MANA ADILNYA KEHAKIMAN NEGARA!

MANA ADILNYA KEHAKIMAN NEGARA!


Salam guys selamat hari ahad.Memang panas cuaca hari ni.Berpeluh-peluh badan saya ni ha!Oklah actually dah lama saya nak voice out benda ni tapi terasa macam takut.Yelah saya ni siapa nak pertikai kan isu ni tapi lepas beberapa kejadian yang dah terjadi maka saya rasa saya layak untuk 'voice out' isu ni sebab sayapun ada kad pengenalan apa...hak3...Abis menteri-menteri je ke yang mampu 'voice out'.Ni kan Negara Demokrasi Terpimpin.

Persoalannya ialah Mana Adilnya Kehakiman Negara?Ces bagi saya kehakiman negara memang tak adil.Dari dulu sampai sekarang apa yang diorang hakimi tak pernah jatuh tepat pada pesalah.Dan bagi diri saya yang takde nama dalam kerajaan Malaysia ni undang-undang memang tak fair langsung.Kenapa saya cakap macam ni?Kita lihat senario ni :

Kes Pembunuhan Dato Sosilawati Lawiya

Korang rasa patut tak diorang kene hukum 7 tahun penjara?Apa 7 tahun je bai!Nak jadi apa kesalahan besar mampus tapi kene hukum 7 tahun je.Ingat bunuh orang ni kesalahan kecil ke?Hukuman yang diorang dapat sama macam hukuman budak sekolah curi choki-choki je.Tak sepadan langsung.Mungkin akan ada mulut yang bercakap bukan diorang yang nak bunuh kena upah je.Tak kisahlah kena upah ke janji diorang yang bunuh dan sepatutnya hukuman yang patut diorang dapat ialah paling kurang pun penjara seumur hidup.Kalau macam ni lah hukuman untuk pembunuh memang ramai lagi pembunuh kat luar sana yang akan terus membunuh!

Kes Kemalangan Ngeri Bas Delima

Apa hukuman yang Syarikat bas delima kena?Lesen syarikat digantung.Yang ni mungkin munasabah lah hukuman dia tapi korang rasa tokey dia akan berhenti takat sini je ke?Yang digantung ialah lesen syarikat tapi pemilik dia tetap boleh buat syarikat baru kan.Dan keadaan akan berulang lagi lepas buka syarikat baru.Amik pemandu bas yang tak bertanggungjawab then excident lagi.Ingat dengan bagi pampasan pada setiap ahli keluarga boleh settle kes ke?Ni dah kira menyamakan nyawa dengan duit!Kalau macam tu senanglah kan buat salah lepas tu tabur duit masalah selesai!


Komen Bean Moreno :


* Saya terasa ada orang-orang tertentu yang memanipulasi undang-undang.
* Hukuman berat hanya akan terkena bagi golongan bawahan yang tak mampu untuk melawan.
* Undang-undang semakin tidak adil dan boleh dibeli dengan wang!
* Kita memerlukan Judge Dred untuk menyelesaikan masalah.


p/s :
* Apakah Negara Ini Mempunyai Sistem Perundangan Yang Adil?
* Harap-harap gua tak kena saman or ISA dengan entri ni sebab ni luahan hati je dan luahan ni sama dengan rata-rata pemikiran rakyat Malaysia.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails