LIVERPOOL BAKAL DAPAT OWNER BARU | FOOTBALL

LIVERPOOL BAKAL DAPAT OWNER BARU | FOOTBALL



Salam guys,saja up entri awal sikit.Just nak kongsi kegembiraan dengan korang.So mungkin entri ni pendek sebab saya tak boleh nak melalut bila tulis entri masa kerja.Kang tak pasal-pasal kena cekup potong gaji pulak.Macam yang korang tau Liverpool tengah hadapi saat-saat down di mana sekarang duduk di tangga ke 17(kalau tak silap lah).Tadi masa baca surat khabar terbaca satu berita pasal bidaan terhadap Liverpool FC.Jom Usha berita sat :

LIVERPOOL: Ahli Lembaga Kelab Perdana Inggeris, Liverpool dilaporkan sudah menerima dua bidaan untuk membeli kelab itu. Difahamkan salah satu bidaan itu dari Asia manakala satu lagi dari Amerika.Menurut sumber kepada stesen BBC Sport, kedua-dua pembeli yang berminat itu mampu mengurangkan tanggungan hutang yang dimiliki kelab itu dan boleh memulangkan modal pelaburan pemilik sekarang.Liverpool dibuka untuk pembeli baru oleh pemiliknya dari Amerika, Tom Hicks dan George Gillett sejak April lalu dengan kini mempunyai tangggungan hutang 351.4 juta pound atau 403.5 juta Euro. - AFP 
Kredit kepada Berita Harian

Komen Bean Moreno :

* Saya selaku penyokong Liverpool paling setia harap-harap ada orang ambil alih kelab ni dari Gillet & Hicks.Merekalah punca terbesar kelab ni mengalami kejatuhan.

* Kalau bidaan tu mendapat kata putus harap-harap bukan owner dari Amerika Syarikat sebab billionaire Amerika ni sebenarnya takde duit lebih baik owner Asia.

* Mungkin dengan pembelian baru ni hutang Liverpool dapat dilangsaikan dan player-player gempak dapat dikekalkan.

p/s :

* Roy Hodgson tak mendatangkan apa-apa perubahan kepada kelab sila cari Manager lain ye! 

* YNWA!
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails