5 SEBAB MOOD BLOGGING HILANG | PERSONAL


5 SEBAB MOOD BLOGGING HILANG | PERSONAL




Selamat malam ye penunggu entri.Sorry sebab entri ni muncul agak lambat.Actually bukan entri ni saya nak up kan.Tapi disebabkan sesuatu yang tak dapat nak dielakkan maka entri tersebut mungkin saya akan publish esok.Malam ni saya tetiba terfikir apa akan jadi bila seseorang blogger tu hilang mood untuk berblog.

Saya still ingat time saya baru-baru nak kenal apa itu blog 2 tahun lepas.Ramai blogger-blogger time tu yang saya kenal.Tapi sekarang ni dah ramai yang hilang contohnya macam helena,puan capa, dan cik yann.Diorang ni antara blogger-blogger yang naik sekali dengan saya tapi sekarang dah tak aktif,Kenapa?Itu korang kena tanya diorang.Yang paling latest hilang tanpa berita ialah Aus.Sekarang ni saya nak share sebab-sebab mood blogging hilang.

1) Dah Takde Idea Sangat

Idea adalah satu element penting dalam blogging.Bila takde idea memang blogger tu akan pening dan boleh jadi sakit otak.Biasanya ada jugak blogger bila takde idea dia akan copy paste hasil orang.Kalau sekali dua takpelah tapi kalau 3 bulan tiap-tiap hari nak ctrl + c lepas tu ctrl v mak bapak pun benci.So bila idea langsung takde dan kering dah beberapa bulan maka ada sesetengah blogger akan diam dan tak update blog.

2) Masalah Peribadi

Yang ni memang kadang-kadang berlaku dan bila jadi je memang tak dapat nak elak.Sayapun pernah berhenti blogging sebab ada masalah sikit.Masa tu dah nak dekat kahwin.So ada jugak beberapa bulan saya biarkan spiderman main-main dalam blog ni.Ada jugak yang stop blogging lepas anak kucing dia mati.Apa cer?

3) Serangan Psikologi

Yang ni memang bahaya beb.Kita sedap-sedap tulis blog ada je yang tak puas hati serang kat shoutbox.Kita buang shoutbox dia serang kat komen pulak.Kita tak layan komen dia hantar malware.hak3...Kes ni jadi kat Puan Capa yang kene maki tak pasal-pasal dengan annon dan masa tu dia dah nak bersalin dah.hak3...

4) Kemudahan 

Hoho korang jangan sangka ini kemudahan awam macam public phone.Kemudahan bermaksud apa yng diperlukan untuk online.Korang blogger korang taulah apa kan.Cuba bayangkan korang beronline dengan broadband yang memang lembab.Bukan takat broadband tapi streamyx pun macam haram slow.Kalau sehari mungkin boleh terima tapi kalau dah 6 bulan connection siput sampai nak upload gambarpun berjanggut memang mood boleh lari.

5) Malas

Yang ni penyakit yang agak susah nak ubah.Tak kiralah kalau ada contest hadiah rumah banglo RM 500K pun kalau dah malas memang dia takkan buat.Setakat ni saya belum pernah rasa penyakit ni tapi hampir-hampir.Biasanya kalau dah sampai seru penyakit ni saya akan bayangkan earning saya dalam Nuffnang.hak3...

Setakat ni cuma 5 sebab je yang saya dapat share.Mungkin kalau ada saya akan share lagi ye.

p/s :
* Apa pulak yang buat korang hilang mood untuk berblog?
* Teringin nak jumpa budak-budak blogger macam dulu.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails