ANAK YATIM ITU BUKAN SALESMAN MAHUPUN APEK JUAL DVD

ANAK YATIM ITU BUKAN SALESMAN MAHUPUN APEK JUAL DVD

Hye guys,selamat malam dan menanti masa untuk tamatkan hari Khamis.Baru balik dari Gulam Mee makan bersama aiensepet sebab dia demam tak larat masak.Masa saya makan kat Gulam Mee tadi saya terlihat dan teringat satu senario yang memang saya nak share dah lama tapi mungkin disebabkan kesibukan melanda maka saya terlupa (ayat coverline paling cemerlang).

Ok saya nak tanya apa pendapat korang bila nampak anak yatim berlegar ditempak makan dan di stesen minyak menjual barang?Kalau kita tengok yang menjual barang itu pulak umurnya dalam lingkungan 13 - 17 tahun.Dan bila kita tengok jam tangan kita waktu diorang berlegar-legar kat tempat ialah waktu sepatutnya mereka pergi belajar.Atau ada juga time-time pukul 9 atau 10 malam dan sepatutnya masa macam tu diorang kena tidur untuk pergi sekolah esok pagi.

Kalai kita tengok orang buta mintak sedekah mungkin kita akan cakap dia mesti under satu sindiket ataupun berpura-pura.Tapi kalau kita nampak anak yatim malam-malam berjalan jual CD agama kat tempat makan apa pulak kita fikirkan.Mesti ada yang bertanya macam mana saya tau itu anak yatim?Jawapannya diorang pakai baju Persatuan Usahawan Anak-anak Yatim.Takkan diorang ni anak Pakcik Yatim bin Salimin pulak kan.

Apa yang saya nak sampaikan ialah kenapa anak yatim dijadikan alat untuk berniaga?Kalau betullah itu persatuan usahawan kenapa persatuan tu tak berniaga dengan cara yang betul.Contohnya sewa booth kat pameran then berniaga ataupun bukak satu satu koperasi untuk jual barang-barang diorang lepas tu duit perniagaan disalurkan pada persatuan anak yatim.Kadang-kadang saya rasa kesian bila tengok adik-adik berjalan dari meja ke meja pada waktu yang tak sepatutnya.Ye memang ada yang buat dengan ikhlas tapi kita dah ganggu saluran masa adik-adik tu.

Saya tak marah kalau diorang datang menjual just tetiuba terasa sedih pulak dan terasa macam  mereka dipergunakan kerana kekurangan.Cuba kalau diorang tu ada emak bapak dan masuk Kelab Usahawan muda.Adakah diorang akan diperlakukan macam ni jugak?Jawapannya semestinya tidak atau orang putih kata Hell NO!So tolonglah fikirkan masa depan dan persaan mereka ye...Ingatlah Anak Yatim Itu Bukan Salesman Mahupun Apek Jual DVD!

p/s :

* Alamak membebel plak malam-malam ni

* Teringat dulu masa sekolah & join pengakap.Saya kena marah dengan mama sebab pergi rumah ke rumah mintak derma untuk tabung pengakap.Akhirnya mama bagi saya duit then saya dapat badge.
Share

Korang Mesti Nak Baca Gak

Related Posts with Thumbnails