal terjadi 2012.Owh adakah meraka itu tuhan?Merakapun dah mati berpuluh2 juta tahun.Tak semestinya ramalam diorang betul pasal kematian president Amerika dan trajedi perlanggaran WTC (World Trade Center) maka meraka tahu bila kiamat akan terjadi.So think wise wahai saudara2 ku.Jangan terpengaruh.Anggap je itu sebagai satu propaganda ye.

Oklah nak sambung kerja sekejap kalau sempat petang saya update lagi ye.Nantikan kemunculan Bean Moreno pada petang nanti.hak3 (macam rockstar je ko ni Bean).

p/s :
- Habis kalau kita pergi check up bayi tu macam mana eyh?Tapi mungkin ada maksud tersirat dari petikan ayat di atas dan Allah sahaja yang tau...
- Credit to Berita Harian Online untuk artikel ini

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails